Monday, August 10, 2009

Kelebihan Membaca Al-Quran dan Berzikir

Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.

Rumah yang jika dibaca di dalamnya al-Quran, akan dikunjungi para Malaikat dan dijauhi syaitan dan selesa kehidupan ahli rumah tersebut dan banyak kebaikan dan kurang kejahatan dan ada pun rumah yang tidak dibaca di dalamnya al-Quran dikunjungi para syaitan dan dijauhi para Malaikat. Tidak selesa kehidupan ahli rumah tersebut, sedikit kebaikan dan banyak kejahatan.

Suatu riwayat yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, mengatakan pernah Rasulullah s.a.w berlalu seraya melihat satu halaqah (perkumpulan) para sahabat, lalu baginda berujar: Apakah gerangan kamu berkumpul di sini? Jawab mereka: “Kami duduk berzikir kepada Allah Azzawajalla yang telah memberi petunjuk dengan Agama Islam, dan telah bermurah hati atas kami dengan hidayatnya. Ujar baginda: “Demi Allah, benarkah itu yang menyebabkan kamu berkumpul itu? Jawab mereka: “Demi Allah, kami tidak berkumpul di sini melainkan atas tujuan itu semata-mata.” Ujar baginda pula: “Sebenarnya aku tidak meminta kamu bersumpah kerana aku masih meragukan kebenaran kamu, tetapi Jibril a.s. telah mendatangiku dan memberitahuku, bahawasanya Allah Ta’ala memuji-muji kamu di hadapan para Malaikat.”

Dalam satu riwayat lain dikeluarkan oleh al-Hakim, bahawa Rasulullah s.a.w. mendapati suatu kelompok orang sedang berzikir kepada Allah Ta’ala, maka ujar baginda: “Apa yang kamu bicarakan, sesungguhnya aku lihat rahmat Allah sedang menghujani kamu, dan aku pun ingin menyertai kamu sekalian.”

Pernah satu ketika seorang sahabat Rasulullah saw, Ibnu Masud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung (berduka). Lalu lelaki itu berkata: "Wahai Ibnu Mas'ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut. Aku tidak selera hendak makan, tidurku pun tidak lena."

Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus berkata: "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu , tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya. Kedua, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."

Sebenarnya segala-galanya berbalik pada hati kita ini. Sebab itu kita perlu banyak berdoa agar hati kita sentiasa dekat dengan Allah SWT. Hanya dengan doa barulah kita boleh khusyuk dan cubalah amalkan doa ini yang mafhumnya: "Ya Allah Ya Tuhanku , sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, dan doa yang tidak didengari, dan daripada nafsu yang tidak puas serta ilmu yang tidak bermanfaat. Aku berlindung dengan-Mu daripada empat perkara itu."

Selain pahala dan rahmat Allah yang kita perolehi dari membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, kita juga akan menambah ilmu pengetahuan agama, menguatkan iman, menempa ketenteraman, menghapuskan dari hati segala perkara yang merungsingkannya. Ini adalah mujarab bagi orang yang biasa membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, kerana al-Quran dan zikrullah itu menjadi jampi dan penawar bagi semua penyakit hati dan ketidak-tenteraman jiwa dan fikiran.

35 comments:

  1. salam, saudara minta izin copy untuk peringatan

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Silakan copy artikelnya. Semoga dapat manfaatnya. =)

    ReplyDelete
  3. sama-samalah kita perbanyakkan membaca alquran...
    semoga dirahmati Allah...

    ReplyDelete
  4. Salam.
    Semoga kita sentiasa membaca, tadabbur, menghayati dan mengamalkan kandungan Al-Quran. Semoga Al-Quran menjadi syafaat dan teman di kubur kita.

    ReplyDelete
  5. salam...
    izin copy ya..

    ReplyDelete
  6. Salam. Silakan copy artikelnya. Semoga bermanfaat.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..smoga Allah mrhmati kita smua dunia dan akhirat...salam

    ReplyDelete
  8. Salam. Semoga anda sentiasa dlm rahmat dan lindungan Allah.

    ReplyDelete
  9. sem0ga anda mengerjakan apa yg anda sarankan???

    ReplyDelete
  10. salam ustaz.mohon copy di blog saya supaya boleh share dgn kawan-kawan lain. dan dapat memberi peringatan pada saya juga.

    ReplyDelete
  11. Salam. Silakan copy artikel2 di blog cahayamukmin. Semoga memperolehi rahmat Allah s.w.t.

    ReplyDelete
  12. saya pohon share di blog saya ye..
    terima kasih..

    ReplyDelete
  13. Salam. Silakan share artikel2 di blog cahayamukmin. Semoga bermanfaat.

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum. punten numpang download artikel-artikelnya. terimakasih & jazakumullah.

    ReplyDelete
  15. As Salam izinkan sy copy artikel tuan...

    ReplyDelete
  16. Salam. Silakan copy artikel2 di blog cahayamukmin. Semoga bermanfaat.

    ReplyDelete
  17. salam minta keizinan untuk copi artikel ni

    ReplyDelete
  18. Salam. Silakan copy artikel2 di blog cahayamukmin. Semoga bermanfaat.

    ReplyDelete
  19. salam,minta kebenaran untuk copy artikel ini di blog sy

    ReplyDelete
  20. Salam. Silakan copy artikel2 di blog cahayamukmin. Semoga bermanfaat.

    ReplyDelete
  21. salam..mnta kbenaran copy kat fb sya ye..tp copy dah ni..hehe

    ReplyDelete
  22. salam,, izin sedot artikel'y ustadz.. moga manfaat

    ReplyDelete
  23. Salam. Silakan copy artikel2 di blog cahayamukmin. Semoga bermanfaat.

    ReplyDelete
  24. Kerap kita mendengar zikir-zikir yang disebut lidah tetapi malangnya kesan zikir itu terlalu sedikit kerana zikir-zikir itu tidak bersertakan hati. Ia sekadar bermain di mulut tetapi tidak di hati. Seharusnya ia berbunyi di hati sepanjang masa dan bukan sekadar di mulut sahaja. Dan kerap manusia melakukan zikir tanpa sebarang niat sedangkan zikir-zikir itu adalah untuk pembersihan hati. Bagaimana hendak membersihkan hati jika kita tidak meminta Allah SWT membersihkan hati kita melalui zikir-zikir tersebut. Hanya pahala zikir yang diperolehi sedangkan pembersihan hati tidak dikurniakan kerana tiada dipinta dari Allah SWT. Amat merugikan sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kadang-kadang kita tak teringat tujuan asal kenapa kita buat itu dan ini. Dah jadi macam kebiasaan saja. Tak fokus....

      Delete
  25. "Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus berkata: "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu , tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya. Kedua, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."


    Telah melaluinya, dan ternyata AMAT benar kenyataan ini. Tiada lagi gelisah, murung mahupun insomnia... Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  26. assalammualaikum... mohon copy ke blog saya ya...

    ReplyDelete
  27. Waalaikumussalam. Silakan share artikel2 di blog cahayamukmin. Semoga bermanfaat.

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum...sy minta izin copy artikel ni ye..barakallahu fik..

    ReplyDelete
  29. salam..minta izin copy. ada nak masukkan dalam berita.sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
  30. Salam. Silakan share kisah2 dan artikel2 di blog cahayamukmin. Semoga bermanfaat.

    ReplyDelete