Cinta itu mahal,
Jangan beri cinta pada sebarangan,
Memberi cinta atau meletakkan cinta kepada sebarangan adalah sia-sia
dan akan menyesal,
Kerana cinta itu mahal biarlah pulangannya sepadan dengan mahalnya,
Kalau kita cinta kepada sesuatu kita pula yang memberi sesuatu
kepadanya
adalah orang yang bodoh macam baghal,
Kita beri cinta pada perempuan terutama yang bukan isteri kita,
berbagai-bagai perkara dan benda dia minta kita berikan kepadanya,
Bukan dia yang memberi sesuatu kepada kita bukankah kita dibodohinya?,
Adakalanya setelah dia kikis harta dan kekayaan kita, dia pun tarik
diri dari kita
apakah untungnya?,
Begitu juga kita berikan cinta kepada isteri kita, berbagai-bagai
perkara yang dia minta kita kena beri juga,
Dia tidak fikir lagi apakah kita ada atau tidak ada,
Sudahlah cinta kita beri kepadanya, kita diminta pula apa sahaja!,
Sepatutnya dialah yang memberi kita apa sahaja,
Kerana kita telah bayar dengan kecintaan kepadanya, cinta itu bukankah
mahal?
Kita cinta harta, kita cari untuk kita milikinya,
Siang malam kita tidak rehat dibuatnya kerana cintakan harta,
Setelah dapat apa yang kita mahu,
Banyaklah harta yang ada pada kita, hingga kita jadi orang kaya,
Aduh! Sedihnya kita pula kena jaga harta,
Kalau tidak jaga orang curi pula atau dia binasa,
Sepatutnya kecintaan telah kita beri kepadanya, dialah jaga kita,
mengapa pula kita jaga dia,
Kita pula telah diperbodoh oleh harta,
Kita diperhambanya hingga menyusahkan kita,
Kita letak dia di tempat yang mulia dan terpelihara,
Hartalah yang mulia bukan kita yang mulia, kita tidak dipedulikannya,
Sekali lagi harta boleh memperbodoh kita.
Mengapa manusia tidak pandai meletakkan cinta,
kepada Zat Dialah yang akan menjaga kita,
Dia akan urus kita, bertanggungjawab kepada kita, memelihara kita,
Siang malam Dia akan jaga kita,
Di waktu susah disenangkan-Nya kita!,
Ketika sakit disembuh-Nya kita!,
Di kala kita miskin dikayakan-Nya kita!,
Di waktu kita lapar dikenyangkan-Nya kita!,
Di waktu kita takut, dihiburkan-Nya kita!,
Bahkan Dia memberi segala-galanya kepada kita selama mana kita masih
hidup di dunia.
Yang saya maksudkan ialah Tuhan kita yang menghidup dan mematikan kita,
Bukankah baik kita cintakan Dia, kita beri kasih sayang kepada-Nya,
Alangkah patutnya bahkan indahnya kita mencintai satu Zat yang belum
kita kenal Dia jauh sekali mencintai-Nya,
Dia telah beri kita hidup, rezeki, kesihatan, hiburan dan lain-lainnya,
Kita belum beri kasih sayang kepada-Nya Dia telah pemurah dengan kita,
terutama udara,
Tanpa kita bayar apa-apa kepada-Nya,
Kalaulah kita kenal Dia dan cinta pula dengan-Nya Dia akan beri kita
sesuatu yang bersifat rohani dan maknawi pula,
Yang bersifat maknawi dan rohani itu lebih mahal daripada kehidupan
yang lahir di dunia,
Untungnya kekal abadi, kita terima di Akhirat sana di dalam Syurga.
Apakah dia?,
Iaitu rahmat-Nya,
Dia akan anugerah yang lebih besar lagi yang kita akan terima dari-Nya,
Hidayah-Nya taufiq-Nya, iman dan taqwa, cinta-Nya, redha-Nya,
keampunan-Nya akhirnya adalah Syurga-Nya,
Mengapa kita tidak jatuh hati dengan Zat yang kita tidak cinta pun
pemurah-Nya sudah diberi-Nya kepada kita?,
Kalau kita cintai Dia lebih besar lagi kita terima redha dan
keampunan-Nya,
Kita tidak payah jaga Dia, Dialah yang jaga kita,
Kita tidak payah tadbir Dia, Dialah yang mentadbir kita,
Kita tidak payah menjaga keselamatan-Nya, Dialah yang menjaga
keselamatan kita,
Bahkan di waktu kita tidur pun Dia jaga kita begitu setia.
Mengapa kita beri cinta murahan, yang menyusahkan kita,
Kitalah yang memberinya bukan dia memberi kita,
Macam-macam kita memberinya itu pun dia tidak setia,a
Alangkah bodohnya kita bahkan malang sekalilah kita kerana ditipunya
kita,
Di mana akal kita hingga tidak mampu berfikir secara rasional,
Marilah kita merubah sikap untuk menyelamatkan diri kita,
Kita cintailah Tuhan, yang Dia memberi kita segala-galanya hidup dan
mati kita,
Cintakan Tuhan selamat kita ke Syurga.
Wednesday, November 21, 2012
Hakikat Cinta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cinta Allah abadi..
ReplyDeleteassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kadang2 cinta kepada manusia tidak berbalas..tapi,cinta kepada Allah pasti berbalas,kerana itu adalah cinta hakiki dan yang paling selamat untuk dimiliki..terima kasih Allah..segala puji2an bagi Allah..
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Segala puji bagi Allah yang sentiasa mencurah2 nikmat2Nya kepada hamba2Nya yang sering kali lalai. Kasih sayang Allah lebih dari sayangnya seorang ibu kepada anak.
ReplyDeleteTerbaik .syukran jazilan. Cinta Allah mmg tiada batasnya dan tak akan pernah merugikan kita.
ReplyDeleteJazakallahukheir