Monday, September 8, 2008

Tanda-tanda Taubat Diterima Allah

Seorang ahli hikmah ditanya mengenai taubat. Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita telah diterima Allah atau tidak? Maka jawabnya, ini adalah urusan Allah, kita tidak berupaya menentukannya,...tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu:

1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila ia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.

2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang solih dari mendekati mereka-mereka yang fasik.

3. Bila ia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.

4. Bila ia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikitpun ia tidak sibuk meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.

5. Sungguhpun sedikit rezaki yang ia dapat di dunia ini namun ia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.

6. Bila ia melihat pada dirinya yg sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.

8 comments:

  1. nak komen apa ye!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Segala puji pujian bagi Allah Tuhan Pentadbir Sekalian Alam.

    ReplyDelete
  3. alhamd...dah baca artikel ini, moga bermanfaat bagi dr sy ...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Semoga anda sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah Ta'ala.

    ReplyDelete
  5. ..manisnya rasa saat taubat diterima...
    sebenarnya x mampu digambarkn bagaimana...
    semoga perasaan itu bterusan sehingga waktunya tiba =)

    ReplyDelete
  6. Dari Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya Allah lebih suka menerima taubat seorang hamba-Nya melebihi kesenangan seorang yang menemukan kembali tiba-tiba untanya yang telah hilang daripadanya di tengah hutan." (Riwayat Bukhari & Muslim)

    ReplyDelete
  7. Mohon share ye tuan

    ReplyDelete
  8. Salam. Sila share artikel2 di blog cahayamukmin. Semoga bermanfaat.

    ReplyDelete