Sunday, January 31, 2010

Orang Mukmin: Hidup Dengan Penuh Cubaan

Terdapat riwayat yang shahih bahawa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda; ertinya :
"Sesungguhnya seorang mukmin tercipta dalam keadaan Mufattan ( penuh cubaan ), Tawwab ( senang bertaubat ), dan Nassaa' ( suka lupa ), ( tetapi ) apabila diingatkan ia segera ingat. " Silsilah Hadith Shahih No. 2276

Hadith ini merupakan hadith yang menjelaskan sifat-sifat orang mukmin, sifat-sifat yang senantiasa melekat dan menyatu dengan diri mereka, tiada pernah lepas hingga seolah-olah  pakaian yang selalu menempel pada tubuh mereka dan tidak pernah terpisah dari mereka.

Mufattan
Ertinya : Orang yang diuji ( diberi cubaan ) dan banyak ditimpa fitnah.
Maksudnya : ( orang mukmin ) adalah orang yang waktu demi waktu selalu diuji oleh Allah dengan bala ( bencana dan dosa-dosa ). Faid-Qadir 5/491

Dalam perkara ini, fitnah ( cubaan ) itu akan meningkatkan keimanannya, memperkuat keyakinannya dan akan mendorong semangatnya untuk terus menerus berhubungan dengan Allah Subhanahu Wa Taala, sebab dengan kelemahan dirinya, ia menjadi tahu betapa Maha Kuat dan Maha Perkasanya Allah, Rabbnya.

Menurut sebuah riwayat dalam shahih Bukhari dan shahih Muslim, sesungguhnya Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda; ertinya :
"Perumpamaan orang mukmin ibarat sebatang pokok yang lentur diombang-ambing angin, kadang hembusan angin merobohkannya, dan kadang-kadang meluruskannya kembali. Demikianlah keadaannya sampai ajalnya datang. Sedangkan perumpamaan seorang munafik, ibarat sebatang pokok yang kaku, tidak bergerak oleh terpaan apapun hingga ( ketika ) tumbang, tumbangnya sekaligus. " HR Bukhari & Muslim

Ya, demikianlah sifat seorang mukmin dengan keimanannya yang benar, dengan tauhidnya yang bersih dan dengan sikap iltizam ( commitment ) nya yang sungguh-sungguh.

Tawaab Nasiyy
Ertinya : Orang yang bertaubat kemudian lupa, kemudian ingat, kemudian bertaubat. Faid-Al Qadir 5/491.

Seorang mukmin dengan taubatnya, bererti telah mewujudkan makna salah satu sifat Allah Subhanahu Wa Taala, iaitu sifat yang terkandung dalam namaNya :
Al-Ghaffar ( Zat yang Maha Pengampun ). Allah Subhanahu Wa Taala berfirman; ertinya :
"Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian dia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya. " Q.S Taha : 82

Apabila Diingatkan, Ia Segera Ingat
Ertinya : Bila diingatkan tentang ketaatan, ia segera bergegas melompat kepadanya, bila diingatkan tentang kemaksiatan, ia segera bertaubat daripadanya, bila diingatkan tentang kebenaran, ia segera melaksanakannya, dan bila diingatkan tentang kesalahan ia segera menjauhi dan meninggalkannya. Ia tidak sombong, tidak besar kepala, tidak bongkak dan tidak tinggi hati, tetapi ia rendah hati kepada saudara-saudaranya, lemah lembut kepada sahabat-sahabatnya dan ramah tamah kepada teman-temannya, sebab ia tahu inilah jalan Ahlul Haq ( pengikut kebenaran ) dan jalannya kaum mukminin yang sholihin.

Terhadap dirinya sendiri ia berbatin jujur serta berpenampilan luhur, sedangkan terhadap orang lain ia berperasaan lembut dan berakhlak mulia, bersuri tauladan kepada insan tauladan paling sempurna iaitu Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam, yang telah diberi wasiat oleh Rabbnya dengan firmanNya yang ertinya :
"Maka dengan sebab rahmat ( yang melimpah-limpah ) dari Allah ( kepadamu wahai Muhammad ), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka ( sahabat-sahabat dan pengikutmu ), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka ( mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu ) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan ( peperangan dan hal-hal keduniaan ) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam ( sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu ) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. " Q.S Aali Imran : 159

Inilah sifat seorang mukmin. Ini pula jalan hidup serta manhaj perilakunya.

Wallahua'lam Bisshawab


Sunday, January 24, 2010

Ketika Abu Hurairah Lapar

Diriwayatkan oleh Bukhari dari Abu Hurairah bahwa ia berkata, Allah yang tidak ada Tuhan selain Dia, aku pernah menempelkan perutku ke tanah karena sangat lapar. Kadang aku menaruh batu di perutku karena lapar.

Suatu hari aku duduk di jalan yang biasa mereka lalui keluar, kemudian melintas Abu Bakar. Aku bertanya kepadanya tentang sebuah ayat dari Al-Qur’an dan aku tidak bertanya kepadanya kecuali karena mengharapkan dia memberiku makanan, akan tetapi dia berlalu dan tidak memberiku.

Kemudian lewat di depanku Umar dan aku juga bertanya kepadanya tentang suatu ayat tentang Al-Qur’an, dan aku tidak bertanya kepadanya kecuali agar dia mau memberiku makanan, tetapi dia hanya berlalu dan tidak memberiku.

Kemudian Nabi saw. lewat di depanku dan tersenyum ketika beliau melihatku, dan beliau tahu apa yang aku rasakan dan ada apa di balik raut wajahku, kemudian beliau bersabda, “Hai Abu Hirr (bapak kucing).” Aku menyahut, “Labbaik, ya Rasulullah.” Sabda beliau, “Ikutlah.”

Kemudian beliau berjalan dan aku mengikuti beliau. Lalu beliau masuk dan aku meminta izin, dan beliau mengizinkan aku. Beliau masuk dan mendapatkan susu pada sebuah bejana, lalu beliau bertanya, “Dari mana susu ini?” Mereka menjawab, “Engkau dihadiahi oleh fulan.” Sabda beliau, “Abu Hirr.” Jawabku, “Labbaik, ya Rasulullah.”

Sabda beliau, “Pergilah ke Ahlus Shuffah dan panggil mereka untukku.”

Ahlus Shuffah adalah tamu-tamu Islam, yang tidak memiliki keluarga, tidak punya harta, dan tidak punya seorang pun (dan mereka tinggal di serambi belakang Masjid Nabi). Apabila Nabi dibawakan sedekah, beliau langsung mengirimkan kepada mereka dan tidak mengambil sedikitpun darinya. Dan, apabila beliau diberikan hadiah, beliau juga mengirimkannya kepada mereka dan mengambil sedikit darinya.

Perintah beliau untuk memanggil Ahlus Shuffah membuat aku tidak enak, maka aku berkata (kepada diriku sendiri), “Seberapa banyak susu mau dibagikan terhadap Ahlus Shuffah? Aku lebih berhak untuk mendapatkannya untuk memperkuat diriku. Dan bila beliau datang, beliau memerintahkan aku dan akulah yang membagikannya untuk mereka, dan tidak ada harapan bahwa aku akan mendapat bagian darinya, akan tetapi mentaati Allah dan Rasul-Nya adalah wajib.”

Maka aku mendatangi mereka dan mereka pun datang. Kemudian meminta izin dan mereka diizinkan lalu masing-masing mengambil tempat duduk di dalam rumah.

Sabda beliau, “Ya Abu Hirr.” Aku sahut, “Labbaik, ya Rasulullah.” Sabda beliau, “Ambillah dan berikan kepada mereka.”

Maka aku mengambil bejana itu, kemudian memberikan seorang lau minum sampai kenyang, kemudian mengembalikan bejana itu kepadamu. Lalu aku berikan kepada seorang lagi dan minum sampai kenyang, kemudian dia mengembalikan bejana itu kepadaku. Lantas aku berikan lagi kepada yang lain dan minum sampai kenyang dan mengembalikan bejana itu kepadaku, sampai selesai kepada Nabi saw. dan semua orang telah kenyang. Kemudian beliau mengambil bejana itu dan meletakkannya di tangan beliau, kemudian melirik kepadaku dan tersenyum sambil bersabda, “Abu Hirr.” Aku jawab, “Labbaik, ya Rasulullah.” Sabda beliau, “Tinggal aku dan kamu.” Aku jawab, “Engkau benar, wahai Rasulullah.” Sabda beliau, “Duduk dan minumlah.” Aku pun duduk dan minum.

