Wednesday, January 28, 2009

Kasyaf: Ilmu Islam yg dilupakan

Kasyaf adalah salah satu karamah atau kelebihan yang diberikan Tuhan kepada hamba-hambaNya yang dikasihiNya. Apa yang ingin disebut di sini adalah kasyaf yang dianugerahkan Tuhan kepada kekasihNya atau waliNya.

Walaupun tidak dinafikan, ada kasyaf yang didapati oleh orang awam, kasyaf sebegitu boleh menipu dan merosakkan diri merka. Kasyaf itu jika tidak dipimpin dan dijaga, nescaya menjadi istidraj kepada mereka.

Bagi wali Tuhan ini, hal-hal kasyaf sebenarnya telahpun dijanjikan Tuhan sepertimana dalam sebuah hadis qudsi,

Allah berfirman yang maksudnya: Orang yang mendekatkan diri kepadaKu, mengerjakan yang fardhu dan yang sunat, sehingga Aku cinta kepada mereka lalu Aku menjadi pendengaran mereka dan Aku menjadi penglihatan mereka.

Kasyaf kepada wali Allah ini ada banyak bahagiannya, seperti berikut:

1) Kasyaf Mata

Mata dapat melihat alam mawara-ul-maddah atau disebut sebagai alam yang seni-seni atau boleh disebutkan sebagai alam di luar kebendaan. Di sini, mata dapat melihat perkara-perkara ghaib seperti malaikat, jin dan syaitan. Kasyaf inilah yang menjadikan orang seperti Sayyidina Umar r.a nampak apa yang sedang berlaku pada tentera-tenteranya. Karamah seperti ini penting kerana dapat menyelamatkan seluruh tentera Islam.

2) Kasyaf Telinga

Kasyaf telinga disebut juga hatif. Telinga boleh mendengar benda-benda yang ghaib. Mendengar suara tetapi tidak nampak lembaganya sama ada dari jin yang soleh, malaikat atau waliullah. Suara itu adakalanya membawa berita gembira, adakalanya berita yang negatif. Tujuannya ialah Allah hendak menghiburkan orang yang mendapatnya. Kalau berita itu berita gembira, boleh menggembirakannya. Sebaliknya, kalau berita itu berita duka, juga akan menggembirakannya kerana dia tahu terlebih dahulu, sekurang-kurangnya dia boleh bersiap menghadapi ujian itu. Atau dia boleh mengelak daripada bahaya itu.

3) Kasyaf Mulut

Tuhan beri kepada orang itu, lidahnya ‘masin’ seperti doanya kabul atau apa yang dia sebut terjadi sama ada jangka pendek atau jangka panjang. Juga, di mana saja dia memberi kuliah, nasihat, tunjuk ajar, berdakwah dan sebagainya, ianya mudah diterima masyarakat dan boleh mengubah hati mereka. Akhirnya berubahlah sikap masyarakat. Karamah seperti ini biasanya dikurniakan kepada pemimpin.

4) Kasyaf Akal

Mendapat ilmu yang seni-seni yang Allah kurniakan pada seseorang terus jatuh ke hatinya. Ini terjadi tanpa dia belajar, tanpa membaca, tanpa mentelaah dan tanpa berguru. Dinamakan juga ilham atau ilmu laduni. Agar tidak terkeliru, perlu diingat orang yang hendak dapat ilmu laduni itu, dia mestilah dahulu ada ilmu asas iaitu ilmu fardhu ain.

5) Kasyaf Hati

Dinamakan juga firasat. Inilah kasyaf yang tertinggi daripada kasyaf-kasyaf yang disebutkan tadi. Biasanya dikurniakan kepada pemimpin. Itupun tidak banyak kerana Allah kurniakan hanya kepada pemimpin-pemimpin yang sangat soleh, yang sangat sabar menanggung ujian yang begitu berat ditimpakan kepada mereka. Kasyaf hati ialah rasa hati atau gerakan hati yang tepat lagi benar. Dia boleh menyuluh mazmumah yang seni-seni yang kadang-kadang kita membaca kitab tak mengerti. Termasuk juga adalah rasa hati dapat membaca diri seseorang. Nabi pernah bersabda, “Hendaklah kamu takuti firasat orang mukmin kerana dia melihat dengan pandangan Allah”. Apa yang dimaksudkan dengan firasat itu ialah kasyaf hati. Orang yang mendapatnya dapat memimpin diri dan dapat memimpin orang lain. Kalau tidak, seorang itu tidak layak jadi pemimpin. Kalau dia terus memimpin rosaknya lebih banyak daripada kebaikan.

