Sunday, May 23, 2010

Kisah Zun Nun dan Seorang `Alim.

Zun Nun menceritakan: "Ketika aku sedang berjalan di lereng gunung, kuterlihat sekumpulan manusia yang menderita sakit. Aku bertanya kepada mereka: "Apakah yang telah terjadi kepada kamu semua?"

Mereka menjawab: "Di dalam tempat suluk yang terletak di sini tinggal seorang yang soleh. Setahun sekali ia keluar dari tempat suluk mengubat dengan meniup orang-orang ini lalu semuanya sembuh. Setelah itu ia pun kembali ke tempat suluknya dan setahun kemudian barulah ia keluar lagi. "

Dengan sabar aku menantikan orang alim itu keluar dari tempat suluk. Ternyata yang kulihat adalah seorang lelaki berwajah pucat, berbadan kurus dan bermata cengkung. Aku merasa gementar kerana kagum memandang dirinya. Dengan penuh belas kasihan orang alim itu memandang orang yang berdoa di situ, kemudian memandang ke atas. Setelah itu semua orang-orang yang menderita sakit itu ditiupnya beberapa kali. Dan semuanya sembuh dari penyakitnya.

Ketika orang alim itu hendak kembali ke tempat suluknya, aku segera menarik pakaiannya dan berkata:

"Demi kasih Allah engkau telah menyembuhkan penyakit-penyakit yang nampak oleh mata kasar tetapi sekarang sembuhkanlah penyakit di dalam batinku ini."

Sambil memandang diriku orang alim itu berkata: "Zun Nun lepaskanlah tanganmu dariku. Dia Yang Maha Besar mengawasi dari pundak kebesaran dan keagungan. Jika Dia melihat ada seseorang bergantung kepada selain daripada-Nya, pasti Dia akan meninggalkan dirimu bersama orang itu maka malanglah engkau di tangan orang itu."

Setelah berkata demikian ia pun kembali ke tempat ia bersuluk.

16 comments:

  1. Salam...Ustaz,

    Zaman sekarang ramai sangat orang yg bergantung kpd sesuatu yg lain selain-NYA. Top 5 in ranking ialah:-

    1) Duit
    2) Ubat Kimia dan dadah
    3) Doktor
    4) Kekuasaan dan Pangkat
    5) Ahli Politik dan Pengaruh

    Perkataan "insya ALLAH" jarang disebut-sebut. Namun ada juga yg menyebutnya di hati. Sebaiknya disebut dilidah dan dihati supaya penyebutnya ingat dan pendengarnya ingat. Sesuatu yg menyedarkan dari berlakunya syirik (dosa yg amat besar!) hukumnya "wajib" dan hukum menyebut perkataan "insya ALLAH" adalah "wajib" (rujuk QS. al-Kahfi 18:23-24).

    ReplyDelete
  2. Ustaz, apa maksud kata2 orang alim itu kepada zunnun misri

    ReplyDelete
  3. Salam.
    Yang diMuliakan-NYA Ustaz,

    Saya ingin bertanya suatu kemusykilan. Harap dapat diperjelaskan.

    Bidang Pharmaceutical ialah salah satu bidang perniagaan (Jual-beli ubat kimia). Pengeluarnya ialah pengilang ubat kimia antarabangsa, pembeli dan pengedar utamanya ialah kerajaan melalui hospital, peruncit utamanya ialah kedai farmasi manakala agen jualan langsungnya ialah doktor. Pembeli/pengguna akhirnya ialah pesakit.

    1) Tidak ada walau suatu jenis ubat-kimiapun yg ada label HALAL JAKIM (cuba check label strip ubat kimia yg paling popular, PANADOL).
    2) Setiap jenis ubat kimia ada side effect & adverse effect (ciri utama dadah merbahaya).
    3) Jenis perniagaan ini bercirikan konsep "Keuntungan atas Kesakitan Orang".
    4) 90% pengilang ubat kimia dunia dikuasai kapitalis yahudi.
    5) Ciri utama ubat kimia (yg disangka ubat) ialah melumpuhkan sistem saraf yg sakit, menghentikan kesakitan buat sementara, ketagihan, kalau henti pengambilan sakit datang semula (drug-dependant) , kalau ambil berterusan rosak buah pinggang atau datang pula penyakit sampingan yg lain kebiasaannya kanser. Adakah ia benar ubat atau racun?

    Cuma ingin bertanya kepada Yang diMuliakan-NYA Ustaz: Hukumnya perniagaan sebegini. Belum ada ulama' yg mahu keluar fatwa (mungkin sebab ramai ulama' pun bergantung kepada ubat kimia).