Beliau bersabda lagi, “Minumlah.” Dan aku pun minum lagi, dan beliau bersabda, “Minumlah.” Sampai aku mengatakan, “Tidak, demi Zat Yang telah mengutusmu dengan kebenaran, aku tidak menemukan tempat lagi (di perutku).” Sabda beliau, “Perlihatkan kepadaku.” Maka aku berikan bejana itu kepada beliau, dan kemudian beliau memanjatkan puji syukur kepada Allah dan meminum yang tersisa.

Monday, January 11, 2010

Imam Ahmad bin Hanbal, Konsisten Mengamalkan Sunnah

Imam Ahmad bin Hanbal dilahirkan di Baghdad, pada bulan Rabiulawal tahun 164 Hijrah (780 Masihi), iaitu setelah ibunya berpindah dari bandar 'Murwa' tempat tinggal ayahnya.

Sifat-sifat Imam Ahmad bin Hanbal

Imam Ahmad bin Hanbal adalah seorang yang tinggi badannya, warna kulitnya hitam kemerahan, beliau gemar memakai inai dan memakai pakaian yang kasar dan memakai serban, kurang memakan makanan, beliau tidak berpeluang memakan makanan yang bermacam-macam pada kebanyakan makanannya dimasukkan cuka, beliau mengambil wudhuk tanpa pertolongan orang lain dan beliau membeli kasut dari kayu atau lain-lainnya serta dibawanya sendiri dan beliau duduk di atas hamparan yang lama sehingga carik-carik.

Imam Ahmad adalah seorang yang kuat ingatan, seorang yang faham dengan apa yang dihafaznya, juga beliau seorang yang bersifat sabar dan mempunyai azam dan juga selalu berkemahuan yang kuat, tetap dengan pendirian, tidak riak dan selalu menjauhi dari bergurau senda sehingga manusia lain tidak berani bergurau-senda di kala beliau ada bersama.

Dari Hujung Pena Ke Pintu Kubur

Imam Ahmad menuntut ilmu sepanjang hayatnya. Beliau tetap dengan mempelajari hadis sehinggalah beliau menjadi seorang imam. Sesetengah daripada manusia pernah berkata kepadanya disebabkan kehairanan dengan ketetapannya dalam menuntut ilmu sekalipun beliau sudah menjadi ketua dan tinggi kedudukannya, kata mereka: "Sehingga bilakah lagi engkau hendak menunutut ilmu pada hal engkau sudah menjadi imam bagi seluruh umat Islam? Imam Ahmad menjawab dengan berkata: "Dari hujung pena sehinggalah ke pintu kubur!"

Alangkah tingginya percakapannya! Ia adalah suatu percakapan yang mengkagumkan seluruh manusia dan seluruh alam. Ia adalah pengajaran yang mulia dari ajaran Islam yang mengajarkan kita bahawa ilmu itu dituntut dari buaian sehinggalah ke liang lahad. Menuntut ilmu adalah sesuatu kegemaran yang tidak dijemu-jemu. Imam Ahmad adalah orang yang menggunakan dakwat, pena, kertas di sepanjang hidupnya sebagaimana penyambungan kepada pelajarannya.
Imam Ahmad menguatkan lagi tujuan-tujuan percakapannya yang di atas, dengan katanya:
"Aku menuntut ilmu sehingga aku masuk ke lubang kubur."

Alangkah baiknya bagi tiap-tiap orang penuntut jika mereka meletakkan kata-kata Imam Ahmad di hadapan mereka di setiap waktu: Dari hujung pena ke lubang kubur!

Percakapan Imam Ahmad di atas boleh jadi dirujukkan kepada percakapan yang digunakan oleh ahli-ahli akal dan fikir terhadap ahli-ahli hadis dan nakl, mengikut yang lahir kepada kita bahawa mereka menamakannya 'Ashabul Mahabir' sebagai menunjukkan bahawa mereka tidak hanya berpegang kepada akal fikiran sahaja bahkan mereka berpegang kepada tulisan-tulisan yang disalin dari buku-buku, mereka menuruti atau mempelajari hadis-hadis serta menulisnya dan dikatakan juga mereka adalah 'Hasywiyyah' perkataan Al-Hasy, ertinya ialah percakapan yang tinggi.

Konsisten Mengamalkan Sunnah


Di masa hidup Imam Ahmad, beliau sangat konsisten dalam mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w.. Muridnya, Imam Abu Daud mengatakan: "Aku melihat Imam Ahmad apabila menghantar jenazah, ketika mendekati pemakaman, menanggalkan sandalnya."

Imam Ahmad mengamalkan sunnah ini berdasarkan hadis di bawah ini:

"Ketika Rasulullah s.a.w. berjalan bersama Basyri, pandangannya terbentur pada seorang yang sedang berjalan di perkuburan dengan memakai sandalnya, kemudian baginda menegurnya: "Wahai si pemakai sandal, celakalah engkau! Tanggalkanlah kedua sandalmu." Orang itu kemudian menoleh dan ketika diketahuinya bahawa yang menegur adalah Rasulullah s.a.w., segera saja dia tanggalkan kedua sandalnya." (Riwayat Abu Daud, An-Nasa'i, Ibnu Majah, Ibnu Abi Syaibah dan Al-Hakim dengan sanad yang sahih).

Syeikh Al-Albani berkata di atas sikap Imam Ahmad mengamalkan sunnah ini: "Semoga Allah menganugerahkan kepadanya rahmat, betapa konsistennya orang ini dalam mengikuti As-Sunnah."

Abu Hatim pernah berkata: "Jika kamu dapati seseorang yang mengasihi Ahmad bin Hanbal maka ketahuilah orang itu adalah dari ahli Sunnah."

Dihormati Oleh Jin

Diceritakan bahawa pada suatu hari Imam Ahmad sedang duduk-duduk di masjidnya. Tiba-tiba datang seorang teman rapatnya yang diutus oleh Khalifah Al-Mutawakkil.

"Wahai Imam! Di rumah Amirul Mukminin ada seorang jariah baginda yang sedang dirasuk syaitan, Baginda telah mengutus saya untuk meminta tuan agar berdoa untuk kesihatannya." kata teman Imam Ahmad itu.

Imam Ahmad memberikan sepasang terompah kayu kepada temannya sambil berkata: "Pergi ke rumah Amirul Mukminin dan duduklah di sisi kepala jariah yang sedang sakit itu, kemudian katakan kepada jin: "Wahai jin! Imam Ahmad berkata kepadamu, "Yang mana satu yang engkau suka, engkau keluar dari tubuh jariah ini atau aku tampar engkau dengan terompah ini sebanyak tujuh puluh kali."
Orang itu pun pergi ke rumah khalifah dengan membawa terompah kayu dari Imam Ahmad. Kemudian dia duduk di sisi kepala si jariah dan mengucxapkan perkataan seperti yang diucapkan oleh Imam Ahmad.

Maka berkatalah jin yang merasuk melalui lisan si jariah: "Aku mendengar dan taat kepada Imam Ahmad. Sekiranya beliau menyuruh aku keluar dari negeri Irak inipun, nescaya aku keluar."
Kemudian jin itu berkata lagi: "Kerana beliau adalah seorang yang taat kepada Allah, sedangkan barangsiapa yang taat kepada Allah, dia akan dipatuhi oleh segala sesuatu."
Lepas berkata demikian, jin itu keluar dan jariah sembuh sebagaimana sedia kala dan melahirkan beberapa anak dari khalifah.

Beberapa tahun kemudian, Imam Ahmad meninggal dunia. Tiba-tiba jin itu datang lagi dan merasuk tubuh jariah buat kali kedua. Kerana Imam Ahmad sudah tidak ada, khalifah menyuruh teman Imam Ahmad agar berbuat seperti ketika masih ada Imam Ahmad. Maka teman itu duduk di sisi kepala jariah yang sakit dengan memegang terompah kayu dari Imam Ahmad.

"Hai jin! Keluarlah engkau. Kalau tidak, engkau kupukul dengan terompah ini sebanyak tujuh puluh kali." kata orang itu.

Tiba-tiba jin itu menjawab melalui mulut jariah yamg dirasuknya: "Aku tidak akan tunduk kepadamu dan tidak akan keluar dari sini. Adapun Imam Ahmad adalah seorang yang taat kepoada Allah, maka aku diperintah untuk tunduk kepadanya."

