Wednesday, December 9, 2015

Keutamaan Mengajar

Ayat-ayat al-Qur'an mengenai keutamaan mengajar ini ialah antaranya firman Allah Ta'ala:

"Hendaklah mereka memberikan peringatan kepada kaumnya, apabila telah kembali kepada mereka nanti, moga-moga mereka berhati-hati." (surah at-Taubah, ayat 122)

Maksudnya ialah memperingatkan mereka itu dengan pelajaran dan petunjuk yang diperolehinya.

"Dan di waktu Tuhan mengambil janji orang-orang yang diberikan olehnya kitab; iaitu hendaklah kamu sekalian menerangkan perkara-perkara yang tersebut di dalam kitab itu, dan jangan sampai kamu menyembunyikannya." (surah ali-'Imran, ayat 187)

Maksudnya ialah mewajibkan orang yang berilmu itu menyebarkan ilmunya dengan mengajar.

"Ada sebahagian daripada mereka itu yang menyembunyikan kebenaran, sedangkan mereka itu mengetahui (hukumnya)." (surah al-Baqarah, ayat 146)

Maksudnya menghukumkan salah atau haram orang yang menyembunyikan ilmu pengetahuannya, sebagaimana dihukumkan haram pula orang yang menyembunyikan penyaksiannya. 

Firman Allah subhanahu wa ta'ala:
"Barangsiapa menyembunyikannya (penyaksian), maka berdosalah hatinya." (surah al-Baqarah, ayat 283)

"Siapakah orang yang lebih baik ucapannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan berbuat kebaikan?" (surah Fussilat, ayat 32)

Allah berfirman lagi:

"Serulah ke jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan nasihat yang baik." (surah an-Nahl, ayat 125)

"Dan dia mengajarkan kepada mereka (kandungan) kitab dan kebijaksanaan." (surah al-Baqarah, ayat 151)

Adapun hadith-hadith yang menunjukkan tentang keutamaan mengajar, umpamanya pesanan baginda Rasulullah sollallahu 'alayhi wasallaam ketika mengirim Mu'az ke Yaman, bunyinya:

"Andaikata Allah subhanahu wa ta'ala memberikan hidayah kepada seseorang dari hasil usahamu, adalah lebih baik bagimu dari dunia dan seisinya."

Sabda Rasulullah sollallahu 'alayhi wasallaam:

"Sesiapa yang mengetahui sesuatu ilmu lalu disembunyikannya, nescaya di Hari Kiamat nanti, ia akan dikekang oleh Allah subhanahu wa ta'ala dengan tali kekang dari api neraka."

"Sesungguhnya Allah subhanahu wa ta'ala dan para Malaikatnya, begitu juga penghuni langit dan buminya, sehingga semut yang berada di lubangnya dan ikan yang di lautan, semuanya memohon rahmah bagi orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang ramai." 

"Apabila seorang anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah amalannya melainkan dalam tiga perkara: iaitu sedekah jariah (yang berterusan), ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan baginya." 

"Orang yang menunjuk ke jalan kebaikan sama seperti mengerjakannya."

Ada satu sabda lagi berbunyi: "Moga-moga Allah mencucurkan rahmahNya ke atas khalifah-khalifahku. Baginda lalu ditanya: Siapakah mereka khalifah-khalifahmu? Rasulullah sollallahu 'alayhi wasallaam bersabda lagi: Mereka itu ialah orang-orang yang menghidupkan sunnahku serta mengajarkannya kepada hamba-hamba Allah."

Dari atsar pula, apa yang diriwayatkan dari Mu'az, katanya:

"Pelajarilah ilmu pengetahuan, sebab mempelajarinya kerana Allah ialah tanda takut kepadaNya, menuntunya ialah ibadah, menelaahnya ialah tasbih, mencarinya ialah jihad, mengajarkannya kepada orang yang belum mengetahui ialah sedekah, memberikannya kepada ahlinya ialah kebaktian. Dialah kawan dalam masa kesepian dan teman dalam masa kesunyian. Dialah penunjuk jalan kepada agama, dan pendorong kesabaran dalam masa kepayahan dan kesempitan.

Allah mengangkat setengah-setengah kaum kerana ilmu pengetahuannya, maka dijadikannya pemimpin, penghulu dan penunjuk jalan kebaikan yang diikut oleh orang ramai. Orang yang berilmu pengetahuan itu juga menjadi model utama dalam amalan kebajikan, dicontohi segala jejak langkahnya, dan dituruti segala kelakuannya. Dengan ilmu pengetahuan seorang hamba itu akan sampai ke peringkat orang-orang yang terpuji ketaatannya dan tertinggi kedudukannya. 

