Monday, December 12, 2011

Apa Sebenarnye Erti Khusyuk?

Kita selalu mendengar dan kadang-kadang kita bincang dan kita muzakarah tentang khusyuk. Umumnya orang kan mengaitkan khusyuk itu dengan sembahyang. Bila sahaja disebut khusyuk, terlintaslah di fikiran kita tentang penumpuan dan kehadiran hati dalam sembahyang.


Justeru itu, ramai orang hanya mengusahakan khusyuk ketika hendak memulakan sembahyang khususnya semasa takbiratul ihram. Ketika itulah kita cuba dan beusaha untuk menumpukan perhatian dan menghadirkan diri dalam sembahyang dengan mengikuti dan memahami apa yang kita baca dan mengelak dari memikirkan perkara-perkara lain yang tidak bersangkut paut dengan sembahyang itu.

Kefahaman khusyuk seperti ini telah tersimpang dari erti dan maksud khusyuk yang sebenarnya. Kerana salah faham inilah maka ramai orang tidak berjaya untuk mencapai khusyuk yang sebenarnya di dalam sembahyang walaupun telah bersembahyang selama berpuluh-puluh tahun.

Mereka sangka telah khusyuk dalam sembahyang, tetapi kesan sembahyang terhadap diri, akhlak dan peribadi sangat kurang atau minimum. Tidak nampak banyak perubahan pada diri dan peribadi walaupun sudah berpuluh-puluh tahun bersembahyang.

Walhal sepatutnya orang yang benar-benar khusyuk dalam sembahyang itu ada kesan pada dirinya. Teguh dan iman kuat dan keyakinannya. Murni dan luhur akhlaknya. Berdisiplin hidupnya. Bersih dirinya daripada berbuat maksiat dan kemungkaran kecuali terlalu sedikit. Kuat berpegang dan mengamalkan syariat Islam dan bersih hati dan jiwanya daripada sifat-sifat mazmumah dan sifat-sifat keji.

Namun begitu, jika seseorang itu sudah boleh menumpukan fikirannya di dalam sembahyang, sudah boleh mengikuti dan faham apa yang dibaca dan dilafazkannya di dalam sembahyangnya dan tidak pula teringat apa-apa perkara di luar sembahyang yang tidak ada sangkut paut dengan sembahyangnya dari mula takbir hinga dia memberi salam, ini sudah dianggap baik. Ini pun bukan mudah untuk dicapai. Tetapi ini belum lagi dianggap khusyuk. Kesan sembahyang seperti ini terhadap diri dan peribadi kita walaupun ada, terlalu sedikit dan tidak begitu ketara.

Tuntutan supaya umat Islam itu khusyuk buka terhad ketika di dalam sembahyang sahaja. Umat Islam dituntut supaya berada di dalam keadaan khusyuk setiap masa walaupun di luar, lebih-lebih lagilah di dalam sembahyang. Kalau kita tidak khusyuk di luar sembahyang, agak mustahil kita untuk khusyuk di dalam sembahyang. Kerana khusyuk itu bukan perkara akal atau fikiran atau meditasi. Khusyuk itu adalah perkara hati, jiwa dan roh. Ini melibatkan rasa-rasa terhadap Tuhan, terhadap ciptaan-ciptaan Tuhan, terhadap diri kita sebagai hamba, terhadap dosa dan pahala, Syurga dan Neraka dan sebagainya.

Perkara akal atau fikiran mungkin mudah memulakan dan menamatkan seperti kita membuka dan menutup suis lampu atau seperti kita menukar channel televisyen. Setakat membawa fikiran dan kesedaran akal kita ke dalam sembahyang mungkin lebih mudah dan boleh dibuat ketika bertakbiratul ihram. Tetapi untuk membawa `rasa' ini mustahil. Kalau rasa khusyuk tidak wujud di luar atau sebelum sembahyang, maka ia terus tidak akan wujud di dalam atau sepanjang masa kita sembahyang. Sebab perkara roh, hati dan jiwa yang membawa kepada rasa-rasa ini ialah hasil dari penghayatan dan penjiwaan. Ia tidak boleh dibuka atau di "on"kan ikut sesuka hati kita. Ia adalah keadaan dan sifat hati itu sendiri. Kalau ada rasa khusyuk maka khusyuklah dia. Kalau tidak ada maka dia tidak akan dapat khusyuk.

Allah ada berfirman:

" Di mana sahaja kamu berada, di sana ada Tuhan."

Ini membawa maksud bahawa di mana sahaja kita berada dan pada setiap masa dan ketika, kita perlu rasa bertuhan. Iaitu merasa Tuhan sentiasa melihat, mendengar, mengetahui tentang hal lahir dan batin dan sebagainya. Dalam erti kata yang lain, kita sentiasa disuruh rasa bertuhan., lebih-lebih lagilah di dalam sembahyang. Malahan di dalam sembahyang, rasa bertuhan ini sepatutnya lebih subuir, lebih hidup, lebih tajam kerana di dalam sembahyang itu ada disiplin, rukun-rukun dan syarat-syarat sah batalnya.