Maka tetaplah jin itu di tubuh si jariah, kerana dia tahu yang menyuruh keluar bukan Imam Ahmad, sebab beliau telah meninggal dunia.

Sakit dan Wafatnya Dihadiri Ramai Orang

Menjelang wafatnya, beliau jatuh sakit selama sembilan hari. Mendengar sakitnya, orang-orang pun berdatangan ingin menjenguknya. Mereka berdesak-desakan di depan pintu rumahnya, sampai-sampai sultan menempatkan orang untuk berjaga di depan pintu. Akhirnya, pada permulaan hari Jumaat tanggal 12 Rabiulawal 241H (855 Masihi), beliau menghadap kepada Rabbnya menjemput ajal yang telah ditentukan kepadanya. Beliau wafat dalam usia 77 tahun.
Kaum Muslimin bersedih dengan kepergian beliau. Tak sedikit mereka yang turut menghantar jenazah beliau sampai beratusan ribu orang. Ada yang mengatakan 700 ribu orang, ada pula yang mengatakan 800 ribu orang, bahkan ada yang mengatakan sampai satu juta lebih orang yang menghadirinya. Semuanya menunjukkan bahawa sangat banyaknya mereka yang hadir pada saat itu demi menujukkan penghormatan dan kecintaan mereka kepada beliau. Beliau pernah berkata ketika masih sihat, "Katakan kepada ahlu bid'ah bahawa perbezaan antara kami dan kalian adalah (tampak pada) hari kematian kami."

Bersiar-Siar Di Syurga

Setelah Imam Ahmad wafat salah seorang teman yang juga muridnya bermimpi melihat beliau berjalan bersiar-siar dalam keadaan riang gembira.

"Wahai saudaraku! Engkau berjalan dalam keadaan riang gembira seperti ini?" tanya temannya.

"Beginilah cara berjalan khadam-khadam Allah di dalam syurga Darussalam." jawab Imam
Ahmad. "Apa yang telah Allah buat kepadamu?" tanya temannya lagi.

"Allah telah mengampunkan aku dan diberinya aku sepasang kasut yang terbuat dari emas. Dia (Allah) berkata kepadaku: "Inilah balasan untukmu yang telah berani berkata bahawa Al-Quran itu Kalamullah yang diturunkan oleh Allah itu bukan makhluk." Kemudian Dia berkata lagi: Wahai Ahmad! Pergilah ke mana-mana tempat yang engkau suka."

Maka aku pun masuk ke dalam sebuah taman, di situ aku berjumpa dengan Sufyan At-Thauri. Dia memakai sayap berwarna hijau sedang terbang dari satu pokok ke pokok lain. Aku mendengar dia sedang membaca ayat al-Quran:

"Segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janjiNya kepada kami dan telah mewariskan kepada kami tempat ini sedang kami (diperkenankan) menempati tempat dalam syurga di mana saja yang kami kehendaki, maka syurga itulah sebaik-baik balasan bagi orang yang beramal." (Az-Zumar: 74)

"Kemudian bagaimana pula khabar si Abdul Wahid Al-Waraq?" tanya temannya.

"Aku telah melihatnya sedang berada di lautan cahaya di atas kenderaan cahaya juga sedang menziarahi Tuhannya Yang Maha Pengampun."

"Lalu bagaimana dengan khabar Bisyr Al-Khafi?"

"Aduh...! Aku telah melihatnya sedang berada di hadapan Maha Agung. Dia berkata kepadanya: "Makanlah wahai orang yang tidak makan di dunia, minumlah wahai orang yang tidak merasakan keseronokan di dunia."

Hanya sampai sekian mimpi teman Imam Ahmad hingga dia terjaga dari tidurnya.

Wednesday, January 6, 2010

Ingatlah WAHAI DIRI

Berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu dapat memberi manfaat pada kaum muslimin" (az-zariyyat:55)
Inilah diantara firman Allah yang menyuruh manusia agar sentiasa saling memberi peringatan kepada mereka yang lupa. Tetapi pernahkah kita merenung seraut wajah yang bernama diri, lalu memberi peringatan di atas kelalaiannya? Terus terang, perbuatan tersebut amat jarang kita lakukan...

Wahai diri...
Apakah engkau sedar bahawa di hadapanmu sedang menanti dua tempat, iaitu syurga dan neraka? Engkau pasti akan menemui salah satu dari keduanya. sama ada engkau menyukainya atau tidak, ia pasti akan menemuimu jua...
Namun, mengapa engkau masih sibuk dengan kelazatan dan dorongan nafsu serta gemar melakukan maksiat dan kederhakaan? Bukankah engkau pasti akan dipertanggungjawabkan ke atas dosa-dosa dan kesalahanmu itu? Tidakkah engkau tahu bahawa segala sesuatu yang pasti datang itu amat dekat kedudukannya?

Sedangkan yang dinamakan jauh itu apa-apa yang mungkin tidak akan datang. Bila engkau dihumbankan ke dalam neraka kerana perbuatan jahatmu, itupun sesuatu yang amat dekat, kerana ia janji yang pasti akan datang. Hanya menunggu saat dan ketibaannya saja. Ingatlah wahai diri...ingatlah!

Tidakkah engkau menginsafi apa yang telah difirmankan oleh Allah dalam Al-Qur'an yang bermaksud:
"Telah hampir kepada manusia(masa) perhitungannya sedang mereka berpaling dari kelalaian. Tiada kepada mereka peringatan (Al-Qur'an) dari Tuhannya melainkan mereka dengar dan mereka permain-mainkan. Sedang hati mereka lalai.." (al-anbiya':1-3)

Wahai diri...
Engkau tentu sudah sedia maklum bahawa sunnatullah itu tidak akan berubah. Segala sesuatu ini pasti ada yang menyebabkannya. Kebahagiaan di dunia kerana beramal, maka seperti itu jugalah kebahagiaan akhirat. Ketahuilah bahawa Tuhan dunia dan Tuhan akhirat itu hanya satu, yakni Allah S.W.T. Sesungguhnya tiap-tiap manusia tidak akan memperolehi sesuatu, melainkan apa-apa yang telah diusahakannya. Jika engkau telah membuang banyak masamu untuk urusan dunia, maka berapa banyak pulakah masa engkau gunakan untuk menyelesaikan masalah akhiratmu?

Sudahkah engkau sediakan bekalan yang engkau perlukan dalam menghadapi kehidupan akhirat yang kekal abadi? Ketahuilah kehidupan akhirat itu adalah kehidupan yang sebenarnya. Janganlah sampai engkau tertipu oleh kehidupan dunia yang sementara. Janganlah engkau menyangka engkau kelak akan mendapat kesejahteraan di akhirat, sekalipun engkau membawa bekal yang cukup!!

Ingatlah...
Kehidupan yang kekal abadi itu sangat memerlukan bekal yang banyak, berupa amalan-amalan yang baik serta ketaqwaan yang besar. Apabila persediaanmu tidak lengkap, engkau akan mengalami kesengsaraan yang tidak ada tolok bandingnya di neraka jahannam!!

Sekali lagi...Ingat dan insaflah...!!
Bahawa kepanasan dan kedinginan siksa neraka itu hanya akan dapat di atasi dengan benteng iman yang kukuh serta pertahanan yang kuat dengan ketaatan menjalani perintah Allah S.W.T.
Kiranya besar sungguh pemberian Allah yang telah dilimpahkanNya kepadamu kerana engkau telah ditunjuki jalan kehidupan yang selamat untuk kau lalui. Lalulah jalan perjuangan ini dengan sungguh-sungguh sekalipun penuh dengan duri dan rintangan. Apabila jalan perjuangan itu pahit, janganlah engkau merintih kerana di hujung perjalananmu menunggu syurga yang manis.

Ingatlah...
Agama Islam itu mutiara yang tidak terhingga nilainya. Keimanan itu pemberian yang tidak terkira besarnya. Sedang penghidupan itu adalah jalan perjuangan yang penuh dengan ujian.
Apabila engkau insaf serta sentiasa muhasabah (menilai) diri di setiap malam dan siang, akan mudahlah engkau untuk mengumpulkan persiapanmu. Sekalipun persiapan itu engkau kutip dicelah-celah kehidupan duniamu yang sukar, apabila engkau sabar, seribu harapan menanti dihujung perjalanan hidupmu!
Insaf dan sedarlah wahai diri...!
Ingatlah...bahawa setiapyang bernyawa itu pasti mati !
Dengan izin Allah jua adanya..."

