Amalan taqwa bukan setakat apa yang terkandung di dalam rukun Islam seperti puasa, zakat, haji dan sembahyang sahaja.
Bukan setakat membaca Quran atau berwirid dan berzikir sambil menggentel biji tasbih.
Bukan juga bersuluk dan beruzlah menjauhkan diri dari orang ramai.
Amalan taqwa bukan sahaja di surau atau di masjid.
Amalan taqwa adalah apa sahaja amalan dan perbuatan di dalam kehidupan yang berlandaskan syariat sama ada yang fardhu, wajib, sunat atau harus atau apa sahaja amalan dan perbuatan yang dijauhi dan ditinggalkan sama ada yang haram atau makruh yang dibuat berserta rohnya iaitu ada batinnya, penghayatan dan penjiwaannya.
Dengan kata-kata yang lain, ada terkait dengan akal, roh dan terhubung dengan Allah, dibuat kerana dan mengikut cara yang Allah mahu.
Ini termasuk segala perkara yang berlaku dalam kehidupan baik dalam kehidupan seharian, dalam bidang ekonomi, pembangunan, pendidikan, kenegaraan, kebudayaan, pentadbiran, ketenteraan, kesihatan dan sebagainya.
Asalkan apa yang dibuat atau yang ditinggalkan itu berkait dengan Allah maka itulah amalan taqwa.
Amalan yang tidak berkait dan tidak dibuat kerana Allah, itu adalah amalan bangkai yang tidak ada nyawa, jiwa atau rohnya.
Ia tidak sampai kepada Allah dan tidak ada apa-apa nilai di sisi-Nya.
Bercakap boleh jadi taqwa kalau apa yang dicakapkan itu adalah ilmu, nasihat atau perkara-perkara yang baik dan manfaat dan dibuat kerana Allah.
Diam juga boleh jadi taqwa kalau diam itu untuk mengelakkan dari berkata-kata perkara maksiat dan sia-sia atau supaya tidak menyakiti hati orang dan dibuat kerana takutkan Allah.
Dalam Islam, disamping ibadah lahir, ada banyak ibadah batin atau ibadah bersifat rohaniah.
Ibadah lahir banyak syarat rukun dan sah batalnya.
Tetapi ibadah batin tidak mengira tempat, waktu, masa,suci atau berhadas, haul atau nisabnya.
Ia boleh dilakukan bila-bila masa.
Ini termasuklah bertafakur, muhasabah diri, musyahadah, mujahadah, bertaubat, merintih dengan Tuhan, sabar dalam menanggung sakit, ujian, musibah, cacian, kehinaan dan makian orang, menyuburkan rasa-rasa bertuhan dan rasa kehambaan dan berzikir di hati.
Ini semua adalah amalan rohani yang boleh menghasilkan taqwa.
ARAHAN SUPAYA BERTAQWA !
Allah SWT berfirman:
'' Fattaqullaha mastata'tum'.
Maksudnya: ''Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah sejauh yang termungkin.'' ( At Taghabun:16)
Sejauh yang termungkin di sini bermaksud...
~Turun naik nafas mesti dijadikan taqwa.
~Mendengar, melihat, makan minum, berjalan, berhibur, semuanya mesti dijadikan amalan taqwa.
~Jangan ada satu hembusan nafas yang tidak jadi taqwa.
~Jangan ada seulas nasi yang tidak jadi taqwa.
~Jangan ada satu pendengaran atau satu penglihatan yang tidak jadi taqwa.
~Malahan jangan ada satu apa pun dalam hidup ini yang tidak membawa kepada taqwa.
~Itulah maksud sejauh yang termungkin dalam mengusahakan taqwa.
Tuesday, August 30, 2011
Apakah Amalan Taqwa Itu?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam admin..boleh tanya?saya teringin nak ambil gambar2 madah yang bergerak di bawah blog ini..bagaimana caranya ye?
ReplyDeleteSalam. Sila muat turun gambar2 madah di link berikut:
ReplyDeletehttp://www.mediafire.com/file/cu88mc5dadcdjwj/Madah.zip
Semoga bermanfaat. =)