Kalau kita belum khusyuk di luar atau sebelum sembahyang, dan hanya mampu membawa akal dan fikiran kita sahaja ke dalam sembahyang, paling tinggi kita hanya akan dapat menumpukan perhatian dalam sembahyang dan tidak lebih dari itu. Kita tidak akan rasa hebat dengan Tuhan, rasa Allah itu maha Agung, maha Perkasa, Maha Berkuasa, Maha Pengampun, Maha Penyayang dan sebagainya. Jauh sekalilah dapat kita rasa berkasih sayang, bermanja-manja, meminta-minta, mengadu-ngadu, berbual-bual, berdialog atau mencurahkan segala rasa dan isi hati kita kepada Tuhan.

Sebenarnya perkara yang kita khusyukkan ialah apa sahaja yang mengisi dan memenuhi hati dan jiwa kita. Ertinya apa sahaja yang kita besar-besarkan, yang kita penting-pentingkan, yang kita utamakan, yang kita cemas-cemaskan, yang kita bimbang-bimbangkan, yang kita takut-takutkan dan sebagainya, itulah yang kita khusyukkan. Kalau rumah, kereta atau perniagaanlah yang mengisi hati atau jiwa kita hingga itulah yang diambil berat lebih dari segala-galanya, maka itulah dia perkara yang kita khusyukkan. Sudah barang tentu rumah, kereta atau perniagaan itulah yang akan kita bawa ke dalam sembahyang.

Khusysuk bagi orang mukmin ialah jiwa tauhidnya yang sangat mendalam dan rasa bertuhan serta rasa kehambaan dalam jiwanya begitu kuat hingga ia memenuhi seluruh pelosok hati dan perasaannya. Rasa ini tidak lekang dan dibawanya ke mana-mana. Rasa cinta dan takutnya kepada Tuhan menguasai fikiran dan jiwanya. Dia khusyuk di luar sembahyang dan dia lebih-lebih lagi khusyuk di dalam sembahyang.

Bagi orang yang belum mukmin dan ringan ketauhidannya atau bagi orang yang hanya berfikiran tauhid dan belum berjiwa tauhid atau bagi oaring yang `alimbillah (tahu Tuhan) yang belum `arifbillah (betul-betul kenal Tuhan), ibadah mereka selalunya tidak ada kualiti dan tidak sampai ke tahap khusyuk. Ibadah mereka belum ada kemanisan dan mereka merasa berat untuk beribadah. Mereka beribadah dalam terpaksa. Ini sungguh perit dan menyeksakan.

Sembahyang yang benar-benar khusyuk itu ilah sembahyang yang sentiasa mempunyai rasa-rasa yang berubah dari satu rasa ke satu rasa yang lain sesuai dengan rukun dan bacaan dalam sembahyang dari mula takbiratul ihram hingga kepada salam. Untuk mencapai rasa-rasa ini, ia mesti terlebih dahulu diusahakan dalam keadaan biasa di luar sembahyang. Hanya di dalam sembahyang ia disubur, dihidup dan ditajamkan lagi supaya kita dapat lebih berinteraksi, berhubung hati dan berhubung rasa dengan Tuhan.

16 comments:

  1. Assalam.

    tapi amat susah untuk khusyuk.. saya sampai kini masih lagi mencuba tapi masih belum berjaya...
    bagaimanapun, saya akan terus berusaha...

    dari empunya blog, xda tips ke?

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. post ini dah membuka mata saya. Harap tuan punya blog dapat kongsi dgn saya, bagaimana untuk sentiasa rasa khusyuk/sentiasa rasa berTuhan dan bagaimana untuk kita keluarkan kebesaran duniawi dari hati kita.

    ReplyDelete
  3. salam ziarah...sila2 ke blog kami juga...

    saya cukup2 tertarik dengan ayat ni...

    "Sebenarnya perkara yang kita khusyukkan ialah apa sahaja yang mengisi dan memenuhi hati dan jiwa kita."

    terasa makin dalam kefahaman saya dengan apa yang dimaksudkan dengan khusyuk itu...

    segala apa yang kita fokuskan di dalam kehidupan,itula yang kita khusyukkan...

    terima kasih banyak2 atas pengisian ini...
    salam ziarah sekali lagi...:)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah... jazakallah atas nasihat ini

    ReplyDelete
  5. Salam.
    Shukran atas ziarah anda sekalian ke blog cahayamukmin. Khusyuk adalah amalan batiniah atau amalan hati. Maka hati mesti disemai dengan sifat mahmudah seperti qanaah, zuhud, ikhlas, tawakal, redha, dll dan membuang sifat mazmumah.

    Perbanyakkanlah mengingati Allah dan bertafakur tentang ciptaan alam semesta. Di akhir zaman, dunia dihiasi dengan hiasan indah dan membuat ramai cintakan dunia. Walau bagaimanapun, bermujahadah melawan nafsu. Dengan izin dan rahmat Allah, kita akan memperolehi khusyuk.

