Monday, June 30, 2008

Makna Tauhid

Telah berkata Al-Imam Al-Habib Al-Arif billlah, Sheikh Abdullah bin 'Alawi Al-Haddad r.a.:

Kami akan menerangkan tentang zahir dari makna "La Ilaha IllaLlah" (tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah), kerana kita telah menjelaskan bahawa, makna batin dari kalimah Tauhid tersebut perlu didiamkan dari perbincangan umum.

Ketahuilah bahawa, Tiada Tuhan melainkan Allah bererti, Dialah wajibul wujud lizatihi (kewajibannya adalah wajib dari sudut akal, dan kewujudan-Nya tidak bergantung kepada yang lain). Dia Maha Esa, Maha Memiliki dan Maha Berkuasa. Dia Maha Hidup lagi Maha Mentadbir setiap perkara. Dia bersifat dengan Qodim, di mana tiada permulaan bagi kewujudan-Nya dan Dia juga Abadi yang tiada berakhir bagi kewujudan-Nya.

Dia mengetahui setiap sesuatu dan mampu melakukan setiap sesuatu. Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, dan berhukum dengan apa yang Dia mahu. Dia tidak menyerupai sesuatupun, dan tidak mempunyai sebarang sekutu bagi-Nya. Dia tidak tertakluk di dalam taklukan masa dan tidak juga sibuk dengan sesuatupun. Dia juga tidak bertempat dan tidak pula berhajat kepada perkara-perkara baharu. Dia tidak memerlukan sesuatupun.

Dari sudut yang lain pula, setiap sesuatu selain-Nya, memerlukan-Nya. Dialah yang menciptakan setiap yang wujud. Dialah yang menciptakan perbuatan setiap makhluk tersebut, baik dan buruknya. Maha Suci Allah s.w.t. yang merupakan sebaik-baik Pencipta. Dialah yang memberi hidayah kepada seseorang dan Dialah jua yang menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya.

Dialah yang memberi dan Dialah jua yang menegah. Dialah yang mengampunkan dan Dialah jua yang mengazab sesiapa yang dikehendaki-Nya. Tidak ada sesiapapun yang layak mempersoalkan-Nya dan merekalah (makhluklah) yang akan dipersoalkan. Dialah yang menciptakan dan Dialah yang memberi rezeki.

Dialah yang menurunkan kitab-kitab sebagai wahyu dan Dialah yang mengutuskan para Rasul a.s., sebagai bukti kelembutan-Nya terhadap para hamba-Nya dan kemurahan-Nya terhadap mereka. Maka, wajib bagi para hamba-Nya untuk mentauhidkan-Nya (mengesakan-Nya) dan taat kepada-Nya dalam ibadah, dengan menyahut seruan para Rasul-Nya a.s., dan tidak ada sesuatupun yang wajib bagi-Nya untuk melakukan sesuatu atau meninggalkannya, kerana Dialah Raja dan Pemilik setiap sesuatu, dan menguruskannya. Setiap sesuatu selain-Nya tidak ada hak di sisi-Nya, untuk meminta hak mereka dari-Nya. Dialah yang menjanjikan ganjaran buat para solihin, kerana kemurahan-Nya, dan Dia juga yang menjanjikan azab buat orang-orang yang ingkar kerana keadilan-Nya.

Maka, perkataan TUHAN, meliputi seluruh sifat-sifat yang disebutkan, dan Dialah Allah yang tiada tuhan selain daripada-Nya, kerana setiap sifat tersebut jelas dimiliki oleh-Nya dan tidak dimiliki oleh selain daripada-Nya secara mutlak, samada bersifat dengan salah satu daripada sifat-sifat tersebut, apatah lagi untuk memiliki seluruh sifat-sifat tersebut.

Barangsiapa yang menafikan sifat-sifat ketuhanan dari Allah s.w.t., dan mengisbatkannya kepada selain Allah s.w.t., atau menyekutukan Allah s.w.t. pada sifat-sifat ketuhanan tersebut, maka ia merupakan suatu kedustaan dan akan ditimpa ke atasnya kerugian yang abadi. Merekalah orang-orang yang disebutkan oleh Allah s.w.t. di dalam Al-Qur'an yang bermaksud: "Kami telah memenuhkan neraka Jahannam dengan ramai dari kalangan jin dan manusia, kerana mereka memiliki hati tetapi tidak berfikir dan meneliti dengannya, mereka memiliki mata tetapi tidak mahu melihat (kebenaran) dengannya, dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar (kebenaran) dengannya. Mereka bagaikan binatang, bahkan lebih sesat dari binatang. Merekalah orang-orang yang lalai".

Awal-Awal Agama Mengenal Allah

Rasulullah SAW berjuang selama tiga belas tahun di Makkah. Itulah masa Rasulullah berdakwah dan mengumpul pengikut-pengikutnya. Mula-mula secara sembunyi-sembunyi dan kemudian secara terang-terangan. Dalam masa tiga belas tahun itu, Rasulullah hanya `membawa Tuhan` kepada para Sahabat dan memperkenalkan para Sahabat kepada Tuhan.