Memikirkan perihal ilmu pengetahuan setanding pahalanya dengan berpuasa, dan menelaahnya setanding pahalanya dengan bangun beribadah di tengah malam. Dengan ilmu pengetahuanlah manusia mentaati Allah azza wajalla, memperhambakan diri kepadaNya, mengesakanNya dan membesarkanNya. Dengan ilmu pengetahuan juga manusia boleh mencapai darjat kewajiban kewara'an, dan dengannya pula manusia akna menyambung silaturrahim. Dengan ilmu pengetahuan juga, ia akan mengenal yang halal dan haram. Ilmu pengetahuan itu adalah diumpamakan sebagai pembimbing, manakala amalan pula menjadi pengikutnya. Berbahagialah orang yang menerima ilmu dari ilmu pengetahuan, dan celakalah orang yang terhalang dari ilmu pengetahuan.

Berkata al-Hasan radhiaAllahu 'anhu: "Kalaulah tidak kerana para ulama, nescaya manusia sekaliannya sama seperti binatang."

Maksudnya ialah dengan adanya guru dan para ulama yang mengajar manusia, terkeluarlah mereka dari peringkat-peringkat kebinatangan dan masuklah ke dalam peringkat kemanusiaan.

Tukilan dari buku:
Bimbingan Mu’minin - pada mencari redha Rabbil-‘alamin (Imam Ghazali)
Penterjemah: Ustaz Syed Ahmad Semait
Penerbit: Pustaka Nasional Pte Ltd

Monday, December 7, 2015

Keutamaan Ilmu Pengetahuan

Di dalam al-Qur’an al-Karim terdapat banyak sekali ayat yang menunjukkan kepada keutamaannya ilmu pengetahuan itu. Antaranya ialah:

“Allah telah menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan melainkan Dia juga, begitu pula para Malaikat dan para ahli ilmu pengetahuan turut menyaksikan sama, iaitu Tuhan yang berdiri di atas keadilan." (surah ali-‘Imran, ayat 18)

Perhatikanlah pada ayat yang tersebut di atas itu, bagaimana Allah subhanahu wa ta’ala telah memulakan penyaksian itu dengan diriNya sendiri, keduanya dengan para Malaikat dan sesudah itu dengan para ahli ilmu pengetahuan. Itu sahaja sudah cukup untuk membuktikan betapa tingginya keutamaan ilmu pengetahuan dan kelebihannya.

“Allah telah mengangkat orang-orang yang beriman dari golongan kamu, dan begitu pula orang-orang yang dikurniai ilmu pengetahuan beberapa darjat.” (surah al-Mujadalah, ayat 11)

“Katakanlah: Tiada serupa orang-orang yang berilmu pengetahuan dengan orang-orang yang tiada ilmu pengetahuan.” (surah az-Zumar, ayat 9)

“Hanyasanya orang yang takut kepada Allah dari golongan hamba-hambaNya itu ialah orang-orang yang berilmu pengetahuan.” (surah Fatir, ayat 28)

“Andaikata mereka mengembalikannya (berita itu) kepada Rasul dan kepada orang-orang yang memegang urusan pemerintahan di antara mereka, tentulah halnya telah dimengerti oleh orang-orang yang menelitinya dalam golongan mereka itu.” (surah an-Nisa’, ayat 83)

Jadi hukum mengenai perkara-perkara yang berlaku itu harus dikembalikan kepada kebijaksanaan orang-orang yang berilmu pengetahuan, kerana martabat mereka ditingkatkan dengan martabat para Nabi dalam menyingkap hukum-hukum Allah subhanahu wa ta’ala.

Adapun hadith-hadith yang berkenaan dengan keutamaan ilmu pengetahuan ada banyak juga, seperti:

“Siapa yang dikehendaki baik oleh Allah, maka Allah akan meluaskan pengetahuannya dalam hukum-hakam agama dan akan diilhamkanNya petunjuk dalamnya.”

“Para ulama itu adalah warisan para Nabi.”

Tentulah tiada martabat yang lebih tinggi dari martabat kenabian, dan tiada kemuliaan yang lebih utama dari kemuliaan mewarisi martabat itu.

Rasulullah sollallhu ‘alayhi wasallaam bersabda:

“Apabila datang kepada satu hari, sedang pada hari itu aku tiada bertambah ilmu pengetahuan untuk mendekatkan diriku kepada Allah azza wajalla, maka tiada akan diberkati bagiku terbitnya matahari hari itu.”

Sabda Rasulullah sollallahu ‘alayhi wasallaam dalam menentukan kelebihan ilmu pengetahuan atas segala rupa ibadah dan penyaksian, katanya:

“Keutamaan seorang yang berilmu pengetahuan ke atas seorang yang banyak ibadahnya, laksana keutamaanku ke atas serendah-rendah orang dari golongan sahabatku.”

