Friday, January 21, 2011

Tentera-tentera Allah

Di akhir zaman manusianya pandai-pandai belaka,
mereka lupa bahawa Allah yang mengurniakan kepandaian itu,
tetapi terang-terangan mereka melupakan Tuhan

Orang yang melupakan Tuhan sebenarnya telah
menjadikan diri mereka 'tuhan'
walau tidak dilafazkan

Maka Tuhan sedang mengisytiharkan PERANG kepada manusia
yang pandai tetapi lupa Tuhan ini..

Tuhan hantarkan tentera ANGIN untuk memusnahkan
Tuhan hantar tentera AIR untuk merosakkan
Tuhan hantarkan tentera GEMPA untuk menghancurkan bangunan
Tuhan hantarkan tentera yang sangat HALUS yang dikatakan KUMAN
Tentera KUMAN ini lebih memusnahkan si lupa Tuhan

Tentera ini tidak memusnahkan bangunan
tetapi memusnahkan INSAN

Melalui tentera-tentera KUMAN ini
lahirlah penyakit-penyakit AIDs, SARs, diabetis, kanser, HFMD dan lain-lain..
yang menakutkan dan boleh mematikan...

Datang lagi tentera-tentera Tuhan
melalui BURUNG & UNGGAS
'Selsema burung' namanya yang sangat menakutkan

Tuhan arahkan pula tentera NYAMUK untuk memusnahkan manusia
penyakit denggi namanya, yang lebih cepat manusia terkorban..

Dimanakah kepandaian manusia hendak melawan Tuhan?
Dimanakah kekuasaan manusia hendak melawan kekuasaan Tuhan?

Tentera-tentera ini menyerang tidak mengenal bangsa...
Bangsa sekuat Amerika turut diserang..
tentera Tuhan yang ini mereka tak dapat melawan,

Tetapi manusia belum lagi insaf dan menyerah
mereka mencari berbagai-bagai jalan untuk mengatasi

Maka makin galaklah tentera Tuhan terus menyerang...
Dihantar berbagai-bagai jenis tentera yang tidak dapat dihalang...

6 comments:

  1. emm..
    ade btol nye..
    kite mmg x mampu nk lawan ALLAH..

    tp org sekarang pandai2 jek g cabar ALLAH..
    wallahualam

    ReplyDelete
  2. Allah Maha bersifat Pengasih dan Penyayang...tanpa kita sedar,banyak bencana yang berlaku dialam hari ini dikatakan Allah yang menurunkan nya.sedangkan itulah perbuatan kerajaan 'TUHAN'yang sedang berlumba-lumba untuk mematikan manusia dan menawan semua roh2 mereka untuk dijadikan tentera dajal.bencana yang berlaku adalah tanda rahmat dari Allah yang sedang merawat bumi ini dengan 'kasih sayang nya'.ibarat manusia yang batuk dan selsema hendak mengeluarkan penyakit dari tubuh...maka tentulah berlaku gegaran dan pengaliran kekotoran yang tidak diingini...

    ReplyDelete
  3. syukur ddapat ilmu sperti ni..bertmbah iman mmbacanya

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Semoga ilmu yang dibaca menjadi penyuluh untuk kehidupan anda di dunia akhir zaman yang penuh dengan kegelapan.

    ReplyDelete
  5. Benar yang apa dikata oleh hajjah ummi. Allah telah mengharamkan sifat zalim keatas diriNya yang disebut dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w. Segala bencana dan ujian adalah fitrah dunia yang telah diterangkan dalam al-Quran. Semoga kita banyak bersabar dan redha atas segala kejadian yang berlaku. Sesungguhnya pahala sabar tidak terhitung besar ganjarannya.

    ReplyDelete