Dalam majlis yang rasmi atau tidak rasmi, dalam majlis keramaian, apabila berjalan-jalan dengan para Sahabat, malahan pada setiap masa dan ketika Rasulullah menceritakan tentang Allah dan hari Akhirat. Tentang kebesaran, kesucian dan kekuasaan-Nya. Tentang kasih sayang, keampunan dan belas ihsan-Nya. Tentang kuasa dan iradah-Nya dan tentang segala-gala sifat yang ada pada Tuhan.

Segala sifat-sifat Allah itu sangat-sangat dihayati oleh para Sahabat hingga mereka menjadi cukup kenal dengan Tuhan. Bukan setakat tahu, tetapi cukup kenal. Mereka menjadi orang-orang yang arifbillah. Hati-hati mereka cukup hampir dengan Tuhan, cukup sensitif dan peka dengan Tuhan. Mereka cukup terangsang dengan kebesaran dan keagungan Tuhan.

Akhirnya jadilah para Sahabat, orang-orang yang sangat cinta dan takut kepada Tuhan. Dalam hidup mereka, Allahlah yang menjadi perkara utama. Allahlah yang bertakhta di hati-hati mereka. Ramai di kalangan Sahabat yang menjadi mabuk dengan Tuhan kerana terlalu sangat takut dan rindunya. Perasaan mabuk, takut dan cinta ini sangat kuat dan mendalam hingga adakalanya hati-hati para Sahabat tidak dapat menanggung bebannya. Ada Sahabat yang terus mati kerana mengingatkan kebesaran Allah. Ada yang mati apabila ada orang menyebut nama Allah. Manakala yang jatuh pengsan dan tidak sedarkan diri lebih ramai lagi.

Bila disebut nama Allah, gementar hati-hati mereka. Namun dengan hati yang begitu mabuk dan rindu pada Tuhan, mereka tidak mempunyai jalan atau cara untuk melepaskan perasaan mereka. Mereka tidak ada cara untuk berhubung atau berinteraksi dengan Tuhan. Maka terpaksalah mereka menanggung dan memendam rasa mabuk dan rindu itu. Mereka seolah-olah orang yang begitu dahaga tetapi tidak mendapat air untuk diminum.

Mereka seperti orang yang tersangat lapar tetapi tidak ada apa untuk dimakan. Mereka seperti orang yang sangat rindukan Kekasih Agungnya tetapi tidak dapat bersua dan bertemu untuk memuji-muji dan meluahkan segala perasaan yang terpendam dan terbuku di hati. Allah biarkan sahaja mereka jadi begitu.

Hanya pada tahun yang kesebelas, baru berlaku peristiwa Israk Mikraj. Jadi, hanya pada tahun kesebelas baru datang perintah solat. Itulah satu hadiah yang tersangat besar yang Allah kurniakan kepada para Sahabat supaya mereka dapat berinteraksi dan berhubung dengan-Nya. Supaya mereka dapat melepaskan segala perasaan rindu dan dendam yang selama ini mereka tanggung. Supaya mereka dapat mengadu, berbicara, berbisik-bisik dan meminta-minta kepada Tuhan. Supaya mereka dapat meluahkan segala isi hati mereka dan bermanja-manja dengan Tuhan.

Sungguh solat itu satu kurniaan yang amat besar bagi para Sahabat. Ia ibarat air di kala dahaga. Ia ibarat makanan di kala lapar. Ia ibarat pertemuan dengan kekasih yang sangat dirindukan. Solat menjadi buah hati Rasulullah dan para Sahabat. Solat adalah kerehatan mereka. Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sembahyang adalah penyejuk mataku." Baginda juga pernah menyuruh Sayidina Bilal r.a. untuk azan dengan berkata: "Wahai Bilal, berilah kerehatan kepada kita semua!"

Demikianlah kedudukan solat di hati Rasul dan para Sahabat. Tidak hairanlah mereka tenggelam di dalam solat. Mereka `mikraj` di dalam solat. Tidak hairan juga, ketika solat, mereka lupa tentang dunia ini dan segala isinya sama ada yang berupa nikmat mahupun kesusahan dunia. Mereka asyik dan masyuk dengan Tuhan dalam solat.

Sayidina Ali k.w. lantaran khusyuknya di dalam solat, tidak terasa apa-apa ketika dicabut anak panah dari betisnya. Solat mereka yang sebeginilah yang telah menjadikan mereka peribadi-peribadi agung. Agung keimanan mereka. Agung keyakinan mereka dan agung akhlak mereka. Allah kurniakan kepada mereka 3/4 dunia dan semua bangsa bernaung di bawah kekuasaan mereka.

Mereka membawa kedamaian dan keselamatan. Mereka penuhi dunia ini dengan keadilan dan kebahagiaan. Di sini kita sungguh-sungguh dapat melihat pendidikan Rasulullah, awaludin makrifatullah. Awal-awal agama mengenal Allah. Para Sahabat dikenalkan kepada Allah hingga mereka menjadi orang-orang yang arifbillah, iaitu orang-orang yang sangat takut, cinta dan rindu kepada Allah dan orang-orang yang mabuk dengan Allah. Dalam keadaan begitulah baru mereka diperintah bersolat dan menegakkan syariat Allah yang mana keseluruhan perintah syariat itu diturunkan di Madinah itu hanya memakan masa 10 tahun, berbanding memperkenalkan Tuhan selama 13 tahun di Makkah.