Wednesday, December 30, 2009

Membina Hati yang Lembut dan Penyantun

Rasulullah memaklumkan kepada kita bahawa di dalam diri manusia ada segumpal daging, yang jika baik daging itu maka baik pula manusia tersebut. Sebaliknya jika buruk daging itu, maka buruk pula kualiti orang tersebut. Daging itu adalah Hati.

Rasulullah juga mengajarkan kepada kita bahawa setiap amalan bergantung kepada niatnya. Jika niatnya buruk, maka buruk pula amalannya. Dan jika niatnya baik, maka baik pula amalannya.
Kedua pelajaran ini sebetulnya mengajarkan hal yang sama, bahwa kualiti keagamaan kita sebagai muslim boleh dilihat dari niathati kita pada saat melakukan perbuatan itu.

Hati adalah 'cermin' dari segala perbuatan kita. Setiap kita melakukan perbuatan, maka hati kita akan mencerminkan niat yang sesungguhnya dari perbuatan itu. Katakanlah, kita memberi duit kepada seorang miskin. Kelihatannya itu adalah perbuatan mulia. Tetapi jika niat kita untuk menyombongkan diri kepada orang lain bukan kerana belas kasihan kepada si miskin maka
perbuatan itu sebenarnya tidak mulia lagi.

Jadi, hati lebih menggambarkan kualiti yang sesungguhnya dari perbuatan kita. Sedangkan amalan, lebih sulit untuk dinilai kualitinya.kerana itu, agama Islam lebih condong 'menggarap' hati daripada perbuatan. Kalau hatinya sudah baik, maka perbuatannya pasti baik. Sebaliknya meski perbuatannya kelihatan 'baik', belum tentu hatinya baik. boleh saja ada niat buruk yang tersembunyi.

Seluruh jenis amal ibadat yang diajarkan Rasulullah kepada kita sebenarnya dimaksudkan untuk menggarap hati kita agar menjadi baik, seperti puasa. Puasa ini tujuan akhirnya adalah kemampuan mengendalikan diri. Atau disebut Takwa dalam terminologi Islam. Takwa adalah kualiti hati. Orang yang bertakwa memiliki keteguhan hati untuk selalu berbuat baik dan menjauhi yang buruk.

Demikian juga solat. Tujuan utama solat adalah membuka kepekaan hati. Orang yang solatnya baik, memiliki kepekaan hati untuk membedakan mana yang baik, mana yang buruk Mana yang bermanfaat, mana yang membawa mudharat. Kerana itu,solat yang baik boleh menyebabkan kita jauh dari hal hal yang keji dan munkar.

Juga zakat. Tujuan utama zakat adalah melatih hati kita untuk peduli kepada orang-orang yang lemah dan tidak berdaya. Hidup harus saling menolong, supaya tidak terjadi kezaliman yang menyebabkan terjadinya kejahatan. Itu secara sosial. Tetapi secara pribadi, kebiasaan menolong orang lain dengan zakat akan
menyebabkan hati kita menjadi lembut dan penyantun.

Demikianlah, seluruh aktiviti ibadah kita termasuk haji yang menjadi bahasan utama kita kali ini, semuanya menuju kepada pelembutan hati kita. Kenapa hati yang lembut ini perlu?

kerana hati yang lembut itulah yang akan menyelamatkan kita ketika hidup di akhirat nanti. Hati yang lembut adalah hati yang terbuka dan peka terhadap sekitarnya.Sedangkan hati yang kasar dan keras adalah hati yang tertutup terhadap sekitarnya.

Allah berfirman dalam firman Alah berikut ini.

"Dan barangsiapa di dunia ini buta hatinya, maka di akhirat nanti juga akan buta,dan lebih sesat lagi jalannya."QS. Al Israa (17) : 72

Ayat tersebut di atas memberikan gambaran yang sangat jelas kepada kita bahwa hati menjadi sasaran utama peribadatan kita. kerana itu Al Quran memberikan informasi yang sangat banyak tentang hati ini. Tidak kurang dari 188 kali informasi tentang hati ini diulang-ulang oleh Allah di dalam Al Quran.

Ada beberapa tingkat kualiti hati yang diinformasikan Allah di dalam Quran. Hati yang buruk dikategorikan dalam 5 tingkatan.

Yang pertama adalah hati yang berpenyakit. Orang-orang yang di hatinya ada rasa iri, benci, dendam, pembohong, munafik, kasar, pemarah dan lain sebagainya, disebut memiliki hati yang berpenyakit, sebagaimana disebutkan dalam banyak ayat diantaranya,


"Di dalam hati mereka ada Penyakit, lala ditambah Allah penyakitnya, dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta" QS. Al Baqarah (2) : 10


"Agar Dia menjadikan apa yang dimasukkan oleb syaitan itu, sebagai cubaan bagi orang-orang yang di dalam hatinya ada penyakit dan yang kasar batinya. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu, benar benar dalam permusuhan yang sangat."QS Al Hajj (22) : 53

Tingkatan kedua hati yang buruk adalah hati yang mengeras. Hati yang berpenyakit, jika tidak segera diubati akan menjadi mengeras. Mereka yang terbiasa melakukan kejahatan, hatinya tidak lagi peka terhadap keburukan perbuatannya. Mereka menganggap bahawa apa yang mereka kerjakan adalah benar adanya.


"Maka mengapa mereka tidak memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri ketika datang siksaan Kami kepada mereka, bahkan hati mereka telah menjadi keras dan syaitan pun 
menampakkan kepada mereka kebagusan apa yang selalu mereka kerjakan. QS. Al An'aam (6) : 43

Tingkatan ketiga, adalah hati yang membatu. Hati yang keras kalau tidak segera disedarkan akan meningkat kualiti keburukannya. Al Quran menyebutnya sebagai hatiyang membatu semakin mengeras dari sebelumnya.


"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi.Padahal di antara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh, kerana takut kepada Allah. Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu 
kerjakan." QS. Al Baqarah (2) : 74

Tingkatan keempat, adalah hati yang tertutup. Pada bahagian berikutnya akan kita membicara, bahawa hati kita itu bagaikan sebuah tabung . Jika tertutup, maka hati kita tidak boleh lagi menerima getaran petunjuk dari luar. Allah mengatakan hal itu di dalam firmanNya.


"Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka." QS Al Muthaffiffin : 14

Dan yang kelima, adalah hati yang dikunci mati. Jika hati sudah tertutup, maka tingkatan berikutnya adalah hati yang terkunci mati. Sama saja bagi mereka diberi petunjuk atau tidak. Hal ini 
diungkapkan Allah berikut ini.


"Sesungguhnya orang-orang kafir itu, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak akan beriman. Allah telah mengunci mati hati dan pendengaran mereka, dan penglibatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat." Al Baqarah : 6-7

Sebaliknya hati yang baik adalah hati yang gampang bergetar, sebagaimana difirmankan oleh Allah,

"(yaitu) orang-orang yang apabila disebut nama Allah bergetarlah hati mereka, orang-orang yang sabar terhadap apa yang menimpa mereka, orang-orang yang mendirikan sembahyang dan orang-
orang yang menafkahkan sebagian dari apa yang telah Kami rizkikan kepada mereka." QS. Al Hajj (22) : 35

Hati orang-orang yang demikian itu lembut adanya. Mereka pantang melihat penderitaan orang lain. Suka menolong. Tidak suka kekerasan. Penyantun dan penuh kasih sayang kepada
siapapun. Itulah nabi Ibrahim yang dijadikan teladan oleh Allah serta menjadi kesayangan Allah. Sebagaimana diinformasikan dalam firman berikut.