Demikianlah yang dapat diceritakan tentang kasyaf. Moga-moga kita mendapat manfaatnya.

46 comments:

  1. KAMI SEKELUARGA DI BURU UTANG...........TAK TAHU HARUS BERBUAT APA, HANYA PERTOLONGAN ALLAH YANG DAPAT MEMBANTU KAMI KELUAR DARI KESULITAN INI............SAYA MENGHARAPKAN SOLUSI DARI BAPAK USTADZ

    ReplyDelete
  2. Salam. Langkah pertama adalah meminta bantuan dari keluarga terdekat. Anda sekeluarga harus hidup qanaah dan senitasa berdoa kepada Allah untuk melepaskan anda dari kesulitan hutang tersebut. Berusahalah mencari bantuan dan setelah itu tawakal kepada Allah.

    Sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (At-Talaq: 2-3)

    Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. (Al-Insyirah: 5-6)

    Semoga Allah memberikan rahmat dan kesenangan kepada anda sekeluarga. Amin.

    ReplyDelete
  3. Ustaz, apakah itu ilmu firasat? bukankah imam al-Ghazali pernah mengumpulkan ilmu ini sehinggakan beliau tahu apa pekerjaan seseorang tanpa mengenalinya?

    Diceritakan apabila ditanya: apakah pekejaan orang itu? Imam Ghazali jawab: dia adalah tukang jahit dan tukang kayu. Kemudian orang tadi ditanya pekerjaannya. Dia jawab: aku dahulu bekerja sebagai tukang jahit, tapi skrg bekerja sebagai tukang kayu. Maaf, tak ingat sumber. Mohon tunjuk ajar.

    *terima kasih, artikel yang sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
  4. Salam.

    Rasulullah bersabda: "Takutilah firasat orang mukmin, kerana bahawasanya dia memandang dengan cahaya Allah" (Riwayat Tabarani & Tirmidzi)

    Dari hadis ini, firasat hanya dikurniakan kepada hamba Allah yang bersih mata hatinya. Hati mereka sudah bersih suci dan diterangi oleh cahaya Allah. Hati mereka dihiasi sifat2 mahmudah seperti tawadhuk, warak, pemurah, dll dan buang segala sifat mazmumah seperti riyak, ujub, megah, takabur, dll. Maka, ilmu firasat bermakna ilmu membersihkan hati atau lebih terkenal sebagai ilmu tasawuf. Itulah yang diajar oleh Imam Ghazali dalam kitabnya yang terkenal Ihya Ulumiddin.

    Dalam riwayat, Saidina Umar sedang berkhutbah. Tiba-tiba di tengah-tengah dia sedang berkhutbah tu, dia menyebut benda yang tak termasuk dalam text ucapan khutbah. Iaitu dia sebut,"Wahai Sariah; larilah ke gunung! larilah ke gunung! larilah ke gunung!" Kemudian dia sambung khutbahnya kembali. Sahabat-sahabat yang dok perati tengok, mula rasa pelik. Awat tak peliknya, kerana sahabat yang bernama Sariah pada waktu itu sedang bertempur di kawasan perbatasan Rom. Rupa-rupanya ,di waktu sedang khutbah itu tadi,ALLAH telah mempamirkan di hadapan Umar secara ‘live’ bagaimana Sariah bersama-sama dengan tentera-tentera Islam sedang dikepung musuh.Lalu Umar melihat sambil dia berkhutbah, ada sebuah gunung di belakang tentera Islam, lalu Umar melaung,"Wahai Sariah; larilah kegunung! larilah ke gunung! larilah ! ke gunung!." Maka dengan kehendak ALLAH ,Sariah di Rom dapat mendengar laungan Umar di Madinah. Lalu apabila Sariah mengikut arahan itu, maka selamatlah tentera-tentera Islam.Kemudian apabila Sariah balik, sahabat-sahabat lain pakat tanya,"Wahai Sariah, adakah kamu mendengar benda-benda pelik sewaktu kamu sedang perang dulu?"…Sariah kata,"Ada. Aku dengar suara Umar, yang mengarahkan aku lari ke gunung.Dan apabila aku menarik tentera-tenteraku ke gunung, maka selamatlah aku daripada musuh.