Orang-orang yang menegakkan syariat Allah di Madinah itu sebenarnya ialah orang-orang yang takut, cinta dan mabuk dengan Tuhan. Orang-orang yang arifbillah. Hanya orang-orang seperti ini sahaja yang mampu menegakkan syariat Allah. Yang mampu memperjuangkan agama Allah. Yang mampu berkorban ke jalan Allah. Itulah kelemahan umat Islam hari ini. Setakat tahu tentang Tuhan. Setakat ada ilmu tentang Tuhan. Setakat alimbillah. Tuhan masih di akal, belum di hati. Belum ada rasa bertuhan. Belum ada rasa kehambaan. Jauh sekali rasa takut rindu dan cinta pada Tuhan. Lebih-lebih lagi belum mabuk dengan Tuhan.

Dalam pada itu, mereka disogok dengan solat dan syariat. Disuruh dirikan solat. Disuruh tegakkan syariat. Diperkenalkan hukum hudud dan sebagainya. Orang yang belum kenal Tuhan dan orang yang tidak ada rasa takut dan cinta pada Tuhan, tidak akan mampu mendirikan solat dan menegakkan syariat. Kalau pun mereka berbuat, ia secara terpaksa. Buat kerja secara terpaksa memang pahit, sakit dan perit.

Sukar untuk istiqomah. Kenapa tidak dibawa Tuhan kepada mereka? Kenapa tidak perkenalkan Tuhan kepada mereka? Kalau manusia betul-betul kenal Tuhan, mereka tidak akan dapat mengelak diri dari jatuh cinta dan rindu kepada-Nya. Mereka tidak akan dapat mengelak diri dari mahu berbakti kepada-Nya untuk merebut cinta dan kasih sayang-Nya.

Bagaimana boleh kita tidak sayang dan tidak jatuh hati kepada Allah yang begitu berbakti, begitu menjaga, begitu mengawasi dan memenuhi segala kehendak dan keperluan kita. Yang penuh kasih dan belas kasihan kepada kita. Yang menyayangi kita lebih dari ibu kita sendiri. Yang menjaga kita siang dan malam tanpa rehat dan tanpa tidur. Yang tidak pernah melupakan kita.

Marilah kita kembalikan manusia kepada Tuhan. Marilah kita perkenalkan Tuhan itu kepada manusia supaya manusia kenal akan Tuhan. Kerana awal-awal agama mengenal Tuhan. Selagi kita belum kenal Tuhan, selagi itu kita belum mampu untuk beragama atau untuk menegakkan agama. Mengenal Tuhan itu tidak cukup sekadar tahu tentang Tuhan atau tahu tentang sifat-sifat Tuhan secara ilmunya, tetapi ialah merasakannya di hati.

Hati rasa bertuhan, hati merasa Tuhan sentiasa melihat, hati merasa Tuhan itu Maha Mendengar, hati merasakan Tuhan itu berkuasa berbuat apa saja kepada makhluk-Nya, hati merasakan Tuhan itu pengasih dan penyayang yang sentiasa mencurahkan rezeki kepada makhluk-Nya. Setelah hati ada rasa bertuhan, secara automatik hati akan dipenuhi rasa kehambaan, iaitu rasa lemah, rasa berdosa, rasa bergantung kepada-Nya. Hati rasa takut dan cinta dengan Tuhan sepertimana yang dirasakan oleh para Sahabat yang dididik oleh Rasulullah lebih 1400 tahun dahulu.

Sunday, June 8, 2008

3 Amalan Yang Berkat

Dari Ibnu Mas’ud r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, :”Manakah amal yang lebih utama?” Beliau menjawab,:”Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah.” (Riwayat Bukhari)

Huraian
Di dalam al-Quran dinyatakan bahawa setiap amal perbuatan atau amal ibadah walau sekecil zarah sekalipun pasti dibalas dengan pahala oleh Allah S.W.T. Bayangkan, jika kita melakukan amal perbuatan atau amal ibadah yang paling utama tentulah jumlah pahalanya luar biasa banyaknya. Maka beruntunglah orang yang dapat melakukan amalan-amalan seperti yang disebutkan di dalam hadith di atas yang sememangnya sungguh besar ganjarannya. Hal ini disebabkan setiap sesuatu kebaikan itu sesungguhnya amat susah untuk dilakukan lantaran terlalu banyak godaan dan halangan khususnya daripada syaitan laknatullah. Berbeza pula halnya dengan kejahatan yang senang sahaja berlaku kerana ini tidak dihalang bahkan dibantu khusus oleh syaitan. Oleh yang demikian, sebagai benteng yang kukuh, manusia mestilah mempunyai keimanan yang teguh bagi melawan hasutan syaitan tersebut kerana kebiasaannya orang yang selalu tewas dan malas dalam melakukan kebajikan adalah orang yang meremehkan pembalasan daripada Allah S.W.T sama ada ia merupakan pembalasan baik atau pembalasan buruk (neraka).

