Tuesday, November 25, 2008

Pentadbiran Sufi

AHLI Sufi dan pandangan mereka terhadap masalah pentadbiran adalah berlainan sama sekali dengan pandangan lain. Pendekatan ahli sufi tentang soal pentadbiran bermula dari soal mentadbir diri sehingga membawa kepada persoalan mentadbir alam sejagat ini yang mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Pemahaman dan pendekatan yang cuba diketengahkan oleh para ahli sufi ialah melalui pendekatan Al Quran dan As Sunnah. Perjuangan yang dilagangkan oleh ahli sufi ialah metode Rasulullah S.A.W. Dalam usaha mereka untuk menzahirkan ajaran Al Quran dan As Sunnah sepertimana yang dijelaskan oleh hadis At Taifah, mereka itu menjejaki semula lorong-lorong perjuangan yang telah ditinggalkan oleh Pemimpin Agung itu.

Walaupun mereka mungkin dipisahkan oleh batasan masa, suasana ataupun negara, namun corak pemikiran ahli sufi yang diwarisi dari Rasulullah S.A.W tetap sama dan bagi siapa yang mendekati sejarah Islam akan dapat melihat keseragaman sejak daripada abad pertama Islam hinggalah kini.

Di dalam Al Quran, Allah SWT telah menegakkan bahawa dunia ini hendak diwariskan kepada orang-orang yang soleh. Orang-orang yang beriman akan diserahkan pemerintahan sepertimana Allah pernah menyerahkannya kepada orang-orang mukmin daripada umat Rasul-rasul yang terdahulu. Pentadbiran alam ini dan segala isinya, Allah SWT janjikan untuk orang-orang soleh bukannya untuk orang selain daripada mereka. Sekiranya alam ini ditadbir oleh orang kafir, ini menandakan sesuatu fenomena yang bercanggah dengan Sunnah Allah, maka akibatnya akan lahirlah kerosakan dan kebinasaan di atas muka bumi akibat tindakan manusia yang tidak layak mentadbirnya.

Ketika Rasulullah S.A.W mentadbir Madinah, kesemua penduduknya hidup dalam aman dan sentosa, baik yang muslim mahupun yang bukan Islam. Malah pentadbiran yang diatur oleh Rasulullah sanggup memberi perlindungan bukan sahaja kepada manusia bahkan kepada selain mereka. Pernah Rasulullah S.A.W menegur seorang daripada sahabat yang memetik sehelai daun hijau dengan sabdanya, "Mengapa kamu membinasakan makhluk yang berzikir kepada Allah?" Bukan sahaja manusia yang aman daripada dizalimi malah daunpun dapat menikmati hak tersebut.

Pada zaman para sahabat, pernah Sayidina Umar r.a menarik balik arahannya setelah ditegur oleh seorang wanita tua. Malah beliau masih boleh bersyukur apabila seorang sahabat mengatakan bahawa jika Umar tidak berlaku adil maka pedangnya akan membetulkan Umar.

Begitu juga halnya dengan Sayidina Ali k.w. Walaupun beliau merupakan Khalifah, namun beliau telah mematuhi arahan Qadhi yang dilantiknya agar beliau menyerahkan baju besi beliau kepada seorang Yahudi, setelah tidak dapat mendatangkan buktinya; bahawa baju besi kepunyaan beliau. Tindakannya ini menyebabkan Yahudi itu memeluk Islam!

Begitu murni sekali sikap orang-orang yang berjiwa sufi bila mereka berada di atas tampuk pemerintahan. Mereka yang menjadi pentadbir di tahap yang paling atas sekali, sanggup menerima teguran dan arahan walaupun teguran dan arahan itu datang daripada rakyatnya sendiri. Ini antara perkara yang sukar didapati pada masa kini.

Dalam soal mentadbir soal-soal ekonomi, mereka yang berjiwa sufi seperti Sayidina Abdul Rahman bin Auf telah berjaya melunaskan hutang-hutang saudara seagamanya di kedai-kedai tanpa si berhutang itu mengetahui siapa yang melunaskannya, ataupun seperti Imam Abu Hanifah yang membelanjakan keuntungan perniagaannya untuk membeli barang-barang keperluaan dan pakaian untuk para ulamak lain dan juga untuk anak-anak muridnya.