"Dan permintaan ampun dari Ibrahim (kepada Allah) untuk bapaknya tidak lain hanyalah karena suatu janji yang telah diikrarkannya kepada bapaknya itu. Maka, tatkala jelas bagi Ibrahim bahwa bapaknya itu adalah musuh Allah, maka Ibrahim berlepas diri dari padanya. Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang sangat lembut hatinya lagi penyantun" At Taubah (9) : 114


Saturday, December 26, 2009

Sikap Yang Baik

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.” (Riwayat Ibnu Abid Dunya)

Huraian
i) Berbuat baik dan memberi keselesaan kepada orang lain akan diganjari Allah dengan balasan yang berlipat ganda sama ada berupa pahala, kebaikan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
ii) Semua ini akan dapat dilakukan sekiranya seseorang itu mempunyai keimanan dan keikhlasan di hatinya sehingga segala tindakan-tindakan yang dilakukannya sentiasa melahirkan kebaikan pada dirinya dan dalam hubungannya dengan orang lain serta masyarakat di sekelilingnya.
iii) Demikian juga kita dilarang agar jangan membalas kejahatan orang lain dengan kejahatan juga tetapi hendaklah membalasnya dengan kebaikan seperti api yang menyala dan membakar nescaya akan terpadam apabila disirami air. Maka begitulah dengan kebaikan, lambat laun akan melembutkan hati yang keras dan menghapuskan kejahatan yang melanda.
iv) Sebaliknya jika kecenderungan berbuat perkara-perkara yang jahat terus dibiarkan menguasai diri maka akan rosaklah segala kebaikan yang pernah dilakukan kerana lazimnya kejahatan itu biarpun hanya sekali dilakukan ia mudah dilihat (diketahui) berbanding dengan banyaknya kebaikan yang pernah dilakukan oleh seseorang itu. Bak kata pepatah Melayu “ Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali”.
v) Sesungguhnya keimanan itu sentiasa terbuka untuk ditingkatkan sebaliknya iman akan merosot sekiranya kita melakukan perbuatan maksiat.

Tuesday, December 22, 2009

Dosa-Dosa Besar Yang Tak Disedari

Terima kasih Tuhan, kerana dengan rahmatMu banyak peringatan-peringatan yang Kau beri untuk dapat kami membaiki diri kami. Kami rasa ini satu hadiah yang besar dari Engkau berkat bulan Muharam ini. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w, kerana engkaulah ya Rasulullah kami dapat meneruskan kuliah kali ini. Moga-moga kami pandai bersyukur dan dapat membanyakkan selawat kepada nabi kami.

Kerana ilmu kita tak banyak, tak halus, banyak benda silap yang kita tak tahu, banyak ilmu yang seni-seni kita tak faham. Kita telah buat kesalahan tanpa kita sedar. Kita telah buat dosa-dosa besar tapi tak tahu. Kita banyak buat kesalahan dengan Tuhan tapi tak sedar. Jadi yang kurang pada kita ialah ilmu-ilmu seni. Bila ilmu-ilmu seni itu kita tak faham, pada saya, pada orang lain saya tak tahulah, makin banyak kita ibadah makin banyak kita tipu diri. Makin kita nak jadi orang baik dah jadi tak baik. Makin banyak kita beribadah makin jahat kita dengan Tuhan, kerana ilmu kita tak boleh menyuluh diri kita, sebab ilmu Tuhan itu sangat seni. Sangat tersirat.

Yang sebenarnya ilmu yang seni-seni, ilmu yang tersirat itulah yang boleh mengubat hati. Ilmu lain tak boleh, kadang-kadang dia tipu kita, ilmu lahir tak terasa apa-apa. Bila tak terasa apa-apa, makin banyak kita buat, kita dah rasa luar biasa, kita kurang ajar dengan Tuhan, kita dah rasa hebat. Ini dah berdosa dengan Tuhan tapi kita tak sedar, kita dah tak takut dengan Tuhan.

Sedangkan itu kesalahan besar, dosa besar. Jadi kalau ilmu kita tak seni, makin buat baik jadi makin tak baik. Kan pelik didengar, kalau orang tak pernah dengar ilmu macam ni, tentulah dia fikir ajaran sesat ke ni? Yang sebenarnya dosa-dosa besar ada 2 bahagian:
       1.dosa-dosa yang lahir
       2.dosa-dosa yang batin

Ramai orang yang nak beragama, yang nak juga pada Islam kalau ilmunya tak seni, tak halus, ilmu yang tersirat tak tercungkil, dia tak terjebaklah dengan dosa-dosa besar lahir (yang nampak oleh mata lahir). Sebab dia nak beragama juga, yang lahir ini mudah dikesan. Tapi orang ini akan terjebak dengan dosa-dosa besar yang batin

Bagi yang jenis tak fikir agama, dosa-dosa besar yang lahir pun dia tak ambil kisah apa lagi yang batin.

Bagi orang yang agak nak beragama insyaAllah dosa-dosa lahir dia tak buat seperti zina, mencuri, minum arak, judi, menipu, rasuah...itu semua dosa-dosa besar dia tak buat. Dia tak akan berzina, melacur. Nah disitu dia tipu diri "Aku tak buat dosa besar, bersih aku ni!" Terasa baik dia. Makin baik lahirnya yang dalam makin jahat. Makin cantik di luar makin burruk di dalam. Makin bercahaya lahir, yang dalam makin gelap.

Sebab itu para sahabat salafusoleh dan orang-orang yang bertaqwa dia bukan takutkan dosa-dosa besar yang lahir tapi yang takutkan ialah dosa-dosa besar yang batin terutama syirik. Dikalangan salafusoleh para sahabat pernah berkata kalau aku mati di bilik aku ini mati sebagai orang beriman, sedangkan kalau aku pergi ke tangga rumah ini mati syahid, itu besarlah. Tak apa, saya nak mati di bilik, kenapa? Padahal jarak bilik dengan tangga itu 2-3 depa sahaja, dia takut jalan dari bilik ke tangga dia jadi syirik. Apa maksud tu?

Begitulah orang bertaqwa bimbangnya dengan syirik, bimbang dengan Tuhan. Dengan jarak 2-3 depa dia tak yakin dirinya selamat dari syirik walaupun di tangga dijanjikan mati syahid. Tak apalah yang penting aku dapat mati beriman cukuplah. Kalau masuk neraka tak kekal, daripada mengharapkan mati syahid tapi dapat mati kafir. Begitulah hati orang beriman, adakah hati kita macam itu? Hati orang mukmin bergolak, tak tahu nasib aku macam mana. Dari saat ke saat dia takut, tak tahu bagaimana nasibnya.

Bagi orang yang nak beragama juga, memang dia tak buat dosa-dosa besar yang lahir. Kalau ilmu dia tak halus, di situ dia rosak, dia buat dosa besar yang batin. Bila orang puji berbunga hati, itu dosa besar. Terfikirkah itu dosa besar? Itu yang saya maksudkan dia tipu kita, disebabkan kita tak buat dosa besar yang lahir tu jadi dia tipu kita.

Dalam pengalaman kita orang yang beribadah kuat, kalau kita tegur ''Saya tak buat salah. Tak, tak saya tak buat!'' Kenapa? Soalnya dia tak nampak di dalam, di luar ok. Tengok. Kebaikan yang diluar menipu diri. Kebaikan yang diluar merosakkan batinnya. Cahaya yang terang di luar menggelapkan dalam. Bila kita berjaya dalam ibadah ke, terasa luar biasa, ujub itu dosa besar, terfikirkah itu dosa besar? Tak! dia berlalu begitu sahaja padahal kita dah lakukan dosa besar.
                              
Contoh lain, terlintas dalam fikiran ''Kalau aku berjuang/berdakwah nanti, macam mana nak makan, anak ramai, isteri ramai? Dosa ini lebih besar daripada contoh yang awal tadi sebab ini dah masuk kawasan syirik, merosakkan akidah. Terfikir ke kita yang fikiran macam itu sudah merosakkan akidah? Sebab itu dosa batin, yang susah nak dikesan oleh orang biasa.

Bagi orang yang nak ikut Tuhan, dosa lahir itu macam dengar bunyi gajah. Dari jauh dah dengar gedebuk-gedebuk bunyi gajah jadi senang dia nak elak, larilah.
Tapi dosa batin macam bunyi semut, tak terdengar, tak ada. Bila tak ada maka tak rasa bahaya. Bila gajah berjalan, semut berjalan berbunyi, sama. Tapi gajah senang dikesan kesak kesuk kesak kesuk, kalau semut jalan di tepi telinga pun tak dengar. Kita dah buat dosa besar tapi kerana kita tak faham, jadi kita kata kita tak buat.

