Di dalam ajaran Islam, mengenal Tuhan lebih dahulu adalah perkara yang pertama dan utama
Selepas itu barulah mengenal syariat-Nya pula
Tujuan mengenal Tuhan agar hamba-hamba-Nya di kalangan manusia cinta kepada-Nya
Pepatah Melayu ada berkata: Tidak kenal maka tidak cinta
Percaya sahaja adanya Tuhan tapi tidak kenal Tuhan sudah tentu cinta tidak berbunga
Tidak cinta kepada Tuhan, syariat-Nya orang tidak akan menghormati
Mari kita mengenal Tuhan agar kita cinta kepada-Nya
Tuhan adalah Allah yang mencipta dunia Akhirat dan seluruh isinya
Mencipta manusia bahkan mencipta segala-galanya
Dia adalah Maha Berkuasa, Maha Mengetahui, Maha Melihat, Maha Mendengar,
Maha Berkehendak dan kehendak-Nya tertunai segala-galanya
Tuhan adalah mengadakan dan mentiadakan, mematikan dan menghidupkan
Menghukum sama ada di dunia mahupun di Akhirat kerana keadilan-Nya
Tuhan adalah segala-galanya
Dialah yang memberi makan dan minum, Dialah yang menyakitkan dan menyembuhkan
Dia juga menyenangkan dan menyusahkan, memiskinkan dan mengkayakan
Menjatuhkan dan menaikkan seseorang atau sesuatu bangsa
Memberi rahmat dan nikmat, memberi niqmat dan bala bencana
Mendidik, mengasuh, menjaga dan memberi keselamatan
Memberi petunjuk dan menyesatkan sesiapa yang Dia suka
Tapi semuanya berlaku dengan ketentuan dan hukuman-Nya
Siapa yang masuk Neraka adalah dengan keadilan-Nya
Siapa yang masuk Syurga adalah dengan rahmat-Nya
Tuhan adalah Zat yang Maha Esa, tidak ada bandingan dan tandingan
Tidak ada penyamaan dan penyerupaan
Maha Suci daripada penyerupaan dan Maha Suci daripada dapat dilintaskan
Hakikat Zat-Nya Dia sahaja yang mengetahui
Tiada di kalangan makhluk-Nya yang mengetahui
Sekalipun para malaikat yang suci daripada dosa dapat mengetahui
Kuasa atau Qudrat-Nya bukan dengan tenaga, kehendak-Nya bukan dari perasaan-Nya
Tuhan tidak ada perasaan macam manusia
Yang berkuasa dan berkehendak adalah Zat-Nya
Begitu juga melihat, mengetahui, mendengar, adalah Zat-Nya
Yang mempunyai sifat-sifat itu semuanya
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Maha Qahhar dan Jabbar
Thursday, April 19, 2012
Mengenal Allah Adalah Utama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
laillaha'anta,subhanakainnikuntumminazzalimin.........
ReplyDeletemereka kata, kenalah
ReplyDeleteMati sebelum mati
agar betul kenali Allah
bolehkah tuan melanjutkan bicaranya, subhanallah
Salam...
DeleteMati sebelum mati..
iaitu keluar dr sifat makhluk kepada sifat manusia... dan keluar dari sifat manusia kepada sifat Insan Kamil... iaitu berkonsep La Haw La Wala Quwata Illa Billah... Setiap gerak dan kerja dibawah kekuasaan Allah s.w.t
Salam.
ReplyDeleteMati di sini bukanlah bererti bunuh diri. Mati di sini bermakna mematikan hawa nafsu atau membuang nafsu amarah. Buangkan nafsu ini kerana ia menghijabkan hati dengan Allah dan buat kita sering lalai dari zikrullah.
Mati di sini juga bermaksud buangkan sifat ego dan keAkuan anda dan sifat2 mazmumah seperti riak, megah, ujub yang akan merosakkan amal ibadah kita.
Tukarlah ego dan keAkuan kepada la hawla wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah) supaya ibadah kita ikhlas dan diterima oleh Allah s.w.t.
Wallahu'alam.
salam ustaz.. mohon izin utk copy...
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteSilakan post artikel2 di blog cahayamukmin. Semoga bermanfaat.