Umair bin Abi Waqas radhiAllahu `anhu ialah seorang Sahabat yang muda usianya telah memeluk Islam pada masa permulaan Islam lagi. Beliau adalah adik kepada Sa'ad bin Abi Waqas radhiAllahu `anhu iaitu seorang Jenderal Islam yang termasyhur. Saad radhiAllahu `anhu telah meriwayatkan:
"Pada masa kami bersedia untuk menuju ke medan pertempuran Badar, daku ternampak Umair radhiAllahu `andhu telah cuba sedaya upayanya menyembunyikan dirinya."
Ini telah memeranjatkan daku. Daku telah bertanya kepada beliau, "Apakah yang telah berlaku ke atas dirimu wahai Umair dan apakah yang telah menyebabkan dikau bersembunyi seperti ini?" Umair radhiAllahu `anhu telah menjawab, "Daku takut baginda Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam mungkin tidak akan membenarkan daku mengambil bahagian di dalam pertempuran itu berdasarkan usia daku yang semuda ini walaupun daku cukup rindu untuk pergi mati dan syahid di jalan Allah subhanahu wa ta`ala."
Keinginan Umair radhiAllahu `anhu untuk menyertai angkatan perang itu begitu mendalam sekali. Walau bagaimanapun Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam berjaya mengesannya lalu baginda menegahnya dari menyertai barisan tentera itu. Kegagalannya untuk menyertai peperangan itu begitu menghampakah harapannya lantas beliau menangis. Apabila perihal keinginannya yang amat sangat serta kekecewaanya itu disampaikan kepada Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam, akhirnya baginda mengizinkannya. Umair radhiAllahu `anhu berjuang bermati-matian di dalam pertempuran tersebut sehinggalah nyawanya terkorban.
Sa`ad radhiAllahu `anhu telah berkata: "Pedang Umair radhiAllahu `anhu terlalu besar untuknya, menyebabkan saya terpaksa mengikat beberapa simpulan di pinggangnya supaya ia tidak menyentuh bumi."
Monday, May 3, 2010
Kisah Umair bin Abi Waqas Menyembunyikan Dirinya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment