Friday, August 7, 2009

Takrif Iman

Kita katakan tadi bahawa iman itu selari dengan aqidah kerana takrif iman itu sendiri ialah:
Terjemahannya: Iman ialah apa yang tersemat di hati, dibenarkan (diucapkan) pula oleh lidah, dan dilahirkan dalam tindakan.

Ertinya, iman itu bukan sekadar mengucapkan dua kalimah syahadat dengan lidah sahaja tetapi mestilah dibenarkan oleh hati yang merupaakan wadah keyakinan. Hatilah tapak bagi menanam iman. Selain itu, apa yang diucapkan oleh lidah dan diyakini oleh hati itu mesti melahirkan tindakan dan usaha ikhtiar yang selaras dengannya.

1) Iman Orang Soleh
Jadi, pengesahan iman kepada ALLAH SWT bergantung kepada tiga perkara: ucapan lidah, dibenarkan oleh hati dan lahir tindakannya. Ertinya, kalau iman seseorang itu menunjukkan gabungan ketiga-tiga perkara tersebut, dia di dalam golongan orang yang imannya selamat. Dia akan terselamat daripada kemungkaran dan kederhakaan yang membawa juga kepada keselamatan di Akhirat daripada api Neraka ALLAH. Orang yang dapat menggabungkan ketiga-tiga perkara ini ialah orang yang sebenar-benarnya beriman sepertimana yang digambarkan oleh ALLAH SWT di dalam firman-Nya:

Terjemahannya: Sesungguhnya jawapan orangorang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya agar Rasul menghukum di antara mereka adalah ucapan, "Kami dengar dan kami taut". (An Nur: 51)

Demikianlah gambaran orang yang beriman yang perbuatan dan usaha ikhtiarnya selari dengan apa yang diucap oleh lidah dan yang dibenarkan oleh hatinya. Inilah yang dinamakan iman orang soleh.

2) Iman Mukmin Asi
Sekiranya ucapan kalimah syahadat dengan lidah itu hanya dibenarkan oleh hati tetapi tidak melahirkan tindakan, dalam ertikata dia tidak melaksanakan kehendak- kehendak ucapan itu, orang itu dinamakan mukmin asi atau mukmin yang derhaka kepada ALLAH SWT. Mukmin asi masih melanggar perintah-perintah ALLAH; masih ingkar dan mungkar kepada hukumhakam ALLAH. Misalnya, lidahnya tetap mengucapkan tidak ada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH serta Nabi Muhammad itu sebenarnya Pesuruh ALLAH, dan hatinya juga percaya tentang apa yang diucapkan oleh lidah itu, tetapi dia cuai melaksanakan hukum-hakam Tuhan sama ada yang berbentuk wajib mahupun sunat, dan dia masih melanggar larangan ALLAH sama ada yang berbentuk haram ataupun makruh. Umpamanya, dia terlibat dengan pergaulan bebas, mendedah aurat, makan riba (sama ada memberi orang riba atau dia sendiri menerima riba), dan sebagainya. Orang yang digelar mukmin asi ini yakin kepada ALLAH SWT tetapi tidak mampu melawan hawa nafsunya.
Dia tunduk kepada kehendak nafsunya yang jahat itu. Dia lalai terhadap peringatan ALLAH tentang jahatnya nafsu dan syaitan seperti firman-Nya:
Terjemahannya: Sesungguhnya nafsu itu amat mengajak berbuat jahat. (Yusof: 53)

Dan firman ALLAH lagi:
Terjemahannya: Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang amat nyata. (Al Baqarah: 208)

3) Iman Orang Munafiq
Kemudian, ada juga segolongan orang yang betul pada ucapan lidahnya serta dapat pula melahirkan kehendakkehendak ucapan lidahnya itu, tetapi hatinya tidak yakin. Di dalam hatinya tersembunyi kekufuran. Aqidahnya tidak betul walaupun dia melahirkan suasana Islam dan berkata-kata mengikut suasana Islam. Orang itu dinamakan orang munafiq.
Di dalam kitab, orang munafiq dikatakan: Terjemahannya: Melahirkan suasana Islam tetapi menyembunyikan kekufuran.

Orang munafiq boleh diibaratkan sebagai orang yang perbuatannya tidak selaras dengan apa yang tersembunyi di dalam hatinya. Dia boleh bersembahyang, berpuasa, berjuang dan berjihad, dan sebagainya tetapi aqidahnya kepada ALLAH tidak tepat. Orang ini tetap kufur, dan kalau mati akan kekal abadi selama-lamanya di dalam Neraka. (Wal'iyazubillah)

Seseorang mukmin yang sebenar melihat dosa yang kecil itu seperti gunung di atas kepalanya yang bila-bila masa akan menimpanya. Akan tetapi seorang munafik pula akan melihat dosanya seperti seekor lalat yang sedang menghinggapi di hidungnya".

4) Sifat Orang Kafir
Selain itu, kalau seseorang itu tidak mengucapkan dengan lidah, hatinya pula tidak yakin, dan tindak-tanduk serta usaha ikhtiarnya juga tidak tepat, dia hakikatnya kafir.

No comments:

Post a Comment