Tuesday, July 1, 2008

Kelebihan Berzikir (5)

Baginda Nabi s. a. w menziarahi seorang sahabat muda yang berada dalam sakaratul-maut, lalu Baginda bertanya kepadanya, "Apakah hal kamu ini?" Jawabnya, " Ya Rasulullah aku mengharapkan rahmat ALLAH dan aku takut denganNya kerana dosa-dosa ku." Sabda Baginda," Jika kedua-dua ini (yakni harapan dan ketakutan) didapati di dalam keadaan seperti ini, maka nescaya Allah s. w. t mengurniakan apa-apa yang diharapkan dan menyelamatkan dari apa yang ditakuti."(Jamiul Fawa'id)

Diberitahukan di dalam satu hadis, bahawa seorang mukmin menganggap terhadap maksiatnya, seolah-olah orang itu berada di kaki sebuah gunung dan gunung tersebut akan terhempas ke atasnya. Sebaliknya seorang penderhaka yang menganggap terhadap dosanya, seolah-olah seekor lalat yang berada di sampingnya dan kemudian lalat itu diterbangkan, yakni orang itu tidak memperdulikan langsung mengenai dosa-dosanya itu. Jelas sekali bahawa seseorang itu mestilah merasa takut terhadap maksiat menurut keadaan maksiat-maksiat itu dan juga mengharapkan rahmat menurut keadaannya pula.

No comments:

Post a Comment