    Hospital sekarang sudah takda tempat parking...sentiasa full! Sepatutnya semakin manusia maju, semakin kuranglah orang yg sakit. Sebaliknya semakin ramai pula yg sakit kronik terutama komplikasi jantung, kanser pelik-pelik, selsema burung, selsema babi dan sikit hari selsema lembu dan kambing pula. Minta pandangan.

    Sekian.

    ReplyDelete
  4. Salam.
    Zaman sekarang manusia ade penyakit wahan yang diberitakan oleh Rasulullah s.a.w yakni cinta dunia dan takut mati.

    Hati mereka hanyalah dunia dan kepentingan sendiri. Sebaik2 orang yang beriman ialah seperti yang tersebut dalam Al-Quran:
    "Orang Mukmin itu bila disebut nama Allah, gementar hati mereka” (Al-Anfaal : 2)

    ReplyDelete
  5. Tok guru wali'ul-LLAH tersebut berkata kepada wali'ul-LLAH Dzun-Nun berkenaan bahayanya Syirik mensekutukan pertolongan ALLAH dengan sesuatu yang selain-NYA...walaupun dengan pertolongan Wali-NYA sendiri!). Betul tak Ustaz?

    ReplyDelete
  6. Mengenai hukum perniagaan ubat kimia agak subjektif. Sebab ia adalah untuk kebaikan dan keburukan.

    Perumpamaannya seperti pisau. Ia adalah untuk kebaikan dan keburukan. Dengan pisau ia menyenangkan manusia untuk memotong barang2 tetapi dengan pisau juga boleh membunuh seorang insan.

    Walau bagaimanapun, ubat kimia pun adalah antara ilmu Allah yang diberi untuk manusia. Bukan ubat yang menyembuh penyakit. Ia hanyalah wasilah. Yang sebenar yang menyembuhkan penyakit ialah Allah s.w.t yang memberi dan menyembuh penyakit. Malangnya, keyakinan terhadap ubat lebih kuat dari keyakinan terhadap Allah.

    Senang kata, apabila kita menghadapi sakit kepala atau pening, kita ingat 'panadol' dahulu atau ingat Allah dahulu. Tanyalah diri masing2.

    Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  7. Salam [24jam]
    Yang dimaksudkan oleh orang alim itu ialah hati. Apabila kita letak segala pengharapan kepada Allah, maka Allah akan menolongmu dengan perantaraan manusia dan hati akan berasa tenang tenteram. Apabila kita letak segala pengharapan pada manusia, maka Allah akan membiarkannnya dengan manusia tanpa pertolongan Allah dan hati akan berasa gelisah.

    “Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang” (Ar Raad : 28)

    Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  8. [zaidi ali]Makna orang alim itu bermaksud dari zahiriah kita memohon pertolongan dari orang2 soleh sebab mereka ada barokah masing2 tetapi dari segi batiniah kita berharap hanya pada Allah.

    Apabila kita sakit, kita perlu makan ubat sebagai usaha. Ini adalah zahiriah. Tetapi batiniah hanya ingat Allah yang menyembuh penyakit tersebut.

    ReplyDelete
  9. [Yang dimuliakan-NYA Ustaz] Salam.
    Segala pujian hanya layak bagi ALLAH.
    ALHAMDULILLAH!

    Apabila orang mukmin terlalu kerap sakit pada zaman yg sepatutnya manusia semakin sihat,

    1) Batiniah mereka diuji bertalu-talu
    2) Zahiriah fizikal mereka, akibat makan racun...sentiasa sakitlah!
    3) Hakikat kewangan mereka, semakin pokailah!
    4) Hakikat pengilang ubat, semakin kayalah!

    Saya adalah seorang ahli kimia dan pernah bekerja dikilang ubat kimia. Dalam bisnes ubat kimia, terdapat sebuah kitab besar yg disebut British Pharmacopeia (BP). Di dalam kitab tersebut disenaraikan rahsia segala jenis ubat dan kesan sampingannya. Rahsia setiap jenis ubat ialah bahan aktifnya dari tumbuh-tumbuhan dan logam bumi (ilmu dari ALLAH). Rahsia dalam rahsia ialah zat tumbuhan diadun dengan racun saraf (methanol, kloroform, iodin, cyanide dll.) semasa pembikinan ubat.

    Hakikat kepada hakikat, ini semua permainan ahli kitab yahudi untuk merosakkan umat manusia.