Saturday, June 7, 2008

Puasa Untuk-Ku

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: bersabda Rasulullah s.a.w.: Allah berfirman: Setiap amalan anak Adam itu baginya (ganjaran pahala yang ada hadnya), kecuali puasa, kerana sesungguhnya puasa itu untuk-Ku, dan Akulah yang akan memberikan balasannya, dan puasa itu perisai, dan apabila seseorang itu berpuasa, maka janganlah ia mengeluarkan kata-kata lucah dan tidak juga bercakap kasar. Sekiranya ada orang lain yang mengejinya atau ingin berkelahi dengannya, maka katakanlah: Sesungguhnya aku berpuasa. Dan demi jiwa Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada haruman kasturi, untuk orang yang berpuasa itu dua kegembiraan; ketika dia berbuka, satu kegembiraan baginya, dan tatkala dia bertemu dengan Tuhannya, dia akan gembira dengan ibadah puasanya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Nasihat-nasihat berguna daripada Tuhanmu

Berkata Abu Zar r.a. bahawasanya Nabi s.a.w telah bersabda: Allah telah berfirman: Sesungguhnya Aku telah mengharamkan ke atas diriKu kezaliman, dan Aku pun menjadikannya haram di antara sesama kamu, maka janganlah hendaknya kamu saling zalim-menzalimi sesama kamu sendiri!

Wahai hamba-hambaKu! Kamu sekalian lapar, melainkan sesiapa yang Aku beri makan, maka hendaklah kamu minta makan daripadaKu, nescaya Aku berikan kamu makan.

Wahai hamba-hambaKu! Kamu sekalian telanjang, melainkan sesiapa yang Aku beri pakaian, maka mintalah pakaian daripadaKu, nescaya Aku berikan kamu pakaian.

Wahai hamba-hambaKu! Kamu sekalian membuat kesalahan pada waktu malam dan siang, dan Aku sajalah yang boleh mengampunkan segala dosa (selain syirik), maka mohonlah pengampunan daripadaKu, nescaya Aku mengampunkan semua dosa-dosa kamu.

Wahai hamba-hambaKu! Kamu sekalian tidak mampu merancang sesuatu mudharat untuk memudharatkan Aku. Dan kamu pun tidak mampu merancang sesuatu manfaat untuk memanfaatkan Aku.

Wahai hamba-hambaKu! Andaikata orang-orang yang terdahulu, dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu, sama ada dari manusianya mahupun jinnya, semuanya bertaqwa seperti taqwanya hati seorang manusia yang paling taqwa di antara kamu, tiadalah akan menambah barang sedikit pun di dalam kerajaanKu.

Wahai hamba-hambaKu! Andaikata orang-orang yang terdahulu, dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu, sama ada dari manusianya mahupun jinnya, semuanya berhati jahat seperti jahatnya hati seorang manusia yang paling jahat di antara kamu, tiadalah akan mengurangi barang sedikit pun di dalam kerajaanKu.

Wahai hamba-hambaKu! Andaikata orang-orang yang terdahulu, dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu, sama ada dari manusianya mahupun jinnya berkumpul berdiri di atas sekeping tanah, lalu mereka memohonKu, lalu Aku akan mengabulkan tiap-tiap seorang apa yang dimintanya, nescaya tidak akan terkurang sedikit pun dari apa yang Aku miliki melainkan seperti terkurangnya air yang membasahi sebatang jarum apabila dicelupkan ke dalam laut.

Wahai hamba-hambaKu! Sebenarnya semua itu adalah amalan-amalan kamu yang Aku catitkan untuk kamu sekalian, kelak di kemudian hari akan Kubalas atas tiap-tiap satu daripadanya. Oleh itu barangsiapa menerima yang baik, maka hendaklah ia bersyukur kepada Allah. Dan barangsiapa menerima sebaliknya, maka janganlah ia menyalahkan orang lain, selain dirinya sendiri. (Riwayat Muslim, Abu Uwanah, Ibnu Hibban, Hakim)

Pahala bagi Orang yang Sabar

Ibnu Abbas ra berkata; Nabi saw. bersabda; Allah ta'ala berfirman: "Apabila aku membutakan kedua mata hamba-Ku, lalu ia sabar dan rela, maka Aku tidak rela untuk pahalanya sesuatu yang kurang dari surga". (Riwayat Ibnu Majah, Abu Ya'la at-Thabarani)

Shalat yang Diterima oleh Allah swt

Ibnu Abbas ra. berkata: Nabi saw. bersabda: Allah ta'ala berfirman: "Sesungguhnya Aku hanya menerima shalat dari orang yang merendahkan diri karena keagungan-Ku dan tiada menyombongkan dirinya di atas makhluk-Ku, tiada terus menerus bermaksiat pada-Ku, menghabiskan masa harinya berdzikir kepada-Ku, berbelas kasihan kepada orang miskin, orang musafir 'ibnussabil', perempuan janda dan orang yang terkena musibah. Ia bercahaya laksana matahari. Aku lindungi ia dengan kebesaran-Ku dan memerintahkan malaikat-Ku menjaganya. Aku berinya cahaya dalam kegelapan dan kesabaran dalam kesukaran. Ia di antara makhluk-makhluk-Ku laksana "firdaus" diantara barisan surga". (Riwayat Al-Bazzar dari Ibnu Abbas)

Pentingnya Niat

Almuhajir bin Habib ra. berkata: Nabi saw. bersabda; Allah ta'ala berfirman: "Sesungguhnya Aku tidak menghiraukan kata-kata seorang yang arief bijaksana, akan tetapi Aku berpegangan pada niatnya dan isi hatinya dalam hal-hal yang disukai serta diridhai oleh Allah. Aku jadikan hikmah kebijaksanaannya sebagai pujian terhadap Allah walaupun ia tidak berkata." (Riwayat Danu Najjar)

