Sudah menjadi sunnatullah ujian kepada hamba-hamba-Nya sering dilakukan
Di dalam ujian ada hikmah yang tersembunyi
Ujian itu adakalanya nikmah, adakalanya nikmat
Nikmat sesuatu yang disukai, nikmah sesuatu yang dibenci
Ia datang silih berganti
Adakalanya serentak berlaku kedua-duanya sekali
Bagi hamba-hamba-Nya yang tidak beriman
Atau hamba-Nya yang lemah iman
Kerana tidak mengenal Tuhan dan tidak faham kerja-kerja Tuhan
Dengan nikmah atau terputus dengan Tuhan kerana terlupa dan terlalai dibuai oleh kesenangan
Dengan nikmah atau dengan kesusahan renggang dengan Tuhan di dalam kebencian
Rasa tidak senang dengan Tuhan, terputus hubungan dengan-Nya
Begitulah apabila tidak ada iman atau lemah iman
Kedua-dua ujian yang menimpa semuanya merugikan seseorang insan
Derhaka di dalam nikmat, dan derhaka juga di dalam nikmah
Bagi mukmin sejati atau insan bertaqwa
Kedua-dua bentuk ujian itu menguntungkan
Kedua-duanya menambah pahala kepada si hamba
Di waktu mendapat ujian nikmat dia bersyukur, pahala baginya
Di masa ditimpa ujian nikmah dia sabar atau redha, pahala juga baginya
Kerana itulah di dalam Hadis Qudsi kalau tidak tersilap
Tuhan hairan dengan mukmin di dalam kesenangan dan di dalam kesusahan semuanya pahala baginya
Begitulah mukmin yang sejati
Di dalam suasana apa pun di dalam keredhaan Tuhan
Salam. Terima kasih ilmu disampaikan.
ReplyDelete