Orang-orang yang kaya hati selalu dikatakan juga orang kaya roh atau kaya jiwa, melimpahi dari segala yang dimiliki. Manusia hari ini kebanyakannya sibuk mencari kekayaan yang berupa wang ringgit dan harta benda tetapi amat kurang-berminat untuk mengkayakan hati, roh atau jiwa mereka. Sebenarnya kaya hati ialah kaya yang hakiki. Tidak ada lagi kekayaan yang boleh mengatasi kaya hati. Kalau hati sudah kaya, maka kekayaan akan dirasai di mana-mana dan dalam apa jua keadaan. Orang yang kaya wang ringgit dan harta benda boleh jatuh miskin dan papa kedana bahkan boleh jatuh muflis atau bangkrap. Tetapi orang yang kaya hati akan tetap kaya selama-lamanya.
Bagi orang yang kaya hati, ada harta atau tidak ada harta, ada kekayaan atau tidak ada kekayaan, sama sahaja padanya. Kaya atau miskin tidak menyusahkan hatinya dan tidak menggugat jiwanya. Sama ada dia dipuji atau dikeji, dimuliakan atau dihina, sama sahaja baginya. Dia tidak merasa bangga dan tidak pula berkecil hati atau cacat hatinya. Ada atau tidak manusia sekeliling yang bermegah-megah dengan kekayaan dunia tidak menjadi kudis kepadanya
Orang yang kaya hati, imannya cukup kuat. Keyakinannya amat kental. Akhirat adalah matlamatnya. Dengan dunia ini, ada atau tidak ada, sama sahaja baginya,. Bagi orang yang kaya hati, dunia ini suatu yang mudah. Dia merasa cukup dan puas dengan apa yang ada. Banyak atau sedikit serupa sahaja. Orang yang kaya hati merasa cukup dengan Tuhan. Dia merasa kaya dengan Tuhan. Kalau dunia dan harta ada di tangan, dia susah hati kerana ini bererti tanggungjawab yang berat terhadap agama dan masyarakat yang perlu dipikul. Dia takut kalau-kalau tanggungjawab itu tidak dapat dilaksanakan. Andainya harta itu dapat diberi kepada orang yang memerlukan dan dapat dikorbankan ke jalan Allah, maka terhibur jiwanya dan lapang dadanya. Kalau ini tidak dapat dilakukan maka susah hatinya kerana ketidak sempatannya melakukan kebaikkan. Harta dan dunianya di tangan tetapi tidak di hati. Kalau dunia dan harta tidak dimiliki, senang hatinya kerana tanggungjawabnya ringan.
Jiwanya cukup tenang dan pasrah jugak redha dengan ujian dan kesusahan. Sedikit amat minatnya dan jugak tidak digugat oleh hal-hal dunia yang menimpanya sama ada yang berbentuk nikmat dan kesenangan mahupun yang berbentuk ujian dan kesusahan. Dunianya tidak dapat melalaikannya dari Tuhan dan dari tanggungjawabnya.
Orang yang kaya hati sedikit pun tidak merasa atau mempunyai perasaan hina dan rendah diri dengan orang kaya, kenamaan, yang berhormat atau raja dan sultan. Mereka ini terlalu berterus terang dan senantiasa merasa senang bergaul dengan sesiapa sahaja yang sudi bergaul dengan mereka tak kira siapa orang itu sama ada datangnya dari orang cerdik pandai, orang yang berkuasa dan sebagainya. Padanya tidak ada keistemewaan insan di dunia ini yang pelbagai itu dengan pandangan semua manusia itu setaraf sahaja. Pada dia, martabat manusia diukur mengikut iman dan taqwanya dan bukan dengan ukuran dunia. Dia lebih rela melakunkan apa watak yang kita mahu dan dengan senang hati menerima kita dengan caranya yang kekadang membuat kita rasa dia amat istemewa dan berdikari.
Orang yang kaya hati akan senantiasa merendah diri, berusaha supaya orang yang memohon pertolongan darinya menyenanginya senantiasa akan pertolongan itu. Andainya mereka memiliki harta kekayaan, maka lebih ramai orang yang boleh menumpang dan mendapat manfaat dari kekayaannya. Dia tidak merasakan kekayaan itu miliknya sendiri dan kerana kekayaan itu mudah baginya membelanjakannya. Niatnya hanya satu, supaya fakir miskin terbela hidup mereka, orang susah dibantu dan diringani perjalanan hidup, orang yang memerlukan bantuan dihulurkan dengan lapang dada, dan orang yang berhutang akan diselesaikan hutangnya tanpa perlu membayar kembali. Dia diandaikan menjadi 'bank' kepada masyarakat yang memang mengharapkan bantuan dan pertolongan .
