"Barangsiapa yang menyakiti wali-Ku , maka Aku isytiharkan perang kepadanya. Tidaklah hamba-Ku mendekati-Ku dengan suatu pekerjaan yang lebih Aku sukai daripada dia mengerjakan apa yang Aku telah fardhukan keatasnya. Dan sentiasalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan melakukan yang sunat sehingga Aku cinta kepadanya. Maka apabila Aku telah mencintainya, adalah Aku-lah yang menjadi pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan tangannya yang ia tamparkan dengannya, dan kakinya yang ia berjalan dengannya; Dan sesungguhnya, jika ia meminta kepada-Ku, nescaya Aku berikan kepadanya; Dan sesunggunya, jika ia memohon perlindungan kepada-Ku nescaya Aku berikan perlindungan kepadanya." (Riwayat Imam Bukhari)
Hurainannya:
Barangsiapa yang menyakiti Wali-Ku, maka sesungguhnya Aku mengisytiharkan perang kepadanya.
Wali menurut bahasa ertinya qarib yakni dekat. Jadi Wali Allah (kekasih Allah) ialah orang yang sentiasa bertaqarrub (mendekatkan dirinya) dengan Allah. Dan atas sebab maka itulah Imam An Nawawy mengertikan Wali Allah disini ialah orang yang beriman (mukmin). Jadi mukmin yang tekun beribadat lagi tabah dalam mentaati Allah, melaksanakan suruhan-Nya dan menjauhkan dirinya daripada maksiat serta tidak terlalu mementingkan kesedapan duniawi, inilah yang disebut dengan Wali Allah. Wali Allah ada pada setiap masa dan zaman tetapi mereka susah dikenal pasti.
Golongan inilah yang cuba dijelaskan oleh Rasulullah kepada Saidina Omar Ibnu Al Khattab RA dalam dialog mereka:
Rasul: Para Nabi dan para syuhada akan cemburu kepada segolongan hamba Allah kelak diakhirat kerana kedudukan mereka yang tinggi di sisi Allah padahal mereka bukan para Nabi.
Omar: Siapakah mereka wahai Rasul?
Rasul: Mereka ialah satu kaum yang saling mengasihi sesama mereka semata-mata kerana Allah, bukan kerana hubungan silaturrahim atau kerana harta. Demi Allah, sesungguhnya wajah mereka bercahaya, mereka memiliki beberapa mimbar yang bercahaya. Mereka tidak takut dikala manusia lain merasa takut, dan mereka tidak sedih dikala manusia lain merasa sedih. Lalu Rasulpun membaca ayat 62-63 dari surah Yunus:
Maksudnya: Ingatlah, sesungguhnya Wali Wali Allah itu tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Iaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa. (Yunus: 62-63)
Berdasarkan ayat dan hadis diatas dapatlah disimpulkan:
Syarat utama untuk menjadi Wali Allah: Iman dan Taqwa.
Wali Allah sangat tinggi darjatnya disisi Allah. Atas sebab inilah jika sesiapa yang memusuhi Wali Wali Allah iaitu mukmin yang bertaqwa maka itu bererti ia memusuhi Allah dan Allah maklumkan perang kepada orang tersebut. Setelah Allah swt menjelaskan amaran-Nya terhadap orang yang memusuhi dan membenci Wali-Nya, lalu selanjutnya Allah menyebut pula beberapa sifat yang dimiliki oleh Wali-Nya yang kerana sifat-sifat itulah menjadikan mereka hampir dengan-Nya.
Tidaklah hamba-Ku mendekati-Ku dengan sesuatu pekerjaan yang lebih Aku sukai daripada ia melakukan apa yang telah difardhukan keatasnya.
Amalan fardhu: Segala amalan yang wajib dilaksanakan oleh hamba. Amalan wajib adalah asas, sedangkan amalan sunat pula adalah binaan. Kekukuhan binaan sangat tergantung kepada kemantapan asas. Setiap mukmin dikehendaki supaya menyediakan asas sebelum mendirikan binaan. Dengan kata lain mukmin mestilah mengutamakan amalan wajib sebelum ia melakukan amalan sunat. Atas dasar itulah maka amalan wajib adalah amalan yang paling disukai dan dicintai oleh Allah swt.
