Sunday, December 21, 2008

Apakah Atau Siapakah Itu Dajjal?

1. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. 

Ketika Rasulullah menerangkan perihal Dajjal ini, ia (peringatan) tertuju pada umat beliau ketika itu sendiri. Fitnah Dajjal mungkin berlaku dalam zaman itu dan kemungkinan zaman yang hampir sesudah itu bahkan tidak pasti bila dan dalam generasi mana. 

Jika dilihat dari sudut physicalnya (tersurat), kelahiran Dajjal ini dapat dilihat sesudah wafatnya Rasulullah. Ini jelas bagi sesiapa yang dapat melihatnya dan telahpun berlaku. Dan tempat berlakunya adalah di antara Syam dan Iraq (seperti di bawah). 

Tetapi dalam sudut yang tersirat, kemunculan Dajjal ini lebih universal lagi…

2. Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam (Syria) dan Iraq. 

Ini seolah-olah kelahiran Dajjal ini cuma berlaku di Tanah Arab dan tidak termaktub di benua-benua lain. Dalam ertikata lain, fitnah Dajjal tidak terjadi di luar dari bumi Arab. Bahkan ia turun di luar/pinggir bandar Madinah sendiri. Hadith ada menyebut dua perkara yang tidak dapat memasuki kota Madinah adalah penyakit taun dan Dajjal. 

Jika diperhatikan - ini gambaran seolah-olah Dajjal ini bukan sesuatu yang berfisikal dan Madinah itu bukan pula sebuah tempat khusus melainkan kiasan… (akan dibincangkan nanti, insyaAllah) 

3. Dajjal itu cacat matanya (buta) sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf. 

Dajjal digambarkan seorang yang buta sebelah mata. Jadi seburuk manapun seseorang (penfitnah/pendusta) itu tidak dikira Dajjal selagi matanya tidak buta sebelah. Dan orang buta mata sebelah berkemungkinan akan dilihat mempunyai ciri-ciri Dajjal. 

Di antara kedua matanya tertulis kafir, dan dapat dibaca oleh sesiapapun bahkan mereka yang buta hurufpun boleh. Ini bermakna ada suatu tulisan yang jelas dan terang hurufnya mampu dibaca oleh setiap mukmin. Adakah Dajjal itu menulis di antara kedua matanya perkataan kafir itu atau memang sudah siap tertulis baginya? 

Sifatnya yang buta sebelah mata itu turut dibandingkan dengan sifat Tuhan - tetapi Allah itu tidak buta (tidak cacat). Kemudian mengaku sebagai nabi bahkah mengaku Tuhan. Memang sifatnya orang buta sebelah mata itu suka mengaku sebagai nabi dan lebih teruk lagi mengaku Tuhan seperti Firaun di Mesir purba. 

Jika tuan-tuan seorang berfikir tentu tuan sudah dapat menangkap maksud Dajjal ini dalam fahaman yang paling mudah. 

SEKADAR PANDANGAN… 

"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf." 

1. Dajjal itu disebut buta (sebelah mata) membawa maksud tidak melihat dengan kedua matanya (saksama) dalam perkara-perkara hak(q). Kebenaran dilihatnya sebelah mata (menutup sebelah lagi mata) jestru itulah sifat ini menjurus kepada fitnah dan dusta. Sesiapa sahaja antara manusia ini apabila melihat kebenaran dengan sebelah mata, akan tercetuslah pelbagai fitnah sehingga terbentuknya kemungkaran, terasa hebat, apatah lagi apabila diuji dengan 'kemampuan' luarbiasa… 

Penglihatan yang (cacat) tidak mampu melihat kebenaran dari kacamata yang terang akan membuahkan penafian, pembohongan, dan keangkuhan belaka... 

2. Yang dimaksudkan Allah itu tidak cacat sebagai kiasan kepada sifat Allah yang Maha Sempurna lagi Suci itu tidak sama dengan yang baharu (makhluk). Dajjal bukan Tuhan biarpun mengaku sebagai nabi dan Tuhan. Dia merasa hebat apabila diberi 'kelebihan' dan lupa bahawa yang sebenar hebat adalah Allah (bukan baharu) jua. 

3. Di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, bermaksud jikapun dia melihat dengan dua matanya (penyaksian/pengakuan) dia tetap ingkar (menafikan setiap kebenaran). Ini bermakna Dajjal ingkar akan kebenaran dia sendiri ketahui. Pembawakan sifat ingkar ini begitu ketara sehingga diketahui/dikesan oleh mereka-mereka yang beriman dengan mudah sekali (biarpun bagi yang buta huruf), wallahu'alam. 

Seperti kata Tok Syam peristiwa kemunculannya (Dajjal) di antara Syam (Syria) dan Iraq itu telahpun berlaku ketika itu (sesudah Nabi wafat) dan sedangpun berlaku hingga kini selagi kita merasa diri ini hebat, saling menganyam fitnah, mendustakan kebenaran, dan menaniaya orang yang tidak sejalan dengan kita. 

APAKAH/SIAPAKAH SEBENARNYA DAJJAL? 

Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurga sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. 

1. Neraka dajjal: Setiap yang haq itu neraka bagi Dajjal. Dia ingkar kepada kebenaran dan melihatnya sebagai azab yang menyeksakan. Oleh itu kita diingati supaya mendatangi nerakanya (syurga) - sesuatu yang pedih baginya tetapi rahmat bagi kita. 

2. Syurga dajjal: Apa sahaja yang bathil menjadi syurga dan kenikmatan baginya, yakni dia menyukai kepada perkara-perkara mungkar. Jestru itu kita dihalang daripada syurganya (neraka), kerana di sana tidak lain melainkan bathil dan kemungkaran semata-mata. 

Sesiapa di antara kamu yang disiksa dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka neraka itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk." 

Surah Al-Kahf 
Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya Al Kitab dan Dia tidak mengadakan kebengkokan di dalamnya, (1) sebagai bimbingan yang lurus, untuk memperingatkan siksaan yang sangat pedih dari sisi Allah dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman, yang mengerjakan amal saleh, bahwa mereka akan mendapat pembalasan yang baik, (2) mereka kekal di dalamnya untuk selama-lamanya. (3) 

Al-Kitab itu benar dan itulah yang dikatakan utusan. Tidak ada keraguan di dalamnya dan membawa kita ke jalan yang benar. Bagi mereka yang beriman, Allah memberikan rahmatNya dan tinggal kekal di dalamnya. 

InsyaAllah, kita merasa sejuk (tenang) sepertimana sejuknya api (golakan) yang membakar Nabi Ibrahim...

Telah bersabda Nabi saw:
"Tidak akan keluar dajjal sehingga orang ramai terlupa menyebutnya dan sehingga imam2 (khatib) akan meninggalkan menyebutnya diatas mimbar2" Riwayat Abdullah B. Imam Ahmad.
(Menurut at-Haithami sahih;manakala Ibnu Mu'iin menyebutkan periwayat2 lain adalah orang2 yang dipercayai).

4 comments:

  1. ceritakan bahawa nabi isa turun ke bumi untuk menghapuskan dajjal

    ReplyDelete
  2. Salam. InshaAllah akan menceritakan tentang turunnya Nabi Isa a.s.

    ReplyDelete
  3. HEM DAJJAL TURUN MASA AKHIR ZAMAN KER???

    ReplyDelete
  4. Asal usul dajjal dan misi-misinya di muka bumi kini telah divideokan, silakan ditonton serinya di https://www.facebook.com/berkas.x

    Jika suka dan ingin dapat update-update video terbarunya silakan di like dulu fan pagenya...

    ReplyDelete