Saturday, February 19, 2011

Istiqamah Lebih Baik Dari 1000 Karamah

Berkata Imam Abu Qasim Al Qusyairi,
"Ketahuilah sesungguhnya wali2 Allah yang haq mendapat taufik untuk kekal istiqamah untuk mengerjakan ketaatan dan terpelihara dari mengerjakan maksiat.[ Mahfuz] ISTIQAMAH ini lebih baik dari seribu karamah yang menyalahi adat.”

Sebagaimana kata sesetengah orang A ‘rif
“Istiqamah itu terlebih baik daripada seribu keramat. Ini kerana kadang-kadang dianugerahkan keramat yang menyalahi adat bagi orang belum sempurna Istiqamah.”

Berkata Syeikh Ibnu Ibad (rh) dalarn syarahannya,
 “Keramat yang sebenar itu ialah jika terhasil Istiqamah dan sampai kepadanya kesempurnaan".

Tempat kembali lstiqamah itu kepada Dua:
Pertama: Sah keimanan kepada Allah A ‘zzawajalla.
Kedua: Patuh dan mengikut apa yang didatangkan oleh Rasulullah (saw) sama ada zahir maupun batin. Oleh itu, wajib ke atas hamba itu jangan berasa tamak melainkan kepada kedua-duanya. “

Keramat yang menyalahi adat tidak diakui sah oleh ulama yang sebenar kerana kadang-kadang keramat yang menyalahi adat itu dianugerahkan kepada orang yang belum sempurna lstiqamah.

Berkata Abul Hasan Asy-Syazali(ra)
”Bahawa adat lstiqamah itu ada dua keramat yang saling berhimpun dan saling meliputi antara satu sama lain.
Pertama: Keramat lman iaitu bertambah yakin dan syuhud yang nyata dengan mata kepala.
Kedua: Keramat Amal iaitu mengikut dan patuh  akan suruhan Allah Taala dan menjauhkan segala dakwaan dan tipu daya.

Setiap keramat yang tidak disertai keredhaan daripada  Allah Taala maka orang yang memilikinya akan mendapat kebinasaan dan kerugian.

Berkata Saiyidi Abul Abbas AI-Murasi (ra),
“Bukanlah maksud keramat itu, orang yang mampu menggulungkan bumi, kemudian tiba-tiba dia berada di Mekah dan di negeri-negeri lain tetapi maksud keramat yang sebenarnya ialah orang yang dapat menggulungkan segala sifat hawa nafsunya maka tiba-tiba ia sampai kepada Tuhannya.”

Diberitahu orang kepada Sahl bin Abdullah (ra) tentang beberapa tanda keramat dan keramat-keramat yang menyalahi adat. Maka berkata (ra)
“Apa tandanya, keramat-keramat yang menyalahi adat itu tetap akan hilang pada waktunya, tetapi keramat-keramat yang amat besar itu Allah Taala sendiri menggantikan perangai yang jahat yang ada pada diri anda dengan perangai yang terpuji.”

Diberitahu orang kepada Abi Muhammad AI-Murtaa’syi (ra),
“Sesungguhnya si Polan itu dapat berjalan di atas air.”
Maka dijawab oleh (ra) hamba yang ditetapkan hatinya oleh Allah Taala untuk menyalahkan hawa nafsunya itu lebih besar keramatnya daripada orang yang berjalan di atas air dan terbang di udara.

Berkata Abu Yazid (ra)
“Sesungguhnya jika seorang lelaki mendirikan sembahyang di atas air dan duduk bersila di atas udara, maka janganlah anda terpedaya dengan keadaan demikian hinggalah anda meneliti dan mempastikan sama ada ia ada mengerjakan suruhan Allah Taala dan menjauhi larangan-Nya.”

Seorang memberitahu kepada Abu Yazid (ra) bahawa ada orang mengatakan si Polan itu dapat sampai ke Mekah dalam masa satu malam saja.
Maka dijawab oleh (ra) “Syaitan juga boleh melakukannya dalam sekelip mata saja dari timur ke barat,  padahal ia dilaknati Allah.”
Kata seorang lagi, kepada (ra) “Sesungguhnya si Polan dapat berjalan di atas air.” Maka dijawab oleh (ra), “Ikan di dalam air dan burung terbang di udara, hairankah anda dengan keadaan demikian?”
Berkata Imam Junaid (ra) “Terdinding hati orang-orang yang teristimewa itu (khas) jika hanya tertumpu kepada segala kenikmatan yang lazat yang berupa anugerah Allah Taala dan terhenti kepada keramat-keramat.”

Bagi Ahli Allah, keramat-keramat yang paling baik dan afdhal ialah keramat Ma ‘nawi seperti :
Ma ‘rifat Allah Taala,
Berasa teramat cinta kepada-Nya,
Selalu mengagung-agungkan-Nya,
Berasa malu dan takut kepada-Nya,
Segera menunaikan segala suruhan-Nya
dan menjauhkan segala larangan-Nya,
Melaksanakan ketaatan seperti tidak mengatakan  dirinya  yang melakukan ketaatan dan kebaikan  melainkan nikmat daripada Allah Taala semata-mata, disamping kurniaan dan rahmat-Nya.
Oleh itu, sudah tentu mereka berasa gembira dengan keadaan demikian. Sebagaimana firman Allah Taala:

Ertinya,
“Katakanlah, dengan kurnia Allah Taala dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurniaan Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan (lebih baik daripada mereka yang mengatakan amalannya daripada dirinya sendiri).” (Surah Yunus, ayat 58)
Firman Allah Taala lag:
 Ertinya, “Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah daripada Allah Taala.” (Surah An-Nisa’: 79).
———————————–
Sumber:
KITAB AD DARUN NAFIS
Sheikh Muhammad Nafis Idris Al Banjari

No comments:

Post a Comment