Daripada Tsauban radhiAllahu `anhu berkata: Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam bersabda:
"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka".
Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?"
Nabi sollallahu `alaihi wasallam menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan' ".
Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?"
Nabi kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".
(Riwayat Abu Daud)
Keterangan:
Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggambarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam.
Umat Islam walaupun mereka mempunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.
Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit “wahan” yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia” dan “takut mati”. Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalan Allah subhanahu wa ta`ala. Manakala “takut mati” pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah subhanahu wa ta`ala.
Kita berdoa agar Allah subhanahu wa ta`ala menurunkan mushrahNya kepada kaum muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.
Saturday, July 26, 2008
Penyakit Wahan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam...
ReplyDeleteBlog yg sgt b'manfaat utk semua, insyaAllah...
izinkan sy copy hadith2 n firman2 Allah dr blog akh ya utk ltk kat blog sy...
jzkk...
Barakalluhufik~
Salam..
ReplyDeleteJazakallah Khair..
Terima kasih atas ziarah anda..
Silakan copy hadith2 atau firman2 ke dlm blog anda supaya memberi manfaat kepada semua.