Sunday, October 10, 2010

Fadhilat Berzikir

Hafiz ibnu Qaiyim R.A. adalah seorang ulama hadis yang termashur, di dalam risalah Al-Wabil beliau menggariskan beberapa kelebihan berzikir antaranya:

* Zikir menjauhkan syaitan dan melemahkan kekuatannya

* Zikir menyebabkan Allah redha

* Zikir menjauhkan dukacita daripada hati manusia

* Zikir menggembirakan hati

* Zikir menguatkan badan dan menyeronokan sanubari

* Zikir memurahkan rezeki

* Zikir adalah sinaran hati dan muka

* Zikir adalah membawa orang yang berzikir itu kepada kehebatan dan kegagahan yakni dengan memandang wajahnya seseorang merasa gentar

* Zikir melahirkan cinta sejati kepada Allah kerana cinta itulah roh islam, jiwa agama, dan sumber kejayaan dan kebahagiaan. Zikrullah itu merupakan pintu cinta Ilahi.

* Zikir adalah mendatangkan hakikat Muraqabah dan Muraqabah itu membawa seseorang kepada martabat ihsan. Dengan adanya martabat ihsan maka manusia dapat beribadat kepada Allah dalam keadaan yang seolah-olah ia melihatNya

* Zikir membawa seseorang kepada penyerahan diri dengan sebulat-bulatnya kepada Allah. Dengan ini lama kelamaan maka setiap urusan dan dalam setiap keadaan Allah menjadi pelindung dan pembantu baginya.

* Zikir adalah membawa seseorang kepada Takarrub (mendekatkan diri) kepada Allah. Jika zikir itu bertambah banyak maka dengan sendirinya ia bertambah dekat kepada Allah dan semakin bertambah lalai daripada berzikir maka dengan sendirinya ia bertambah jauh dari Allah.

* Zikir adalah membuka pintu makrifat Allah

* Zikir melahirkan keagungan dan kehebatan Allah dan semangat merapatkan diri kepada Allah.

* Zikir adalah menyebabkan Allah ingat kepada seseorang yang ingat kepadanya seperti mana disebutkan di dalam Al-Quran (surah Al Baqarah 152) "Fazkuruunii azkurkum" ertinya; "kerana itu ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat pula kepada mu".

10 comments:

  1. wah sungguh menakjubkan.. Moga2 ia bermanfaat dan diamalkan oleh kite semua.. Untung la wanita yang dapat memikat hati cahayamukmin ni.. ")

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Shukran atas ziarah anda sekalian.
    Ya Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. (Al-Furqan: 74)

    ReplyDelete
  3. “Wahai Muaz, aku sangat cinta kepadamu. Maka selepas kau mengerjakan solat jangan sekali-kali kau lupa berdoa kepada Allah dengan doa ini: “Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu.”

    ReplyDelete
  4. Salam.
    Shukran atas doanya. Semoga kita semua sentiasa mengingati Allah baik di semasa susah dan senang dan juga digolong dalam hamba2 Allah yang tahu bersyukur. Ameen.

    ReplyDelete
  5. mohon share..leh x...

    ReplyDelete
  6. Salam.
    Silakan share artikelnya.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum...

    Boleh x kalo saya hebahkan pada umat islam yang lain... Terima Kasih....

    ReplyDelete
  8. Zikir itu alat pembuka kunci rahasiaNya kunci dari segala kunci, apapun dzikirnya yang penting ikhlas dalam hati

    ReplyDelete
  9. yang jelas zikir itu makanan roh kita yang paling lejat sekali, hingga jika jasad kita sudah ahli zikir maka roh kita akan mengenalkan jasad kita kepada DzatNya dan seluruh alam malakut dan rahasiaNya

    ReplyDelete