Friday, February 15, 2013

Ikhlas

Ikhlas Darjat Paling Tinggi

Ikhlas darjat yang paling tinggi
Ia adalah penentu apakah amalan itu diterima atau sebaliknya
Ia adalah rahsia Allah
Malaikat pun tidak mengetahui
Yang punya diri pun tidak tahu
Kalau seseorang memberi pada seseorang
Dengan tujuan waktu susah nanti dia dibantu oleh orang itu
Batal amalannya
Kalau orang itu tidak mengucapkan terima kasih
Hatinya berkata, tidak patut
Hilang ikhlasnya
Kalau dia memberi mengatakan, ambillah saya ikhlas
Ini pun batal ikhlas
Di suatu masa orang yang pernah dibantu, memusuhi
Hati kecilnya berkata, eh! orang ini tidak mengenang budi!
Keikhlasannya ditarik semula
Allah! Susahnya amalan diterima
Periksalah hati selalu

Ikhlas

Ikhlas adalah roh ibadah
Tidak ada ikhlas ibadah tidak ada roh
Ibadah tidak ada roh ibadah yang mati
Kalau benda yang bernyawa tidak ada roh
Nyawa sudah tidak berguna
Ertinya ibadah dan kebajikan yang tidak ikhlas (tidak ada rohnya) ibadah dan kebajikan itu tidak diterima
Biarlah ibadah dan kebajikan yang sedikit tapi murni (ikhlas) daripada banyak ikhlasnya tidak ada, tertolak semuanya
Oleh itu roh ibadah kenalah dijaga
Kerana ia penentu ibadah atau ekabikan kita ditolak atau diterima
Bukan mudah beribadah atau membuat kebaikan hendak ikhlas
Ikhlas ertinya ia dibuat semata-mata kerana Allah Taala
Tidak ada sedikit pun kerana selain-Nya
Kalau ada ia dibuat kerana selain-Nya , ibadahnya atau kebaikannya tidak diterima

Ikhlaskan Ibadah Dan Amal

Allah Taala tidak memandang ibadah dan amal yang banyak
Tapi yang kholisnya
Allah Taala tidak berbangga pengorbanan dan perjuangan yang banyak
Tapi yang murni lagi ikhlas
Buatlah, walaupun sedikit tapi sempurna dan ikhlas
Itulah yang Allah redha
Apa erti banyak, tidak sempurna dan tidak ikhlas
Allah tolak sahaja
Bahkan akan dilempar ke muka kita
Beribadahlah dengan jiwa yang selamat
Berkorbanlah dengan hati yang murni
Berjuanglah dengan hati yang ikhlas
Kerana yang menerimanya Allah Taala
Yang akan memberi pahalanya Dia juga
Bukan manusia
Periksalah hati selalu
Sudahkah selamat, sudahkah murni, sudahkah ikhlas?

KEIKHLASAN...

Berkhidmatlah bukan untuk dibayar kembali
Berjasalah kepada manusia
Lebih-lebih lagi kepada agama
Tapi bukan untuk dibayar
dengan bintang-bintang di dada

Berbudilah tapi jangan dijadikan gaji
Sampaikanlah risalah Allah
Tapi bukan untuk dibayar upah

Berbuat baiklah tapi jangan mengaku baik
Berjuanglah tapi jangan mengaku wira
Berkhikmahlah di dalam berjuang
Terutama dalam berdakwah
Agar ia diterima orang

Beribadahlah kepada Allah
Jangan kerana ingin syurganya
Tapi kerana zat Allah yang Maha Pemurah

4 comments:

  1. Assalamualaikum tuan..

    Mohon kongsi artikel. Menarik. (^_^)

    Jazakallah.

    ReplyDelete
  2. Subhanallah, saya baru mengenali website ni.. Alhamdullillah banyak yang menyedarkan saya.. Syukran atas perkongsiannya, semoga pemilik blog ini sentiasa dalam rahmat dan redha Allah swt.

    ReplyDelete
  3. Waalaikumusalam. Shukran atas ziarah anda ke blog cahayamukmin. Silakan kongsi artikel2 di blog cahayamukmin. Semoga bermnafat.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum tuan..sebuah blog yang sangat dekat dan dalam menyentuh hati2 kami..terima kasih di atas kemurahannya berkongsi ilmu di sini..tuan, bolehkah sebelum kami memegang kuat rapat2 di hati hadis2 yang dikongsikan tuan di sini, kami mohon dikongsikan bersama sumber daripada mana/buku hadis2 ini dipetik. maaf dan terima kasih tuan.

    ReplyDelete