Cubalah perhatikan, betapa ilmu pengetahuan itu dipersamakan seiring dengan darjat kenabian, dan betapa pula direndahkan martabat sesuatu amalan yang sunyi dari ilmu pengetahuan, sekalipun orang yang beribadah itu cukup mengetahui dengan ibadah yang ia lakukan itu sehari-harian, kerana kiranya ibadah itu ditunaikan tanpa ilmu pengetahuan, tentulah ianya tidak boleh dinamakan ibadah.

Rasulullah sollallahu ‘alayhi wasallaam bersabda lagi:

“Kelebihan seorang ‘alim atas seorang ‘abid, laksana kelebihan bulan purnama ke atas seluruh bintang-bintang.”

Antara wasiat Luqman al-Hakim kepada anaknya ialah: “Wahai anakku! Pergauilah para ‘alim ulama dan rapatilah mereka dengan kedua lututmu, sebab Allah subhanahu wa ta’ala menghidupkan hati dengan nur (cahaya) hikmah, sebagaimana Dia menghidupkan bumi dengan hujan lebat dari langit.

Tukilan dari buku:
Bimbingan Mu’minin - pada mencari redha Rabbil-‘alamin (Imam Ghazali)
Penterjemah: Ustaz Syed Ahmad Semait
Penerbit: Pustaka Nasional Pte Ltd

Friday, July 11, 2014

Orang Mukmin Yang Baik Itu Unik

Orang mukmin yang baik itu hidupnya luar biasa
Unik dan berbeza sangat dengan manusia yang lain
Dia berhadapan dengan kehidupan penuh tenang
Kejahatan orang tidak dibalas dengan kejahatan
Bahkan didoakan orang yang membuat jahat dengannya
Berhadapan dengan ujian dia tenang
Berhadapan dengan nikmat dia bersyukur

Jadual waktunya dengan Tuhan tetap dan istiqamah
Walau di dalam keadaan susah dan senang
Bermesra dengan orang
Tetamu yang datang dihormati sesuai dengan kedudukannya
Tidak boleh mendengar orang mendapat kesusahan
Selagi tidak dapat ditolongnya, menderita jiwanya

Merendah diri adalah budaya hidupnya
Setiap orang yang meminta pertolongan jarang tidak ditunaikannya
Pemurah sangat terserlah di dalam kehidupannya
Tidak pernah mengeluh berhadapan dengan penderitaan
Tapi dia mengeluh dengan dosa-dosanya
Atau mengeluh bila berhadapan dengan kelemahan dan kecuaian

Rasa kehambaan tampak kelihatan pada mukanya
Tuhan selalu sahaja disebut-sebut di dalam perbualannya
Nampak sangat bahawa Tuhan itu adalah sandaran hidupnya
Gembira tidaklah sampai ketawa berdekah-dekah
Kesusahannya tidaklah sampai muram di mukanya
Lebih-lebih lagi tidak rasa kecewa dan putus asa berhadapan dengan kesusahannya
Tawakal, sabar dan redha adalah menjadi budaya hidupnya

Wednesday, July 9, 2014

Fahamilah Maksud Perbuatan Tuhan

Orang yang tidak kenal Tuhan,
Orang yang tidak faham kerja-kerja Tuhan
Dia tidak akan faham maksud Tuhan menjadikan sesuatu
Maksud Tuhan itu difaham mengikut yang dia faham
Akhirnya dia tidak mampu menanggung, apa yang dilakukan oleh Tuhan pada dirinya

Kalau Tuhan beri dia kuasa,
Tuhan hendak melihatkan kuasa-Nya pada diri orang itu
Tapi orang itu merasa berkuasa dan berbangga dengan kuasa yang ada
Dia pun takbur dan sombong dan menyalahguna kuasanya

Jika dia diberi kekayaan,
Tuhan hendak melihatkan kekayaan-Nya pada diri orang itu
Tapi orang itu dialah yang merasa kaya, dia pun megah dan sombong
Dia pun menghina orang yang papa kedana

Apabila Tuhan memberi ilmu,
Tuhan hendak memberitahu ilmu-Nya pada orang itu
Ilmu Tuhan yang diberi kepadanya
Orang itu menganggap dialah yang punya ilmu,
Dia mahu dihormat dan dipuji
Dia rasa, dialah orang alim yang patut dimuliakan
Padahal Tuhan hendak melihatkan ilmu-Nya pada orang itu