    "Ubat yg ku pinta, Racun yg ku dapat"

    Sekian.

    ReplyDelete
  10. Alam arwah - dunia - alam kubur

    1) Alam arwah - dah buat perjanjian

    alastu birobbikum, qolu bala syahidna

    2) Lahir ke dunia - untuk uji perakuan di alam arwah
    Allah lengkapkan dunia dengan asbab kebendaan, duit, pejabat, sawah ladang, pertanian, ubat, makan minum, mcm2 la asbab....makhluk yg ada...

    3) Alam kubur - tanya balik ... ma robbuka

    --di dunia yakin, bersandar, bergantung, minta tolong..pada makhluk....... macamana nak jawab soalan ma robbuka...

    -- sakit ingat ubat....ingat hospital..bahaya untuk iman.

    ---Sakit ingat Allah... doa... baru p ikhtiar..sedekah ke...istigfar ke...p kelinik ke....baru betul... channel...

    macam2 la syirik tersembunyi...macam derapan semut berjalan dalam hati2 manusia.... ramai tak amik tahu dan tak sedar....bahaya2...

    Ya Allah, Selamatkanlah saya dari syirik tersembnyi..yang saya ketahui atau tidak ketahui..

    ReplyDelete
  11. [zaidi ali] Salam.
    Shukran atas informasi tentang ubat2 kimia. Umat islam kini hidup dalam sistem dajjal. Ubat, media, penyanyi wanita barat, ekonomi, dll adalah alat mereka untuk memerangi pemikiran dan kehidupan manusia sedunia.

    "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." (Al-Baqarah: 120)

    Persoalannya:
    Adakah kita menjadi pembela2 islam membela seorang KHALIFAH yang akan muncul di akhir zaman seperti para sahabat dalam membela Rasulullah
    ATAU
    adakah kita menjadi penentang islam seperti Abu Jahal dan Abu Lahab.

    "Dan janganlah engkau berdukacita (wahai Muhammad), disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran; kerana sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun. Allah menetapkan tidak memberi kepada mereka (balasan baik syurga) pada hari akhirat kelak, dan mereka pula beroleh azab seksa yang amat besar." (Al-i-’Imran: 176)

    ReplyDelete
  12. Iblis berkata: "Ya Tuhanku, beri tempoh kepadaku sampai hari mereka dibangkitkan".
    Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tempoh, sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya [hari kiamat]".
    Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang MUKHLIS di antara mereka.
    Allah berfirman: "Maka yang benar [adalah sumpah-Ku] dan hanya kebenaran itulah yang Ku-katakan".
    Sesungguhnya Aku pasti akan memenuhi neraka Jahannam dengan jenis kamu dan dengan orang-orang yang mengikuti kamu di antara mereka kesemuanya.
    Katakanlah [wahai Muhammad]: "Aku tidak meminta upah sedikitpun kepadamu atas da’wahku; dan bukanlah aku termasuk orang-orang yang mengada-adakan.
    Al Qur’an ini tidak lain hanyalah peringatan bagi semesta alam.
    Dan sesungguhnya kamu akan mengetahui [kebenaran] berita Al Qur’an setelah beberapa waktu lagi. (Surah Sad: 79-88)

    ReplyDelete
  13. Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka". (Riwayat Muslim)

    ReplyDelete
  14. Salam.

    Mungkin suatu hari saya akan melarikan diri dari masyarakat dengan menggembala kambing di pergunungan di kawasan air terjun kerana kambing itulah sebaik-baik harta yang masih ada, demi menjaga agama saya yakni agama-NYA.

    Entahkan sudah sampai masanya.

    ReplyDelete
  15. Salam.
    Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api”. (Riwayat Tirmizi)

    Semoga kita semua sentiasa dalam keredhaan Allah s.w.t.

    ReplyDelete
  16. Salam.

    Nabi (S.A.W.) sudah nampak bhw kita sedang mengikut agenda yahudi sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta....sampai ke lubang Dhab! Inilah sistem dajjal. Kekuatan sistem dajjal:-

    1) Perbankan dan wang fiat (wang kertas riba)
    2) Ubat, vaksin dan dadah sintetik
    3) Persenjataan
    4) Media
    5) Fitnah

    Lumpuh 5 yg di atas, menanglah umat Islam.

    Harus diingat bhw "sistem dajjal" dan "dajjal" adalah 2 yg amat berbeza. Kita sedang hidup dalam sistemnya. Dia akan muncul di kalangan kita, menyebar fitnah kesesatan.

    ReplyDelete