Wali-wali Allah

Amr bin Aljamuh ra. berkata: Nabi saw. bersabda: Allah ta'ala berfirman: "Sesungguhnya wali-waliKu dan kekasih-kekasihKu dari para hambaKu ialah mereka yang disebut namanya jika orang menyebut namaKu, juga Aku disebut orang bila menyebut nama mereka." (Riwayat At-Thabarani, Al Hakim dan Abu Naim)

Menzalimi Orang Lain

Anas ra berkata; Nabi saw. bersabda: Allah ta'ala berfirman: "Sesungguhnya jika engkau berdoa mengharapkan kecelakaan atas orang lain, karena ia telah menzalimimu dan di samping itu ada orang lain yang berdoa mengharapkan kebinasaan atasmu karena engkau telah menzaliminya, maka bila engkau kehendaki Aku akan mengabulkan keduanya atau menagguhkannya sampai hari kiamat di mana Aku akan memberikan ampunan-Ku kepadamu berdua." (Riwayat Al Hakim)

Kenikmatan untuk Orang Shaleh

Anas ra berkata: Nabi saw. bersabda: Allah ta'ala berfirman: "Aku telah menyediakan bagi hamba-hambaKu yang beriman dan beramal saleh kenikmatan yagn tidak pernah dilihat oleh mata, didengar oleh teling ataupun terlintas dalam hati manusia." (Riwayat Ibnu Jarir)

Hadits Qudsi tersebut di atas berkaitan dengan cerita bahwa: Nabi Musa a.s. bertanya kepada Tuhannya: Siapakah daripada ahli syurga yang tertinggi kedudukannya? Allah menjawab: Aku telah tanam kemuliaan mereka dengan tangan-Ku dan menutupnya rapat-rapat, sehinga tiada mata melihat, telinga mendengar atau terlintas dalam hati manusia. (Riwayat Muslim dan Attirmidzi dari Asysyu'bi Mughirah bin Syu'bah dari Nabi saw.)

Habluminallah

Anas ra. berkata: Nabi saw. bersabda: Allah ta'ala berfirman: "terdapat 4 perkara, satu di antaranya menyangkut hubungan dengan Aku, satu menyangkut hubunganmu dengan hamba-hambaKu, satu untukmu dan satu untuk Aku. Adapun yang untuk Aku ialah bahwasanya engkau menyembah-Ku tidak menyekutukan sesuatu dengan Aku, sedang yang satu untuk engkau ialah bahwasanya apa yang telah engkau perbuat dari kebaikan Aku akan membalasmu. Adapun yang satu antara Aku dan engkau ialah bahwasanya engkau berdoa dan Aku menerima dan yang antaramu dan hamba-hambaKu ialah bahwasanya engkau merelakan bagi mereka apa yang engkau relakan bagi dirimu sendiri." (Riwayat Abu Nu'aim)

Orang yang Bersifat Belas Kasih

Abu Said ra. berkata: Nabi saw bersabda: Allah ta'ala berfirman: "Carilah kebaikan kepada orang-orang yang mempunyai sifat belas kasih daripada ummat-Ku tentu kamu akan dapat hidup di bawah lindungannya, karena dari orang-orang yang kejam hati karena murka-Ku menimpa diatas mereka". (Riwayat Al Qudha'ie)

Balasan Bagi Hamba yang Shaleh

Anas ra. berkata: Nabi saw. bersabda: Allah ta'ala berfirman: "Aku telah sediakan bagi hamba-KU yang shaleh kenikmatan yang tidak pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga dan terlintas dalam hati seseorang manusia". (Riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dari Abu Hurairah dan oleh At-Thabarani dari Anas, Ibnu Jarir dari Abi Said dari Qatadah).

Turunnya Hujan karena Allah SWT

Ibnu Mas'ud ra. berkata: Nabi saw. bersabda: Allah ta'ala berfirman: "Sesungguhnya barangsiapa berkata: Hujan telah turun kepada kami karena bintang anu atau bintang anu, maka ia telah kufur kepada-Ku dan beriman kepada bintang itu dan barangsiapa berkata: Allah telah menurunkan hujan kepada kami, maka ia telah beriman kepada-Ku dan kufur kepada bintang itu." (Riwayat At-Thabarani)

Sebab menurut kebiasaan bangsa Arab dahulu jika turun hujan, maka mereka hubung-hubungkan dengan terbitnya bintang.

Menyegerakan Berbuka Puasa

Abu Hurairah ra. berkata: Nabi saw bersabda: Allah ta'ala berfirman: "Sesungguhnya yang sangat aku cintai dari hamba-hamba-Ku, ialah mereka yang segera berbuka puasa jika telah nyata tepat terbenam matahari." (Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi)

Hamba Allah yang Mukmin

Abu Hurairah ra. berkata: Nabi saw bersabda: Allah berfirman: "Sesungguhnya hamba-Ku yang mukmin itu selalu dalam keududukan yang baik, ia selalu memuji Aku meskipun Aku cabut roh dari jasadnya". (Riwayat Ahmad)

Yakni seorang mukmin itu dalam segala hal ia baik karena ia selalu memuji Allah dalam suka duka dan mengeri bahwa kedua-duanya nikmat dari Allah yang berbeda bentuk dan rasa atau besar kecil pahala.