Jadi ramai orang yang buat dosa besar batin. Untuk orang yang nak beragama tapi ilmunya tak ada, tak halus maka dia akan banyak buat dosa besar batin. Macam orang lain dapat kesenangan, terdetik hati kita rasa tak senang, itu dosa....mana kita terfikir itu dosa?
Kalau orang dapat kesusahan, kita tak rasa susah, itu dosa...terfikir ke kita itu dosa?
Mana boleh orang susah kita tak rasa susah, mana perikemanusiaan kita? Itu tanda hatinya sudah bankrup, tak susah dengan kesusahan orang.
Pernahkah kita menungkan,''Eh, aku ni banyak dosa sebab aku tak terasa susah dengan kesusahan orang lain.'' Tapi kalau minum arak ''Astaghfirullah hal 'azim aku telah minum arak''. Setahun dia boleh ingat. Atau kalau berzina setahun dia boleh ingat. Main diotak, tak tenang.
Tapi tak rasa susah dengan kesusahan orang, ada bermain-main di otak?...Tak! Dia berada dalam keadaan selesa tak berasa berdosa dengan Tuhan. Nampak tak ilmunya? Sebab itu kalau ilmu tak halus, tak seni, banyak ilmu tersirat kita tak tahu maka banyak dosa-dosa batin kita buat tanpa disedari.

Ilmu-ilmu tersirat, ilmu-ilmu seni itulah ilmu tasawuf, itulah ilmu rohani. Banyak dosa-dosa batin yang kita buat tak tahu. Lebih-lebih lagi sembahyang banyak, ibadah banyak, wirid zikir banyak, kerja-kerja umrah/haji dah banyak tetapi dah takut dengan Tuhan, sebab ditutup oleh kebaikan lahir tadi. Itu satu kejahatan paling besar. Sebab ianya telah mencabut rasa kehambaan. Rasa kehambaan itulah yang Tuhan nak. Bila dicabut rasa kehambaan dia tak nampak dosa besar. Bila rasa kehambaan tercabut datanglah rasa ketuanan, dah besar, bila dibiarkan dia akan datang rasa ke Tuhanan. Musnah dia punya akidah, tak bahaya ke ?

Kadang-kadang orang yang lalai dengan Islam, sekejap sembahyang sekejap tidak sembahyang, sekejap puasa sekejap tidak puasa, tapi dia rasa bersalah. Dia sedar dia salah. Itu lebih selamat daripada orang yang jaga yang lahir, ibadah yang banyak dalam hati buat jahat, tak terasa takut lagi. Yang tadi masih rasa takut lagi, dalam buat jahat dia rasa takut, rasa kehambaan masih kekal. Yang ini dia banyak buat secara luaran tak terasa takut. Sebab di sisi Tuhan orang yang buat dosa terasa berdosa itu yang selamat. Orang berdosa rasa tak berdosa, itu yang rosak! Rasa berdosa, rasa bersalah, rasa kehambaan itulah yang Tuhan nak.

Kalau kita ambil yang lahir sahaja mungkin banyak ibadah yang makin rosak sebab dia tak nampak kesalahan dirinya. Sebab itu orang dulu, kalau ada orang nak tanya tentang hukum hakam kalau nak jaga hati kalau aku terus jawab mungkin nanti ada megah. Kamu pergilah tanya si Ahmad, bila sampai si Ahmad tanyalah si Yusuf, kerana nak jaga hatilah tu. Dari Yusuf suruh pergi ke Mahmud juga. Akhirnya pusing sampai baliklah kerana tak dapat elak dia pun jawab.

Sebab itu orang dulu, kalau nak sangat berdakwah, dia tak berdakwah. Waktu dia seronok sangat nak bersyarah tu, dia tahan diri, sebab dia fikir jangan-jangan dorongan ini hanya untuk nak megah, untuk kepentingan diri. Syeikh Abdul Kadir Jailani selepas 30 tahun beribadah, buat itu buat ini, dia berdakwah. Sebab sebelum itu dia tak berdakwah. Kadang orang tanya mengapa tuan tak berdakwah, kadang-kadang dia tak jawab sebab dia tahu mengapa dia tak berdakwah. Setelah 30 tahun baru dia berdakwah, dia dah jadi orang baik...mungkin mula dari 30 tahun jadi sekarang dah 60 tahun. Orang terkejutlah. Dia kata '' Saya dah dapat arahan'', nbaru dakwah, ada arahan dari Tuhan, ada bisikan dari pihak Tuhan baru dia berdakwah. Dia berhati-hati. Sebab itu sekali sahaja dia berdakwah, yang dah nak baik terus jadi baik, yang dapat hidayah mendadak baik, yang jahat-jahat bergolak hati. Itu kesanya.
Hari ini orang kerja dakwah tapi tak ada kesan, mengapa? Sebab hati nak sangat berdakwah, masuk surat khabar lagi seronok, sehingga dakwah tak dapat memberi kesan.

Sheikh Abu Yazid Bustami lepas berdakwah ramai orang sedar, kerajaan tak senang, maka dibuang.7 tahun dibuang, 7 tahun negara bergolak. Ladang tak jadi, makan susah, kemarau, kemudian baru orang perasan mengadu ke Gabenor,''Tuanku, sejak kita buang Yazid tu keadaan jadi begini, dah teruk ni, coba bawa balik Yazid''. Dia balik masalah selasai. Kesan rasa hati mereka, bergolak negara. Mana ada orang macam ini sekarang. Masing-masing nak berdakwah, tak ada seorang pun masuk Islam, semua orang Islam tak  berubah, dirinya pun tak berubah. Sebab dia berjuang tapi membawa dosa besar batin, bawa kejahatan batin, diluar bercahaya dalamnya gelap. Kerana ilmunya tak seni, ilmu rohaninya tak menyuluh batin, dia buat jahat tak sedar, dia berdosa pun tak perasan.

Ini semua faktor ilmulah. Kalau ilmu kita tak banyak, tak global, tak seni, makin kita baiki diri yang luar, makin terjun ke Neraka, makin terjun ke maksiat. Makin kita buat kejahatan tanpa kita sedar. Kena berhati-hatilah jangan sampai sembahyang, puasa, wirid kita menipu kita. Jangan ibadah kita merusakkan hati kita. Patutnya makin banyak kita baiki diri makin rasa bersalah, rasa berdosa, makin rasa tak berguna, makin rasa jauh dengan Tuhan. Itulah yang akan menyelamatkan kita.

Sekian, ampun maaf.

Sunday, December 20, 2009

Durarul Quran: Al An'am

[32] Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?

[44-45] Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan). Lalu kaum yang zalim itu dibinasakan sehingga terputus keturunannya. Dan (dengan itu bersyukurlah kerana musnahnya kezaliman, dengan menyebut): “Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian Alam”.

[52-54] Dan janganlah engkau usir orang-orang yang beribadat dan berdoa kepada Tuhan mereka pagi dan petang, sedang mereka menghendaki keredaanNya semata-mata. Tiadalah engkau bertanggungjawab sesuatu pun mengenai hitungan amal mereka, dan mereka juga tidak bertanggungjawab sesuatu pun mengenai hitungan amalmu. Maka (sekiranya) engkau usir mereka, nescaya menjadilah engkau dari orang-orang yang zalim. Dan demikianlah Kami uji sebahagian dari mereka (yang kaya raya) dengan sebahagian yang lain (yang fakir miskin); lalu orang-orang yang kaya itu berkata (kepada orang-orang fakir miskin yang beriman): “Inikah orang-orangnya yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka di antara kami? ” (Allah berfirman): “Bukankah Allah lebih mengetahui akan orang-orang yang bersyukur?” Dan apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami itu datang kepadamu (dengan tujuan hendak bertaubat dari dosa-dosa mereka), maka katakanlah: “Mudah-mudahan kamu beroleh selamat! Tuhan kamu telah menetapkan bagi diriNya untuk memberi rahmat (yang melimpah-limpah): bahawasanya sesiapa di antara kamu yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilannya, kemudian ia bertaubat sesudah itu, dan berusaha memperbaiki (amalannya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.

[68-69] Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain; dan jika engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu). Dan tidaklah ada tanggungjawab sedikitpun atas orang-orang yang bertaqwa mengenai dosa orang-orang (kafir yang mengejek-ejek) itu, akan tetapi (kewajipan orang-orang Islam) ialah mengingati (larangan Allah itu) supaya mereka bertaqwa.

[82] Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

[120] Dan tinggalkanlah kamu dosa yang nyata dan yang tersembunyi. Kerana sesungguhnya orang-orang yang berusaha melakukan dosa, mereka akan dibalas dengan apa yang mereka telah lakukan.