Dan sentiasalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan melakukan amalan sunat sehingga Aku cinta kepadanya.
Amalan Sunat (An Nawaafil): Selain amalan yang difardhukan. Dan dengan amalan tersebut menjadikan seseorang lebih dicintai dan dikasihi oleh Allah swt. Adapun amalan sunat yang paling istimewa dan disukai oleh Allah ialah tilawah Al Quran, mendengarnya, memahami atau menghayati (tadabbur) maknanya. Ini disebabkan biasanya tidak ada yang paling manis bagi orang yang sedang bercinta melainkan ingat dan mengulang ulangi kata-kata orang yang dicintainya. Dan juga memperbanyakkan amalan sunat lain seperti solat, puasa, sedekah, zikir dan sebagainya. Apabila amalan-amalan itu telah dilazimkan secara terus-menerus akan bersebatilah dirinya dengan amalan tersebut, sehingga seolah-olah dipandang wajib, yakni ia akan merasa kurang senang apabila tertinggal salah satu daripadanya, padahal amalan itu tiada lain melainkan sunat belaka.
Rasulullah SAW. bersabda: Tidak ada yang dapat mengimbangi dalam mendekatkaan dirimu kepada Allah daripada apa yang keluar daripada-Nya (yakni Al Quran). (HR Tarmidzi dari Abi Umamah)
Othman Ibnu Afan berkata: Sekiranya hatimu benar-benar bersih nescaya kamu tidak akan merasa kenyang daripada Kalam Tuhanmu.
Jadi berdasarkan keterangan diatas jelaslah bahawa Wali Allah itu terbagi kepada dua darjat:
Mukmin yang mendekatkan dirinya kepada Allah SWT hanya dengan melakukan amalan fardhu saja dan menjauhkan diri dari perkara haram. Mereka inilah golongan Muqtasidun atau Ashaabul Yamin atau Al Abraar. Dan amal badan yang fardhu yang paling istimewa adalah solat kerana ketika itu Allah sangat hampir dengannya terutama ketika ia sedang sujud. Allah berfirman: Wasjud Waqtarib ( Al ‘Alaq : 19 )
Mukmin yang mendekatkan dirinya kepada Allah bukan hanya sekadar melakukan amalan fardhu tetapi juga memperbanyak amalan nawaafil yakni amalan sunat dan selain mereka meninggalkan perkara haram, mereka juga menjauhi perkara makruh. Mereka inilah yang dinamakan dengan golongan Assaabiquun Bil Khairaat atau Assabiquun Al Muqarrabuun.
Dan tentu saja dalam hal ini golongan yang kedua adalah lebih disukai dan darjatnya lebih tinggi disisi Allah SWT.
Maka apabila Aku telah mencintainya, adalah Aku yang menjadi pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan tangannya yang ia menampar dengannya, dan kakinya yang ia berjalan dengannya.
Al Fudhail Ibnu 'Iyadh berkata: Sesungguhnya Allah telah berfirman:
Adalah dusta orang yang mendakwa cinta kepada-Ku tetapi dia tidur daripada-Ku, bukankah setiap orang yang sedang dilamun cinta sangat suka kalau sentiasa berkhalwat (bersunyi-sunyi) dengan kekasihnya? "Inilah Aku yang sentiasa memerhatikan kekasih-kekasih-Ku, sungguh mereka telah jelmakan Aku dalam pandangan mereka, berdialog dengan-Ku seolah-olah mereka menyaksikan Aku, bercakap dengan-Ku seolah-olah Aku hadir dihadapan mereka. Esok akan Aku senangkan hati kamu di dalam syurga-syurga-Ku. Perasaan ini sentiasa tersemat kukuh dihati mereka sehingga tidak ada didalam hati mereka kecuali Aku. Oleh itu tidak ada yang muncul dari anggota mereka melainkan selaras dan sesuai dengan apa yang ada di dalam hati mereka.
Jadi orang yang beginilah yang berhak mendapat kasih sayang Allah. Allah akan balas amalan mereka yang ikhlas itu dengan melimpahkan keberkatan-Nya, memimpinnya ke jalan yang selamat dan sejahtera. Maka ketika itulah Allah akan menjadi pendengarannya ketika dia mendengar, menjadi penglihatannya ketika dia melihat, menjadi tangannya ketika dia menampar, menjadi kakinya ketika dia berjalan.
