Di dalam peperangam Uhud orang-orang Islam mengalami kerugian yang besar dan sebilangan besar dari tenteranya telah terkorban. Apabila berita yang menggemparkan mengenai jumlah kematian yang besar itu sampai ke Madinah, para wanita telah lari dari rumah-rumah mereka untuk mengetahui tentang butir-butir selanjutnya mengenai kematian itu. Ketika melihat kesesakan orang ramai itu seorang wanita dari kaum Ansar dengan perasaan khuatir telah bertanya:
"Bagaimanakah keadaan Rasulullah sollallahu `alahi wasallam?"
Apabila dia diberitahu bahawa ayahnya telah terbunuh di dalam pertempuran itu, dia mengucapkan "Innalillah" dan dengan perasaan tidak sabar dia mengulangi pertanyaan tadi sekali lagi. Pada kali ini dia diberitahu pula bahawa suaminya telah terkorban dan nasib yang serupa juga telah menimpa ke atas saudara dan anak lelakinya.
Dengan kecemasan yang semakin memuncak dia mengulangi pertanyaan seperti tadi iaitu mengenai keselamatan Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam. Akhirnya dia diberitahu bahawa baginda selamat dan sihat tetapi walaubagaimanapun dia tetap tidak berpuas hati dan terus mendesak agar dapat dia melihat wajah Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam sendiri. Akhir sekali dia berjaya melihat wajah Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam dan ini telah menyejukkan matanya. Selepas itu dia pun berkata:
"Wahai Pesuruh Allah, setiap sengsara telah dipermudahkan dan setiap kebimbangan telah terhindar kerana berkat dari memandang wajahmu."
Menurut satu lagi terjemahan dia telah memegang jubah Nabi dan berkata:
"Wahai Pesuruh Allah! Dikau lebih berharga kepada saya dari ibu bapaku. Kesedihan tentang kematian ahli-ahli keluarga saya yang lelaki itu telah hilang apabila saya melihat tuan masih hidup."
Terdapat beberapa peristiwa lagi yang serupa dengan ini yang telah berlaku di kalangan para wanita selepas peperangan Uhud. Ini mungkin disebabkan terdapat banyak peristiwa-peristiwa seperti ini oleh itu nama-nama yang berlainan telah dilaporkan oleh berbagai-bagai periwayat mengenai para wanita itu. Sebenarnya peristiwa-peristiwa seperti ini banyak berlaku di kalangan para wanita pada masa itu.
Saturday, April 17, 2010
Kecemasan Seorang Wanita Ansar Mengenai Nabi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment