Tuesday, June 8, 2010

Perbezaan Alimbillah Dengan Arifbillah

Ia mempercayai ALLAH berdasarkan hujah ilmu dan akal
Atas dasar ilmu ia tidak boleh menolak adanya Tuhan
Tapi percaya secara ilmu itu, tidak ada rasa berTuhan
Takut dan cintanya dengan ALLAH tidak dapat dirasakan

Berlainan sekali Al Arifbillah
Orang yang mengenal ALLAH dengan makrifat yang mendalam
Ilmunya memberitahu
Dikuatkan dengan perasaan hati yang sentiasa sedar rasa berTuhan

Al Alimbillah suka berbahas, suka berforum, suka bermujadalah
Tapi apa yang dibincangkan tidak pun dihayati
Dan tidak diperbincangkan dengan amalan

Al Arifbillah, cinta dan takutnya dengan Tuhan amat mendalam
Perasaan itu payah hendak diungkaikan
Rasa kehambaan dapat dilihat di dalam kehidupan

Al Arifbilah bercakap berdasarkan pengalaman
Al Alimbilah bercakap di atas dasar ilmu pengetahuan
Al Arifbillah kerana rasa kehambaan mendalam
Sifat-sifat mahmudahnya nampak terserlah di dalam kehidupan

Al Alimbillah sifat-sifat mazmumahnya yang terserlah
Terutama sifat-sifat ego, riak dan megah
Gila nama dan glamour
Ingin dipuji dan dikenang jasanya

Al Arifbillah , sanjungan dan pujian itulah yang menyeksa hatinya
Itulah yang dibenci dan sangat tidak disukainya
Al Alimbilah belum menyelamatkan seseorang
Al Arifbillah baru ada jaminan dari Tuhan

4 comments:

  1. Rasa diperhatikan atas setiap perbuatan, bahkan detik hati pun dalam pengetahuan DIA. Wujud ketakutan dalam hati. Rasa berdosa, rasa hina.
    Rasa melangkah dan menumpang di bumi Allah. RAsa tak ada apa2, faqir. Rasa jahil.

    ReplyDelete
  2. masyaAllah..mujahadah perlu tinggi untuk mencapai arifbiLLAH..subhanallah

    ReplyDelete
  3. Salam.
    Semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah menjadi orang yang diredhai dan dikasihi Allah.

    ReplyDelete
  4. la hau lawa la ku wa illa billah...subhanallah

    ReplyDelete