Jika seseorang itu suaranya sedap atau rupa parasnya cantik
Tuhan memberitahu itu adalah anugerah Tuhan padanya
Tuhan pinjamkan kepadanya
Tapi orang itu merasa megah pula dengan suara dan rupanya
Ingin dipuji dan disanjung selalu


Kalau Tuhan uji seseorang dengan kesusahan dan penderitaan
Tuhan hendak memberitahu,
Dia mampu bertindak apa sahaja kalau Dia mahu
Dia mahu orang itu sedar dan insaf agar kembali kepada-Nya
Tapi orang itu pula dia tidak senang, gelisah, kecewa dan putus asa
Begitulah orang yang tidak kenal dan tidak faham perbuatan Tuhan

Orang itu tidak akan rasa tenang jiwanya
Jiwanya tidak senang dan kecewa selalu mungkin putus asa
Hormat orang tidak kekal, sanjungan orang tidak selalu
Pujian orang tidak mesti sampai ke hujung
Kemegahan dan kekuasaan tidak selama-lamanya
Apabila segala-galanya sudah tidak wujud
Lagi kecewa, menderita, putus asa

Oleh itu kenalilah Tuhan,
Fahamilah maksud perbuatan Tuhan
Bukan maksud seperti yang kita fahami

Ramadhan Tiba Lagi

Dengan rahmat Tuhan Ramadhan tiba lagi
Ramadhan membawa hadiah-hadiah yang terlalu banyaknya
mahal dan besar-besar dari Tuhan
Hadiah buat orang bertaqwa
Bukan untuk orang Islam
Lebih-lebih lagi bukan untuk orang yang zalim dan fasiq
Hadiah dari Tuhan yang bermacam-macam
Diletakkan di dalam batil-batil dari bahan-bahan yang mahal
Di antara hadiah-hadiah itu ialah:

1. hadiah keampunan Tuhan, hadiah terbesar buat orang yang bertaqwa
2. hadiah keredhaan-Nya juga mahal
3. kasih sayang-Nya yang sangat diperlukan
4. rahmat-Nya
5. berkat dari-Nya dunia Akhirat
6. diberi-Nya pahala berganda-ganda.
7. hadiah lailatul qadar diberi ganjaran seribu bulan beribadah.
8. akhirnya Syurga Tuhan yang kekal abadi.

Kedatangan Ramadhan yang sebenarnya bertukar-tukar hadiah
di antara hamba-hamba dengan Tuhan
Hadiah di antara dua pihak bukan satu pihak sahaja
Hadiah dari Tuhan adalah mahal nisbah hamba
Hadiah dari hamba adalah mahal juga untuk Tuhan
Siapa yang dapat menghadiahkan sesuatu yang mahal kepada Tuhan
maka dapatlah hadiah dari Tuhan yang juga sangat mahalnya
Rupanya ketibaan Ramadhan pun bertukar-tukar hadiah di antara hamba dengan Tuhan
Tidak semua hadiah hamba dibalas hadiah oleh Tuhan
Hadiah-hadiah yang mahal dari hamba sahaja yang balas hadiah oleh Tuhan
seperti yang akan disebutkan
Wadah-wadah orang yang bertaqwa yang hendak diisi dengan hadiah-hadiah tadi
ada pulangannya
Wadah-wadah itu banyak pula di antaranya:

Monday, July 7, 2014

Menghidupkan Ramadhan

Janganlah Ramadhan dijadikan pesta makan minum
Janganlah jadikan Ramadhan banyak tidur-tidur sahaja di siangnya
Janganlah jadikan Ramadhan selepas sedikit ibadah sembahyang
kemudian berbual dan borak-borak yang banyak
Selepas berbual-bual banyak pulang ke rumah kemudian tidur, malam
tidak bangun pula menghidupkan malam bersama Tuhan
Ramadhan bukan sekadar menghidupkan malam, siang berlapar-laparan
dan berletih-letihan
Ramadhan adalah untuk menghidupkan fikiran, hati dan jiwa dengan
rasa bertuhan
Ramadhan hendak memeriahkan jiwa dengan rasa kehambaan, rasa hina,
rasa lemah
dan rasa kerdil di hadapan Tuhan yang Maha Kuasa
Ramadhan hendak mengimarahkan jiwa dengan rasa rendah diri, takutkan
Tuhan, cintakan-Nya, rasa bertuhan sentiasa
Ramadhan hendak menghidupkan jiwa timbang rasa sesama manusia
Rasa kasih sayang, simpati sesama manusia yang derita, yang tidak
punya apa-apa
Ramadhan hendak menebalkan rasa berdosa, takut kalau terlibat lagi
dengan dosa
Ramadhan hendak rasa agung-Nya Tuhan, hebat dan kuasa-Nya Tuhan
Ramadhan bukan sekadar ibadah luaran-luaran yang meriah dan ceria
yang dalam gelap-gelita
Yang penting jiwa hendak dihidupkan, memeriahkan yang di dalam jiwa

Saturday, July 5, 2014

Amal Yang Dituntut

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, selawat dan salam untuk nabi dan rasul yang paling mulia, nabi kita Muhammad SAW, keluarga dan seluruh sahabatnya.

