Tuesday, March 10, 2009

Kisah Rasulullah sebagai pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?"
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."
"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

6) Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."

"Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanankami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"

"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"

Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

25 comments:

  1. nak share bole x? :)

    ReplyDelete
  2. ustaz,,sy minta izin copy ye..tuk penghayatan diri sndri n kwn2..syukran.. :)

    ReplyDelete
  3. Salam.
    Silakan copy dan share artikelnya. Semoga memeberi manfaat. =)

    ReplyDelete
  4. Salam..mohon utk copy dan share kat facebook sy....terima kasih

    ReplyDelete
  5. Salam.
    Silakan copy dan share artikelnya di facebook. Semoga memberi manfaat. =)

    ReplyDelete
  6. Salam.Sungguh mulianya hati Nabi..Bersyukur saya sebab dapat jadi umatnya. Boleh saya copy entry ni dan share kat blog saya?Terima kasih Ustaz

    ReplyDelete
  7. Salam.
    Silakan copy artikel tentang kisah Rasulullah yang mempunyai akhlak yang tinggi.

    ReplyDelete
  8. Salam, saya minta contoh peristiwa nombor 9 untuk dijadikan isi dalam tugasan saya, harap dapat berkongsi, terima kasih :)

    ReplyDelete
  9. Diriwayatkan dari Anas bin Malik bahwasanya Nabi saw melihat seorang Arab Badwi kencing di masjid, maka beliau bersabda, “Biarkanlah dia. Hingga setelah selesai kencing beliau saw minta dibawakan air lalu disiramkannya ke tempat kencing tersebut”

    Telah diriwayatkan dari Ubaidullah bin Abdullah bin Utbah bin Mas’ud, bahawasanya Abu Hurairah ra berkata, “Seorang Arab Badwi berdiri lalu kencing di masjid, orang ramai pun mencegahnya. Maka Nabi saw bersabda kepada mereka, ‘Biarkanlah dia, dan siramlah kencingnya dengan satu timba air kerana sesungguhnya kamu diutus untuk memberi kemudahan dan tidaklah kamu diutus untuk memberi kesulitan"

    Abdan telah menceritakan kepada kami, telah mengabarkan kepada kami Abdullah, telah mengabarkan kepada kami Yahya bin Said, ia berkata, “Aku mendengar Anas bin Malik menceritakan hadis dari Nabi saw (Bab menyiramkan kencing dengan air).” Telah menceritakan kepada kami Khalid, telah menceritakan kepada kami Sulaiman dari Yahya bin Said, ia berkata, “Aku mendengar Anas bin Malik berkata, Seorang arab badwi datang dan kencing di salah satu bahagian masjid, maka orang ramai melarang dan mencelanya, lalu Nabi saw melarang mereka (melakukan hal itu). Ketika orang itu selesai kencing, Nabi saw memerintahkan untuk dibawakan satu timba air lalu disiramkan ke tempat kencing tersebut.’”

    Disebut oleh Ibnu Majah dan Ibnu Hibban dalam hadis Abu Hurairah ra, “Setelah orang Arab Badwi tersebut memahami ajaran Islam, dia berdiri menghampiri Nabi saw seraya berkata, ‘Demi bapak dan ibuku, sungguh engkau tidak berlaku kasar dan tidak mencela."

    Pelajaran yang dapat diambil,

    1) Menjaga diri dari najis dan perkara amar maaruf nahi mungkar telah menjiwai para sahabat.
    2) Berpegang kepada dalil umum sebelum ditemukan dalil khusus – Nabi saw memerintah sahabatnya menahan diri demi untuk mencapai maslahat yang lebih besar, iaitu salah satu kerusakan dengan jalan melakukan yang paling ringan risiko di antara 2 kerusakan.
    3) Keharusan bersegera menghilangkan kerusakan bila halangan sudah tiadaair sebagai alat untuk membersihkan najis. Jika tiupan angin atau pancaran matahari yang dapat mengeringkan tempat tersebut tentu Nabi saw tidak membebani sahabatnya agar membawakan air.
    4) Air untuk membersih najis yang ada di tanah hukumnya suci lalu diikutkan sama juga bagi najis yang tidak terletak di tanah. Tiada keterangan yang mereka mengangkat tanah yang dikencingi.
    5)Berlembut dengan orang yang tidak tahu dan mengajari mengenai perkara yang mesti dilakukan tanpa diiringi kekerasan menjelaskan tentang kasih saying dan kelembutan Nabi saw serta kebaikan akhlaknya.

    ReplyDelete
  10. salam..minta izin untuk copy artikel ini...
    juga terima kasih kerana menambah pengentahuan sy tentang tingkah laku rasullullah s.a.w..semoga Allah s.w.t merahmati anda..

    ReplyDelete
  11. Salam. Silakan copy artikelnya. Afwan. Semoga anda sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah.

    ReplyDelete
  12. salam..
    boleh share di fb?

    ReplyDelete
  13. Salam. Silakan share artikelnya di fb. Semoga bermanfaat.

    ReplyDelete
  14. ustaz mohon copy dan share dalam blog saya..

    ReplyDelete
  15. Salam.
    Silakan copy artikel2nya. Shukran atas ziarah anda ke blog cahayamukmin.

    ReplyDelete
  16. Salam. Silakan copy dan share artikel2 di blog cahayamukmin. Semoga bermanfaat.

    ReplyDelete
  17. ustaz..mohon utk copy n share kat blog...

    ReplyDelete
  18. Salam. Silakan copy artikel2 di blog cahayamukmin. Semoga bermanfaat.

    ReplyDelete
  19. Salam.. mohon copy artikel ni ustaz utk blog sy. Mudah2an mndapat manfaat dan berkat.

    ReplyDelete
  20. Salam. Silakan copy artikel2 di blog cahayamukmin. Semoga anda sentiasa dalam rahmat dah naungan Allah s.w.t.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalammualaikum,
      Ustaz minta izin utk buat salinan...

      Delete
  21. Wa'alaikumussalam.
    Silakan post artikel2 di blog cahayamukmin. Semoga bermanfaat.

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum , izinkan copy ye. syukrannn .

    ReplyDelete
  23. Waalaikumussalam. Afwan. Silakan share artikel2 di blog cahayamukmin. Semoga bermanfaat.

    ReplyDelete