Allah sentiasa memelihara pendengarannya, penglihatannya kakinya dan tangannya daripada gangguan Iblis. Allah selalu didalam hatinya ketika dia mendengar, melihat, menampar, berjalan. Dan kalau hatinya selalu ingat kepada Allah sudah tentu ia tidak akan menyeleweng. Bererti orang yang sedang dicintai Allah Ta'ala itu sentiasa berada dalam naungan Tuhan, sehingga segala gerak-gerinya diarahkan kepada segala perbuatan yang diridhainya semata. Sebab Allah s.w.t tidak ingin kita melakukan yang mungkar, padahal hawa nafsu kita pula sangat cenderung kepada yang mungkar itu. Hanya orang yang dirahmati Tuhan sajalah yang akan terselamat dari angkara hawa nafsu, dan mereka itulah orang-orang yang berada di dalam perlindungan Tuhan dan naunganNya. Tidak ramai manusia yang bakal sampai ke tingkat yang tertinggi ini, namun tidak mustahil, dia akan mencapai tingkat tersebut apabila hatinya telah sebati dengan semua taqarrub dan amalan yang selalu dikerjakan itu. Sebab di situlah tempat yang dapat dirasakan ketenangan hatinya yang hakiki, yakni bila berhadapan dengan Allah Ta'ala, dan dirasakan nikmat kemanisan munajat kepadaNya. Hal-hal serupa ini adalah hal-hal maknawi dan terlalu halus, yang tiada dapat diungkapkan dan disifatkan oleh sang hamba itu sendiri. Apa yang dirasakan itu tidak perlu diberitakan kepada yang lain, kerana itu adalah sesuatu hakikat kekurniaan yang dikhususkan Tuhan baginya sebagai rahsia yang tidak boleh didedahkan kepada umum, kerana dikhuatiri nanti dimakan riya' serta dijerumuskan syaitan ke jurang ujub dan medan megah diri yang akan membinasakan itu. Maka kekallah sang hamba itu dengan rahsia Tuhannya yang diilhamkan di hatinya dan seluruh jiwanya.
Dan sesungguhnya, jika ia meminta kepada-Ku nescaya Aku berikan kepadanya; Dan sesungguhnya, jika ia memohon perlindungan kepada-Ku nescaya akan Aku berikan perlindungan kepadanya.
Bahagian ini pula menyatakan bahawa doa dan permohonan para Wali Allah akan segera dikabulkan. Ini adalah kesan dari sikap mereka yang sentiasa mendekatkan diri kepada Allah, apakah melalui amalan wajib ataupun amalan sunat.
Mudah-mudahan kita juga diberikan dorongan dan kekuatan hati untuk menuju ke sana pada suatu hari nanti, tetapi hendaklah kita melazimkan diri untuk berbuat taqarrub (mendekatkan diri kepada Allah) dan nawafil dengan hati sungguh-sungguh dan ikhlas yamg murni. Dan juga sering bermujahadah (melawan hawa nafsu). Amin.

salam..
ReplyDeletesy brasa muskil,,adkh wali hari ini msih wujud..??
mcm mna..meraka yg mngamalkn ilmu batin..knon nye..bleh jmpa wali dn lain2..
adkh pngamln ajrn ini ssat..??
Saya merupakan pesakit maigrain jenis cluster.berbagai kaedah melalui perubatan moden namun gagal mencari penawar.saya berdoa agar boleh mencari kaedah atau penawar bagi penyakit ini.setelah berzikir,membuat tahjud dimalam hari.akhir doa saya diangkat.berjumpalah saya dengan wali allah sunan gunung jati buat kali pertama di gunung jerai di telaga tok sheikh melalui seorang kakak pengasuh anak sya.sukar nak percaya.tapi sekarang saya sudah berubah sakit maigrain pun dah hilang.dulu sembahyang ni kosong je.tapi sekarang ini kalimah allah bersama saya.bersyukur kepada allah mengantar wali allah sunan gunung jati untuk merawati penyakit saya ini..........ya allah ....ya rahman......ya....rahim.