Hamba Allah yang Sejati

Umarah bin Daskarah berkata; Nabi saw bersabda: Allah berfirman: "Sesungguhnya hamba-Ku yang sejati, ialah yang selalu ingat kepada-Ku, di saat ia menghadapi musuh setaranya". (Yakni di medan jihad). (Riwayat At-Tirmidzi).

Balasan Untuk yang Menyegerakan Shalat

Aisyah ra berkata: Nabi saw bersabda: Allah ta'ala berfirman: "Sungguh Aku berjanji kepada hamba-Ku bila ia melakukan shalat tepat pada waktunya, tidak Aku siksa, dan pasti akan Aku masukkan surga tanpa hisab". (Riwayat Al-Hakim)

Anak Adam Tidak Pernah Puas

Abu Qaqid Allaitsy ra.a. berkata; Nabi saw bersabda: Allah ta'ala berfirman: "Sesungguhnya aku turunkan harta untuk menegakkan shalat dan mengeluarkan zakat. Dan andaikan seorang anak Adam telah memiliki sebuah lembah, ia masih ingin memiliki dua lembah, dan bila ia telah memiliki dua, ia ingin mendapat ketiga, dan tidak ada yang dapat memenuhi perut anak Adam kecuali tanah Dan Allah akan mengampuni orang yang bertaubat" (Riwayat Ahmad, At-Thabarani)

Orang yang Memakmurkan Masjid Dan Beristighfar

Anas ra berkata: Nabi saw. bersabda; Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku merencanakan adzab dan siksa bagi penghuni bumi namun bila Aku melihat kepada mereka yang memakmurkan rumah-rumah-Ku (masjid-masjid) dan mereka yang beristighfar di waktu fajar Aku elakkan adzab-Ku yang Kurencanakan itu." (Riwayat Baihaqi)

Perbuatan Syirik

Abi Darda ra berkata: Nabi saw. bersabda: Allah tala berfirman: "Sesungguhnya Aku katakan dalam berita besar kepada jin dan manusia, bahwasanya Aku yang mencipta tetapi bukan Aku yang disembah dan Aku yang memberi rezeki tetapi bukan Aku yang disyukuri" (Riwayat Baihaqi, Hakim)

Menyambung Silaturrahmi

Abu Hurairah ra berkata: Nabi saw bersabda: Allah ta'ala berfirman: Akulah "Ar-Rahman". Dari nama-Ku ini terambilah kata "rahim"; rahmi kerabat, barangsiapa menyambungnya (bersilaturahmi) Aku akan sambung ia, barangsiapa memutuskannya, Aku akan putus( hubungan-Ku) dengan dia dan barangsiapa menegakkannya (tali kerabat) akan aku tegakkanlah ia. Sesungguhnya rahmat-Ku telah mendahului murka-Ku" (Riwayat Ahmad, Bukhari, Abu Dawud, At-Tirmidzi, Ibnu Hibban, Hakim, dan Baihaqi)

Surah Al-Fatihah dan Pembahagiaan Shalat

Berkata Ubay bin Ka'ab r.a. bahawasanya Nabi s.a.w telah bersabda: Allah telah berfirman:

"Wahai anak Adam! Aku telah turunkan tujuh ayat. Tiga daripadanya unutk Aku, dan tiga unutk engkau. Sementara yang satu lagi antara Aku dan engkau.
Adapun tiga yang unutk Aku, iaitu: Alhamdulillaahi Rabbil Aalamiin (Segala pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam) Ar-Rahmaanir Rahim (Yang Maha Pengasih Maha Penyayang). Maaliki Yaumiddin (Yang menguasai Hari Pembalasan).
Yang antara Aku dan engkau ialah: Iyyaaka Na'budu Wa Iyyaaka Nasta'iin (Hanya kepada Engkau sajalah kami menyembah, dan kepada Engkau pulalah kami meminta pertolongan). Daripamulah penyembahan, dan atas Aku pula pertolongan.
Dan yang tiga untuk engkau ialah: Ihdinash-shiraathal Mustaqiim (tunjukilah kami jalan yang lurus!) Shiraathal ladziina An'amta alaihim (Jalan orang2 yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka). Ghairil Maghdhuubi alaihim Waladh-Dhaalliin (Bukan mereka yang dimurkai dan bukan pula merekayang sesat.)"
(Riwayat Thabarani dlm Kitab Al-Ausath)


Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. telah bersabda: Allah telah berfirman:

"Aku telah membagi shalat itu dua bahagian antara Aku dan hambaKu, dan Aku telah memberi hambaKu apa saja yang dimintanya. Maka apabila seseorang hamba itu mengucap: Alhamdulillaahi Rabbil Aalamiin (Segala pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam), berkata Tuhan: HambaKu telah mensyukuriKu. Dan apabila hamba itu mengucap: Ar-Rahmaanir Rahim (Yang Maha Pengasih Maha Penyayang), berkata Tuhan: HambaKu memujiKu. Dan apabila hamba itu mengucap: Maaliki Yaumiddiin (Yang menguasai Hari Pembalasan), berkata Tuhan: HambaKu telah mengagungkanKu. Dan apabila hamba itu mengucap: Iyyaaka Na'budu Wa Iyyaaka Nasta'iin (Hanya kepada Engkau sajalah kami menyembah, dan kepada Engkau pulalah kami meminta pertolongan), berkata Tuhan: Yang ini adalah antara Aku dan hambaKu, dan Aku tetap memberi hambaKu apa yang dimintanya. Dan apabila hamba itu mengucap Ihdinash-shiraathal Mustaqiim (tunjukilah kami jalan yang lurus!) Shiraathal ladziina An'amta alaihim (Jalan orang2 yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka). Ghairil Maghdhuubi alaihim Waladh-Dhaalliin (Bukan mereka yang dimurkai dan bukan pula merekayang sesat) berkata Tuhan: Yang ini untuk hambaKu, dan Aku tetap memberi apa yang dimintanya."
(Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa'i, Ibnu Hibban, Ibnu Majah)

