Allah s.w.t Maha Awal dalam segala-galanya. Maha Awal pada mengingat makhlukNya dengan kebaikan rahmatNya berupa nikmat-nikmatNya bersamaan dengan kehendakNya pada zaman azali menciptakan wujud makhlukNya.
Abu Yazid Al-Bustami berkata: Aku telah keliru pada permulaan fikiranku tentang 4 macam:
1) Aku mengira bahawa aku yang mengingatiNya, kemudian aku sedar bahawa Dialah yang jauh sebelumnya mengingatiku.
2) Aku mengira bahawa aku yang mengenalNya, kemudian aku sedar bahawa Dialah yang jauh sebelumnya mengenalku.
3) Aku mengira bahawa aku yang mencintaiNya, kemudian aku sedar bahawa Dialah yang jauh sebelumnya mencintaiku.
4) Aku mengira bahawa aku yang menghendakiNya, kemudian aku sedar bahawa Dialah yang jauh sebelumnya menghendakiku.
No comments:
Post a Comment