[125-127] Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman. Dan inilah jalan Tuhanmu (ugama Islam) yang betul lurus. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat keterangan (Kami) satu persatu, bagi kaum yang mahu beringat - insaf. Bagi merekalah Syurga Darus-Salaam (tempat tinggal yang aman sejahtera) di sisi Tuhan mereka, dan Dia lah Penolong mereka, disebabkan amal-amal (yang baik) yang mereka telah kerjakan.

[151-153] Katakanlah: “Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) - yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya. “Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil”. - Kami tidak memberatkan seseorang dengan kewajipan melainkan sekadar kesanggupannya - “dan apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat apa-apa keterangan) maka hendaklah kamu berlaku adil, sekalipun orang itu ada hubungan kerabat (dengan kamu); dan perjanjian (perintah-perintah) Allah hendaklah kamu sempurnakan. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu beringat (mematuhiNya)”. Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.

[160] Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).

Saturday, December 19, 2009

Jawahirul Quran: Al An'am

[1-3] Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan terang; dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan (sesuatu yang lain) dengan tuhan mereka. Dia lah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian Ia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi yang tertentu di sisiNya (iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan). Dan Dia lah Allah (yang disembah dan diakui kekuasaanNya) di langit dan di bumi; Ia mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan, dan Ia juga mengetahui apa yang kamu usahakan.

[13-18] Dan bagi Allah jualah apa yang ada pada waktu malam dan siang; dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Katakanlah (wahai Muhammad): “Patutkah aku mengambil (memilih) pelindung yang lain dari Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan Ia pula yang memberi makan dan bukan Ia yang diberi makan?” Katakanlah: “Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menjadi orang yang pertama sekali menyerah diri kepada Allah (Islam), dan (aku diperintahkan dengan firmanNya): `Jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan orang-orang musyrik itu. ‘ ” Katakanlah: “Sesungguhnya aku takut jika aku derhaka kepada Tuhanku, (akan dikenakan) azab hari yang besar (hari kiamat)”. Sesiapa yang dijauhkan azab daripadanya pada hari itu, maka sesugguhnya Allah telah memberi rahmat kepadanya; dan itulah kejayaan yang jelas nyata. Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika Ia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Dan Dia lah yang Berkuasa atas sekalian hambaNya (dangan tadbir dan takdir); dan Dia lah Yang Maha Bijaksana serta Amat Mendalam PengetahuanNya.

[38] Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).

[46-47] Katakanlah (wahai Muhammad): “Bagaimana fikiran kamu, jika Allah melenyapkan pendengaran serta penglihatan kamu, dan Ia pula memeteraikan atas hati kamu? Siapakah Tuhan selain Allah yang berkuasa mengembalikannya kepada kamu?” Lihatlah bagaimana Kami berulang-ulang menerangkan tanda-tanda kebesaran Kami (dengan berbagai cara), dalam pada itu, mereka tetap juga berpaling - ingkar. Katakanlah:” Bagaimana fikiran kamu, jika datang kepada kamu azab Allah dengan tiba-tiba, atau dengan terang-terang (setelah diperlihatkan tanda-tanda yang menunjukkan kedatangannya), siapakah yang akan binasa, selain dari kaum yang zalim?”.

[59-65] Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata. Dan Dia lah yang menidurkan kamu pada waktu malam, dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari; kemudian Ia bangunkan kamu (dari tidur) padanya, untuk disempurnakan ajal (masa umur kamu) yang telah ditetapkan. Kemudian kepadaNyalah tempat kamu kembali, kemudian Ia menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan. Dan Dia lah yang berkuasa atas sekalian hambaNya; dan Ia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya). Kemudian mereka (yang diambil nyawanya itu) dikembalikan kepada Allah Pengawas mereka yang sebenar (yang akan membalas dengan adil). Ketahuilah, bagi Allah jua lah kuasa menetapkan hukum (pada hari kiamat itu), dan Dia lah secepat-cepat Pengira - Penghitung. Katakanlah: “Siapakah yang menyelamatkan kamu dari bencana-bencana di darat dan di laut? (Ketika) kamu berdoa merayu kepadaNya dengan merendah diri (secara terbuka) dan secara bersembunyi, (dengan berkata): “Demi sesungguhnya jika Allah selamatkan kami dari bencana ini nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang bersyukur”. Katakanlah: “Allah jualah yang menyelamatkan kamu dari bencana itu dan dari segala jenis kesusahan; dalam pada itu, kamu (masih) mempersekutukan (Allah dengan sesuatu yang lain)”. Katakanlah: “Dia lah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana), dari sebelah atas kamu, atau dari bawah kaki kamu, atau Ia menjadikan kamu bertentangan dan berpecah-belah - berpuak-puak, dan Ia merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan ganas dan kejam sebahagian yang lain”. Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan (yang menunjukkan kebesaran Kami) dengan berbagai cara, supaya mereka memahaminya.

[73-79] Dan Dia lah yang menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar, dan (Dia lah juga) pada masa (hendak menjadikan sesuatu) berfirman: “Jadilah”, lalu terjadilah ia. FirmanNya itu adalah benar. Dan bagiNyalah kuasa pemerintahan pada hari ditiupkan sangkakala. Ia yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, dan Dia lah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Aazar: “Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata”. Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin. Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: “Inikah Tuhanku?” Kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: “Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang”. Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: “Inikah Tuhanku?” Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: “Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat”. Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: “Inikah Tuhanku? Ini lebih besar”. Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: ` Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya). “Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)”.

[95-104] Sesungguhnya Allah jualah yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-buahan). Ia mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Yang sedemikian itu kekuasaannya ialah Allah. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan dari menyembahNya (oleh benda-benda yang kamu jadikan sekutuNya)? Allah jualah Yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar), dan yang menjadikan malam untuk tinggal berehat, dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui. Dan Dia lah yang menjadikan bintang-bintang bagi kamu supaya kamu berpedoman kepadanya dalam kegelapan (malam) di darat dan di laut. Sesungguhnya kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengetahui. Dan Dia lah yang mencipta kamu dari diri yang satu (Adam), maka (bagi kamu) disediakan tempat tetap (dalam tulang sulbi bapa kamu atau di bumi), dan tempat simpanan (dalam rahim ibu atau dalam kubur). Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengerti (secara mendalam). Dan Dia lah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman. Dan mereka menjadikan jin sekutu bagi Allah, padahal Allah jualah yang mencipta jin-jin itu; dan mereka berdusta terhadap Allah dengan mengada-adakan bagiNya anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan, dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan. Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah Ia dari apa yang mereka sifatkan! (Dia lah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Ia mempunyai anak sedang Ia tidak mempunyai isteri? Ia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya. Yang demikian (sifat-sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, maka beribadatlah kamu kepadaNya. Dan (ingatlah) Dia lah yang mentadbirkan segala-galanya. Ia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Ia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata), dan Dia lah Yang Maha Halus (melayan hamba-hambaNya dengan belas kasihan), lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. (Katakanlah wahai Muhammad): “Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan-keterangan (dalil-dalil dan bukti) dari Tuhan kamu; oleh itu sesiapa melihat (kebenaran itu serta menerimanya) maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa buta (dan enggan menerimanya) maka bahayanya tertimpalah ke atas dirinya sendiri. Dan tiadalah aku berkewajipan menjaga dan mengawasi kamu”.

[115] Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya; dan Dia lah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui.

[133] Dan Tuhanmu Maha Kaya, lagi Melimpah-limpah rahmatNya. Jika Ia kehendaki, nescaya Ia binasakan kamu dan menggantikan sesudah (binasanya) kamu dengan sesiapa yang dikehendakiNya, sebagaimana Ia telah menjadikan kamu dari keturunan kaum yang lain.

[141-142] Dan Dia lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaiton dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau. Dan di antara binatang-binatang ternak itu, ada yang dijadikan untuk pengangkutan, dan ada yang untuk disembelih. Makanlah dari apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kamu, dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

[162-165] Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)”. Katakanlah: “(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu Ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya. Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Wednesday, December 16, 2009

Akhlak Ibrahim bin Adham

Ketika sedang berjalan, Ibrahim bin Adham bertemu dengan seorang lelaki yang tidak dikenalnya. Lelaki itu bertanya kepadanya letak perkampungan terdekat.

Ibrahim segera saja mengarahkan jari telunjuknya ke pemakaman yang ada di dekat situ sambil berkata, "Itulah perkampungan yang sebenarnya, sebuah perkampungan hakiki". Lelaki itu mundur sedikit lalu dengan perasaan kurang senang berkata, "Aku menanyakan letak perkampungan, mengapa kamu menunjukkan pekuburan kepadaku? Apa kamu hendak mengolok-olok aku?".