    Wallahua'alam.

    Read more: http://cahayamukmin.blogspot.com/2011/12/apa-sebenarnye-erti-khusyuk.html#ixzz1gVyfbCvZ

    ReplyDelete
  6. syukur la atas pergertian yg baru diterima..ada orang yg fikir menjaga sembahyang itu ialah solat tepat waktunya,5x 1hari sahaja..

    sedangkan ada solat yg 24/7 iaitu hati yg khusyuk sentiasa ingat pada Allah walau diluar waktu solat..qolbu yg sentiasa solat tak kira waktu..

    ReplyDelete
  7. Salam.
    Jazakallah khair kathiran.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah entry yang amat menarik... jazakillah khair.. ^_^

    ReplyDelete
  9. Bagi orang yang belum mukmin dan ringan ketauhidannya atau bagi orang yang hanya berfikiran tauhid dan belum berjiwa tauhid atau bagi oaring yang `alimbillah (tahu Tuhan) yang belum `arifbillah (betul-betul kenal Tuhan), ibadah mereka selalunya tidak ada kualiti dan tidak sampai ke tahap khusyuk. Ibadah mereka belum ada kemanisan dan mereka merasa berat untuk beribadah. Mereka beribadah dalam terpaksa. Ini sungguh perit dan menyeksakan.


    Sembahyang yang benar-benar khusyuk itu ilah sembahyang yang sentiasa mempunyai rasa-rasa yang berubah dari satu rasa ke satu rasa yang lain sesuai dengan rukun dan bacaan dalam sembahyang dari mula takbiratul ihram hingga kepada salam. Untuk mencapai rasa-rasa ini, ia mesti terlebih dahulu diusahakan dalam keadaan biasa di luar sembahyang. Hanya di dalam sembahyang ia disubur, dihidup dan ditajamkan lagi supaya kita dapat lebih berinteraksi, berhubung hati dan berhubung rasa dengan Tuhan


    sy selalu solat...xbrp nk kusyuk..kdg2 sy rasa...solat sy xditerima...dan punca solat on off ada lah sb kusyuk ni la.. dan bila xsolat...jiwa rasa KOSONG...:-(..bantu la saya...

    ReplyDelete
  10. Salam.
    Solat adalah wajib bagi setiap orang islam. Ia adalah tiang agama. Solat diterima atau tidak diterima semua itu adalah keputusan Allah. Anda solat untuk mendapat khusyuk akan dikira mujahadah dan ada pahala di situ. Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Allah Maha Mengetahui tentang hamba2Nya yang hidup di akhir zaman yang jauh dari zaman Rasulullah s.a.w. dan sibuk dengan dunia yang mencabar.

    Kalau Allah hendak mengadili solat dengan rahmatNya, nescaya akan diterima solat anda. Kalau Allah hendak mengadili solat dengan keadilanNya, nescaya binasalah amalan kita. Maka, kita harus ada sifat khauf (takut) dan roja' (harap) tentang amalan kita.

    Banyaklah ingat Allah, hati akan jadi tenang tenteram. Yakinlah kepada Allah, Allah akan permudahkan urusan kita.

    Semoga anda digolongkan hamba2 Allah yang diredhaiNya. Amin Ya Rabbal 'Alamin. :-)

    ReplyDelete
  11. [Tinta Nurani] Jazakallah khair kathiran. :-)

    ReplyDelete
  12. Salam

    Terima kasih tajuk entry saudara , saya mempunyai masalah khusyuk dalam solat saudara , saya pun baru nak mula berubah sejak saya meninggalkan solat saya sudah bertahun.., betul cakap saudara , solat yg tiada khusyuk ibarat memaksa diri dan menjerihkan , inilah terjadi pada saya..saya amat takut bila saya bertaubat akan buat balik dosa yg lama,kadang2 saya terperangkap dengan jerat diri saya sendiri ...saya harap saudara dapat bantu =( saya ingin berubah

    ReplyDelete
  13. Salam. Banyaklah istighfar kepada Allah dan berjihadlah melawan hawa nafsu. Allah Maha Pengampun. Allah suka kepada hamba2Nya yang mengaku dirinya telah berbuat dosa. Berkawanlah dengan orang2 soleh supaya secara tidak langsung kita akan mengikuti tingkah laku mereka.

    ReplyDelete
  14. lepas 2 kalau solat awal x dak khusyuk x dak guna???

    ReplyDelete
  15. Solat adalah tiang agama. Walaupun solat kita tidak khusyuk, kita harus semai di hati utk bermujahadah sehingga solat kita khusyuk. Allah Maha Megetahui tentang hamba2Nya yang hidup di akhir zaman yang penuh dengan cobaan seperti mengenggam bara api.

    Semoga Allah berikan kita taufiq dan hidayahNya utk mendapat solat yang khusyuk dan mengampun dosa2 kita yang banyak kelalaian untuk mengamalkan ibadah.

    ReplyDelete