    ReplyDelete
  5. Subhanallah.

    Begitu Banyak kurniaan Allah swt dalam pelbagai bentuk. Ada kasyaf, kesihatan, penglihatan,.....can't count..

    ReplyDelete
  6. salam...bagaimana utk mendapatkan kasyaf mata ustadz...???? adakah boleh mendapat melalui amalan2 yang tertentu atau sememangnya kurniaan dari Allah S.W.T...

    ReplyDelete
  7. Salam.
    Kasyaf ialah kurniaan dari Allah. Matlamat manusia ialah menjadi hamba Allah dan bukan untuk mendapat karomah atau benda yang pelik-pelik. Yang paling penting ialah hati yang suci ikhlas.

    Dalam Kalam Hikmah karangan Syeikh Ibnu Athaillah:
    "MAKSUD DAN TUJUAN ORANG ARIFBILLAH ADALAH BENAR DALAM UBUDIYAH (KEHAMBAAN) DAN MELAKSANAKAN HAK-HAK RUBUBIAH (KETUHANAN)"

    Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat-Ku. (Ayat 56 : Surah adz-Dzaariyaat)

    Untuk mengetahui lebih lanjut lagi, sila baca kitab Al-Hikam yang telah disyarahkan oleh ramai ulamak2 tasauf.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum...
      saya sangat setuju...
      matlamat manusia ialah menjadi hamba Allah..

      Delete
  8. salam....
    saya pernah mengalami perkara seperti diatas

    ReplyDelete
  9. Salam.
    Segala puji bagi Allah yang telah beri nikmat untuk anda mengalaminya.

    'Kunfayakun'. Jadi maka jadilah. Semuanya sudah ditentu oleh Allah s.w.t yang Maha Bijaksana.

    ReplyDelete
  10. Salam,
    Saya mempunyai rakan yang boleh melihat alam ghaib yakni dapat melihat jin, syaitan ataupun bunian. Beliau mengamalkan perubatan alternatif dan dibantuan oleh qadam-qadam yang beliau perintahkan. Beliau mendakwa dapat melihat sesuatu benda yang tidak boleh dilihat oleh orang biasa dengan menggunakan mata batin. Beliau juga mendakwa mengahwini seorang puteri bunian dan isteri puteri bunian tersebut akan memasuki badan isterinya yakni manusia bila-bila masa. Amalan beliau selalu berzikir dan berpuasa. Apakah ini termasuk dalam kasyaf? Apakah saya perlu mempercayainya?

    ReplyDelete
  11. Salam.
    Perkara2 ghaib memang terjadi di dunia. Anda hanya perlu bersikap sederhana.

    Kasyaf adalah anugerah Allah kepada hamba2Nya yang bertaqwa. Selain kasyaf, ada yang dipanggil istidraj yang terjadi pada Firaun hingga membuat beliau syirik. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang istidraj, sila lungsuri ke lelaman berikut:

    http://cahayamukmin.blogspot.com/2008/12/istidraj.html

    Yang penting ialah kasyaf yang diberi oleh Allah s.w.t membuat hamba tersebut merasa hina dan lebih bersungguh2 mengamal ibadah dan banyak bersyukur yang telah ditunjuk oleh Rasulullah s.a.w.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Ustaz,

    Kawan saya mendakwa suaminya tergolong dalam golongan kasyaf ini kerana suami belia boleh melihat makhlus halus. Tapi bagi saya itu mustahil kerana suaminya minum arak dsbnya. Sekarang, kawan saya mendakwa pulak, salah seorang anaknya juga dapat melihat makhluk halus. Soalannya, bolehke ilmu sebegini diperturunkan??

    ReplyDelete
  13. Wa'alaikumussalam,

    Perkara2 ghaib tidak mustahil terjadi kepada sesiapa pun. Dalam sejarah, Firaun diberi kekuatan oleh Allah s.w.t walaupun Firaun mensyirikkan Allah. Ia dinamkan istidraj. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang istidraj, sila lungsuri ke lelaman berikut:

    http://cahayamukmin.blogspot.com/2008/12/istidraj.html

    Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  14. assalamualikum ustaz,

    boleh saya tahu ape maksud kasyaf dari segi istilah?

    ReplyDelete
  15. Wa'alaikumussalam.
    Saya bukan ahli dalam kasyaf. Hanya seorang hamba hina, dhoif, faqir, mencari redha Ilahi. Sila rujuk kepada ahli2nya.

