Ebooks:
http://www.mediafire.com/file/l8vbtxtf7ee5dvt/The%20Secret%20-%20Rhonda%20Bryne.pdf (Inggeris)
http://www.mediafire.com/file/pjujm0mq5mdjbb5/The_Secret_-_Versi_Bahasa_Indonesia.pdf (Indonesia)
Assalamu'alaikum wr wb
Buku 'The Secret' atau 'Rahsia' ialah buku tentang rahsia kehidupan yang telah diamal oleh masyarakat barat seperti Plato, Shakespeare, Newton, Hugo, Beethoven, Lincoln, Emerson, Edison, dan Einstein. Mereka meraih kejayaan di dunia yang fana' dan menjadi terkenal di seluruh dunia.
Tetapi, islam sejak 1430 tahun dahulu telah pun mengajar umatnya rahsia kehidupan melalui Al-Quran dan Rasulullah s.a.w. (Insan Kamil). Di sini, saya ingin mengupas buku 'The Secret' dalam perspektif islam. Semoga kita semua berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat dengan mengamalkan Al-Quran dan Sunnah. Silakan memberi comment tentang buku 'The Secret' dalam pandangan islam supaya pembaca-pembaca blog dapat manfaatnya. Selamat membaca. :-)
Kupasan:
Law Of Attraction - Doa, Redha, Baik Sangka, Amal Makruf Nahi Mungkar
“Dan apabila ditanya kepada engkau oleh hamba-Ku perihal Aku, maka Aku adalah dekat. Aku perkenankan permohonan yang memohon, bila dia memohon kepada -Ku. Sebab itu sambutlah panggilanku dan percayalah semua kepada-Ku. Supaya mereka mendapat jalan yang benar.” (Surah Al-Baqarah: 186)
"Doa adalah senjata orang Mukmin" (Mahfum hadith)
“Doa itu merupakan inti ibadah” (Mahfum hadith)
“Maka jika kalian mohon kepada Allah ‘Azza Wajalla: wahai manusia, mohonlah langsung kehadirat-Nya dengan sepenuh keyakinan bahwa do’a kalian akan diperkenankan, karena Allah tidak memperkenankan do’a hambaNya yang keluar dari hati yang lalai. (H.R. Ahmad).
Law Of Universe - Sunnatullah, Keyakinan
Yang demikian adalah menurut "Sunnatullah" (undang-undang peraturan Allah yang telah lalu; dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi "Sunnatullah" itu. (Al-Ahzaab: 62)
Sambil bersikap sombong takbur di muka bumi dan berusaha merancangkan rancangan-rancangan jahat (terhadap Rasul itu), sedang rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya. (Dengan keadaan yang demikian, maka) tidak ada yang mereka tunggu selain daripada berlakunya kebinasaan menimpa mereka (sebagaimana yang telah menimpa) orang-orang kafir yang telah lalu. Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi " Sunnatullah " (undang-undang peraturan Allah), dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan "Sunnatullah " itu. (Faatir: 43)
(Kekalahan orang-orang yang menentang Rasul Allah sudah tetap menurut) "Sunnatullah" (peraturan Allah) yang telah berlaku semenjak dahulu lagi; dan engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu. (Al-Fath: 23)
Feelings of Gratitude - Kesyukuran
“Dan ingatlah tatkala Tuhan kamu memberitahu : “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmatku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amat pedih”. (Ibrahim : 7)
Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya. (Ibrahim: 34)
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Nahl: 18)
Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.(Al- Baqarah: 243)
Dan apakah sangkaan orang-orang yang mengada-adakan kata-kata dusta terhadap Allah, (tidakkah mereka akan diazabkan) hari kiamat kelak? Sebenarnya Allah jualah yang melimpahkan kurnia kepada manusia (meliputi rezeki pemberianNya dan hukum-hukum Syarak yang diturunkanNya), tetapi kebanyakan mereka tidak bersyukur. (Yunus: 60)
Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur. (Hud: 9)
Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur. (Al-Hajj: 38)
Dan Dia lah yang menghidupkan kamu, kemudian Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu semula. Sesungguhnya manusia sangatlah tidak bersyukur. (Al-Hajj: 66)
Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) sentiasa melimpah-ruah kurniaNya kepada umat manusia seluruhnya tetapi kebanyakan mereka tidak bersyukur. (An-Naml: 73)
Dan berapa banyak Kami binasakan negeri-negeri yang penduduknya telah berlaku sombong dan tidak bersyukur dalam kehidupannya (yang serba mewah dan senang lenang). Maka itulah dia tempat-tempat tinggal mereka terbiar tidak didiami orang sesudah mereka (dibinasakan), kecuali sedikit sahaja dan sesungguhnya Kamilah yang mewarisi mereka. (Al-Qasas: 58)
Allah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu berehat padanya, dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia seluruhnya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur. (Ghaffir: 61)
Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya. (Al-'Aadiyaat: 6)
Time is just an illusion
Akan dikupaskan....
(Kemaskini: 25/9/2010)
Salam.
ReplyDeleteSemoga anda memperolehi rahmat dan keberkatan dari Allah s.w.t dalam menyebarkan dakwah dan ilmu2 islam kepada masyarakat. Ameen.
tolong laaa sambung..tngh meneuggu
ReplyDeletesilalah melawat laman web http://jenamahalal.blogspot.com
ReplyDelete..mencari yang HALAL itu adalah fardhu...
ALhamdulillah syukur.
ReplyDeleteAmat malang bagi sesiapa yang menolak ilmu-hanya kerana perbezaan agama atau kepercayaan. Tamadun Bukan Islam pada masa dahulu, menjadi hebat- akibat berjaya menguasai ilmu dan peradaban tamadun islam yang runtuh.
Apapun, The Secret (video/buku) boleh diparktikkan, dengan keyakinan yang sepenuhnya kepada Allah S.w.t. Kita Minta. Allah menjawab. Kita bersedia menerima. (Where the Original Version : You Ask. Universe will answer. You must be prepared to received.)