Friday, March 2, 2012

Punca Masalah Ialah Tidak Kenal Tuhan Dan PerananNya

Ada masalah di dalam kehidupan
bukanlah satu masalah
Masalah memang sudah menjadi Sunnatullah
di dalam kehidupan di kalangan insan
yang menjadi masalah, bukan masalah itu
tetapi yang jadi masalah
orang tidak tahu peranan Tuhan

Tidak kenal Tuhan dan peranan-Nya
Itulah yang sebenarnya masalah
Jadi sudah jadi 2 masalah
yang bukan masalah jadi masalah
yang masalah memanglah masalah
Apabila tidak kenal peranan Tuhan
masalah itu memanglah jadi masalah

Dua kali masalah
Kalaulah masalah itu adalah jadi masalah
kekasih Tuhan tidak akan ditimpakan masalah
Kalaulah masalah itu adalah masalah
Rasul, Nabi, Tuhan tidak akan
timpakan mereka masalah
Tapi Tuhan datangkan berbagai-bagai masalah
kepada kekasih-Nya
Tuhan tahu pada mereka bukan masalah
kerana itulah mereka ditimpakan masalah

Pada mereka masalah itu adalah ibadah
Masalah itu adalah pahala dan Syurga
Masalah itu adalah kecintaan dan keredhaan Allah
Kerana itulah maslah itu
mereka tidak jadikan masalah
Bahkan mereka rasa bahagia dengan masalah
Dengan masalah, rasa kehambaan mereka bertambah
Rasa kehambaan itu adalah ibadah kepada mereka
Pangkat dan darjat di dalam Syurga

Oleh tu Tuhan sering sahaja menambahkan mereka itu dengan berbagai-
bagai masalah
Tuhan bertambah cinta kepada mereka
Dengan masalah, yang mereka anggap
Bukan masalah tetapi ibadah
Maha Suci Tuhan daripada menyiksa kekasih-kekasih- Nya
Orang yang bodoh sahaja
yang tidak faham kerja-kerja Allah
Pada Tuhan maslah yang ditimpakan
kepda keksih-kekasihnYa
bukanlah masalah
Kerana itulah Tuhan biarkan sahaja
mereka bermasalah
dengan maslah-masalah itulah
mereka mendapat ketinggian darjat di dalam Syurga
Sungguh pelik kerja Tuhan
payah hendak difaham oleh orang biasa

3 comments:

  1. Good point. Tapi kena baca berulang kali, sebab keliru sikit bila banyak sangat perkataan "masalah".

    Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. [29:2-3]

    ReplyDelete
  2. Salam. Saya ada masalah x faham masalah.
    "org yg bodoh sahaja yg tdk faham kerja-kerja Allah"
    "Sungguh pelik kerja Tuhan, payah hendak difaham oleh org biasa"

    Kedua-dua ayat ni mmg rasa kena dgn saya. Bagaimana saya nak faham dgn masalah yang saya hadapi mmg saya rasa saya ada mslh yang saya sendiri x faham kenapa saya diuji dan x dpt elakkannya. Kdg2 bila fikirkan punca masalah, geram pulak jadinya walau pun saya telah lepas dr ujian tersebut. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Salam.
    Untuk memudahkan kefahaman anda. Sila fikirkan tentang sejarah Rasulullah s.a.w. Baginda adalah kekasih Allah dan ketua para anbiya'. Tetapi beberapa banyak masalah Rasulullah hadapi.

    Baginda dicaci, dihina, dilempar najis, disingkir oleh puak quraisy dan lain lain lagi.
    Maka, mengapa Allah beri ujian yang hebat kepada kekasihNya.

    Ini kerana segala ujian dan masalah akan meningkat kan derajat, mengampunkan dosa dan menguatkan rasa kesabaran dan kesyukuran.

    Ketahuilah, para sahabat dahulu suka ditimpa masalah sebab bagi mereka masalah/ujian bermakna Allah memberi perhatian kepada mereka. Renungilah.

    ReplyDelete