Thursday, November 27, 2008

Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Sem ua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kaji an yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.

Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkata an yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Perlu di-ketahui berapa banyak ulama fuqaha' yang kuat-kuat beribadat tetapi malang-nya di-hati mereka kosong dengan kesan-kesan warid atau nur iaitu warid seperti datang-nya sifat takwa,khauf, zahid dan tawakkal dengan sebenar-benar- nya.Mengapa? Jawab-nya kerana ibadat mereka tidak ada persambungan wayar langsung dengan tarikat sufiah yang mendatangkan warid atau nur..Hendaklah kita faham bahawa ibadat fuqaha' itu hanya untuk menuntut pahala akhirat jua bukan ibadat sebagai alat pembersihan hati. Tetapi ibadat tarikat sufiah adalah sebagai alat pembersihan hati, bukan kerana menuntut pahala akhirat..Jadi zikir sama sama berzikir terdapat satu macam sebutan, tetapi zikir tarikat lain tujuan-nya dan zikir fuqaha' lain pula matlamatnya bahkan ia tidak ada langsung persambungan wayar dengan tarikat sufiah.

Bukan sahaja zikir, perkataan atau ayat yang sama jika diulang-ulang seperti dalam kaedah 'self hypnosis' akan menyebabkan pertambahan aktiviti sel2 neuron otak lalu diikuti tindakbalas2 spt yg dinyatakan. Kaedah 'self hypnosis' banyak dipakai oleh orang2 Barat utk mengurangkan masalah psikologi, menahan diri dari terlebih makan ( berdiet ) dan berbagai-bagai lagi.. Kesan zikr yang tidak kelihatan yang lebih utama kemungkinan besar adalah kepada ROHANIAH manusia.

“Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang” (Ar Raad : 28)
“Orang Mukmin itu bila disebut nama Allah, gementar hati mereka” (Al-Anfaal : 2)

7 comments:

  1. Amat sedih jika kita masih mewujudkan "dichotomy" antara fiqh dan Tasawwuf sedangkan keduanya amat berkait rapat. Prof. Syed Naquib Al-Attas mentakrifkan Tasauf sebagai pengamalan Syariat di atas makam Ihsan. Ingatlah kata-kata Imam Malik: Seorang yang mengamalkan Tasauf dengan meninggalkan Fiqh adalah Zindiq. Manakala seseorang yang mengamalkan Fiqh dan meninggalkan Tasauf adalah Fasiq. Seseorang yang mengamalkan keduanyalah yang memperolehi kejayaan. Ibadah ahli Tasauf yang meninggalkan Fiqh umpama Puteri yang bernyawa, tetapi cacat. Manakala, ibadah seorang ahli Fiqh yang membelakangkan Tasauf umpama puteri yang cantik, tetapi mati. Amalan seseorang yang mengamalkan Tasauf dan Fiqh umpama Puteri yang jelita dan bernyawa. Puteri inilah yang selayaknya dipersembahkan kepada Raja.

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Shukran atas tazkirah ringkas.
    Semoga anta selalu dalam rahmat dan lindungan Allah.

    Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang baik."(Riwayat Ahmad)

    "Sesungguhnya orang-orang Abdal (yang terutama) dari ummatku tiada memasuki syurga lantaran banyak shalat atau puasa, bahkan dengan bersih hatinya, (yakni tidak menyimpan perasaan buruk terhadap saudaranya) dan dengan bermurah hati, (yakni sentiasa mengambil tahu tentang urusan saudaranya yang muslim, membantunya dalam kesusahan dan mencukupi segala kebutuhannya dalam hidup) serta berbelas-kasihan terhadap setiap Muslim.

    Bukanlah maksudnya orang-orang yang terutama (Abdal) dari para hamba Allah itu tiada memperbanyak shalat atau puasa, malah mereka memang banyak mengerjakan amalan-amalan yang saleh itu. Akan tetapi sifat-sifat yang utama yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w itulah yang menyebabkan mereka terdekat kepada Allah Ta'ala lantaran dipandang lebih utama dari yang lain-lainya dalam pandangan Tuhan, berbanding dengan amalan-amalan saleh yang lain, kerana semua itu adalah dari amalan hati dan sifat kebatinan yang menjadi pandangan Tuhan.

    ReplyDelete
  3. Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. (Al-Anfaal : 2)

    “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Ar Raad : 28)

    http://cahayamukmin.blogspot.com/2008/08/hati-insan-mukmin.html

    ReplyDelete
  4. Iman + Islam + Ihsan

    3 serangkai saling berkait. Tak boleh bercerai tanggal dah 3 perkara ini.

    3 amalan tarbiyah yang telah di tinggalkan oleh Rasulullah saw yang dapat di kumpulkan dalam 3 perkara :

    1) Dakwah
    2) Taklim wa Taklum
    3) Tazkiah

    ReplyDelete
  5. saya tambah yaitu : khidmad

    ReplyDelete
  6. Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
    (Al-i-’Imran: 159)

    ReplyDelete