Sunday, July 12, 2009

Maha Suci Allah s.w.t

1. Tuhan Yang Maha Pencipta

Tuhan adalah satu Zat yang bukan diciptakan artinya
ia bukan ber'jenis'.
Dia adalah Maha Pencipta, yang mencipta segala-galanya
sama ada yang dapat dilihat atau tidak dapat dilihat.
Dia adalah Pencipta langit dan bumi.

2. Tiada Permulaan dan Akhir

Oleh kerana Dia tidak dicipta, ertinya Dia juga tiada permulaan.
Tidak hebatkah suatu Zat yang tiada permulaannya
sedangkan kita ini dilahirkan?
Kita ada permulaan yaitu sepanjang umur kita .
Dahulu saya tidak ada, sekarang baru ada.
Apakah hebatnya kita ini??!
Sedangkan Tuhan tidak pernah tidak ada.
Kalaukita dapat membayangkan demikian,
kita akan terasa betapa hebatnya Tuhan.
Kalaulah Dia bukan dicipta tetapi Dia Pencipta,
Dia tidak sama dengan yang dicipta.
Artinya Dia tidak sama dengan langit, bumi, dunia, akhirat dll.

3. Allah Tidak Terlibat Dengan Ruang

Yang dicipta terpaksa menempuh satu sistem.
Tidak boleh lari dan terlepas dari sistem.
Saya hendak sebut sebahagian darinya...
yang diwujudkan oleh Tuhan, yang ada sistem tersendiri.
Contohnya : binatang, kayu, batu...
boleh kah tidak terlibat dengan masa?
boleh kah tidak terlibat dengan ruang?
boleh berlaku atau tidak?
Itu adalah sistem makhluk!

Jadi, makhluk mempunyai dan terikat dengan ruang
dan jika hendak keluar dari ruang sudah tentu tidak boleh.
Boleh kah makhluk tidak terlibat dengan malam dan siang?

Tuhan tidak begitu, Dia terkeluar dari sistem makhlukNya.
Dia ada cara tersendiri yang malaikat pun tidak tahu.
Tidak hebat kah Tuhan?
Tidak istimewakah Tuhan?

4. Allah Tidak Sama Seperti Makhluk

Allah Dia tidak tidur, tidak makan dan tidak minum.
Tuhan tidak perlu isteri dan anak.
Tuhan tidak ada nafsu, akal, roh, fizikal kerana fizikal perlukan ruang.
Bagaimana hendak digambarkan?...
Bila tidak boleh digambarkan itulah Tuhan.
Bila boleh digambarkan, itu dari syaitan walaupun sebesar habuk.
Tuhan itu tidak sama dengan makhluk, sekalipun sebesar habuk.
Tidak hebatkah Tuhan?

5. Allah itu Esa

Dia Esa. Bukan satu.
Satu itu boleh dibahagi-bahagi.
Contohnya habuk, ia kecil tetapi masih boleh dibahagi-bahagi.
Esa jangan dikatakan atau diartikan satu.
Bagaimana hendak digambarkan itu?
Tidak boleh digambarkan...itulah Tuhan

Kita sedari kecil telah dikenalkan denganTuhan.
Contohnya, seperti kita dikenalkan dengan satu istana,
orang berpesan pada kita bila pergi ke istana,
kenalah jaga semua adab-adabnya.
Itu ibarat Syariat sebab di istana itu ada orang2 besar.
Kita pula umpama sudah 20 tahun bekerja di istana
tetapi tidak mengenal orang2 besar di dalamnya .
Bukankah aneh? Sebab itu walaupun kita berbuat ibadah,
tetapi tidak ada perasaan timbang rasa,
tidak merasa susah dengan kesusahan orang.

6. Allah Maha Mendengar

Sifat lain bagi Tuhan ialah Maha Mendengar.
Makhluk lain kalau tidak ada alat ada boleh kah mendengar?
Katalah dia tidak ada telinga, tidak ada suara,
apakah dia boleh mendengar?
Apakah istimewanya manusia itu?
Sedangkan Tuhan mendengar tanpa alat.
Tidak perlu telinga.
Jauh dan dekat sama saja boleh didengari-Nya.
Manusia kalau jauh sangat tidak boleh dengar.
Kalau dekat sangat, bahaya pulak kerana boleh jadi pekak.
Pendengaran Tuhan samada ada suara atau tidak, jauh atau dekat,
Dia boleh mendengar.
Pendengaran Tuhan tidak pernah tergendala atau tersekat-sekat.