Yang memusuhi WaliKu samalah dengan memusuhiKu

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawasanya Nabi s.a.w telah bersabda: Allah telah berfirman:

"Siapa yang memusuhi WaliKu, maka dia telah mengajak Aku berperang dengannya. Dan tiadalah pernah Aku teragak-agak dalam sesuatu perbuatan yang Aku putuskan, seperti teragak-agaknya Aku untuk mematikan seorang Mukmin, dia bencikan mati dan Aku tidak ingin menyakiti hatinya. Barangkali, ada kalanya seorang WaliKu yang Mukmin memohon kekayaan, tetapi Aku sengaja palingkannya daripada kekayaan kepada kemiskinan, sebab kalau Aku berinya kekayaan akan menjadi celakalah baginya. Barangkali, ada kalanya seorang WaliKu yang Mukmin memohon kemiskinan, tetapi Aku palingkannya kepada kekayaan, sebab kalau Aku berikannya kemiskinan akan menjadi celaka baginya. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Demi kemuliaanKu dan kebesaranKu, dan ketinggianKu, dan kehebatanKu, dan keatasan kedudukanKu, tiada seorang hamba yang melebihkan kehendakKu atas kehendak hawa nafsunya, melainkan Aku tetapkan (ingatkan selalu) ajalnya di hadapan matanya, dan Aku jaminkan rezekinya di langit dan di bumi dan Aku akan sentiasa menyokongnya di belakang perdagangan setiap pedagang." (Riwayat Thabarani)

Allah sentiasa ingat kepada kita

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawasanya Nabi s.a.w telah bersabda: Allah telah berfirman:

"Wahai anak Adam! Jika engkau ingat kepadaKu. Aku juga tetap ingat kepadamu. Dan jika engkau lupa kepadaKu. Aku masih ingat terus kepadamu. Apabila engkau taat kepadaKu. Maka pergilah ke mana saja yang engkau suka di tempat engkau mematuhiKu dan Aku mematuhimu dan engkau mengikhlaskan kecintaanmu kepadaKu dan Aku mengikhlaskan kecintaanKu kepadamu. Kemudian engkau memalingkan diri daripadaKu...sedang Aku tetap mengambil berat terhadapmu. Siapakah yang memberimu makan sewaktu engkau masih janin di dalam perut ibumu... Aku tetap menguruskan segala keperluanmu dengan baik. sehingga terlaksana semua takdirKu terhadapmu. Apabila Aku lahirkan engkau ke alam dunia lalu engkau pun membuat banyak maksiat. Bukan begini sewajarnya balasanmu. terhadap siapa yang berbuat baik kepadamu."
(Riwayat Rifa'i dan Abu Nasr)

Penerangan Hadis Qudsi

Ulamak hadis mengatakan bahawa Hadis Qudsi itu ialah perkataan Nabi yang disebut dengan mengatakan Allah bertitah, disandarkan perkataan itu kepada Allah dan diriwayatkan daripadaNya.

Hadis Qudsi itu adalah sama setingkat dengan firman Allah Ta'ala (Al-Quran) , hanya dia diwahyukan secara langsung, yakni terus menerus kepada Nabi s.a.w di mana baginda pula telah menyampaikan kepada umatnya menerusi lisannya. Jadi kedudukan Hadis ini adalah di tengah-tengah antara firman Allah Ta'ala dan Hadis Nabi s.a.w.

Kesimpulan Hadis Qudsi ialah titah Allah yang disampaikan kepada Nabi di dalam mimpi atau dengan jalan ilham, lalu Nabi menerangkan apa yang disampaikan itu kepada umatnya dengan ibarat atau susunan perkataannya sendiri serta menyandarkan kepada Allah; sedang hadis-hadis yang lain tidak demikian. Hadis Qudsi itu dinamakan juga Hadis Ilahi atau Hadis Rabbani.

Hadis yang akan dibincangkan diambil dari Kitab "Hadis Qudsi Analisa Dan Komentar" ditulis oleh Syed Ahmad Semait, seorang ulama' Singapura yang disegani.

Semoga peribadatan yang disembahkan kepada Tuhan itu benar-benar datangnya dari seorang hamba yang mengaku perhambaannya kepada Tuhan yang Maha Besar lagi Maha Tinggi. Dan juga mempelajari ilmu-ilmu yang bermanfaat sebagai penyuluh kehidupan kita baik duniawi atau ukhrawi.

Friday, June 6, 2008

Susah Hendak Berikhlas


Berkata tentang yang baik mudah.
Membuat perkara yang baik susah.
Yang paling susah berikhlas di dalam
membuat perkara yang baik.

