Monday, November 26, 2012

Tuhan Berkuasa Ke Atas Kita

Setiap hari engkau menghirup udara,
engkau boleh lupakan Tuannya?!
Itulah Tuhan yang menghidupkan engkau
Kalau Tuhan stop udara matilah engkau
Mengapa engkau boleh melupakan Tuhan begitu sahaja?!

Setiap hari engkau makan rezeki dari Tuhan
Engkau tidak jatuh hati dengan-Nya
Bahkan engkau boleh melupakan-Nya
Betullah engkau hamba yang tidak ada hati perut!
Di waktu engkau sakit Tuhan sembuhkan
Di waktu perlu rehat Tuhan tidurkan,
bangun segar semula
Engkau bertenaga semula,
boleh menyambung kerja

Engkau tidak terasa terhutang budi kepada-Nya?
Engkau tidak nampak lagikah
kuasa Tuhan kepada engkau
Dia boleh memperbagaikan keadaan engkau
Sekali-sekala engkau gembira,
sekali-sekala engkau dukacita
Adakalanya engkau sakit,
adakalanya engkau sihat

Begitulah seterusnya Tuhan menjadikan engkau
berbagai-bagai keadaan
Engkau ingat itu semuanya kuasa engkau
Itulah dia kuasa Tuhan yang Maha Berkuasa
Takutilah Tuhan,
Dia boleh buat apa sahaja kepada kita

6 comments:

  1. As Salam, i am currently conducting a survey about mosque in Malaysia for my master thesis. it would be a big help if u could help me to answer the survey. Thanks in advance.
    https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dGhMa19JeDlpZ04xajZTVnROYVl2cWc6MQ#gid=0

    ReplyDelete
  2. as salam...izinkan saya berkongsi di fb dan blog saya...

    ReplyDelete
  3. Salam. Silakan kongsi artikel2 di blog cahayamukmin. Semoga bermanfaat.

    ReplyDelete
  4. salam, mohon share artikal ini..t.q

    ReplyDelete
  5. Salam. Silakan share artikel2 di blog cahayamukmin. Semoga bermanfaat.

    ReplyDelete
  6. menarik sajaknya..
    jemput melawat blog saya juga

    ReplyDelete