Apabila hati manusia telah buta,
Atau jika hati manusia telah mati,
Perasaannya yang positif sudah tidak ada lagi,
Kasih sayangnya hilang, rasa simpatinya gersang,
Bertimbang rasa sesama manusia lenyap sama sekali,
Belas kasihannya tercabut sama sekali dari jiwanya,
Maaf-bermaafan tidak akan berlaku sesama manusia,
Di waktu itu hatinya kejam, jiwanya keras,
Kalau dia menzalim atau menganiaya manusia,
terhibur hatinya,
Kalau dia disinggung orang, sangat berdendam,
Jika orang mendapat kesusahan gembira hatinya,
Puas hatinya melihat orang di dalam penderitaan,
Dia jadi orang pemarah, emosional dan pemberang,
Jangan ada orang yang mencabarnya, dia tidak sabar,
Dia akan bertindak balas kepada orang itu,
Kalau mendapat pangkat, kekayaan,
sombongnya terserlah,
Jika mendapat kesusahan atau ujian,
aduh, sungguh derita jiwanya,
Sentiasa sahaja keluh-kesah, resah dan gelisah,
Marah-marah pun tiba hingga sikap tidak normal lagi,
Pantang diberi ingatan dan nasihat,
Payah mahu menerima bahkan dia tersinggung,
Sakit hati pun membara kepada orang itu,
Begitulah jika hati manusia sudah buta,
Atau kalau jiwa manusia telah mati,
Oleh itu hati kenalah jaga,
Jangan biarkan ia buta atau mati.
salam..nk mntak izin nk copy paste sajak ni dalam blog saya ye..tertarik sekali dgn kata2nya..terima kasih..
ReplyDeleteGooD...
ReplyDeletejage pandangan pon leh jage hati kite untuk bersih jugak...
Salam.
ReplyDeleteSilakan copy sajaknya di blog anda. Semoga dapat manfaatnya.
Apabila hati dah buta, tulis berjuta mesej dakwah pun, takkan nampak di mata mesej dakwah tu..yang nampaknya..followers dan populariti..=(
ReplyDeleteentri terbaru: "saya mahu jadi wanita solehah"
Doalah hidayah untuk ummat.. mudah mudahan terbuka mata hatinya...
ReplyDelete“Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu” (Al-Hashr: 10)
ReplyDeleteSalam,saya minta izin copy dalam FB saya. Tertarik untuk buat renungan.
ReplyDeleteSalam. Silakan copy dan sebarkan artikelnya di FB anda. Semoga bermanfaat.
ReplyDelete