Tuesday, July 1, 2008

Kelebihan Berzikir (11)

Abu Musa r. a memberitakan bahawa Rasulullah s. a. w bersabda: "Perbandingan orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati. Orang yang tidak berzikir itu adalah seperti orang mati." (Riwayat Bukhari & Muslim)

Setiap manusia mencintai kehidupannya dan setiap orang pula takut mati. Baginda Rasulullah s. a. w bersabda: "Barangsiapa tidak mengingati ALLAH s. w. t sungguhpun ia hidup namun keadaanya tidak berbeza dengan keadaan orang yang mati, kehidupannya adalah sia-sia belaka."

Seorang pujangga berbangsa Persia berkata: "Kehidupanku itu bukanlah kehidupan pada hakikatnya tetapi kehidupan yang sebenarnya ialah orang yang dapat mencintai kekasihnya."

Sebahagian ulama yang lain pula mengatakan bahawa perbandingan ini adalah tertuju kepada laba dan ruginya yakni barang siapa yang menyakiti orang yang berzikir itu adalah seperti menyakiti orang yang hidup, maka ia pasti akan dibalas dan dia akan menerima akibat perbuatannya itu. Dan barang siapa yang menyakiti orang yang tidak berzikir itu adalah seperti orang menyakiti oarang yang sudah mati yakni orang yang sudah mati itu tidak boleh bertindak terhadap orang yang menyakitinya itu.

No comments:

Post a Comment