    ReplyDelete
  16. Sy ada seorang ustaz kasyaf...Alhamdulillah dia byk membantu

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum ustaz....sekarang ni saya dalam rawatan darussyifa' dimana saya tibe2 mendapat kuase yang lebih dan aneh...dan apabila saya pergi rawatan dan ustaz tersebut berkomunikasi dengan jin tersebut, jin mengatakan yang ia dari saka nenek moyang...saya ade bertanye dengan beberapa insan terpilih yg telah dianugerahkan ilme kasyaf..ade yang mengatakan jin tersebut dari arwah ayah (nenek moyang) dan ade yang mengatakan ia hanye jin biase yg ingin mengganggu dan duduk d badan saya sejak dari sek menengah lagi....sya jadi xpasti akan sumber mane yang boleh saya percayai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau saya, saya tak nak, buang je, buat apa nak ada pendamping.Allah sebaik-baik penolong..sila kontek tok belagak

      Delete
  18. Wa'alaikumussalam.
    Dari pengetahuan saya, saka akan ada selama 7 keturunan. Kalau jin biasa dipanggil Qarin yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. Setiap orang ada jin masing2 yang akan menghasut manusia.

    Perbanyakkanlah berzikir, mengingati Allah. Mendalamilah ilmu tasawuf untuk membersihkan hati dan menghilangkan sifat2 mazmumah.

    Semoga anda sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah s.w.t. Amin.

    ReplyDelete
  19. Dari Abdullah bin Abbas –radiyallahu anhuma- telah berkata: Adalah aku berada di belakang Nabi s.a.w., lalu baginda bersabda: Wahai budak! Sesungguhnya aku ingin mengajar kamu beberapa kalimah (ajaran agama): Jagalah Allah, (nescaya) Dia akan jaga kamu. Jagalah Allah (nescaya ) kamu akan dapati Dia di hadapan kamu. Apabila kamu meminta, maka mintalah kepada Allah, apabila kamu memohon bantuan maka mohonlah kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya jikalau seluruh umat berkumpul untuk memberi sesuatu manfaat kepada kamu, nescaya mereka tidak berupaya untuk memberi manfaat kepada kamu melainkan apa yang telah di tetapkan oleh Allah kepada kamu. Dan sekiranya umat berkumpul untuk memudaratkan kamu, nescaya mereka tidak mampu memudaratkan kamu melainkan apa yang telah di takdirkan Allah ke atas kamu. Telah di angkat pena-pena dan telah di tetapkan takdir-takdir.
    [HR Al-Tirmiziy]

    ReplyDelete
  20. Saya telah banyak mengkaji/membaca tentang perkara-perkara kasyaf dan laduni tetapi sebenarnya jalan yang baik ialah cara mendekatkan diri dengan Allah s.w.t. seperti para wali-wali yang terdahulu daripada kita. Jalan itu tidaklah sukar dan boleh dibuat secara beransur-ansur dan perang utama adalah nafsu, dan kemudian membawa kepada amalan ibadah wajib dan sunat seperti sembahyang tahjud, puasa dan berzikir, tetapi ia perlu ada guru yang mengajar takut sesat dengan perkara syirik. Ambil contoh Sheikh Abdul Qadir Al Jaelani, 2/3 malam beliau berzikir dan puasa sepanjang tahun. Disitulah rahsia martabat hati (qalbu) yang tertinggi yang dikasihi oleh Allah s.w.t. dan dikurniakan ilmu kasyaf (rahsia para wali).

    ReplyDelete
  21. Salam. Benar kata anda. Jalan terbaik adalah seperti Rasulullah s.a.w, sahabat2, tabiin, tabiut tabiin, auliya2 Allah. Dunia sekarang memerlukan makanan rohani atau hati. Kebanyakan orang tahu tentang rukun islam dan rukun iman. Tetapi hanya segelintir yang mengetahui tetang ihsan. Wallahua'alam.

    ReplyDelete
  22. asalamualaikum ustaz..saya ingin bertanya..benarkah orang kristian memburu & ingin membunuh org yg mempunyai karamah???

    ReplyDelete
  23. Wa'alaikumussalam.
    Wallahu'alam. Cuba lihat sejarah Rasul, Nabi Muhammad s.a.w, sahabat2. Mereka banyak ditentang oleh orang kafir.

