Wednesday, July 29, 2009

Bahagian 1: Ilmu Ikhlas

Ikhlas sebagaimana yang diterima pakai dalam agama terbahagi kepada tiga iaitu;

1) Manusia yang awam/taqlid yang tidak mengetahui tujuan ibadat yang sebenarnya akan mengikhlaskan amal dan ibadatnya kepada Allah Taala tetapi mencampurinya dengan keinginannya mendapat balasan syurga dan terhindari daripada neraka.

2) Manusia dari golongan Muridin atau Salikin yang tujuannya ibadat dan amalannya untuk menghampirkan diri dengan Allah akan mengikhlaskan amal dan ibadatnya kepada Allah Taala tetapi mencampurinya dengan kehendak/keinginannya supaya dibukakan perkara-perkara yang ghaib sebagai meneguhkan perjalanan hatinya.

3) Manusia yang benar-benar kenal Allah(Ahli Makrifat atau Ahli Muwahid) akan sentiasa memandang malah menyaksikan bahawa amal dan ibadatnya adalah semata-mata anugerah dan kurnia daripada Allah.

Golongan yang ketiga inilah golongan yang berjaya menjejaki hakikat kesempurnaan ikhlas yang benar kerana mereka melihat kepada "LA HAU LAWALA QUWWATAILA BILLAH".

Berkata Sheikh Ibni Atho'illah As-Kandari dalam Kitab Hikamnya;
Bagaimana engkau akan minta upah terhadap suatu amalan yang Allah sendiri yang bersedekah amal itu, atau bagaimanakah engkau minta balasan atas Sidiq/keikhlasanmu, padahal Allah sendiri yang memberi hidayah keikhlasan itu kepadamu.

Maka tidak munasabah sekali jika kita meminta sesuatu balasan kepada orang yang telah memberikan sesuatu hadiah kepada kita. Hanya yang tidak berakal sahaja yang melakukannya. Pada sisi mereka yang berakal, mereka akan membalasi pemberian itu dengan berterima kasih kepada pemberi itu. Ini adalah kerana bersyukur di sisi orang Arifbillah ialah melihat kepada yang memberi bukan kepada apa yang diberi. Fahamilah kata-kata ini wahal orang-orang yang dikurniakan Akal !!!!.

Kata Sheikh Junaid Al-Bagdadi Rahimallahi Taala
Adalah bagi Allah itu beberapa hamba yang mempunyai Aqal yakni yang mempunyai ilmu yang memberi manfaat(Ilmu Keruhanian). Maka tatkala mempunyai mereka itu Aqal(Ilmu) maka mengamalkan ia, maka tatkala mengamalkan mereka akan ilmu itu maka jadi mereka itu ikhlas kerana Allah Taala, maka membawa ikhlas mereka itu kepada segala pintu kebajikan

Kata Ibni Ruslan di dalam risalahnya yang disyarahkan oleh Sheikh Al-Islam Zakaria Rahimallahi Taala;
Bermula semua kamu syirik yang khofi(tersembunyi) dan tiada nyata bagi tauhid kamu itu melainkan apabila kamu keluar daripada kehendak kamu di dalam berbuat ibadat itu kerana Allah Taala dan kerana menghampirkan diri kepada Allah supaya kasih Dia akan engkau.

Kata Muhammad bin Said Al-Maruzi Rahimallahi Taala;
Bermula segala pekerjaan agama itu sekeliannya kembali kepada dua asal iaitu;

Pertama perbuatan itu daripada Allah Taala dengan dikau
Kedua perbuatan daripadamu bagi Allah Taala.
Maka sayugianya redho engkau akan sesuatu yang diperbuat oleh Allah dengan dikau. Hendaklah engkau ikhlas kerana Allah di dalam amal yang engkau perbuat akan Dia. Maka apabila engkau perbuat dua perkara ini nescaya engkau dapat bahagia dan kemenangan di dalam dua negeri yakni dunia dan akhirat.

Akhirnya, kiranya perlu dikutipkan penjelasan dalam kitab Hikam, karya Syeikh Ibnu Atha'illah, tentang tingkat kedudukan seorang hamba dalam amal perbuatannya.

Ada dua golongan tingkat kedudukan seorang hamba ahli ikhlas, yakni hamba Allah yang abrar dan yang muqarrabin.

1) Keikhlasan seorang abrar adalah apabila amal perbuatannya telah bersih dari riya, baik yang jelas maupun yang samar. Tujuan amal perbuatannya selalu hanya pahala yang dijanjikan oleh Allah kepada hamba-Nya yang ikhlas. Dan ini terambil dari ayat, "Iyyaka na' budu" (Hanya kepada-Mu kami menyembah, dan tiada kami mempersekutukan Engkau dalam ibadatku ini kepada sesuatu yang lain).

2) Adapun keikhlasan seorang muqarrabin ialah menerapkan pengertian kalimat, "La haula wala quwwata illa billah" (Tiada daya dan kekuatan untuk berbuat apa pun kecuali dengan pertolongan Allah Azza wa Jalla). Ia merasa bahwa semua amal perbuatan semata-mata karunia Allah kepadanya, sebab Allah yang memberi hidayah dan taufik. Ini terambil dari ayat, "Iyyaka nasta'in" (Hanya kepada-Mu kami mengharap pertolongan, sebab kami sendiri tidak berdaya).

