~ Orang yang beriman itu ialah orang-orang yang mereka itu teringat Allah pada waktu berdiri, duduk, baring. Dan mereka bertafakur, maka bertambah lagi rasa kebesaran Tuhan, bertambah lagi rasa bertuhan ~
Hubungkan dengan Allah ada beberapa peringkat. Kalau tidak mengikuti peringkat yang disebutkan ini maka kita tidak dianggap berhubung dengan Tuhan walaupun percaya Tuhan itu ada, walaupun kita percaya Tuhan wujud, walaupun kita percaya Tuhan itu berkuasa,
I. Peringkat paling dasar [Percaya adanya Tuhan].
Diluar yang asas ini tidak dianggap seseorang itu berhubung dengan Tuhan.
Peringkat paling dasar adalah :
Percaya adanya Tuhan, Tuhan itu mempunyai sifat yang Maha sempurna, kesempurnaanya tak terhingga dan Maha suci Tuhan daripada mempunyai sifat2 kekurangan walaupun sebesardebu
Ini perhubungan yang paling lemah, akidah yang paling asas atau perhubungan yang paling asas dengan Tuhan. Kalau keluar dari peringkat ini maka dia bukan orang Islam, bukan orang mukmin. Tapi agar umat Islam kembali pada kewibawaan, peringkat ini tak cukup. Itu sekedar asas supaya orang tak jadi kafir saja, yakni memastikan imannya.
II. Peringkat kedua [Percaya adanya Tuhan dengan Ilmu].
Percaya Tuhan, Tuhan punya sifat sempurna 20 sifat yang dulu diajarkan guru kita. Mustahil bagi Tuhan, mempunyai sifat2 yang berlawanan dengan sifat2 yang wajib tadi itu dengan hujah2 akal dan naqli. Nash Qur’an & Hadist. Jadi perhubungan dengan Tuhan peringkat kedua ini lebih tinggi sedikit dari tahap pertama, tapi ini pun tak cukup untuk dapat mengembalikan wibawa umat Islam. Itu sekedar ada hujah, ada dalil, ada bukti dari sifat2 Tuhan yang sempurna itu.
III. Peringkat ketiga : Hubungan orang SOLEH dengan Tuhan.
Setelah dia mengenal Tuhan melalui tahap 1 & 2, datanglah rasa takut dengan Tuhan, datanglah rasa cinta dengan Tuhan.
Siapa dapat tahap 3 dia sudah dianggap terhubung dengan Tuhan, sudah masuk golongan orang soleh tapi belum masuk level bertaqwa. Di akhirat dia selamat tapi di dunia belum tahu. Untuk mengelak dari kehinaaan belum mampu lagi. Untuk mengelak dari diperkotak katikan oleh musuh, tak mampu lagi. Sebab yang Tuhan akan tolong dari diperkotakkatikan oleh musuh adalah orang bertaqwa. Sedangkan orang soleh belum lagi akan dapat pembelaan Tuhan. Banyak ayat yang berkata bila orang sudah bertaqwa maka Tuhan akan tolong. Tapi tak ada ayat yang mengatakan bahawa orang soleh akan ditolong Tuhan. Tapi di akhirat orang soleh akan selamat, dia ke syurga tapi hisabnya banyak. Tapi di dunia tak pasti selamat. Sebab standard dia hanya sebagai orang soleh dan tak bertaqwa pada Tuhan.
IV. Peringkat ke empat : Perhubungan orang BERTAQWA [ Muttaqqin ]
Orang bertaqwa mereka selamat di dunia dan selamat di akhirat. Di akhirat selamat dari neraka. Di dunia, Tuhan akan serahkan pada umat Islam yang bertaqwa. Bagaimanakah hubungan dengan Tuhan di tahap ini?
Selain takut dan cinta Tuhan, Rasa bertuhan dibawa kemana2.
Sepertilah Tuhan sebutkan dalam Qur’an :
“Orang yang beriman itu ialah orang2 yang mereka itu teringatkan Allah pada waktu berdiri, duduk, baring. dan mereka bertafakur, bertambah lagi rasa kebesaran Tuhan, tambah lagi rasa bertuhan.”