Deletewali (khalifah) masih wujud dan akan terus wujud sehingga berlaku nya kiamat...
Deletemereka org biasa...seperti nabi juga org biasa..
mereka bekerja,berumah tangga dan bergaul seperti nabi...
cuma rahsia kewalian mereka hanya ALLAH yg tahu......
dan org2 yg hampir dgn ALLAH sahaja yg tahu siapa yg menjadi wali..
mengenai pengamal ilmu batin, soal mereka pernah bertemu wali
boleh jadi benar boleh jadi tidak...hanya mereka yg bertaraf mursyid boleh mengesahkan..
sekian.
Salam.
ReplyDeleteWali-Wali Allah memang ada pada setiap zaman. Ilmu batin bermakna mensucikan hati dengan beribadah dan berakhlak baik. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang wali Allah, sila lungsuri lelaman web di bawah. Semoga manfaat.
http://www.mediafire.com/?e05eynm1ygz
http://cahayamukmin.blogspot.com/2008/07/wali-allah-dan-karamah.html
Saya ad seorg kwn yg mengaku diriny dijaga oleh wali Allah...wajar kah sso tu mengaku diriny mulia,suci...tiada langsung cacat cela ny..dan lebih buruk lg,dia blh meramalkn ble hari kiamat,wali2yg akan sentiasan menjaga dia...bukankah sepatutny Allah?
ReplyDeletepanjang lg jk sy huraikan di cni,tp sy tak mau menceritakan aib org.
Saya ad cbe menasihati dy..ternyata dy tak blh menerima pandangan org lain...malah dy jg berani mengatakan rmi ustat2 zaman skg sesat..
bgmna nak menasihati kwn saya ni??bgmna nak buat dy sedar??
saya buntu...benar2 buntu.
Salam.
ReplyDeleteAnda sudah menjalankan amar makhruf nahi mungkar dan telah berusaha untuk menasihati kawan anda.
Yang penting jangan putus asa atas rahmat Allah. Bukan sekarang kawan anda berubah, boleh jadi masa yang terdekat Allah memberikannya hidayah. Wallahu'alam.
Salah satu untuk menasihatinya ialah dengan Al-Quran, hadith dan kisah2 benar tentang wali2 Allah.
“Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Yusuf: 53)
Azazil yang telah beribadat beribu-ribu tahun adalah makhluk pertama yang dijauhkan rahmat Allah. Ia disebabkan sifat takabur atau merasa diri sendiri mulia. Maka ia jadilah iblis yang berjanji untuk menggoda anak2 Adam.
Salam....
ReplyDeletesemoga Allah memberikan rahmat2nya kpd org2 beriman (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu).
Maha suci Allah yg menguasai sekelian makhluk.
wali2 Allah tu wujud.. Alhamdulillah sy telah berjumpa.. Semoga sy dapat terus bersama dengan mereka.. untuk mentauhidkan diri pd Allah dan menjalani ilmu tassawuf..mencari jalan pulang..
ReplyDeleteamsar wijaya:
ReplyDeletesy a mau nanya bolehkah sya berjikir dngan la ilahai ilallah.tapi dengan suara sekeas mungkin
sya takut di sebut sesat oleh tetangga rumah
Salam.
ReplyDeleteAnda boleh berzikir dengan suara jahar yakni kuat tetapi jangan sampai menganggu orang lain kerana itu adalah adab sesama jiran tetangga.
Wali2 Allah pasti ada di setiap zaman.
ReplyDeleteIni kisah yg ingin saya kongsi dgn sahabat sekelian. Satu pagi saya ke pasar dan berehat sambil makan pagi di medan selera (Glugor, P. Pinang). Datang seorang peminta sedeqah (p/S) India muda berjanggut, baju compang camping, daki penuh di dada, kurus dan memang menjijikkan. Entah bagaimana timbul rasa simpati dan saya menjemputnya duduk makan se meja dgn saya. Perbualan kami seperti berikut:
ReplyDeletesaya: duit mau ka?
P/S: ini hari tak mau, esok boleh.
saya: (sambil berseloroh) itu pisau cukur mau ka?
