Tuesday, May 24, 2011

3 Manusia Apabila Datang Nikmat

Manusia itu dalam kedatangan nikmat atas mereka adalah atas 3 bahagian:

Orang awam
Manusia yang gembira dengan nikmat, bukan dari kerana yang menciptakannya dan yang menjadikannya, dan tetapi adalah dengan terdapat kesenangannya manusia pada nikmat itu, maka manusia yang semacam ini termasuk dari orang-orang yang lalai. Di mana terbenar ke atasnya firman Allah s.w.t: "Sehingga apabila gembira mereka itu dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami ambil tindakan (siksa) terhadap mereka secara tiba-tiba." (Al-An'am: 44)

Orang Khawas
Manusia gembira melihat nikmat-nikmat kerana melihat bahawasanya manusia melihat nikmat-nikmat itu merupakan nikmat yang yang datang dari yang mengirimnya dan merupakan nikmat yang datang dari yang menyampikannya (yakni Allah). Atas manusia ini benarlah firman Allah s.w.t: "Katakanalah: Dengan limpah kurnia dan rahmat Allah, maka dengan demikian itu hendaklah mereka bergembira. Itulah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan." (Yunus: 58)
Maka dapatlah difahami dari ayat ini bahawa orang khawas itu gembira dengan nikmat Allah, kurnia Allah, di antaranya yang paling utama ialah nikmat iman. Dan apabila mereka melihat nikmat Allah, maka menarik dirinya untuk ingat kepada Allah, maka ini adalah lebih baik daripada dunia yang mereka himpunkan dan mereka kumpulkan, tetapi mereka lupa kepada Allah.

Thursday, May 19, 2011

Tawadhuk

Petua untuk melepaskan diri daripada bahaya takabur ialah:


1) Jika anda menemui orang jahil dan orang fasik, maka katakanlah (beritahu) pada diri anda sendiri iaitu: "Orang itu melakukan dosa kerana dia jahil, padahal aku ada ilmu kerana hajat Allah Ta'ala yang begitu tinggi terhadap diriku, tergamak melakukan dosa. Maka tidak syak lagi bahawa orang itu lebih baik (mulia) daripada aku."

2) Sekiranya anda ternampak kanak-kanak, maka katakanlah dalam hati anda iaitu: "Kanak-kanak ini kalau melakukan dosa tidak diseksa Allah Ta'ala. Tetapi, kalau aku melakukan dosa, diseksa Allah Ta'ala. Maka tidak syak lagi bahawa kanak-kanak itu lebih mulia daripada aku."

3) Jika anda menemui orang alim, maka anda katakan dalam hati anda iaitu: "Orang ini dikurniakan Allah Ta'ala ilmu, sedangkan aku tidak dikurniakan sepertinya. Maka tidak syak lagi bahawa orang alim lebih mulia daripada aku. Sepatutnya aku bersopan santun dihadapannya (merendah diri)."

4) Sekiranya anda menemui orang tua, maka katakanlah dalam hati anda iaitu: "Orang ini lebih tua daripadaku, tentu ilmunya pun banyak daripadaku kerana dia banyak melihat dan mendengar. Maka tidak syak lagi bahawa orang tua ini lebih mulia daripada aku."

5) Kalau anda ternampak semua binatang, maka dalam hati anda katakan iaitu: "Binatang ini tidak berdosa, tidak diseksa Allah Ta'ala. Sedang aku diseksa Allah Ta'ala kerana melakukan dosa. Maka tidak syak lagi bahawa binatang ini lebih mulia daripada aku."

Keitika itu juga anda akan tahu dan sedar bahawa diri anda itu tidak memilki kemuliaan walau sezarah pun iaitu selepas anda merenung diri anda. Bahkan diri anda itu amat hina, serba kekurangan, bebal dan jahil daripada orang lain walaupun anda memiliki martabat yang tinggi, keturunan yang mulia, sangat alim dan bijak daripada orang lain.

Wednesday, May 18, 2011

Mencari Allah Melalui CiptaanNya

Allah tidak mencipta sesuatu itu dengan sia-sia. Semua ada sebabnya. Semua ada gunanya. Semua ada hikmahnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari sebabnya, gunanya dan hikmahnya itu. Allah hamparkan bumi ini dan mencipta segala sesuatu di dalamnya bukan semata-mata untuk manusia hidup dan berkembang biak di atasnya serta menggunakan segala khazanah kekayaan-Nya. Yang lebih penting, ia bertujuan supaya manusia dapat melihat secara zahir akan alam ciptaan Allah ini. Ia adalah bukti besar kepada manusia tentang wujudnya Allah. lah sebenarnya adalah dalil bagi mereka tentang adanya Allah.


Demikian juga di antara sebab Allah mencipta sekelian alam. Bukan sahaja alam syahadah atau alam yang nyata ini yang boleh dilihat oleh manusia tetapi juga alam-alam yang lain. Alam itu adalah alamat atau tanda akan wujudnya Allah. Segala apa yang Allah cipta itu ialah alam. Alam itu ialah apa sahaja selain Allah. Hakikat kewujudan ini hanya ada dua. Satu Allah dan satu alam. Allah adalah Khaliq yang mencipta. Alam adalah makhluk yang dicipta. Ada alam maka sudah tentu ada Tuhan yang menjadikan.

