Allah membuat aturan, adat, sebab dan cara untuk orang yang ingin mencari Dia. Kebanyakan perkara terjadi menurut aturan. Tetapi kadang-kadang KuasaNya memecah aturan itu. Dia mencipta aturan dan adat yang baik. DijadikanNya Mukjizat yang mencarik adat dan kebiasaan.
Wahai anda yang diperangkap oleh sebab;
Jangan sangka Pembuat sebab itu telah mati. Pembuat sebab itu menzhohirkan apa yang Ia Kehendaki. Maha KuasaNya boleh melanggar semua sebab. Tetapi biasanya dibiarkanNya pelaksanaan KehendakNya menurut sebab agar si pencari boleh menyusuli tujuan kehendak mereka.
Kalau tidak ada sebab, jalan apa si pencari hendak ikut??? Mestilah ada "sebab" yang nyata di perjalanan yang diturutinya. "Sebab" itu adalah salutan pada mata; kerana bukan semua mata dapat memerhati KerjaNya. Perlulah mata yang dapat menembus di sebalik sebab dan membuang salutan itu seluruhnya. Dengan itu dapatlah dilihat Pembuat Sebab di alam yang tidak ada ruang; dan kelihatanlah semua tindakan dan usaha kita adalah "cakap kosong belaka".
Setiap yang baik dan yang buruk datang dari Pembuat Sebab. "Sebab" dan "cara" tidak ada apa-apa; kosong belaka. Ibarat sangkaan adanya hantu menghalang perjalanan Raja, agar kejahilan memerintah untuk seketika.
Kebanyakan orang memahami sebab ini sebagai sesuatu yang merujuk kepada usaha dan tadbir diri.
Sedikit orang boleh memahami sebab ini adalah sebagai suatu limpah kurnia dari Allah untuk dirinya; dan hanya ada beberapa orang sahaja yang benar-benar mengerti bahawa sebab itu adalah MusabbabNya.
- Salik memang tidak pandang kepada amal dan wiridnya;
- Demikian juga Ulama tidak pandang kepada ilmu dan kepandaian dirinya;
- Tetapi mereka masa merasai dan menilik kepada Kewujudan dirinya;
-- Mata mereka yang melihat,
-- Telinga mereka yang mendengar;
-- Mulut mereka yang berkata-kata;
-- Tangan mereka yang memegang;
-- Lidah mereka yang merasa;
-- Kaki mereka yang melangkah.
--- Sebab melihat kerana ada mata,
--- Sebab mendengar kerana ada telinga
Dan seterus-seterusnya yang menunjukkan adanya kesedaran pada wujud diri itu. Menghijabkan daripada Wujud Yang Hakiki.
Ini bukanlah soal Mengenal Allah apabila hijab itu tersingkap, tetapi adalah soal MengenalNya dalam hijab itu sendiri..........Kesempurnaan adab itu ialah memerlukan hijab itu dipelihara.........
Untuk santapan "jiwa yang memikir dan membuat kesimpulan". Jiwa yang bercahaya dan dapat menjadikan sesuatu yang lain bercahaya.
Sheikh Ibni Athoillah As-Kandari ada menegaskan keajaibannya pada orang yang tidak dapat menanggapi Wujud Allah dengan kata-katanya;
1. Bagaimana dapat dibayangkan bahawa Allah dapat dihijab oleh sesuatu, pada hal Dia(Allah) yang menzhohirkan segala sesuatu;
2. Bagaimana dapat dibayangkan bahawa Allah dapat dihijab oleh sesuatu, pada hal Dia(Allah) yang nampak zhohir pada sesuatu;
3. Bagaimana dapat dibayangkan bahawa Allah dapat dihijab oleh sesuatu, pada hal Dia(Allah) yang nampak dalam tiap-tiap sesuatu;
4. Bagaimana dapat ditutupi[dihijab] oleh sesuatu, pada hal Dia[Allah] yang nampak pada tiap segala sesuatu.
5. Bagaimana akan dapat dibayangkan bahawa Allah dapat dihijab oleh sesuatu, pada hal dia[Allah] yang ada zohir sebelum adanya sesuatu;
6. Bagaimana akan dapat dibayangkan bahawa Allah dapat dihijab oleh sesuatu, padahal dia(Allah) lebih jelas nampak dari segala sesuatu;
7. Bagaimana akan dapat dibayangkan, bahawa Allah dapat dihijab oleh sesuatu, pada hal dia(Allah) yang Esa[Tunggal] yang tidak ada di sampingnya sesuatu apa pun.
8. Bagaimana akan dapat dibayangkan, bahawa Allah dapat dihijab oleh sesuatu, pada dia(Allah) yang lebih dekat kepadamu dari segala sesuatu.
9. Bagaimana akan dapat dibayangkan, bahawa Allah dapat dihijab oleh sesuatu, padahal andaikan tidak ada Allah, nescaya tidak akan ada segala sesuatu.
10. Alangkah ajaibnya [Sungguh sangat ajaib] bagaimana nampak wujud yang di dalam 'adam [tidak ada]. Atau bagaimana dapat bertahan sesuatu yang hancur di samping zat yang bersifat Qidam.
P.S: Sebarang kesamaran dan kemusykilan sebaiknya dirujuk kepada seorang mursyid....
No comments:
Post a Comment