P/S: (tersenyum) tak mau.
saya: makan mau ka?
P/S: makan mau, roti canai, kopi.
Saya pun order makanan dan minuman utknya.
Saya memerhati ke langit, gelap tanda macam nak hujan.
saya: sat lagi hujan mau turun.
p/S: macam mana lu tau mau hujan?
Tergamam juga saya. Cuma saya memberi alasan langit gelap.
Kemudian saya kata, kalau hujan lebat, kawasan ini akan banjir.
P/S: apa pasai banjir?
saya: ya lah, itu parit sampah banyak sumbat lubang, air bah lah, dan lagi air laut pasang.
P/Sedeqah cuma senyum sambil menghabiskan roti canai dan minta satu lagi.
P/S: Taraaaak ........ (sambil senyum ia menunjukkan jari telunjuknya ke atas arah langit, maksudnya kuasa Tuhan).
Saya tergamam buat kali kedua dan menganggukkan kepala tanda setuju. Selesai makan ia pergi dan berjanji nak jumpa esok ambil duit.
Besok pada masa yang sama, ia menanti saya di tempat makan, saya hulurkan se ringgit dan berlalu pergi.
Saya sering ketemu peminta sedeqah ini pada hari-hari berikutnya tetapi ia seolah-olah tidak mengenali saya dan tiada sepatah perkataan keluar dari mulutnya. Ada sekali, saya berhenti kereta bila melihat ia di tepi jalan, saya hulurkan wang, ia tak ambil dan jalan terus.
Siapakah orang ini?
Assalaamu'alaikum sahabat sekelian. Saya ingin menceritakan sebahagian pengalaman saya ketika mengerjakan haji pada awal tahun 2002. Alhamdulillah kerja haji telah disempurnakan dan mengharapkan Allah menerima keseluruhannya.
ReplyDeletePerkara pelik terjadi ketika di Madinatul Munawarah (Sebelum bertolak ke Makkah) pada 12 Februari 2002. Selepas solat Isyak, dalam perjalanan balik ke hotel Ummul Qura', datang seorang musafir Arab, wajahnya bersih, pakaiannya bersih, misai janggutnya elok; ia menceritakan (dalam bahasa Arab) bahawa ia seorang musafir fiisabiillah dan memohon sedikit bantuan. Saya hulurkan beberapa riyal dan ia mengucapkan terima kasih serta berlalu pergi. Selang beberapa hari dalam ribuan mungkin jutaan orang di Madinah, saya bertemu sekali lagi dengan orang yang sama ..... ia mengulangi lagi kata-kata sama seperti sebelumnya. Saya kata ikut saya pergi ke money changer kerana nak tukar wang Malaysia kepada riyal. Ia mengikut dan sanggup menunggu saya menukar wang. saya hulurkan beberapa riyal, ia mengucapkan terima kasih dan berlalu. Setelah selesai kerja haji ketika di Makkah, hari Jumaat, saya lewat ke masjidil Haram .... masjid telah penuh dan terpaksa naik ke tingkat teratas berbumbungkan matahari terik. Nampak satu ruang di saf hadapan saya terus solat sunat. Sebaik memberi salam, hamba Allah yang saya jumpa dua kali di Madinah itu duduk di sebelah kanan saya. Ia pun mengulangi ayat2 seperti sebelumnya. Saya berkata kepadanya (dalam Bahasa Malaysia secara berseloroh); Hai, sampai kat Makkah pun hang ikut aku. Saya hulurkan beberapa riyal dan ia tersenyum riang.
Di waktu petang waktu solat Asar di Masjidil Haram (malamnya akan bertolak ke Arafah), saya masuk saf dan solat tahiyatul masjid. Sebaik memberi salam, saya bersalam dengan seorang hamba Allah di sebelah kanan saya. Tubuhnya kecil berkulit cerah macam orang Thailand dan botak, berpakaian ihram. Ia cuma senyum tidak berkata apa-apa (terlintas dalam hati saya, orang ini macam sami mekong); pada ketika itu baru saya menyedari kain ihram menutup badannya berwarna putih tetapi kain ihram bahagian bawahnya berwarna hijau. Pelik juga kerana sebelum mula kerja haji, kepalanya dah botak. Saya memberi isyarat tangan ke belakang sambil berkata: "Arafah?" Ia menganggukkan kepalanya dan tak berhenti tersenyum. Siapakah mereka-mereka ini?