Namun kebanyakan manusia hanya melihat tetapi mereka tidak nampak apa-apa. Kalaupun mereka nampak, mereka tidak dapat kaitkan alam ini dengan Tuhan. Penglihatan mereka hanya selapis sahaja. Manusia tidak dapat melihat apa yang di sebalik ciptaan Tuhan itu. Penglihatan mereka seolah-olah terlindung dan terhijab. Sama sahaja seperti mereka melihat lukisan yang cantik. Mereka terpegun dan memuji kecantikan lukisan itu dan mahu memilikinya. Tidak terbayang di fikiran mereka siapa pelukisnya. Sama juga seperti orang yang memakan hidangan yang sedap dan lazat. Dia mahu memakannya sehingga habis. Tetapi tidak terlintas di fikirannya siapa gerangan yang memasaknya.

Friday, May 13, 2011

Tafsir Talqin


Peringatan Untuk Yang Hidup

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala.

Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai fulan Bin fulan, wahai fulan Bin fulan, wahai fulan Bin fulan, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai fulan Bin fulan, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat sebagai wakil Tuhan yang menemui kamu, iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai fulan Bin fulan, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.

Tuesday, May 10, 2011

Sesungguhnya manusia sangatlah tidak bersyukur...

Menurut ahli kebenaran, syukur merupakan kesadaran akan nikmat dengan jalan tunduk berserah diri. Allah memberi nama pada dirinya dengan Syukur yang berarti bahwa Allah membalas mereka yang bersyukur kepada-Nya. Adapun hakikat syukur menurut Imam Al Qusyairi adalah : “pujian bagi yang berbuat baik dengan menyebut kebaikannya.” Maka Allah swt adalah Maha Syukur berarti pujian-Nya atas hamba-Nya yang tidak terhitung. Melimpahkan syukur itu adalah sifat-Nya dan Dia-lah pemberi pahala yang tidak terhitung, sekalipun ketaatan hamba-Nya tidak seberapa memadai.

Para arif berkata : “Hanya sedikit di antara hamba-hamba-Ku yang bersyukur” (QS Saba’ [34] : 13) yang berarti “sedikit sekali orang yang dapat menyaksikan bahwa nikmat itu datang dari Allah; hakikat syukur itu adalah keghaiban dari menyaksikan nikmat karena penyaksian kepada Sang Maha Pemberi Nikmat. Manusia biasanya baru bersyukur ketika ia menerima atau berhadapan denngan kenikmatan yang dirasa istimewa. Tetapi ia melupakan kenikmatan-kenikmatan yang biasa ia terima sehari-hari.

Ketahui olehmu, bermula lafaz 'KURNIA' itu adalah sesuatu yang menunjukkan pemberian atau anugerah yang diberikan oleh pemberi kepada seseorang. Kurnia juga dikaitkan dengan sesuatu yang membawa makna 'nikmat' kerana lazimnya orang yang mendapat pemberian anugerah daripada seseorang akan merasai bahawa itu adalah satu nikmat. Tidak hairanlah kerana kecenderungan untuk mendapat sesuatu nikmat memang dari sifat fitrah makhluk manusia. Biasanya ia akan disusuli dengan ucapan/perbuatan terima kasih atau bersyukur sebagai respon kepada kurnia yang diperolehinya.

Kurnia digunapakaikan mengikut tiga pengertian berdasarkan tingkat kefahaman/keimanan seseorang iaitu;

Sunday, May 8, 2011

Syukur Atas Kesyukuran

Tiga macam gambaran tingkatan As-Siddiqin yang dapat kita fahami dari contoh 3 orang lelaki yang datang kepada Raja dan bagi setiap orang dari tiga orang itu, Raja memberikan mereka seekor kuda dan sebilah pedang.


Lelaki pertama: Aku sangat senang mendapatkan kuda ini. Aku dapat naik kuda ke mana saja untuk kepentingan-kepentingan. Dengan kuda serta pedang ini pula aku dapat memerangi musuh. Orang ini senang dengan kudanya dan juga dengan pedangnya, kerana maksudnya-maksudnya dapat tercapai dengannya. Tetapi tidak ada di dalam hatinya rasa cinta kepada yang memberikan kuda itu.

Lelaki kedua: Dengan kuda dan pedang ini dapat aku memanfaatkan untuk berkhidmat kepada Raja. Aku dapat ziarah kepadanya dan aku dapat berjuang untuk menghadapi musuh. Dia bergembira dengan kuda dan pedang itu kerana dengannya dia dapat membantu keperluan, hajat dan cita-cita Raja. Dan tidak tergambar sedikit pun di dalam hatinya kepentingan-kepentingan dirinya.

Lelaki ketiga: Setelah menerima kuda dan pedeng dari Raja, hatinya berkata. Raja cinta kepadaku dan menghormati daku, sehingga dia memberi padaku hadiah-hadiah ini. Ini semua adalah perhatian dari Raja terhadapku supaya hatiku sentiasa mengingatkan dan tidak lupa kepadanya. Inilah kegembiraanku dan kesenanganku yang luar biasa. Tidak ada kegembiraan dan kesenangan bagiku yang dapat menyamai kegembiraan dan kesenangan ini. Maka kegembiraan lelaki ketiga ini menunjukkan bagaimana kecintaannya, penghormatannya dan kekagumannya kepada Raja. Sehingga bila-bila saja dan di mana saja, hatinya sentiasa tidak dapat terpisahkan lagi dari Raja yang dicintai dan kagumi itu.

Diriwayatkan bahawa Musa a.s. pernah berkata: Ya Tuhanku! Bagaimanakah boleh saya menunaikan kesyukuran nikmatMu? Dan bagiMu atas tiap-tiap rambut ada dua nikmat yang mesti aku syukuri?! Berfirman Tuhan kepada Musa: Hai Musa! Jika sekiranya engkau telah merasa bahawa engkau tidak mampu untuk mensyukuriKu, maka itu tandanya engkau sudah mensyukuriKu.