Keredhaan Allah lebih indah daripada permata, lebih terang daripada sinaran matahari dan lebih jernih daripada serpihan kaca.
Ya Tuhanku. Dalam perjalanan langkah yang belum terhenti ini. Jalan selangkah yang lalu, penuh dosa dan noda.. Bersilih ganti, antara godaan dan keinsafan. Layakkah aku dalam rahmat-Mu..dibawah lembayung rahmat-Mu. Walau seringkali godaan yang memburu. Seringkali itu juga seribu keinsafan berbisik dihati. Wahai Tuhanku, ku merayu dimalam hari. Menagih ampunan dan kasih sayangMu. Wahai Tuhanku, rayuanku, terimalah daku kembali.. Sebagai hambaMU yang dalam lindunganMU setiap saat masa yang berlalu. Walau seribu yang memberikanku kasih, tidak kan sama kasihsayangMu Ya Rabbi. Ya Allah, dengarlah rayuanku sayup-sayup berbisik dimalam yang hening. Bertemankan cahaya bulan, sinaran bintang yang memancar. Mengharapkan doaku bertaut dalam restuMu. Wahai Tuhanku..pencipta kasih sayang. Yang memiliki setiap hati. Kasih sayang yang luhur buat hambaMu. Ya Rahman. Ya Rahim, kusedari cinta manusia cuma setitis dari selautan cintaMU Ya Rahman. Rayuanku, janganlah kasih yang setitis didalam hati ini. Melalaikan daku dari mengingatiMU. Pautkanlah daku pada cinta dan rahmatMu agar daku tidak tenggelam dengan fitnah dan mehnah duniawi. Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah...
Perasaan ialah garam kehidupan,dengan perasaan manusia merenung,mencari ketenangan dalam pergolakan, kelihatan bahagia dalam sengsara dan jernih masa depan dalam kekeruhan yang ada sekarang. Imbangan nada tinggi, melengking dengan nada rendah mengendur, itulah muzik kehidupan- HAMKA.
"Ya Tuhanku, malam hanya terasa indah apabila berbisik kepada-MU, siang hanya terasa indah apabila mematuhi-Mu. Tiada kelazatan dunia kecuali berzikir kepada-MU. Dan akhirat tidak terasa indah kecuali dengan beroleh kemaafan dari-Mu. Juga syurga tidak terasa indah kecuali dapat melihat-MU
(Bisikan munajat Yahya b. Muaz Ar-Razi)
"Kata-kata yang baik itu adalah sedekah"-(Hadith Nabi)
“Wahai Tuhan, Alangkah gembiranya daku. Tuhan? Engkaulah cita2ku, harapanku, Kasih sayangku, bekalanku dan matlamatku. Engkaulah cahaya hatiku. Engkaulah harapanku. Ya Tuhan, jika bukan kerana-Mu, aku tidak pernah bersusah payah di dunia ini. Betapa banyak pemberian-Mu kepadaku, betapa luas nikmat-Mu untukku. Cinta-Mu, kasih sayang-Mu adalah harapan, kesenangan serta pujianku. Selama hidupku aku tidak mahu lepas dari-Mu. Engkau telah mendarah daging di tubuhku. Alangkah senangnya hatiku, jika aku tahu Engkau telah meredhaiku?
"Tuhanku, tenggelamkanlah diriku kedalam samudera keikhlasan mencintai-Mu,sehingga tidak ada sesuatu yang menyibukkanku kecuali berzikir kepada-Mu?
(Munajat sufi Rabiatul Adawiyah)
“Pelajarilah Ilmu, karena mempelajarinya karena Allah adalah khasyah, Menuntutnya adalah ibadah, mempelajarinya adalah Tasbih, mencarinya adalah Jihad, Mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah Shadaqah, menyerahkan kepada ahlinya adalah Taqarrub. Ilmu adalah teman dekat dalam kesendirian dan sahabat dalam kesunyian.?
(Muadz bin Jabal Radhiyyallahuanhu)
No comments:
Post a Comment