Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Di dalam Islam perkahwinan itu adalah perkara besar mengikut Tuhan,
Kerana itulah nikah kahwin itu atas nama Tuhan,
Kerana Tuhan dan untuk Tuhan,
Oleh kerana itu pasangan perkahwinan biarlah jelas keturunan,
Samada lelaki ataupun perempuan,
Biarlah jelas suami isteri itu keturunan yang baik-baik,
Bertaqwa dan beriman,
Kerana keturunan suami isteri itu kalau dipanjangkan umur oleh Tuhan,
Melahirkan zuriat berpanjangan sampai akhir zaman,
Maka daripada suami isteri itu lahirlah satu etnik,
Atau satu bani yang dihubungkait dengan suami atau isteri,
Kalau suami isteri itu sebagai asas etnik orang baik-baik keturunannya,
Etnik yang lahir daripadanya,
Maka keturunannya bersih daripada kejahatan terutama penzinaan,
Maka etnik itulah Tuhan berkati menyambung perjuangan Islam,
Yang akan membawa umat Islam dan Islam gemilang dan cemerlang,
Oleh itu disini barulah kita faham nikah kahwin itu,
Bukan diambil mudah dan senang,
Bukan sekadar nak melepaskan tuntutan biologi,
Atau dengan kata-kata lain nak melepaskan nafsu,
Samada suami atau isteri nafsu haiwan,
Atau dengan kata-kata yang lain nikah kahwin itu,
Yang utamanya hendakkan hiburan,
Itulah yang berlaku kepada masyarakat Islam di akhir zaman,
Nikah kahwin di dalam Islam satu peranan,
Dianggap satu perjuangan yang menentukan Islam,
Dan umat Islam di masa depan,
Nikah kahwin yang dimulakan dengan niat yang baik,
Atas nama Tuhan, kerana Tuhan dan untuk Tuhan,
Perkahwinan itu akan diberkati oleh Tuhan,
Berpanjangan hingga sampai melahirkan etnik,
Dari pasangan yang berkahwin itu atas nama Tuhan,
Kerana Tuhan dan untuk Tuhan,
Apabila lahir dari pasangan hidup itu niatnya murni,
Dilakukan dengan syariat yang murni,
Dengan pilihan pasangan yang murni,
Kalau lahirlah keturunan, satu tanggung jawab dibebankan,
Iaitu mendidik anak-anak oleh suami isteri hendak diberi mereka Tuhan,
Hendak diberi kepada mereka iman dan ketaqwaan,
Sebab itulah di dalam pergaulan suami isteri bukan semata-mata hiburan,
Kalau semata-mata hiburan, haiwan pun ada perasaan,
Jangan sekadar nikah kahwin,
Jangan mensetarafkan diri kita sebagai haiwan,
Iaitu hendak melepaskan nafsu haiwan,
Atau nak menunaikan tuntutan biologi yang Tuhan jadikan,
Tuntutan selepas itu pada suami isteri,
lebih besar tanggungjawab lagi besar cabaran,
Oleh itu suami isteri yang beriman dan bertaqwa di dalam pergaulan suami isteri,
Selain daripada hiburan bukan bercerita satu sama lain di waktu lapang,
Seperti makan minum, kekayaan, pakaian, rumah dan kenderaan
Perbualan suami isteri lebih jauh daripada itu,
Biarlah perbualan itu perbualan mengenai perjuangan umat Islam,
Membualkan nasib Islam dan Islam di masa depan,
Membualkan hal Tuhan, iman dan ketaqwaan,
Dosa dan pahala,
Syurga dan Neraka,
Membualkan Akhirat, hidup yang berlama-lama di sana,
Perbualan itu bagi orang yang beriman satu hiburan, satu kebahagiaan,
Yang tidak dilunturkan oleh mana-mana zaman,
Kalau berkahwin tujuan melepaskan nafsu haiwan,
Atau tuntutan biologi insan,
Kalau ada masalah hilanglah hiburan,
Seperti sakit atau kemahuan biologi tidak ada,
Ataupun mendapat kesusahan,
Miskin dan ujian hilanglah hiburan,
Kalau kahwin tujuan semata-mata hiburan,
bila sudah tidak ada hiburan oleh keadaan yang mendatang,
Maka krisis-krisis rumah tangga pun datang,
Lama-lama bercerai,
Kalaupun tidak bercerai kerana memikirkan anak-anak,
Tetapi di mana kebahagiaan?
Sebab berkahwin dahulu niatkan hiburan,
Hiburan sudah hilang,
Sebab itulah jangan berkahwin niatnya dibataskan, seperti berhiburan,
Jangan nak menunaikan tuntutan nafsu haiwan,
Tetapi berkahwin itu biarlah atas nama Tuhan, kerana Tuhan, untuk Tuhan
Nanti Tuhan bagi hiburan berpanjangan,
Bukan hiburan sekadar menunaikan nafsu haiwan,
tetapi hiburan itu berpanjangan,
Tidak dilunturkan oleh masa dan zaman yang lebih sejati lagi hakiki,
Daripada hiburan tuntutan nafsu haiwan,
Atau tuntutan biologi insan,
Sebab itu bagi orang yang bertaqwa payah berlaku krisis rumah tangga,
Lebih-lebih lagi bercerai berai kerana ikatannya kuat,
Diikat oleh iman dan takutkan Tuhan,
Itulah hiburan yang berkekalan,
Sepanjang masa dan zaman,
Untuk suami, isteri, sampai ke Akhirat sana bertemu dengan Tuhan,
Bahkan perkahwinan kerana Tuhan, untuk Tuhan,
Kalau suami kaya dapat membela isterinya,
Bahkan keluarga-keluarga isterinya,
Kalau isteri yang kaya dapat dikorbankan kekayaan isterinya itu
Untuk suaminya dan keluarga suaminya,
Bagi orang yang beriman itu bukan satu beban tapi satu hiburan,
Tetapi berkahwin itu tujuannya kerana nafsu haiwan bukan kerana Tuhan,
Kekayaan suami tidak dapat diagih-agihkan,
Lebih daripada isterinya dan anak-anaknya,
Lebih-lebih lagi kalau isteri yang kaya,
Dianggap satu pantang larang atau satu kehinaan,
Untuk dikorbankan untuk suaminya,
Lebih-lebih lagi keluarga suaminya,
Itulah yang berlaku pada umat Islam hari ini,
Berkahwin niatnya terbatas,
Bukan kerana Tuhan,
Bukan masa depan dan Akhirat yang berpanjangan,
Sebab itulah suami isteri berkira sangat tentang kekayaan
tidak boleh berlebih kurang,
Kerana terjadinya suami isteri itu semata-mata tuntutan nafsu haiwan,
Bukan atas nama Tuhan dan untuk perjuangan Tuhan.
Thursday, March 1, 2012
Perkahwinan Di Dalam Islam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum ustaz, nak tanya sikit, kalau suami isteri tersentuh kulit, adakah terbatal wuduk?
ReplyDeleteWaalaikumussalam.
ReplyDeleteMenurut mazhab Syafi’I batal hukumnya kecuali kuku, gigi dan rambut. Manakala menurut Hanafi, Hanbali dan Maliki, tidak batal.
Untuk mengetahui secara lanjut, sila ke lelaman untuk keterangan selanjutnya:-
http://groups.yahoo.com/group/zaharuddin/message/2424
sy suka baca blog ini...kerana mmberi bnyk pngtahuan tntg khdpn seharian..
ReplyDeleteSalaam. Shukran atas ziarah anda ke blog cahayamukmin. =)
ReplyDelete