Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.” (Riwayat Ibnu Abid Dunya)
Huraian
i) Berbuat baik dan memberi keselesaan kepada orang lain akan diganjari Allah dengan balasan yang berlipat ganda sama ada berupa pahala, kebaikan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
ii) Semua ini akan dapat dilakukan sekiranya seseorang itu mempunyai keimanan dan keikhlasan di hatinya sehingga segala tindakan-tindakan yang dilakukannya sentiasa melahirkan kebaikan pada dirinya dan dalam hubungannya dengan orang lain serta masyarakat di sekelilingnya.
iii) Demikian juga kita dilarang agar jangan membalas kejahatan orang lain dengan kejahatan juga tetapi hendaklah membalasnya dengan kebaikan seperti api yang menyala dan membakar nescaya akan terpadam apabila disirami air. Maka begitulah dengan kebaikan, lambat laun akan melembutkan hati yang keras dan menghapuskan kejahatan yang melanda.
iv) Sebaliknya jika kecenderungan berbuat perkara-perkara yang jahat terus dibiarkan menguasai diri maka akan rosaklah segala kebaikan yang pernah dilakukan kerana lazimnya kejahatan itu biarpun hanya sekali dilakukan ia mudah dilihat (diketahui) berbanding dengan banyaknya kebaikan yang pernah dilakukan oleh seseorang itu. Bak kata pepatah Melayu “ Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali”.
v) Sesungguhnya keimanan itu sentiasa terbuka untuk ditingkatkan sebaliknya iman akan merosot sekiranya kita melakukan perbuatan maksiat.
Saturday, December 26, 2009
Sikap Yang Baik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah~ dan keikhlasan kita diuji apabila kita bersendirian
ReplyDeleteRasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya Allah tidak menerima amalan kecuali yang murni, yang dilakukan hanya untuk-Nya."
ReplyDeleteDalam sebuah hadits qudsi diriwayatkan, Allah SWT berfirman, "Aku adalah sekutu yang paling tidak memerlukan persekutuan. Barangsiapa melakukan suatu amalan kemudian dia mempersekutukan diri-Ku dengan yang lain, maka Aku akan meninggalkannya dan meninggalkan sekutunya." Dalam riwayat yang lain disebutkan: "Maka dia akan menjadi milik sekutunya dan Aku berlepas diri darinya."
Sekali mohon ijin untuk facebook yang saya miliki untuk saya bagikan
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteSilakan sebarkan ilmu2 di cahayamukmin untuk manfaat masyarakat islam.
Salam mohon keizinan untuk copy and paste hadis2 dalam blog ini..amat menarik untuk dikongsikan bersama rakan-rakan.
ReplyDeleteCuma satu soalan, bolehkah kita letakan dalam ruangan FB dgn niat untuk ingat mengingati sesama rakan?
Tapi dalam masa yang sama saya takut terbit rasa riak dan takbur di dalam hati dan timbulnya perasaan inginkan orang memandang kita baik..mcm mana nak buang/hilangkan perasaan riak dan mengharapkan pujian orang??
Semoga ALLAH s.w.t sentiasa melindungi saya dan anda semua dari segala sifat-sifat tercela tersebut...Amin.
Fahmy, Serdang.
Salam. Silakan copy hadis2 di blog cahayamukmin.
ReplyDeleteUntuk menggelak hati daripada riak dan takbur, cuba lihat segala amal ibadah kita satu kurnia dan taufiq hidayah yang diberi Allah. Kalau tidak kerana pemberian Allah, kita tidak sama sekali dapat mengamal ibadah kita. Ketahuilah, segala ibadah kita yang telah kita amal belum tahu diterima oleh Allah s.w.t.
Maka rendah lah diri dengan sesama manusia, semoga Allah menaikkan derajat kita dan digolongkan dalam kalangan hamba2Nya yang diredhai.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ikhlas, sila lungsuri ke artikel2 tersebut:-
http://cahayamukmin.blogspot.com/2009/07/ilmu-ikhlas-1.html
http://cahayamukmin.blogspot.com/2009/07/bahagian-2-ilmu-ikhlas.html
http://cahayamukmin.blogspot.com/2009/08/bahagian-akhir-ilmu-ikhlas.html
Semoga bermanfaat.