Cara Tuhan membalas kasih terhadap kekasih-Nya tidak seperti manusia,
Kalau manusia membalas kasih terhadap kekasihnya
diberi sesuatu yang menghiburkan atau menyukakan,
Kalau berlaku disebalik itu, bukan membalas kasih namanya,
Berlainan sekali Tuhan terhadap kekasih-Nya,
Memberi kasih sungguh anih, tidak serupa dengan manusia,
Tuhan memberi kasih terhadap cinta-Nya,
disusah-susahkan-Nya dengan bermacam-macam penderitaan,
Kekasih-kekasih Tuhan ialah para Rasul dan Ambiya dan
juga orang yang soleh dan bertaqwa sepanjang zaman,
Kasih Tuhan terhadap mereka dimiskinkan, dibenci
orang, disakitkan, dihalang perjuangannya dan
diperangi, diburu oleh musuh-musuhnya,
Meraka dibuang dan terbuang di negeri orang di dalam
kehidupan yang menyusahkan, mereka faham kasih Tuhan
terhadap mereka,
Kerana itulah mereka redha, mereka boleh sabar di
dalam penderitaan,
Bahkan rasa terhibur kerana Tuhannnya,
Kerana itulah Nabi pernah bersabda: "Bala yang paling
dahsyat ditimpakan adalah kepada para Rasul dan Ambiya
dan Auliya"
Kemudian mereka selepas itu mengikut peringkat yang
diberikan iman kepada mereka,
Semakin tinggi iman mereka, semakin berat bala
ditimpakan kepadanya,
Kalau kurang iman mereka, kurang pula bala,
Bala yang ditimpa kepada orang beriman mengikut tinggi
rendah imannya,
Ada juga orang tidak beriman, fasik dan zalim,
Diberatkan ujian kepada mereka itu adalah kutukan
Tuhan kepada mereka,
Yang saya ceritakan ini hanya orang beriman sahaja,
Kalau seorang Islam tidak pernah dibala atau balanya
ringan sahaja janganlah bergembira,
Jangan-jangan mereka sudah tidak ada perhatian lagi
dari Tuhannya,
Kerana itu takutlah dengan Tuhannya,
Kerana kasih Tuhan kepada hamba-Nya bukan macam
manusia,
Kasih Tuhan kepada hamba-Nya tersendiri caranya,
Orang bertaqwa sahaja yang faham tentang Tuhannya.
Assalamu'alaikum wbt..
ReplyDeleteSyukran ustaz..entri yang sangat bermakna.. mohon izin ustaz untuk copy..
Wa'alaikumussalam.
ReplyDeleteAfwan. Silakan copy artikelnya. =)
Assalamualaikum.. salam ziarah ustaz..pada seorang mukmin tiada musibah baginya. tempat kembalinya hanya pada Allah.. yang ada buruk@baik cuma pada penilaian manusia..sedangkan Allah telah memberikan yang terbaik untuk kita semua.. Jazakallah ustaz..titipan yang mendekatkan lagi ana kepadaNya..
ReplyDeleteWa'alaikumussalam.
ReplyDeleteSetiap kejadian baik dan buruk ada hikmahnya. Hanya Allah Yang Maha Bijaksana yang mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2Nya. Sebagai hamba, kita wajib usaha, sabar, doa dan tawakal pada takdir yang ditentukan.
Contoh yang paling baik ialah Rasulullah s.a.w yang telah mengharungi berbagai2 ujian walaupun baginda adalah habibullah (kekasih Allah).
Semoga kita semua digolongkan dalam hamba2Nya yang diredhai. Ameen Ya Rabb.
subhanallah..saya antara hamba Allah yang terpilih..baru sahaja diuji dengan ujian dari-Nya..Alhamdulillah, sy dpt menghadapinya dengan tenang..sedar kerana ada hikmah yang tersembunyi di sebalik kejadian yang terjadi..
ReplyDeleteHanyalah dengan zikrullah, hati akan tenang. =)
ReplyDeleteSalam ustaz, lama ana tak masuk blog ni. Banyak menda dah tertinggal.
ReplyDeleteBenar belaka apa yang ustaz sampaikan.
Dunia adalah tempat ujian dan fitnah.
Ujian dgn isteri, anak-anak, pejabat, sawah ladang, kedai, musuh-musuh, harta benda...bala musibah...ujian hati pun ada...penyakit2 dalam diri yang tersembunyi....bagai derapan semut yang tidak disedari... macam-macam bentuk ujian datang...
"...Allahumma'inni dhoiff..."
"...Allahussomad...Laa haulawala quwwatailla billah..."
Salam.
ReplyDeleteSesungguhnya dunia hanyalah permainan dan hiburan yang melalaikan. Negeri akhirat itu lebih baik bagi orang2 bertaqwa. Ya Rabb, selamatkan lah umat Nabi Muhammad s.a.w akhir zaman dari fitnah dunia dan Al-Masih Ad-Dajjal.