Friday, September 11, 2009

Cinta kepada Allah

Pada satu musim haji, beberapa orang ahli sufi telah berkumpul di Mekkah termasuk Abu Bakar Al-Kattani dan Al-Junaid Al-Bagdadi. Waktu itu Junaid masih lagi muda tetapi merupakan ahli sufi, yang demikian beliau merupakan kalangan ahli sufi yang termuda di dalam majlis tersebut.

Mereka sedang membahaskan konsep cinta kepada Allah khususnya menurut ahli sufi. Masing-masing mengemukakan pendapat masing-masing di dalam majlis tersebut. Setelah itu mereka yang lain merasa ingin mendengar pula pendapat ahli sufi muda ini dalam hal tersebut.

"Sila kemukakan pendapatmu wahai pemuda Iraq." kata mereka kepada Al-Junaid. Maka tertunduklah kepala Al-Junaid dan bersertalah air matanya mengalir dipipinya yang kemudian mengangkat kembali kepalanya seraya berkata,

"Orang yang asyik Cinta kepada Allah ialah orang yang membebaskan dirinya dari segala nafsunya, dan sebagai akibat daripada itu, dia hanya menyibukkan dirinya berzikir kepada Allah subhanahu wa ta`ala. Dia sentiasa melaksanakan segala tugas-tugas yang Allah suruhkan kepadanya, dia melihat kebesaran Allah dengan mata hatinya. Nur Allah dan kebesaran-Nya menguasai dan menghiasi seluruh jiwanya, sehingga kosong hatinya dari apa saja melainkan Allah. Dia telah minum air cinta yang jernih daripada-Nya. Tersingkaplah segala Hijab sehingga jelas baginya. Maka jika ia bercakap, dia tidak bercakap melainkan bersama Allah. Dari mulutnya tidak keluar satu perkataan melainkan Allah. Demikian jua jika ia bergerak, maka gerak itu atas perintah Allah, dan jika ia mendiamkan diri, dia bersama Allah. Pokoknya segala apa saja gerakan, perkataan dan fikirannya hanyalah kerana Allah dan bersama Allah."

Mendengar keterangan yang sangat menakjubkan itu, maka menangislah kesemua ahli sufi yang hadir dan syeikh yang hadir, lalu berkata "Tidak ada penjelasan yang lebih baik dan terang selain itu." Mereka tersangat kagum kepada Junaid kerana masih terlalu muda dan berupaya mengeluarkan perkataan itu. "Semoga Allah tetap membimbingmu wahai mahkota kerohanian," kata mereka lagi.

Firman Allah kepada Nabi Daud;
"HambaKu yang aku cintai adalah mereka yang mencari Aku, bukan kerana takutkan hukumanKu atau hendakkan kurniaanKu, tetapi semata-mata Aku ini Tuhan"

"Tidak beriman seorang kamu sebelum Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya daripada yang lain-lain." (Bukhari & Muslim)

Tersebut dalam Kitab Zabur:
"Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang beribadah kepadaKu kerana syurga atau neraka, kalaulah Aku tidak menciptakan syurga atau neraka, apakah aku tidak layak untuk ditaati?"

Abu Sulaiman berkata;
"Siapa yang hari ini (ketika hidup) sibuk dengan dirinya, maka dia itu nanti (setelah mati) akan sibuklah dengan dirinya sendiri. Siapa hari ini sibuk dengan Tuhannya, maka dia itu esok akan sibuk juga dengan Tuahnnya."

Wahyu Allah s.w.t kepada Nabi Isa a.s.;
"Bahawasanya Aku apabila Aku lihat pada hati hambaKu, lantas Aku tidak mendapatkan dalam hatinya cinta pada dunia dan cinta pada akhirat, nescaya Aku penuhkan hatinya itu dari 'cintaKu' (padanya)."

Kata Junaid;
"Tanda cinta itu ialah berterusan rajin dan bersungguh-sungguh dengan kerinduan.

Antara bukti kecintaan hamba kepada Khaliq:

1. Cinta untuk bertemu Tuhannya
2. Membanyakkan sujud
3. Sanggup mencari syahid dan berjuang di jalan Allah
4. Tidak akan berbuat maksiat
5. Cinta untuk berzikir kepada-Nya
6. Cinta kepada Al Quran
7. Rajin bertahajjud
8. Berasa nikmat apabila mentaati perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya
9. Tidak terpengaruh dengan celaan orang.
10. Takut- iaitu takut pada tempatnya.
11. Menyembunyikan kecintaan.