Dibawah ini adalah ulasan tentang beberapa amalan yang mudah dilaksanakan dan akan mendapatkan ganjaran pahala yang sangat besar dengan kurnia dari Allah. Amalan-amalan ini banyak dilalaikan dan diremehkan oleh sebahagian besar manusia, padahal di dalamnya terdapat banyak pahala, di antaranya adalah sebagai berikut :-

1. Memperbanyak solat di al-Haramain asy-Syarifain (Masjid Haram dan Masjid Nabawi).

Diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah ra. Rasulullah saw. bersabda: "Salat di masjidku ini lebih afdal dari 1000 solat di masjid lainnya kecuali masjid Haram, dan solat di masjid Haram lebih afdhal dari 100.000 solat di masjid lainnya." (HR. Ahmad dan Ibnu Majah). Dan solat seorang wanita dirumahnya lebih baik daripada solat di masjid Haram dan masjid Nabawi.

2. Solat di masjid Quba'.

Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa yang keluar hingga sampai ke masjid ini, masjid Quba', lalu solat didalamnya, maka baginya pahala yang sama dengan (pahala) umrah." (HR. Ahmad, Tirmidzi, Nasai dan Ibnu Majah).

3. Rutin melaksanakan solat Dhuha.

Dan waktu yang terbaik untuk melaksanakannya adalah ketika matahari sudah semakin terik, Rasulullah saw. bersabda: " Solatnya orang-orang yang bertaubat adalah ketika unta kecil telah merasakan panasnya (matahari)." (HR. Muslim).

4. Menggandakan istighfar,

Seperti dengan membaca doa: "Ya Allah, ampunilah orang-orang mukminin dan mukminat, orang-orang muslimin dan muslimat, baik yang masih hidup di antara mereka maupun yang sudah meninggal." Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa yang meminta ampun untuk orang-orang mukmin dan mukminat maka Allah akan menuliskan untuknya setiap mukmin dan mukminat satu kebaikan." (HR. Thabrani).

5. Qiyamul Lail pada saat Lailatul Qodar.

Tahukah Anda bahwa pahala orang yang melaksanakan qiyamul lail pada saat lailatul qodar lebih afdhal dari pahala ibadah selama kira-kira 83 tahun lebih 3 bulan? Allah swt. berfirman: " Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan ijin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar." (QS. Al-Qodar: 1-5).

6. Menggandakan Tasbih,

yaitu dengan membaca: " Maha suci Allah dan dengan memuji-Nya sebanyak makhluk-Nya, keridhoan diri-Nya, seberat Ars-Nya, dan sepanjang kalimat-Nya."

7. Membaca doa ketika akan memasuki pasar.

Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa yang memasuki pasar maka hendaklah ia membaca [ Laa ilaaha illallahu wahdahuu laa syariikalahu, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wayumiitu, wa huwa hayyun laa yamuutu, biyadihil khoir, wa huwa 'alaa kulli syai'in qodiir.] (Tiada Tuhan selain Allah semata, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya pujian, Yang menghidupkan dan Mematikan. Ia hidup dan tidak mati, di Tangan-Nya kebaikan dan Ia Maha Kuasa atas segala sesuatu.), maka Allah akan menulis baginya satu juta kebaikan, dihapuskan darinya satu juta kejelekan dan diangkat dirajatnya satu juta dirajat." Dan dalam riwayat lain disebutkan: "Dan akan dibangun untuknya rumah di surga." (HR. Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim).

8. Berumrah di bulan Ramadhan.

Karena berumrah di bulan Ramadhan sama dengan berhaji sekali. Sebagaimana sabda Rasulullah saw. kepada Ummu Sinan: " Bila bulan Ramadhan tiba maka berumrahlah karena berumrah di saat tersebut sama dengan berhaji sekali." Atau bersabda: "sama dengan berhaji bersamaku." (Muttafaqun 'alaihi).

9. Mengamalkan adab-adab pada hari Jumat. Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang memandikan atau mandi lalu bersegera dan berjalan kaki, tidak dengan mengendarai sesuatu, lalu mendekati imam, menyimak dan tidak bercanda, maka baginya setiap langkah amal setahun pahala puasa dan solatnya." (HR. Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi dan Nasai).