Dalam Al Quran ada beberapa jabatan yang mulia diberikan Tuhan, Allah SWT kepada makhluk-Nya, seperti antara lain khalifah, rasul, imam dan nabi serta wali. Dari beberapa jabatan atau istilah kedudukan ini, umumnya yang banyak disebut adalah nabi dan rasul. Oleh karena itu, wajarlah jika kita bertanya, apa beda rasul dan nabi ini?. Dalam Kamus Istilah Fiqih karangan M. Abdul Mujieb dkk., pengertian menurut istilah, nabi ialah orang yang menerima wahyu dari Allah SWT untuk dirinya sendiri tanpa berkewajiban menyampaikannya kepada orang lain. Rasul ialah orang yang menerima wahyu Allah SWT dan berkewajiban menyampaikannya kepada umatnya/umat manusia (hal. 238).
ReplyDeleteJika pengertian ini kita pakai, maka bagi seorang 'nabi' karena tidaklah dibebani dengan kewajiban menyampaikan wahyu, menimbulkan kesan 'seolah-olah' hanya beliau sang nabinya saja yang akan masuk sorga, sementara umatnya tidak perlu. Lalu, apa beda nabi dengan rasul yang kiranya tepat dengan pengertian dan makna di dalam Al Quran itu sendiri.
Kalau kita lihat dari tugas pokok dan fungsi kenabian dan kerasulan, saya kira tidak ada bedanya karena missi yang diembannya mereka adalah sama, semua tokoh ini adalah 'menyampaikan' wahyu dari Allah SWT kepada umat manusia. Untuk ini, kita lihat dari konteks para penyandang jabatan itu sendiri dalam rangka melaksanakan tugasnya.
Kalau kita teliti dan kaji di dalam Al Quran maka tokoh rasul nampaknya tidak hanya dianugerahkan kepada 'manusia pilihan'-Nya semata, tetapi juga kepada makhluk-Nya selain manusia, yang utama malaikat dan ada juga jin, bahkan bisa juga makhluk-Nya yang lain seperti hewan. Rasul yang disandang oleh malaikat seperti termuat dalam QS. 22:75; 11:81 dan QS. 6:130). Sementara nabi, tidak ada yang diberikan kepada malaikat dan jin, hanya kepada 'manusia' saja, terbukti dalam QS. 33:40 dengan tegas kenabian yang berasal dari manusia ini sudah tertutup dengan kedatangan Nabi Muhammad SAW. Tetapi, jabatan kerasulan dari malaikat tidak tertutup, kan malaikat sampai akhir zaman tetap saja melaksanakan missi-Nya seperti diutus untuk mencabut nyawa 'anak manusia', memberi rezeki dll. Jika demikian, ya kalau ada 'manusia' ingin mengaku menjadi 'rasul', maka dia harus menjadi malaikat atau jin terlebih dahulu. Selanjutnya, tidak juga tepat jika kita katakan bahwa Muhammad SAW adalah rasul dan nabi terakhir, hal ini tidak sesuai dengan QS. 33:40 ini.
Sementara tentang wali, ya siapa makhluk-Nya yang menyandang kewalian. Dalam Al Quran tidak disebut siapa-siapa tokoh dalam lingkup 'kewalian' apakah bisa manusia atau makhluk-Nya yang lain. Tapi, yang pasti kewenangan penganugerahan kewalian itu adalah haknya Tuhan kita, Allah SWT jadi bukan kita manusia yang amat zolim ini yang berhak menentukan seseorang itu sebagai wali Allah.