    Rasulullah s.a.w diracun oleh wanita yahudi setelah makan daging yang diberi. Umar al-khattab, Nabi Zakaria dan Nabi Yahya dibunuh oleh kaum yahudi.

    Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang melawat, yang ruku', yang sujud, yang menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu." [At-Taubah:111-112]

    Semakin tinggi iman seseorang itu, semakin tinggi ujian yang akan diberi untuk meninggikan derajat dan menghapuskan dosa2 yang telah lalu. Setiap ujian ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum ustaz,ustaz kadangkala apabila sy trdengar jiran @ org sakit sy rasa sy boleh dan tahu cara membantu mengubatinya tp sy ragu2 jgk dgn perasaan sy sbb sy tidak pernah belajar ilmu2 ini,dahulu semasa sy bersekolah menengah prnah trjadi 1 peristiwa dimana sy mrh sgt dgn anak kucing sy(sy pn dh lupe knpe sy mrh sgt dgn kucing tu) sy pijak kucing itu dgn kuat sehingga anak kucing itu berjalan terhencot-hencot dan terus hati sy trsentuh & kesian serta mnyesal dgn prbuatan sy, terus sy mngambil kucing itu mnyapu mnyak gamat dan membaca al-fatihah semasa mnyapu mnyak dikakinya dan sy meminta maaf kpd anak kucing itu dan sy sedih mase tu dan sy memohon allah s.w.t ampunkan sy dan sembuhkan kucing itu...selepas sy sapu mnyak gamat itu sy lepaskn kucing itu dan sy gembira serta brsyukur sgt kpd allah s.w.t kerana kucing itu brjln tdak trhencot-hencot lg..sy gembira sgt mse tu,tp sy tau dosa sy kpd kucing ttp di bls nnti...ustaz sy bukan org yg kuat sembhyg,sy ingin brtnya apakah persan sy ini benar atau hnya sekadar perasaan sy,mohon tunjuk ajar dr ustaz...

    ReplyDelete
  25. Wa'alaikumussalam.
    Dengan berkat al-fatihah anda dan rasa keinsafan dan kehambaan, Allah telah memulihkan anak kucing tersebut.

    Jika anda hendak membantu mengubati jiran anda, anda harus istiqamah dengan sifat kehambaan. Sebab syaitan akan memasukkan sifat riak, megah kedalam diri disebabkan anda pernah memulihkan anak kucing. Itulah permainan syaitan.

    Itu sebabnya wali-wali Allah mempunyai karomah atau kasyaf kerana mereka mempunyai sifat kehambaan, sifat mahmudah, mengingati Allah dan bertawakal kepada Allah setiap detik.

    Ketahuilah, segala yang terjadi di dunia adalah atas kehendak Allah yang telah ditetapkan di Lauh Mahfuz.

    Semoga kita semua sentiasa dalam naungan Allah dan diberikan petunjuk untuk mencapai redha Allah.

    ReplyDelete
  26. http://uncleseekers.blogspot.com/2011/09/luahan-hati-seorang-guru.html

    Apakah pandangan saudara tentang artikel ini berkaitan kasyaf?

    ReplyDelete
  27. Anas Arafadd:

    boleh saya minta ustaz publish 1 artikel yang saya tulis...untuk bincang sama ada ia ada kena mengena dengan hal Kasyaf??

    jika ustaz x keberatan mohon beri E-Mail untuk saya Attach artikel tersebut...

    ReplyDelete
  28. Salam. Email ana adalah ulil_albab@hotmail.com.

    ReplyDelete
  29. Kasyaf adalah anugerah Allah. Untuk orang mukmin dinamakan karamah. Untuk orang yang derhaka pada Allah adalah istidraj. Segala yang berlaku di dunia, alam ghaib, dll, semua nya adalah kehendak Allah yang telah ditetapkan di Lauh Mahfuz.

    Kasyaf adalah nikmat yang diberikan kepada hamba2Nya yang bertaqwa. Usahlah hairan tentang perkara2 yang pelik sebab semua adalah mudah bagi Allah.

    Yang penting, kasyaf atau karomah yang diberi oleh Allah membuat seseorang hamba itu menjadi lebih bertaqwa dan malu dengan Allah disebabkan terlampau banyak nikmat Allah yang diberi dan tidak dapat balas atau bersyukur dengan nikmat yang besar.

    Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum ustaz,

    keluarga ipar saye dikatakan kasyaf...bapa mertue/adek ipar lelaki & perempuan dapat melihat alam lain...manakali ibu mertue pula membau bauan...

    persoalan nye, kasyaf yg saya fahami adalah melihat jin, makhluk halus, malaikat dan sebagainye...tetapi ustaz bagaimana dengan rasulullah...adek ipar saye dikatakan boleh berinteraksi dengan rasulullah dan ketika kami berjemaah ramai2 dikatakan didatangi rasulullah dan baginda mengirim salam...

    ada ketika adek ipar saye tu bole masuk ke dalam ka'abah untuk bertemu rasulullah (dikala rasul sedang mengaji quran) dan bertanye kan pendapat rasulullah mengenai hal2 agama dan sebagai...

    benarkah kelebihan kasyaf ini bole membuat kite berinteraksi dengan rasul semudah itu?

    wa'allahualam

    ReplyDelete
  31. Wa'alaikumussalam.

    Kelebihan kasyaf boleh membuat seseorang berinteraksi dengan rasulullah seperti terjadi kepada wali2 Allah.

    Wa'allahualam.

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum ustaz,

    saya berminat nk mengubatkan org,smbil mempelajari kasyaf ni..dlu,sekolah sy pernah jd keadaan histeria ni,sy cbe tlong ustaz sy utk bdak2 yg kene hasut dek syaitan..ade diantara drpd kami mse mengubat,kne hasut blik..tp sy x pernah kene,bkan nk mintak kene hasut :) dekat asrama pown sme,sy tlong,tp keadaan bole di kawal laa..

    bkan ape,sy mmg ske membantu org dlam kesusahan..pada masa yg same,sy nk membaiki diri sy lebih mantap dr segi iman sy..
    sy nk mintk pendapat ustaz laa klau bole..

    harap2 ustaz dpt membantu sy dlam menjelaskan dlam hal perubatan islam ni ye..

    sekian . . .

    ReplyDelete
  33. Wa'alaikumussalam.

    Saya bukan ahlinya dalam perubatan islam. Anda boleh menjumpai ustaz yang mahir seperti Ustaz Sharhan Shafie di lelamannya:- http://www.zamdurrani.dumei.com/

    Kasyaf adalah kurniaan Allah. Ketahuilah, segala yang kita buat iklhlaskan amal tersebut kerana Allah dan bukan kerana dunia. InsyaAllah segala urusan akan dimudahkan.

    Syaitan tidak berkuasa untuk menghasut hamba2 Allah yang ikhlas yang telah difirman dalam Al-Quran:
    Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti Aku akan menyesatkan mereka semuanya, Kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka".(Al-Hijr:39 – 40)

    Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  34. assalammualaikum...

    apakah amalan ahli kasyaf?mnta ustaz perincikan...

    ReplyDelete
  35. Wa'alaikumussalam.

    Buat lah amalan yang anda upaya. Islam itu mudah. Untuk mengetahui tentang amalan ahli kasyaf, bacalah kisah para wali2 Allah tentang amalan mereka. Amalan terbaik untuk kita ikuti adalah Rasulullah s.a.w. Cuba lihat pada akhlaknya dan ibadahnya.

    Sekadar nasihat. Kita buat amalan bukan kerana mendapat kasyaf, tapi kerana redha Allah. Jika tidak, kita akan jadi hamba kasyaf dan bukan hamba Allah.

    Ini terjadi pada Azazil yg sekarang bernama Iblis. Azazil adalah ketua para malaikat dahulu dan mendapat nikmat yang banyak dari Allah. Tetapi akhirnya dilaknat oleh Allah disebabkan takaburnya.

    Semoga kita menjadi hamba2 Allah yang tahu bersyukur dengan nikmat2 Allah yang tidak terhingga.

    ReplyDelete
  36. pernah mengalami dan risau jika timbul perasaan ujub dan riyak..subhanAllah..

    ReplyDelete
  37. Salam Ustaz, setelah saya membaca tentang kasyaf ini, bagaimana kita hendak mengetahui seseorang mempunyai kasyaf atau karomah, ataupun istidraj?

    Saya ada perkara yang ingin saya menanya. Salah satu saudara saya, mengatakan bahawa, katanya dia ada sixth sense. Dia boleh dapat alamat dari mimpi.

    Contohnya:

    1)Dia kata kalau ada benda tak kena, dia boleh dapat on that spot,atau alamat melalui mimpi.