10. Puasa.

Nabi saw. menganjurkan untuk memperbanyakkan puasa sunnah dalam beberapa hari tertentu dalam satu tahun, misalnya puasa dua hari (Senin dan Kamis), hari-hari putih (13, 14, 15 setiap bulan Hijriah), bulan Sya'ban, enam hari di bulan Syawal, Muharram, sepuluh Dzulhijjah, puasa hari Arafah bagi selain jemaah haji dan pada hari Asyura. Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa satu hari di jalan Allah, maka Allah akan menjauhkan wajahnya (dirinya) dari api neraka sejauh 70 tahun perjalanan." (HR. Ahmad).

11. Memberi buka puasa bagi orang-orang yang berpuasa.

Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa yang memberi buka pada orang yang berpuasa maka baginya sama dengan pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikitpun." (HR. Ahmad dan Tirmidzi).

12. Memperbanyak ucapan: [Laa haula walaa quwwata illaa billah]

("Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan (pertolongan) Allah."). Karena ucapan ini adalah salah satu kekayaan surga, sebagaimana dijelaskan dalam salah satu hadit Muttafaqun 'alaihi dari Rasulullah.

13. Memenuhi kebutuhan manusia.

Rasulullah saw. bersabda dalam salah satu hadit yang panjang: "Aku berjalan beriring dengan saudaraku sesama muslim dalam suatu keperluan lebih aku senangi daripada beri'tikaf di masjid selama satu bulan." (HR. Thabrani dan ditahsin oleh Al-Albani).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.” (Riwayat Ibnu Abi Dunya)

14. Solat dua rakaat setelah terbitnya matahari.

Dari Anas bin Malik ra. berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa yang solat subuh berjamaah lalu duduk-duduk berzikir kepada Allah hingga terbitnya matahari kemudian solat dua rakaat maka ia akan mendapatkan pahala haji dan umrah." Beliau berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Sempurna, sempurna, sempurna." (HR. Tirmidzi dan ditahsin oleh Al-Albani).

15. Menbantu anak yatim.

Dari Sahal bin Saad bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Saya dan pengasuh anak yatim di surga seperti ini." (HR. Bukhari) "Beliau memberi isyarat dengan kedua jarinya, jari telunjuk dan tengah." Dan Anda bisa melakukan itu melalui salah satu yayasan atau lembaga sosial lainnya.

16. Senantiasa solat jenazah.

Dari Abu Hurairah ra. berkata: "Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang menghadiri jenazah hingga disolati maka baginya pahala satu qirath, dan siapa yang menghadirinya hingga dimakamkan maka ia akan mendapatkan dua pahala qirath." Dikatakan kepada beliau: "Apakah qirath itu?" Beliau menjawab: "Yaitu seperti dua gunung yang besar." (Muttafaqun 'alaihi).

17. Memperbanyak selawat untuk Nabi saw.Jadi barangsiapa yang berselawat untuk nabi saw. sekali, maka Allah akan berselawat untuknya sepuluh kali, dan akan menjadi manusia paling utama nanti pada hari kiamat. Allah swt. mewakilkan malaikat yang berkeliling menyampaikan salam ummatnya kepada nabi mereka.

18. Solat Isya'k dan Subuh secara berjamaah.

Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa yang solat isya'k secara berjamaah maka seakan-akan ia telah melaksanakan solat tengah malam, dan barangsiapa yang solat subuh berjamaah maka seakan-akan ia telah melaksanakan solat sepanjang malam." (HR. Muslim).

19. Membaca tasbih, tahmid, dan takbir masing-masing 33 kali pada setiap selesai solat, lalu membaca: laa ilaaha illallahu, wahdahuu laa syariikalahu, lahul mulku walahul hamdu, wahuwa 'alaa kulli syai'in qodiir.

Ucapan ini memiliki keutamaan yang sangat besar sebagaimana diriwayatkan dalam hadis tentang orang-orang fakir Muhajirin yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah (hadis panjang Muttafaqun 'alaihi) dalam bab "Dzikir-dzikir yang dibaca setelah solat fardu."

20. Dakwah kepada Allah dan menasihati orang lain.

Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk maka ia akan mendapatkan pahala yang sama dengan pahala orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi pahalanya sedikitpun. Dan barangsiapa yang mengajak kepada kesesatan maka ia pun akan menanggung dosa yang sama dengan dosa orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi dosanya sedikitpun." (HR. Muslim). Jadi bila Anda menasihati orang lain untuk menuju Allah maka pahala nasihat itu ukan mengalir untukmu selama nasihat itu masih berguna bagi dirinya hingga hari kiamat. Misalnya dengan menyebarkan kebaikan seperti tulisan-tulisan yang ada di hadapan Anda sekarang ini, maka Anda akan mendapatkan pahala orang yang mengamalkannya hingga hari kiamat dengan adzin Allah swt..