7. Allah Maha Melihat

Tuhan Maha Melihat tidak perlu menggunakan mata.
Tidak perlu cahaya. Dekat atau jauh, tersembunyi, semua Dia nampak.
Manusia tidak dapat melihat yang jauh.
Yang dekat sangat pun tidak nampak.
Sepatutnya semakin dekat semakin nampak.
Apalah istimewanya kita?
Sudahlah mata itu alat, perlu alat lagi iaitu kaca mata untuk melihat.
Begitulah lemahnya kita...hendak rasa besar diri lagi kah?

8. Allah Maha Berkuasa

Tuhan berkuasa tanpa batas.
Kehebatan kuasa Tuhan itu bila
menciptakan habuk dan menciptakan gunung sama sahaja.
Kita bila buat kuih kita terasa senang sikit.
Buat kereta terasa susah...
hendak buat pesawat terbang lagi terasa suasah.
Kalau begitu lemahnya manusia itu,
apakah kita hendak bercakap besar sedangkan
kemampuan kita terbatas?
Kemampuan Tuhan tidak terbatas.
Tuhan ciptakan dunia dengan ciptakan habuk, sama sahaja.
Cuba angkat meja dengan sebelah tangan seperti kita angkat cawan/cangkir?
sama kah? Kalau begitu layak kah kita hendak bercakap besar?

9. Allah Maha Berkehendak

Kehendak Tuhan pula tiada yang boleh mengahalang.
Kalau boleh berpakatlah
di antara sesama manusia, jin dan binatang, malaikat
untuk bersatu menghalang kehendak Tuhan.
Tapi ini tidak boleh dilakukan.
Tidak hebat kah Tuhan?
Kehendak Tuhan tidak terbatas, pasti berlaku.
Kehendak kita pula, perlu buat sesuatu dulu, barulah menjadi.
Bagi Tuhan kalau Dia kata jadi, maka jadilah.
Kalau Tuhan kata sakit, sakitlah kita.
Tidak hebat kah kehendak Tuhan
yang tidak ada sesiapa yang boleh menghalang-Nya?

10. Ilmu Allah Tidak Terbatas

Ilmu Tuhan tidak terbatas.
Ilmu-Nya tidak terhingga dan tidak boleh disukat.
Apa saja yang telah ada dan kemudian tidak ada Dia tahu.
Yang sedang ada, yang bakal tidak ada Tuhan tahu sejak azali lagi.
Dia tahu sejak azali lagi.

Azali maksudnya satu waktu yang tidak ada permulaan.
Cuba ingatkan kita pernah ada barang yang ada kemudian tidak ada.
Kita pasti tidak mampu menyenaraikannya.
Begitulah sahaja kemampuan manusia
samada saintis, pensyarah dan sebagainya.
Ia sangat terbatas.
Sedangkan Tuhan, pengetahuan-Nya tidak pernah hilang.
Pengetahuan-Nya tidaklah dulu tahu sikit, sekarang tahu banyak.
Tuhan tidak bersifat seperti kita.
Sepanjang masa, Dia sentiasa tahu semuanya.

11. Hayat (Hidup) Allah

Hidup-Nya bukan dengan nyawa, darah, daging,
udara, tidak perlu air, tidak perlu makan.
Kalau manusia, satu hari tidak dapat air, lemah.
Satu hari tidak dapat udara.."Innalillah......." matilah kita.
Kalau tidak makan 3 hari, kita rasa lemah.
Ini berlaku ke atas kita sama ada kita orang biasa atau raja.
Tuhan tidak perlukan nyawa, darah, daging dll.
Tuhan hidup tidak bersebab. Ini adalah kerana Dia kekal abadi.

12. Sifat Allah Berlaku Serentak

Sifat Tuhan itu banyak tidak dapat dikira.
Cuma yang wajib kita tahu 13.
Yang hebatnya tentang sifat Tuhan ini
yang berbagai corak ini boleh berlaku serentak.

Bila manusia makan, pendengaran sudah kurang,
mata sudah kurang sebab kita tumpu pada perbuatan makan.
Tidak boleh berlaku serentak sifat-sifat manusia itu pada kita.
Berbeza dengan Tuhan.

Waktu Tuhan Mendengar, Dia boleh melihat, berkehendak dll.
Sedangkan kita bila dengar pengajian,
yang banyak berperanan ialah telinga dan mata.
Kehendak tiada. Bila sudah berhenti baru terasa hendak makan dan minum.
Itulah dikatakan Tuhan yang Maha Agung, Maha Besar.
Sebab itu kita disuruh besarkan dan sucikan Tuhan
sebab Tuhab itu sebesar habuk pun tidak ada penyerupaan
dengan makhluk-Nya. Itulah zat yang kita sembah.

Kalau begitu kita rasa tentang kehebatan Tuhan, barulah kita menyembah-Nya dengan rasa seronok. Barulah ada rasa takut. Barulah ada pendorong untuk kita beribadah.

No comments:

Post a Comment