Benarlah bahawa perkataan dan sebutan “kaya” dan “miskin” itu adalah satu istilah semata-mata yang berbeza maksudnya mengikut pelbagai orang yang menuturkannya dan menganalisakan. Ada orang merasakan bahawa kaya itu mempunyai banyak harta kekayaan dan miskin itu tidak mempunyai apa-apa. Berapa ramai yang paham diantara kita bahawa “kaya” itu tidak memerlukan apa-apa lagi kerana kekayaan yg dimiliki melebihi dari apa yang dia ingini.
Dan “miskin” pula terlalu dan memerlukan bantuan setiap waktu dan ketika. Sesungguhnya orang kaya punya tanggungjawab yang besar dan teramat besar kerana akan ditanya nanti akan harta yang dimiliki dibelanja melalui jalan apa. Dan bagi orang miskin, yang tanya mungkin akan apa cara hidupnya dihabiskan dan akan cara apa dia menyambung hidupnya. Ketahuilah kelian, ALLAH itu di sebut Maha Kaya, Maha memiliki, maha berkuasa setiap apa yang ada dibumi dan dilangit, maka tidak usahlah kita merasa tenteram dengan apa yang kita miliki, kerena sebenarnya semua itu “dipinjamkan” seketika untuk kita merasa dan menikmati juga menghitung kehilangan.
Dengan definisi ini, kalau seseorang manusia itu hatinya sudah tidak terpikat dan tidak mahukan kekayaan dunia ini, maka kayalah dia walaupun dia tidak punyai apa-apa. Tetapi kalau seseorang manusia itu memiliki setengah dunia ini dan dia masih mahukan dan gilakan yang setengah lagi, maka dia tetap miskin kerana dia masih dalam keadaan memerlukan.
Al Hasan meriwayatkan bahwa Nabi pilihan sollallahu `alaihi wasallam berkata: "Para abdal (terutama) dari ummatku tidak masuk surga karena banyaknya salat dan puasa. Allah ta'ala menyayangi mereka karena kesucian hati, kedermawanan dan kasih sayang mereka terhadap kaum Muslimin." ( HR Al Hakim dan lain-lain ).
Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya seseorang mukmin itu dapat mencapai darjat orang yang berpuasa yang mendirikan sembahyang ditengah malam disebabkan akhlaknya yang mulia”. (Riwayat Abu Daud)
Firman Allah :
“Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya sedia bersih bertambah tambah bersih (dengan ilmu dan amal kebajikan) dan sesungguhnya hampalah orang orang yang menjadikan dirinya sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kokotoran maksiat ).”…. (Surah al-Syams : 9-10).
Ingatlah dengan kebajikan yang kita buat walau sekecil mana yang telah kita hulurkan bantuan, nyata sekali kebajikan itu hanyalah untuk diri kita sendiri, supaya mendapat perlindungan keselamatan (satu jaminan dari Allah) dan perjalanan hidup yang dilapangkan dan dipermudahkan setiap urusan. Dan andainya kejahatan dilakukan maka dengan sendirilah kejahatan itu berbalik pada diri dengan balasan yang setimpal tak kira dalam apa bentuk jua. Balasan tetap balasan pada setiap perbuatan baik yang elok atau buruk. Balasan baik pada kebajikan dan balasan buruk pada kejahatan.
Sesuatu yang patut kita perhatikan, Al Quran menjadikan orang orang mukmin sebagai kayu pengukur dalam melakukan sesuatu perbuatan atau pekerjaan. Hukuman yang diputuskan adalah bergantung akan perbuatan kita dan Allah tetap dengan hukumannya. Setiap perbuatan yang baik mahupun kurang baik itu senantiasa dengan persaksian yang mengiringi persaksian Allah dan Rasulnya. Maka dengan sendirinya lah juga setiap perbuatan baik itu adalah keredhaan mereka dengan seiringan keredhaan Allah.
Kebaikan kekayaan hati yang hakiki, boleh lah diambil pandangan dari surah At-Taubah:105, bermaksud ”Dan katakanlah (wahai Muhammad sollallahu `alahi wasallam) beramallah kamu akan segala yang perintahkan maka dengan sendirinya Allah dan rasul-Nya serta orang orang beriman akan melihat apa yang kita kerjakan”. Sesungguhnya pengertian dan pengorbanan hati yang tinggi ini sekiranya telah menyerap didalam setiap ruang hati manusia yang beriman, dengan sendirinya menjadikan ia manusia yang mulia, berjiwa besar dan tidak menundukkan kepalanya dihadapan makhluk dan tidak sujud kepada kekuatan, kezaliman, glamour atau apa yang datang kepadanya.
semoga kita memperolehi kekayaan hati..
ReplyDeleteinsyaAllah..
Ameen Ya Rabbal 'Alamin.
ReplyDelete