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah sentiasa memberi rahmat dan Malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi - sehinggakan semut dalam lubangnya dan ikan di laut - sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengajarkan perkara-perkara yang baik kepada orang ramai." (Abu Umamah r.a)

21. Solat empat rakaat sebelum ashar.

Sabda Rasulullah saw.: "Semoga Allah merahmati seseorang yang solat 4 rakaat sebelum ashar." (HR. Abu Daud dan Tirmidzi). Empat rakaat itu dilakukan dengan dua salam setelah azan dan sebelum iqomah.

22. Mengunjungi orang yang sakit.

Sabda Rasulullah saw.: "Barangsiapa mengunjungi orang yang sakit, maka ia akan tetap di khurfah surga." Rasulullah saw. ditanya: "Apakah khurfah surga itu wahai Rasulullah?" Beliau menjawab: "Buah surga yang dipetik." (HR. Muslim). "Dan Anda akan diampuni oleh 70.000 malaikat." (Sebagaimana yang terdapat dalam hadits panjang.)

23. Puasa, mengikuti jenazah, menengok orang yang sakit, dan memberi makan orang miskin.

Bila semua ini terkumpul pada seorang muslim pada satu hari maka ia akan masuk surga dengan karunia Allah, sebagaimana yang terjadi pada diri Abu Bakar ra., di mana Rasulullah saw. bersabda dalam hadis yang panjang: "Tidaklah hal itu semua berkumpul pada seseorang kecuali ia akan masuk surga." (HR. Muslim).

24. Mengadakan perdamaian di antara manusia.

Allah swt. berfirman: "Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi shodaqoh atau berbuat ma'ruf atau mengadakan perdamaian di antara manusia." (QS. An-Nisa: 114). Dan banyak hadits yang menunjukkan keutamaan hal itu, yang tidak mungkin kita membahasnya semua karena kesempatan yang terlalu sempit.

25. Memperbanyak ucapan [Subhaanallahi walhamdulillahi walaailaaha illallahu wallahu akbar].

Ucapan ini lebih afdhal daripada hari terbitnya matahari, sebagaimana terdapat dalam hadits yang diriwayatkan oleh Muslim dari Nabi saw.. Ucapan ini juga termasuk yang paling disenangi oleh Allah swt. sebagaimana dalam hadits shohih.

26. Membaca Surah Al-Ikhlas berulang-ulang.

Karena surah ini sebanding dengan sepertiga Al-Quran dalam hal pahala dan kandungan maknanya, di mana surat ini mengandung Tauhid, pengagungan dan penghormatan kepada Allah swt. Rasulullah saw. bersabda: "Qul huwallahu ahad, sebanding dengan sepertiga Al-Quran, dan Qul yaa ayyuhal kaafirun, sebanding dengan seperempat Al-Quran." (HR. Thabrani dan ditashih oleh as-Suyuti dan al-Albani). Dan perlu diperhatikan bahwa sepertiga dalam keutamaan tidak berarti merasa cukup membacanya dan meninggalkan bacaan surat-surat Al-Quran lainnya.

27. Solat empat rakaat sebelum dhuhur dan empat rakaat setelahnya.

Dari Ummu Habibah ra. berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa yang senantiasa melaksanakan solat sunnat 4 rakaat sebelum dhuhur dan 4 rakaat setelah dhuhur maka Allah akan mengharamkan baginya neraka." (HR. Abu Daud dan Tirmidzi). Empat rakaat itu dengan dua salam antara adzan dan iqomah, dan 4 rakaat dengan dua salam setelah sholat dhuhur.

28. Qiyamul Lail, menyebarkan salam dan memberi makan.

Dari Abdullah bin Salam ra., Nabi saw. bersabda: "Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berilah makan dan solatlah di waktu malam sementara manusia sedang tidur, maka kalian akan masuk surga dengan selamat." (HR. Tirmidzi). Rasulullah saw. bersabda: "Solat yang paling afdal setelah solat fardhu adalah sholat lail." (HR. Muslim).

29. Mengikuti ucapan muadzin.

Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa yang membaca ketika mendengar azan: [Allahumma rabba hadzihidda'watittaammati washsholatil qooimati aati Muhammadanil wasiilata walfadhiilata wab'atshu maqoomam mahmuudanilladzi wa 'adtah] ("Ya Allah, Tuhan pemilik panggilan yang sempurna ini (azan) dan solat (wajib) yang ditegakkan ini. Berilah wasilah (derajat yang tinggi) dan fadhilah kepada Rasulullah dan bangkitkanlah beliau pada maqom yang terpuji yang telah Engkau janjikan.") Maka ia berhak mendapatkan syafaatku nanti pada hari kiamat." (HR. Bukhari).