Dengan penuh kemarahan, lelaki itu memukul kepala Ibrahim dengan tongkatnya sehingga darah bercucuran dari kepala Ibrahim. "Pukullah kepala yang telah lama berbuat dosa kepada Allah ini", gumam Ibrahim bin Adham sambil berusaha menghentikan aliran darah dari kepalanya.

Lelaki itu kemudian pergi. Kejadian ini di ketahui oleh orang yang kebetulan berada tidak jauh dari tempat itu. Ia lalu menghampiri pendatang tadi dan berkata, "Hai lelaki, tahukah kamu maksiat yang telah kamu lakukan hari ini? Kamu baru saja memukul kepala orang yang paling banyak beribadah di zamannya. Kamu baru saja memukul Ibrahim bin Adham, seorang zahid yang terkenal".

Mendengar ini, lelaki itu segera kembali mendatangi Ibrahim lalu meminta maaf. "Aku telah memaafkanmu dan mendoakanmu masuk surga", kata Ibrahim. "Bagaimana mungkin?", seru lelaki itu dengan perasaan lega bercampur heran. "Karena, ketika kamu memukul kepalaku, aku bersabar, dan balasan bagi orang yang sabar tidak lain adalah surga. Jadi, tidaklah pantas jika aku masuk surga karena kamu, tetapi kemudian aku mendoakanmu masuk neraka. Ini juga bukanlah sikap yang bijaksana“, jelas Ibrahim bin Adham

Begitulah sifat mukmin sejati. Akhlaknya mulia walaupun dihina dan disakiti oleh orang lain, dan di dalam hatinya, tidak terdetik untuk membalas dendam, sebaliknya mendoakan kesejahteraan terhadap orang yang menganiyainya.

Tuesday, December 15, 2009

Abu Darda zuhud, tak terpengaruh kemewahan dunia

BELIAU seorang yang bijaksana berjiwa lurus dan berhati mulia. Semua kesenangan harta benda dunia yang sangat diingini dan didambakan tidak dipeduli. Dengan sifat ini, bererti ia bukan lari daripada kebahagiaan, malah sebaliknya. Maka kebahagiaan sejati baginya, ialah menguasai dunia, bukan dikuasai dunia. Apabila manusia hidup dalam batas bersahaja dan sederhana, dan mereka menggunakan hakikat dunia hanya sebagai jambatan yang tetap dan abadi, maka mereka akan memperoleh kebahagiaan sejati iaitu kebahagiaan sempurna dan lebih agung.

Beliau berkata: “Kebaikan bukanlah kerana banyak harta dan anak tetapi kebaikan yang sesungguhnya ialah apabila semakin besar rasa santun-Mu, semakin bertambah banyak ilmu-Mu, dan kamu berpacu menandingi manusia dalam mengabdi kepada Allah Taala.”

Pada masa Khalifah Uthman Muawiyah menjadi gabenor di Syria dan Abu Darda menjawat hakim atas kehendak Khalifah.

Di sanalah, di Syria beliau menjadi tonggak mengingatkan orang terhadap ditempuh Rasulullah dalam hidupnya, zuhudnya dan jalan hidup pelopor Islam yang pertama dari golongan syuhada dan shiddiqin.

Syria ketika itu negeri makmur penuh dengan nikmat dan kemewahan hidup. Penduduk yang mabuk dengan kesenangan dunia dan tenggelam dalam kemewahan ini, seolah-olah dibatasi dengan peringatan dan nasihat Abu Darda. Abu Darda mengumpulkan mereka dan berdiri berpidato di hadapan mereka:

“Ayuh, siapa yang mahu membeli harta peninggalan kaum ‘Ad daripada aku dengan harga dua dirham?”

Seorang pemuda yang berwibawa, anggun dan menyinar cahaya, hikmatnya meyakinkan, sikap tingkah warak, logiknya benar dan cerdas. Ibadat menurut Abu Darda bukan sekadar formaliti dan ikut-ikutan sebenarnya adalah suatu ikhtiar mencari kebaikan dan mengerahkan segala daya upaya untuk mendapatkan rahmat dan reda Allah, sentiasa rendah hati, dan mengingatkan manusia akan kelemahannya serta kelebihan Tuhan atasnya. Dia pun berkata:

“Carilah kebaikan sepanjang hidupmu, dan majulah mencari hembusan kurnia Allah, sebab sesungguhnya Allah mempunyai tiupan rahmat yang dapat mengenai siapa yang dikehendaki- Nya di antara hamba-hamba- Nya.”

“Mohonlah kepada Allah agar Ia menutupi malu atau cela dan kejahatanmu serta menghilangkan rasa ketidak tenteramanmu.”

Ahli hikmat ini, matanya selalu terbuka meneliti dan meneropong ibadat imitasi diingatkan setiap orang akan kepalsuannya. Kepalsuannya inilah yang banyak menimpa sebahagian besar orang yang berwatak lemah dalam iman mereka, mereka wujud atau membanggakan diri dengan ibadat, lalu mereka berasa dirinya lebih dari orang lain dan menyombong.

Seorang sahabat, Abu Qalabah bercerita sebagai berikut: “Suatu hari Abu Darda melihat orang sedang mencaci-maki seseorang yang terperosok pada perbuatan dosa, beliau berkata: “Bagaimana pendapat kalian bila menemukannya terperosok ke dalam lubang? Bukankah seharusnya kalian berusaha menolong mengeluarkannya dari lubang itu?”

Ilmu baginya adalah pengertian daripada hasil penelitian, jalan dalam mencapai tujuan, makrifah untuk membuka tabir hakikat, landasan dalam berbuat dan bertindak, daya fikir dalam mencari kebenaran dan kehidupan yang disinari iman, dalam melaksanakan amal bakti kepada Allah ar-Rahman.

Dalam mengkuduskan ilmu seorang budiman menganggap: “Pendidik dan penuntut ilmu sama mempunyai kedudukan yang mulia, masing-masing mempunyai kelebihan dan pahala.”

Beliau selalu memuliakan ulama yang mengamalkan ilmunya, menghormati mereka dengan penghormatan besar, bahkan beliau berdoa kepada Tuhannya dengan katanya: “Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari kutukan hati ulama.” Lalu ia ditanyai: “Bagaimana dapat hati mereka mengutuk anda?” Jawabnya RA; “Dibencinya aku!”

Hikmah Abu Darda mengajarkan berbuat baik dalam persaudaraan dan membina hubungan manusia dengan manusia atas dasar kejadian tabiat manusia itu sendiri, maka berkatalah ia: “Cacian daripada seorang saudara, lebih baik daripada kehilangannya. Siapakah mereka bagimu, kalau bukan saudara atau teman? Berilah saudaramu dan berlunak lembutlah kepadanya!

Dan jangan engkau ikut-ikutan mendengki saudaramu, nanti engkau akan seperti orang itu pula! Esok engkau akan dijelang maut, maka cukuplah bagi engkau kehilangannya. Bagaimana anda akan menangisi sesudah mati, sedang selagi hidup tak pernah anda memenuhi haknya?”

Abu Darda selalu memberi peringatan keras terhadap masyarakat yang fikiran keliru yang menyangka kaum lemah mudah saja mereka pelaku sewenang-wenang dengan menyalahgunakan kekuasaan dan kekuatan.

Katanya, di dalam kelemahan orang itu, ada kekuatan yang ampuh, yakni jeritan hati dan memohon kepada Allah kerana kelemahan mereka, lalu menyerahkan nasib mereka ke hadapan-Nya atas perlakuan orang yang menindas.

Nah inilah dia Abu Darda yang budiman itu! Inilah dia Abu Darda yang zuhud, ahli ibadah dan selalu merindukan kembali hendak bertemu dengan Tuhannya. Inilah dia Abu Darda, yang bila orang terpesona oleh ketakwaannya, lalu mereka meminta doa restunya, dijawabnya dengan kerendahan hati yang tegah, katanya: “Aku bukan ahli berenang hingga aku takut tenggelam.”

Demikianlah Abu Darda, benarlah beliau tak pandai berenang? Tetapi apa pula yang akan dihairankan, kerana bukankah beliau hasil tempaan Rasulullah SAW, murid al-Quran, putera Islam yang pertama, dan teman sejawat Abu Bakar dan Umar, serta tokoh utama lainnya.