Amal orang abrar dinamakan amal Lillah, yaitu beramal karena Allah. Sedang amal muqarrabin dinamakan amal Billah, yaitu beramal dengan bantuan karunia Allah. Amal Lillah menghasilkan sekadar memperhatikan hukum lahir, sedangkan amal Billah menembus ke dalam perasaan kalbu.

Berkata Sheikh Ibni Atho'illah As-Kandari dalam Kitab Hikamnya;
Bagaimana engkau akan minta upah terhadap suatu amalan yang Allah sendiri yang bersedekah amal itu, atau bagaimanakah engkau minta balasan atas Sidiq/keikhlasanmu, padahal Allah sendiri yang memberi hidayah keikhlasan itu kepadamu.

Kata Muhammad bin Said Al-Maruzi Rahimallahi Taala;
Bermula segala pekerjaan agama itu sekeliannya kembali kepada dua asal iaitu;

Pertama perbuatan itu daripada Allah Taala dengan dikau
Kedua perbuatan daripadamu bagi Allah Taala.
Maka sayugianya redho engkau akan sesuatu yang diperbuat oleh Allah dengan dikau. Hendaklah engkau ikhlas kerana Allah di dalam amal yang engkau perbuat akan Dia. Maka apabila engkau perbuat dua perkara ini nescaya engkau dapat bahagia dan kemenangan di dalam dua negeri yakni dunia dan akhirat.

Seorang mursyid pernah menasihatkan, "Perbaikilah amal perbuatanmu dengan ikhlas, dan perbaikilah keikhlasanmu itu dengan perasaan tidak ada kekuatan sendiri, sedangkan semua kejadian itu hanya semata-mata karena bantuan Allah.

Hadist yang diriwayatkan oleh Bukhari dalam Fathul Bari 11/213 dan Muslim 4/2076,
Rasulullah,bersabda: "Wahai Abdullah bin Qois!.Maukah kamu, aku tunjukan perbendaharaan syurga ?.Aku, berkata: aku mau, wahai Rasulullah !, Rasul berkata: Bacalah: Laa haula walaa quwwata illa billah.

16 comments:

  1. Assalamualaikum wbt..
    Alhamdulillah... syukran atas artikel yang sentiasa membuahkan hasil yang bermanfaat dan indah.
    Jazakallah khair khatsiran kepada tuan rumah krn mengupas lanjut kpd artikel saya terdahulu.
    Moga tuan terus dilimpahi ilmu laduni yang dapat dikongsi dan dimanfaat oleh kami semua.
    doa dari saya dan keluarga buat tuan sekeluarga.

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum wr wb

    Shukran atas doa anda. Semoga kita semua memperolehi ilmu yang bermanfaat dari para ulama' dan auliya Allah. Segala puji dan pujian bagi Allah Tuhan pentadbir sekalian alam dan kpdNya kita akan dikembalikan.

    Salam doa dari saya dan keluarga buat puna sekeluarga. :=)

    ReplyDelete
  3. Saya yang bernama Edhi Purnomo mohon izin untuk di muat di facebook dan akan saya bagikan sama teman facebook

    ReplyDelete
  4. Salam.
    Sila muatkan ilmu ikhlas di dalam facebook. Semoga semua dapat manfaatnya.

    ReplyDelete
  5. Ustaz, Bagaimana pula kita memandang pada asma' Allah.. Al Wahhab.. Yang Maha Pengurnia...

    ayat Allah... "wama taufiqi illa billah 'alaihi tawakkaltu wa ilai hi unib..."..

    sama tak darjat dengan "...menerapkan pengertian kalimat, "La haula wala quwwata illa billah"...."

    ReplyDelete
  6. Al Wahhab bermaksud Yang Maha Pemberi. Memberi nikmat sihat, harta, tenaga, dll. Pergertian kalimat "La haula wala quwwata illa billah" ada sama dan ada bezanya. Sbb tiap2 99 asmaul husna ade keistimewaan tersendiri walaupun ertinya seakan2 sama. Hanya Allah sahajalah yang lebih mengetahui akan diriNya.

    ReplyDelete
  7. Assalamu'alaikum ustadz, mohon ijin download/copy artikelnya, utk kami sebarkan ke umat, terima ksih sebelumnya...

    ReplyDelete
  8. Wa'alaikumussalam.
    Silakan sebarkan artikel2 di blog cahayamukmin. Semoga kita semua memperolehi manfaatnya.

    ReplyDelete
  9. Assalamu'alaikum... sy nak minta izin nak post artikel ni ke blog saya...

    ReplyDelete
  10. Wa'alaikumussalam.
    Silakan post artikel2 di blog cahayamukmin. Semoga bermanfaat.

    ReplyDelete
  11. salam ya akhi,

    ana mohon share dlm fb


    syukron,

    ReplyDelete
  12. Salam.
    Silakan post artikel2 di blog cahayamukmin. Semoga bermanfaat.

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum...

    subhanallah, artikelnya bagus.. izin utk di share ya..

    ReplyDelete
  14. Waalaikumussalam. Silakan share kisah2 dan artikel2 di blog cahayamukmin. Semoga bermanfaat.

    ReplyDelete