    2)Sekiranya mcm kita tanya dia sesuatu tentang satu topic, dan apabila kita telah ceritakan atau menanya tentang topicnya, dia sebenarynya dah tahu apa yang kita nak cakapkan, tak payah nak tunggu kita bilang.

    3)Sekiranya, kita ada benda yang kita tak suka, dia kata dari sekelip pandang muka kita, dia dah tahu, cuma dia nak tunggu kita bilang perkara sebenarnya. Jikalau dia dah tahu perkara sebenarnya, kenapa harus dia hendak kita bilang lagi?

    4)Sekiranya dia mimpi tentang seseorang itu ada di tempat ini, atau nanti akan terjadi sesuatu, contohnya anjing kena langgar, sekali esoknya atau bila bila masa benda tu terjadi.

    5)Kalau orang sembunyikan sesuatu darinya, dia boleh mengetahui melalui mimpi.

    6)Katanya juga, dia juga boleh melihat mahluk halus. Allahu wa'lam bissawab.

    Tetapi jikalau ustaz tengok orangnya atau keluarganya, keluarganya sering kesimpitan wang. Saya tahu saya tak boleh menghakimi dia(judge a person) melalui wataknya tapi orangnya tak bertudung, pakaian nak kata elok, pakai seluar pendek, pakai baju tak terdedah sangat tapi lengan pendek.

    Setahu saya, orang yang ada kasyaf ini orang yang selalu bertaqwa kepada Allah, sentiasa mengigati Allah, dimana sahaja jua dia berada.

    Bolehkah saya percaya dengan kata kata saudara saya ini? Ataupun dia sebenarnya nak memperbodohkan saya hingga saya percaya kata katanya.

    Harap ustaz dapat huraikan atau jelaskan soalan soalan yang telah saya tujukan.

    ReplyDelete
  38. Salaam.

    Perkara-perkara yang ajaib atau tidak dijangka oleh minda manusia adalah semua berlaku dengan izin Allah.
    Lihatlah kepada Firaun yang tidak pernah sakit yang mempunyai tentera, harta dan ahli sihir yang hebat. Nikmat begini dikatakan adalah istidraj. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang istidraj, sila lungsuri ke lelaman:

    http://cahayamukmin.blogspot.com/2008/12/istidraj.html

    Terserah bagi anda untuk mempercayai kata kata saudara anda. Tetapi, ingatlah sentiasa berharap hanya dengan Allah Ta'ala Yang Maha Kaya dan tidak mengharap dengan makluk sebab semua yang terjadi di dunia atas kehendak dan kekuasaan Allah Ta'ala dengan kebijaksanaan dan keadilanNya.

    ReplyDelete
  39. assalamualaikum ustaz..adakah hijab ini boleh dibuka dengan manusia?atau sememangya diberi oleh Allah kpd yg dkehendakiNya?

    ReplyDelete
  40. Kasyaf bukan matlamat/tujuan

    Tujuan Ibadah/amal adalah untuk menuju redho Allah

    *jin pun boleh masuk ke dlm mata seseorang...dan dgn jin tersebut seseorg boleh nampak alam lain...(bi iznillah)

    ReplyDelete
  41. kasyaf pada aulia'/waliullah utk mengislah ummat...

    ReplyDelete
  42. Waalaikumussalam. Hijab dibuka adalah anugerah dari Allah seperti terjadi pada wali2 Allah.

    Hadith Rasulullah s.a.w mahfumnya: Takutilah firasat orang mukmin, sesungguhnya mereka melihat dengan cahaya Allah.

    ReplyDelete
  43. assalammualaikum,
    saya seorang remaja, 17,..
    Ok, sukar untuk diterangkan oleh kata-kata, tapi saya dikurniakan mata kasyaf melalui saka turun temurun...
    Apa yang dimakrifatkan oleh ahli perguruan seni silat gerak sejati saya mampu melihat dan ia dikuatkan lagi ketika kami menentang bomoh siam di langgar, kedah dalam perjalanan untuk menuntut ilmu taming baja (perisai besi) di baling. Dan saya mampu melihat jin dan membaca peribadi seseorang... Saya mampu menyeru jin dan menyerang jin lain. Persoalannya, adakah ilmu ini boleh hilang dari saya,
    no tel saya 0175254347
    harap maklum balas

    ReplyDelete
  44. ok. good info. Ada yang tanya kami bolehkah ilmu kasyaf diguna untuk dapatkan nombor loteri..??

    ReplyDelete