Ahli-ahli sufi berjuang untuk menegakkan Kalimah Allah, yakni hukum-hakam yang Allah telah tetapkan. Namun maksud mereka daripada penegakan hukum-hakam itu berbeza dengan golongan lain yang mendakwa mereka juga memperjuangkan Kalimatullah. Para ahli sufi, berjuang untuk menzahirkan Islam itu untuk membawa rahmat kepada seluruh alam. Mereka ingin meletakkan hukum-hakam Islam di segenap tempat dan keadaan, agar dengan pengamalan hukum hakam Islam tu, ianya membawa rahmah. Mereka berjuang atas rasa cinta pada Allah Taala dan mereka bimbang sekiranya hukum hakam Allah dicuaikan di dalam perlaksanaan kerja yang maka natijiah darinya ialah azab di dunia dan di akhirat.

Mereka, ahli sufi berjuang untuk mentadbir ekonomi secara Islam bukan semata-mata atas dorongan mahu keuntungan, tetapi mereka ini ingin membebaskan manusia daripada belenggu riba yang merupakan suatu dosa. Mereka ingin menegakkan sistem "muamalah" Islam agar dengan itu cara perdagangan dan perekonomian akan bebas daripada riba dan mencetuskan suatu sistem yang membawa rahmat.

Mereka, ahli sufi berjuang untuk meletakkan hukum-hakam di dalam soal kenegaraan, bukan kerana mereka ingin berkuasa, ataupun kerana benci kepada orang yang meneraju negara. Tetapi mereka ingin meletakkan hukum-hakam Islam di dalam pentadbiran negara agar rakyat kesemuanya dapat hidup di dalam suatu sistem pemerintahan yang adil lagi saksama dan seterusnya selamat daripada azab api neraka.

Mereka, ahli Sufi bertempur di medan peperangan bukan kerana bencikan orang kafir, tetapi membenci kekufuran yang memenuhi jiwa mereka. Perjuangan mereka bertolak daripada rasa cinta kepada sesama makhluk. Pedang yang mereka hunuskan bukan dibangkitkan oieh rasa benci, marah atau dendam tetapi atas dasar memperjuangkan hukum Allah. Oleh kerana itulah, pemilik jiwa Sufi masih boleh mempertahankan akhlak Islamiah ketika peperangan sedang berkecemuk. Hal ini terbukti ketika masa Sayidina Ali k.w memberhentikan hayunan pedangnya ke arah musuh, setelah mukanya diludahi, kerana bimbang tetakannya itu ialah kerana marah akibat diludah, bukan kerana Allah. Akhirnya musuhnya itu memeluk Islam dan syahid pula ketika bertempur di barisan Islam! Ini suatu perkara yang anih, yang sukar ditemui pada akhir zaman ini.

Suatu kelainan dalam corak pentadbiran ahlf sufi ialah tentang wujudnya bantuan kerohanian samada dari segi ma'unah, firasat, karamah ataupun mukasyarah. Merekalah sebenarnya yang berjalan di bawan naungan Al Quran. Tindak-tanduk mereka adalah mendapat bimbingan Ilahi. Berbekalkan mukasyafah, ahli sufi depat membaca pergerakan hati setiap orang yang dihadapinya. Setiap tipu helah orang kafir terpampang jelas di hadapan mereka. Penyakit yang wujud di dalam dada manusia dapat mereka fahami dan atasi.

Berbekalkan ilmu, mereka dapat meruntuhkan segunung mazmumah, dan menggantikannya dengan selembah aliran mahmudah. Mereka dapat mencairkan kedegilan yang membatu, memadamkan kedengkian yang membara secara penuh kasih sayang dan berhikmah.

Ketika pemimpin lahiriah bersusah-payah memerahkan otak untuk mendapatkan idea, ahli sufi berpeluang mengemukakan idea mereka. Ini menjadikan pandangan mereka kekal buat manfaat semua seperti Mazhab Maliki, Hanafi, Syafie don Hambali yang masih dianuti. Kitab Ihya' Ulumiddin teuns membawa kesedaran kepada manusia, di setiap masa dan ketika. Bila dunia ini ditadbir oleh ahli sufi, maka rahmat Islam itu akan depat dirasai oieh semua.

Mereka berjuang dalam setiap keadaan dan setiap tempat. Mereka berjuang ketka senang dan juga di kala susah. Mereka berjuang tanpa mengira orang puji atau orang keji. Mereka berjuang walaupun diberi gaji atau tidak. Mereka berjuang kerana Tuhan bukan kerana selainNya. Dengan didikan sufi sahajalah, akan depat dibangunkan kembali Syariatul Muhammadiah.

No comments:

Post a Comment