Hati sentiasa hidup : di kantor, sedang makan, sentiasa terasa kebesaran Tuhan, rasa kehambaan sentiasa terasa, rasa kehambaan, kehinaan diri terasa. Waktu makan, waktu duduk, waktu kerja, di pejabat terasa kebesaran Tuhan, terasa kecilnya diri. Ini perhubungan dengan Tuhan yang sudah bertaraf orang bertaqwa
V. Peringkat ke lima : MUQARRABIN & SIDDIQQIN
Yang paling tinggi orang yang mabuk dengan Tuhan, tenggelam perasaannya dengan Tuhan. mabuk. Kalau dia bukan pemimpin, dia akan gila. Tapi kalau dia pemimpin, Tuhan selamatkan macam Rasul saw, macam khulafaurrasyidin, kalau mereka sampai mabuk tak boleh pakai lagi, pemimpin2 Tuhan diselamatkan dari mabuk ini.
Macam Rasulullah, macam khulafaur rasyidin, macam para mujaddid, imam mujtahid. Sebab itu berguna bagi manusia. Tuhan jaga. Kalau dia bukan pemimpin, mujaddid, mujtahid, macam Uweis Al Qarni, dia mabuk langsung. Jumpa orang pun tak mau. Untuk dirinya saja dia selamat, tak dapat selamatkan orang lain.
Orang ini bukan bertaqwa lagi dia disebut muqarrabin dan siddiqin. Wali2 besar, dan Rasul & Nabi. Kita dapat taqwa cukup yaitu yang ke 4. kalau ramai umat Islam bertaqwa, Tuhan akan serahkan dunia. Segala yang hilang Tuhan kembalikan maka lahirlah wibawa semula umat Islam. Dunia akan diserahkan.
Jadi kata Tuhan kalau kita hendak selamat, wibawa semula, hendak dapatkan semua yang hilang, mesti buat hubungan dengan Tuhan. Perhubungan 1 & 2 sekedar sahkan iman. Keduanya tak selamat dunia akhirat. Cuma di akhirat tak kekal di neraka.
Peringkat yang ke 3 adalah orang-orang soleh. Di dunia dia tak dijamin selamat tapi di akhirat selamat. Sedangkan peringkat yang ke 4, peringkat orang bertaqwa, dia selamat dan menyelamatkan orang lain.
Bila ada orang bertaqwa agak ramai maka orang Islam yang lain sama2 dapat rahmat, sama2 terbela. Taraf perhub ke 5, ke 6 sudah tinggi sangat.
Habluminallah atau bentuk perhubungan dengan Tuhan yang paling sempurna adalah sembahyang.
Dalam sembahyang ini ada 3 bentuk perhubungan dengan Tuhan yakni : sembahyang perbuatan, sembahyang perkataan, sembahyang perasaan.
Sebab itu sembahyang wajib. Sembahyang ini adalah perhubungan dengan Tuhan yang paling sempurna dimana didalamnya ada perhubungan fisikal, perkataan dan perasaan. Yang diuraikan di atas tadi tidak semua aspek ada, hanya ada ilmu dan perassan sahaja. Sebab itu sembahyang tak boleh tinggal. Siapa yang tinggalkan sembahyang dengan sengaja kata Rasul saw, dia dianggap kafir.
Assalamualaikum
ReplyDeleteSaudaraku...
boleh tak terangkan tentang keberadaan ayat berikut ;
[55] Surah Nur
"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.'
Berkaitan Orang yang Bertaqwa, janji ALLAH utk mengangkat martabat mereka di atas orang kafir di hari kiamat. selaras dengan kehendak ayat 212 Surah Baqarah;
"[212]
Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya)."
Wa'alaikumussalam.
ReplyDeleteSebab diturunkan surah An-Nur ayat 55 dalam suatu riwayat:
Ade dikemukakan bahawa ketika Rasulullah s.a.w. bersama pada sahbatnya dari Mekah sampai ke Madinah dan disambut serta dijamin keperluan hidupnya oleh kaum Ansar, mereka tidak melepaskan senjata baik siang atau malam kerana selalu diancam oleh kaum kafir Madinah. Mereka berkata kepada Nabi s.a.w: "Bilakah tuan dapat melihat kami hidup aman dan tenteram tidak takut kecuali Allah." Maka turunlah ayat ini berkenaan dengan peristiwa tersebut sebagai jaminan dari Allah bahawa mereka akan dianugerahi kekuasaan di muka bumi ini. (Riwayat oleh Hakim dan at-Tabarani dari Ubay bin Kaab).