Di Sebalik Kejadian Lidah
Maha Kuasanya Tuhan, Maha Besarnya Dia kerana kejadian lidah manusia sahaja pun terasa ayat-ayat kebesaran dan kekuasaan-Nya
Tapi hati ramai manusia sudah buta,
tidak terasa lagi kebesaran Tuhan dan kekuasaan-Nya
Lidah kalau merasa makanan atau minuman boleh pula bertukar-tukar rasanya
Lidah yang satu boleh merasa berbagai-bagai rasa
Satu lidah rasa yang dia alami sungguh banyak
Macam-macam yang dimakan, dia merasa berbagai-bagai rasa
Ada yang dimakan merasa manisnya,
ada yang dimakan dan diminum rasa masam dan pahit
Begitulah seterusnya ada rasa payau, loya, kelat, tawar
Ada yang rasa bercampur-campur manis, masam begitulah seterusnya
Rasanya yang banyak oleh satu lidah
Satu lidah merasa berbagai-bagai rasa mengikut apa yang dimakan dan diminum
Maha Besar Tuhan, Maha Berkuasanya Allah
Kalau apa yang dicakapkan oleh lidah pula,
berbagai rasa pula yang dirasa oleh orang ramai yang mendengarnya
Ajaib juga lidah punya hal orang ramai hatinya boleh berlaku bermacam-macam rasanya oleh satu lidah apabila lidah berucap
Percakapan satu lidah boleh orang ramai bermacam-macam rasanya
Dari lidah orang boleh marah, sakit hati, benci, meluat
Lidah menjadikan orang bersemangat, pemurah, pemaaf, kasih dan sayang
Lidah boleh jadikan orang baik, jahat, berdendam dan berbalah
Dari lidah orang boleh berkelahi, bergaduh, dan berperang bertumpah darah
Sungguh ajaib lidah di sini dapat terasa Maha Berkuasanya
dan Maha Besarnya Tuhan (Allah)
Tapi berapa ramai yang terasa? Kebesaran Allah dan Kuasa-Nya?
Dari kejadian lidah?
Tidak ramai yang merasanya, kerana hati manusia sudah ramai yang buta
Kalaulah hati manusia celik dengan lidah pun sudah cukup,
gementar hatinya merasa kebesaran Tuhannya
Subhaanallah...
ReplyDeleteAllahuakbar...
ReplyDeleteTuhan Maha Besar..
Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau diam. "Falyaqul khairan au liyasmut"
ReplyDeleteJagalah lidah kita :)
Kerana lidah, neraka tempat kita. nauzubillahi min zalik.
Kerana lidah, syurga tempat kita.
Pilihan di tangan kita.
Abdullah bin busrin r.a berkata, “Sesungguhnya ada seorang lelaki berkata, 'Wahai Rasululah, sesungguhnya telah banyak syariat Islam ini bagiku,maka beritahukanlah kepadaku sesuatu yang dapat saya amalkan.' Rasulullah saw berasabda, “ Selalulah membasahi lidahmu dengan dzikrullah.” (Hr.Ibnu Abi Dunta, al Bazzar , Ibnu Hibban, dan Thabrani)
ReplyDelete