Merasa Diri Paling berdosa


Orang soleh itu merasa
dirinyalah yang paling berdosa,
sebab itulah tidak sempat
melihat dosa orang lain

Hati dengan Tuhan


Bawalah badan ke mana-mana,
tapi hati biarlah dengan Tuhan

Orang Yang Jiwanya Tidak Tenang


Orang yang selalu jiwanya tidak tenang ialah
orang pemarah, pendendam, rasa tidak cukup, hasad dengki,
memikirkan masa depan yang belum terjadi, tidak sabar,
lupa tentang qadha dan qadar dari Allah,
tidak percaya dengan orang.

Nikmat Allah


Ingatkanlah lebih dahulu nikmat Allah sebelum makan dan
sebagainya agar kita terasa tidak punya apa-apa,
barulah kite sedar Allah itu Siapa.

Mengingati Dosa


Jika kita selalu mengingati DOSA kita, kita tidak nampak dosa orang lain,
apatah lagi hendak menceritakannya

Bersyukur


Berhati-hatilah bahawa bumi yang kita pijak Tuhan yang punya.
Hendaklah merendah diri dan sedarlah diri.
Makanan dan minuman setiap hari
yang kita makan dan minum,
nikmat dan pemberianNya.
Malulah kepadaNya.
Syukurilah Dia!

Sunday, June 1, 2008

Doa

Ya Allah Ya Tuhan Kami, berilah cahaya pada hati kami, lidah kami, penglihatan kami, pendengaran kami, di kanan kami, di kiri kami, di atas kami, di bawah kami, di hadapan kami, di belakang kami, dan pada diri-diri kami. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau. Maha Suci Allah, sesungguhnya kami termasuk golongan orang yang menzalimi diri sendiri.

Ya Allah, Tuhan yang Maha Hidup, yang Berdiri dengan Sendiri, rahmatMu jua kami memohon pertolongan.

Ya Allah, rahmatMu jua yang kami harap, maka janganlah engkau serahkan kami untuk mencelikkan diri kami walau sekelip mata sekalipun, baikilah kedudukan kami kesemuanya, tiada Tuhan melainkan Engkau jua.

Ya Allah, sesungguhnya kami hambaMu, anak kepada hambaMu, ubun kami di atas kekuasaanMu, telah berlakulah kepada kami hukumanMu, adillah hukumanMu, kami memohon kepadaMu melalui segala namaMu, yang Engkau berikan nama pada diriMu, atau yang telah Engkau turunkan pada kitabMu, atau yang telah Engkau ajarkan pada salah seorang daripada makhlukMu, atau yang telah Engkau simpan pada ilmu-ilmu ghaib disisiMu, supaya Engkau jadikan Quran itu sebagai penenang hati-hati kami, sebagai cahaya hati kami, pembuka dukacita kami dan penghilang kerisauan kami.

Doa Pelindung Diri


بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِيْ الأَرْضِ وَلاَ فِيْ السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

Maksudnya : Dengan Nama Allah yang dengan namaNya tidak akan memberi mudharat apa pun yang ada di bumi dan di langit dan Dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Riwayat Tirmidzi & Abu Daud)
Dalam Sunan at-Tirmidzi dikatakan: "Sesiapa yang pada waktu pagi dan petang membaca doa ini sebanyak tiga kali, maka ia tidak akan ditimpa keburukan pada hari itu.


أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ الله التَّامَّات مِنْ شَرِّ مَا خَلَق

Maksudnya : Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada keburukan makhluk. (Riwayat Muslim)
Perawi hadis ini berkata: Aku mendengar Rasullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang membaca doa ini sebanyak tiga kali pada satu malam, maka ia tidak akan ditimpa keburukan pada malam itu." Pada satu malam, perawi hadis ini disengat kala jengking. Kemudian orang bertanya kepadanya:"Mana hadis yang kamu riwayatkan dahulu kepada kami, sedang kamu sekarang (ditimpa keburukan yang serupa) disengat kalajengking?" Ia menjawab:"Demi Zat yang tidak ada Tuhan selain Allah, aku lupa membacakan doa itu pada malam ini"

Sayyidul Istighfar


اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ

بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ


Maksudnya : Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau. (Riwayat Bukhari)

Doa Mohon Kesembuhan Daripada Penyakit


Doa Mohon Kemuliaan Dan Ketaatan


Doa Mohon Ditetapkan Pendirian


Doa Atasi Fobia dan Atasi Rasa Dada Berdebar-debar


Doa Mohon Keringanan Dan Kemudahan


Doa Untuk Kebahagiaan Sekeluarga


Doa Mohon Keampunan Dan Dijauhkan Dari Segala Kejahatan


Doa Mohon Keampunan Dan Kesayangan


Doa Untuk Menjadi Orang Yang Sabar


Doa Supaya Apa Yang Dihafal Tidak Lupa


Doa Supaya Dimudahkan Membayar Hutang dan Tertunai Hajat


Doa Ketika Berada Di dalam Kesusahan


Doa Apabila Menghadapi Perkara Yang Sulit


Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar)


Doa Segala Penawar Penyakit


Doa Untuk Mereka Yang Bakal Mengerjakan Haji


Ayatul Mahabbah (Doa Supaya Dikasihi)


Selawat Munjiyyah


Doa Supaya Segala Yang Susah Menjadi Mudah