10 comments:

  1. "Orang yang asyik Cinta kepada Allah ialah orang yang membebaskan dirinya dari segala nafsunya, dan sebagai akibat daripada itu, dia hanya menyibukkan dirinya berzikir kepada Allah subhanahu wa ta`ala. Dia sentiasa melaksanakan segala tugas-tugas yang Allah suruhkan kepadanya, dia melihat kebesaran Allah dengan mata hatinya. Nur Allah dan kebesaran-Nya menguasai dan menghiasi seluruh jiwanya, sehingga kosong hatinya dari apa saja melainkan Allah. Dia telah minum air cinta yang jernih daripada-Nya. Tersingkaplah segala Hijab sehingga jelas baginya. Maka jika ia bercakap, dia tidak bercakap melainkan bersama Allah. Dari mulutnya tidak keluar satu perkataan melainkan Allah. Demikian jua jika ia bergerak, maka gerak itu atas perintah Allah, dan jika ia mendiamkan diri, dia bersama Allah. Pokoknya segala apa saja gerakan, perkataan dan fikirannya hanyalah kerana Allah dan bersama Allah."

    sy juga ikut menangis membaca ini.

    setelah 20 tahun hidup dalam kemaksiatan,sy kini terbangun dari jatuh ku,alhamdulillah sy menemui suatu perasaan yang mana sy tahu cinta pada manusia sama dekat dengan cinta pada syaitan,kerana cinta pada manusia mendekatkan sy pada kemaksiatan.sy sedang cuba mendekatkan diri pada ALLAH supaya sy mungkin akan dekat dengan syurganya.ingin menjadi kekasihnya..insyallah..

    kerana hanya ALLAH yang memberikan kebahagiaan dan hanya pada ALLAH sy meminta..

    semoga awk ditempatkan dlam golongan yang beriman.amin.terima kasih kerana mewujudkan blog ini.menjadi sumber pada sy untuk meningkatkan keimanan.;)

    ReplyDelete
  2. Salaam,

    terima kasih kerana sudi menziarahi blog ini. Tanda-tanda orang yang mencintai ALLAH ialah lidahnya sentiasa basah dengan istighfar dan taubat. Kalimat istighfar dan taubat yang kerap diucapkan ialah:

    Astaghfiruka wa atubu ilaik

    Ertinya:
    Kumohon ampun dari Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau


    Sabda Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam:
    "Ada dua titisan yang ALLAH cintai, pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH."
     
    Nabi Muhammad bersabda lagi:
    "Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali."

    Semoga anda meraih manfaat dari posting di blog ini, dan sentiasa di dalam perlindungan Allah subhanahu wa ta`ala, ameen. :)

    ReplyDelete
  3. salam..izinkan saya bertanya...bagaimana yang dikatakan dgn menyembunyikan kecintaan..merujuk kepada antara bukti kecintaan hamba kepada khaliq;no 11...

    ReplyDelete
  4. Salam. Ia bermakna tidak mempamerkan amal ibadah kita sebab takut dilanda ujub, megah dan riak. DAn seseorang wali Allah tidak mengaku dirinya sebagai kekasih Allah. Renungkanlah..=)

    ReplyDelete
  5. salam sahabat... saya tidak mengerti dengan satu riwayat yang menyatakan "orang yang mati karena cinta maka dia adalah orang mati yang menyandang kesyahidan.. apakah riwayat benar atau tidak dan maksud dari riwayat ini apakah hanya dimaksudkan rasa cinta kepada tuhan..????

    ReplyDelete
  6. mohon kongsi =)
    terima kasih =)

    ReplyDelete
  7. Salam. Silakan share2 artikel2 di blog cahayamukmin. Semoga bermanfaat.

    ReplyDelete
  8. sahabat, terima kasih karena berkongsi coretan ini.. ternyata.. saya menagis bila membacanya.. diri ini telah bnyak membuat dosa. selalu lalai menunaikan suruhannya.. betapa berdosa diri ini.. YA ALLAH.. ;(

    ReplyDelete
  9. Salam. Segala puji bagi Allah Tuhan Pentadbir Sekalian Alam. Allah Maha Pengasih dan Penyayang lebih suka tangisan hamba2Nya yang berdosa dari tasbih para wali. Ini kerana tangisan kerana Allah adalah dari hati yang merasa hina dan merasa diri seorang hamba yang dhoif.

    ReplyDelete
  10. Salam... Syukur pada Allah SWT yang menemukan saya dengan blog ini. Disini saya maklumkan bahawa sebuah masjid yang tergendala pembinaannya [ MASJID UTHMANI ]. Mohon layari www.masjiduthmani.com utk meklumat lanjut. Diatas dasar cinta suci kepada Allah SWT saya bina masjid tetapi kerana ketidakmampuan kumpul dana saya memohon dan merayu [ setelah merayu dan mengadu pada NYA ] kepada hamba Allah yang cintakanNYA supaya dapat bantu saya untuk kepentingan dan bukti cinta kita pada NYA. Amin. Terima kasih

    ReplyDelete