Allah tidak memandang kepada kekayaan, kecantikan dan kepintaran kita dalam melakukan sesuatu perkara tanpa disertai niat yang lahir dari hati yang benar-benar ikhlas. Semua manusia mampu berbicara mengenai hati tetapi tidak mampu memelihara dan mengawal ia daripada sifat-sifat yang kotor seperti amarah, hasut, benci,takabbur, riak dan ujub.
Malah rupa sahaja yang cantik tetapi hati gelap dirasuki syaitan dan nafsu. Ego untuk menerima teguran, berbangga dengan kepetahan bercakap di khalayak ramai tanpa mempraktikkan apa yang disampaikan, mengatakan diri sahaja yang betul, merasa diri hebat daripada orang lain, memandang orang lain dengan pandangan hina, itulah antara penyakit hati yang mewarnai kehiupan umat Islam hari ini.
Ketahuilah sahabat yang dikasihi semua ujian hati ini akan lebih teruji pada insan-insan yang bekerja untuk Islam. Mereka yang faqih dengan ajaran Islam, yang selalu berpesan pada kebenaran. Ia tidak pernah disedari sebati di dalam jiwa kita, terpalit seperti terpalitnya najis di kain putih yang sebelumnya tidak pernah dikotori. Air mata yang insaf tidak mampu membersihkannya kerana hati sering mentaati bisikan mungkar yang mengajak mengulanginya.
Hati yang sedar berbeza daripada hati yang lalai. Hati yang sedar sentiasa menginsafi akan hakikat kejadiannya pada masa orang lain tidak menyedarinya. Hati ini faham bahawa ia dijadikan untuk mengabdikan diri kepada Allah swt sahaja. Taat dan patuh kepada segala perintah tanpa soal atau merasa keberatan. Hati yang sedar ini juga insaf bahawa ia akan kembali kepada Allah dan dipersoalkan tentang segala apa yang telah dilakukan di dunia.
Hati yang sedar yakin dan benar-benar beriman kepada Allah swt . Hati yang sedar adalah hati yang gementar terhadap kekuatan Allah, hati yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta rukun iman yang lain juga rela mengorbankan segala jiwa dan raga untuk perjuangan Islam. Imannya sentiasa menjadi pemancar untuk setiap amalannya. Apa jua yang dilakukannya hanyalah untuk mendapat keredhaanNya. Sentiasa terbayang akan janji-janji Allah dibenaknya yang tidak terpaut dengan dunia dan takut dengan siksaan Allah kelak.
Hati yang lalai membenci dan menentang kebenaran. Redha bersama kebathilan yang ada walaupun mengecapi nikmat Allah tanpa bersyukur. Hati yang sedar akan sering menjaga syaksiah dan akhlaknya. Mudah mengukir senyuman dan memberi salam, menghormati dan meraikan sahabat ketika bercakap. Hati yang sedar akan sering bermunajat dengan Allah di malam hari ketika manusia lain sedang nyenyak tidur...
YA ALLAH KU INSAN YANG HINA DAN TIDAK LAYAK UNTUK SYURGAMU . KUGAGAHI DIRI INI UNTUK BERTEMU MU, PANDANGLAH AKU DENGAN PANDANGAN RAHMATMU DAN AMPUNKANLAH SEGALA DOSAKU. AMIIN.
Sunday, December 9, 2012
Hati yang sedar, Hati yang lalai
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ya Allah susah benar nak didik hati in supaya tidak lalai.
ReplyDeleteTerima kasih.
Semoga allah dan rasulullah memimpin kita semua
ReplyDeleteke jalan dunia akherat.
amien,,,
Salaam. Amin. Semoga kita sentiasa dalam naungan dan pimpinan Allah.
ReplyDeleteAmin Ya Allah..
ReplyDeleteAssalamualaikum Wbt...Izinkan Ukhty mengambil post2 didalam blog ana akhi untuk dkongsi untuk kebaikan bersama sahabat2 yang membaca FB ini...
ReplyDeleteSalam. Silakan share kisah2 dan artikel2 di FB anda. Semoga bermanfaat.
ReplyDelete