Amar bin Jamooh adalah seorang lelaki yang tempang. Beliau mempunyai emat orang anak lelaki yang sentiasa menemani baginda Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam dan mereka ini juga turut mengambil bahagian di dalam peperangan. Tatkala peperangan Uhud meletus, Amar radhiAllahu `anhu ketara benar hendak menyertai sama di dalam peperangan tersebut. Beberapa orang penduduk telah menerangkan kepada beliau,
"Kamu telah dikecualikan disebabkan kecacatan tempangmu itu. Kamu tidak perlulah menyertai pertempuran itu."
Beliau menjawab, "Sungguh menyedihkan daku sekali bahawa anak-anakku masuk Syurga dan daku pula ketinggalan di belakang."
Adapun isteri Amar radhiAllahu `anhu juga berkehendakkan beliau turut berjuang di medan pertempuran itu dan gugur syahid supaya dia (isterinya) akan mendapat kehormatan menjadi seorang janda kepada seorang pejuang Islam yang gugur syahid. Untuk mendesak beliau lalu isterinya berkata,
"Daku tidak percaya bahawa mereka telah melarangimu dari menyertai perjuangan itu. Nampaknya suamiku Amar, kamu takut hendak pergi menyertai medan pertempuran itu."
Mendengarkan desakan serta rupa kata yang mencabar dari isterinya itu, Amar radhiAllahu `anhu telah menlengkapkan dirinya dengan senjata dan beliau menghadapi kiblat seraya berdoa kepada Allah subhanahu wa ta`ala,
"Ya Allah, jangnlah daku ini kembali kepada keluargaku." Kemudian Amar radhiAllahu `anhu setelah melengkapkan dirinya dengan senjata lalu pergi menemui Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam seraya menerangkan kepada baginda,
"Sesungguhnya daku ini selalu mencintai akan gugur syahid di medan pertempuran tetapi saudara-saudara Islam yang lain selalu melarangi daku dari menyertai peperangan itu. Wahai Rasulullah, daku tidak dapat menahan lagi keinginan hatiku ini. Izinkanlah daku menyertai peperangan itu. Daku berharap dapat berjalan di syurga bersama kakiku yang tempang ini."
Lalu Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam memberitahunya,
"Amar, kamu mempunyai sesuatu sebab. Oleh itu tidak menjadi halangan sekiranya kamu tinggal di belakang."
Tetapi, sebaliknya Amar radhiAllahu `anhu tetap mendesak Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam dan akhirnya jua kerana keinginan cintanya yang mendalam itu terhadap syahid maka Rasulullah pun membenarkan beliau menyertai peperangan itu.
Abu Talhah radhiAllahu `anhu menerangkan,
"Daku telah melihat Amar radhiAllahu `anhu berjuang. Beliau berjalan dengan sesuka hatinya seraya berteriak,
'Demi Allah! Daku ini amat mencintai akan syurga.'
Salah seorang dari anaknya mengikuti di samping beliau. Maka kedua ayah dan anaknya itu pun berjuanglah sehingga kedua-duanya rebah gugur terbunuh di dalam medan pertempuran itu."
Isteri Amar radhiAllahu `anhu setelah mendengar perkhabaran kematian suami dan anak-anaknya itu lantas telah datang dengan seekor unta untuk mengambil pulang mayat-mayat mereka. Adalah diberitakan bahawa tatkala mayat-mayat itu di letakkan di atas unta, lalu unta tersebut enggan berdiri. Setelah dipaksa berdiri dengan pukulan dan sebatan yang tersangat pedih kesakitan itu, unta itu tidak mahu pergi ke Kota Madinah sebaliknya asyik memandang jauh ke arah Uhud masa demi masa. Apabila baginda Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam telah diberitahukan peristiwa ini, lalu baginda pun bersabda,
"Sesungguhnya unta itu telah diperintah berlaku demikian. Adakah Amar radhiAllahu `anhu berkata sesuatu sepeninggalan beliau dari rumahnya?"
Isteri Amar radhiAllahu `anhu memberitahu Rasulullah sollallahu `alaihi wasalla bahawa sebelum beliau meninggalkan rumah menyertai pertempuran ini, beliau telah mengadap ke Kiblat seraya berdoa ke hadrat Allah subhanahu wa ta`ala dengan doanya,
"Ya Allah, janganlah daku ini kembali kepada keluargaku."
Maka jawab baginda Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam, "Inilah sebabnya unta ini enggan pulang ke rumahnya."
Lihatlah, betapa mendalamnya keinginian cinta Amar radhiAllahu `anhu hendak gugur di sisi Allah subhanahu wa ta`ala. Oleh disebabkan perasaan kasih sayang serta kebaktian mereka terhadap Allah dan RasulullahNya itulah maka ini telah membawa para-para Sahabat mencapat darjat ketinggian. Sungguh pun demikian, hasrat beliau, Amar radhiAllahu `anhu tetap ternyata gugur syahidnya di medan Uhud itu dan sebaliknya unta tersebut tetap patuh dan enggan membawa pulang mayatnya ke Kota Madinah.
No comments:
Post a Comment