Salam,terima kasih kerana mengongsikan ilmu ini....semoga Allah merahmati mu dan memberkati mu..amin... Insya Allah
ReplyDeleteAssalamualaikum.....saya ada satu cerita daripada aruah ayah saya yg baru meninggal pada february lepas,ia menjadi satu tanda tanya kepada dirinya dan kami sekeluarga,ini adalah ceritanya... ayah saya seorang pemandu taxi di sebuah pulau di utara,suatu petang hampir magrib ayah saya terpandang seorang lelaki tua berpakaian tidak kemas dari kawasan jetty berulang alik dari sebuah taxi ke taxi lain berjumpa dengan pemandu ingin menumpang taxi ke sebuah pekan kecil dekat lapangan terbang..tetapi tiada seorang pemandu pun yang melayan lelaki tersebut, kerana ia munkin nampak tidak terurus dan seperti peminta sedekah.ayah saya menghampirinya dan menawarkan penghantaran kepada lelaki berkenaan..lelaki tua itu tersenyum dan memberitahu hajatnya mahu ke sebuah pekan dan meminta ayah saya menghantar nya semula ke jetty setelah selesai urusannya nanti.tampa berlengah ayah saya menghantar nya ke pekan tersebut.dan menunggu di tepi jalan.lelaki tua itu turun dari taxi dan masuk kedalam sebuah kedai makan.makan semangkok laksa dan segelas air.membayar duit makanan dan naik taxi untuk ke jetty semula.dalam perjalanan lelaki berkenaan sempat bergurau dengan ayah,ia bertanya anak hendak nombor ..ayah tersenyum sambil berkata minta maaf saya tidak main nombor kerana saya sudah berjanji dengan aruah mak saya tak akan main nombor lagi.lelaki tua itu berkata anak boleh ambil nombor ini tetapi dengan syarat anak harus membaca yassin setiap hari,kalau tak sempat baca dengar bacaan yassin setiap hari dari awal hingga habis pun boleh.ayah saya tetap menolak dengan baik.lalu lelaki tua itu meminta duit dari dan kunci taxi pendua dari ayah dan ayah pun menghulurkan kepada lelaki berkenaan.duit dan kunci kereta diserahkan semula kepada ayah utk simpanan.dan berpesan agar kunci disimpan selalu didalam kereta dan duit disimpan dalam dompet dengan baik.sampai di jetty pukul tujuh lebih,lelaki tua itu mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi ke balai berlepas.yang menjadi tanda tanya kepada ayah lelaki tua itu walaupun berpakaian buruk dan selekeh dia berbau wangi,tiada ferry yang berlepas pada masa berkenaan ayah mencari lelaki tua tiada sesiapa pun yang melihat lelaki tua itu,wajarkah seorang lelaki tua datang kepulau ini semata-mata mahu makan dan minum air kosong sahaja...siapa lelaki tua ini?
ReplyDeletemungkin itu malaikat mass ( menurutku )
Deletesalam semua...di cni sy ingin berkongsi dan jg minta pendapat dr suma tentang cerita wali Allah ni..begini..ayah saya memberitahu yg beliau dijaga oleh wali Allah ni..ramai org mohon pertolongan beliau dlm hal hal perubatan..beliau berkata sdh lama wali Allah ni nak bersama dy tp dy menolak kerana takut ianya syirik..sehinggalah dy jatuh sakit pd tahun 2006 kerana paru paru berair dan hampir2 tdk dapat diselamatkan oleh doktor..ayah sy kata masa dy nazak tu dy telah diangkat ke langit oleh wali Allah ni..diperlihatkan kpdnya syurga dan neraka..sejak itu dy menerima wali tersebut krn katanya wali tersebut menyuruhnya bersolat dan berbuat baik..pd awlnya ayah saya bertanya 'siapa kamu' dan walk tersebut menjawab 'aku yg kamu sembah'..ada jg org yg dirawatnya katanya hampir menemui ajal tapi ayah sy memohon spy dilanjutkan usianya sehingga lima tahun untuk dia membuat amal kebajikan sekiranya org itu enggan tambahan umur sebanyak lima tahun itu akan terbatal..sy sdh terangkan pd ayah sy yg ajal itu d tangan tuhan tidak akan lambat dan lebih walau sesaat pun tapi ayah saya ckp blh dgn bantuan wali tersebut..sy risau dgn pegangan ayh sy ni..betul ka wali itu wujud..? klu kmi bertanya dy sampai menangis menceritakan tentang wali tersebut..byk lg perkara yg musykil yg ayah sy ceritakan..klu ianya bertentangan dgn agama islam bagaiman cara untuk sy menyedarkan ayah sy?
ReplyDelete