30. Memperbanyak membaca dan menghapal Al-Quran.

Allah swt. berfirman: "Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebagian dari rizki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi." (QS. Faathir: 29). Dari Ibnu Mas'ud ra. berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Kitab Allah maka baginya satu kebaikan dan kebaikan itu dilipat gandakan menjadi sepuluh kebaikan. Saya tidak mengatakan bahwa 'alif laam mim' itu satu huruf, tetapi 'alif' satu huruf, 'laam' satu huruf, dan 'mim' satu huruf." (HR. Tirmidzi dan berkata: "Hadits hasan shohih").

31. Memperbanyak zikir kepada Allah.

Sabda Rasulullah saw.: "Maukah kalian aku kabarkan kepada kalian amalan yang paling baik dan suci yang kalian miliki, yang paling tinggi dalam derajat kalian, paling baik bagi kalian daripada menginfakkan emas dan perak dan lebih baik daripada ketika kalian bertemu musuh lalu kalian memenggal lehernya atau mereka memenggal leher kalian?" Mereka menjawab: "Tentu". Beliau bersabda: "Yaitu zikir kepada Allah Ta'ala." (HR. Tirmidzi).

32. Mengekalkan akhlak yang baik

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya seseorang mukmin itu dapat mencapai darjat orang yang berpuasa yang mendirikan sembahyang ditengah malam disebabkan akhlaknya yang mulia”. (Riwayat Abu Daud) 

Selawat dan salam untuk nabi kita Muhammad saw, berserta keluarga dan para sahabatnya.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:
" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Tuesday, July 1, 2014

Kemuliaan Dan Keutamaan Taqwa

Tuhan berfirman maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah berwasiat (memerintahkan) kepada orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan juga kepada kamu, bertaqwalah kepada Allah.”
(An Nisa: 131)

Taqwa juga adalah wasiat Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallaam kepada umatnya. Baginda bersabda:
Maksudnya: “Aku berwasiat kepada Engkau semua supaya bertaqwa kepada Allah, serta dengar dan patuh kepada pemimpin walaupun dia seorang hamba Habsyi. Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepas aku kelak, dia akan melihat pelbagai perselisihan. Maka hendaklah kamu berpegang kepada sunnahku dan sunnah para khalifah yang mendapat petunjuk selepasku.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmizi dan Majah)

Sabda Baginda lagi:
Maksudnya: “Hendaklah kamu bertaqwa di mana sahaja kamu berada. Ikutilah setiap kejahatan (yang kamu lakukan) dengan kebaikan, moga-moga kebaikan itu akan menghapuskan kejahatan. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik.” (Riwayat At-Tirmizi dan Ahmad)

Sabda Baginda:
Maksudnya: “Bertaqwalah terhadap perkara-perkara yang diharamkan, nescaya kamu akan menjadi manusia yang paling kuat ibadah; redhakanlah dengan apa yang diberi oleh Allah kepadamu, nescaya kamu akan menjadi manusia yang paling kaya; buatlah kebaikan kepada jiran kamu, nescaya kamu akan dapat keamanan, kasihilah manusia sebagaimana kamu mengasihi diri kamu sendiri, nescaya kamu akan selamat; jangan banyakkan ketawa kerana memperbanyakkan ketawa itu mematikan hati-hati.” (Riwayat At Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad)

Sabda Baginda lagi:
Maksudnya: “Bertaqwalah kamu kepada Allah, tunaikanlah sembahyang lima waktu, berpuasalah pada bulan Ramadhan, keluarkanlah zakat harta kamu, patuhi orang yang menjaga hal ehwal kamu, nescaya kamu akan masuk Syurga Tuhan kamu.” (Riwayat At Tirmizi, Ahmad dan Hakim)

Taqwa adalah wasiat para salafussoleh. Sayidina Abu Bakar As Siddiq radhiAllahu 'anhu pernah berkhutbah:
“… maka sesungguhnya aku berpesan kepada kamu semua supaya bertaqwa kepada Allah, supaya kamu sentiasa memuji Allah dengan pujian yang patut kamu memujiNya dan kamu campurkan harap dan cemas serta kamu gabungkan bersungguh-sungguh meminta dengan permohonan.”

Sayidina Umar Al-Khattab radhiAllahu 'anhu pernah menulis surat kepada anaknya Abdullah yang berbunyi:

“Amma ba’du, sesungguhnya aku berpesan kepada engkau supaya kamu bertaqwa kepada Allah. Sesungguhnya siapa yang bertaqwa kepada-Nya, nescaya Dia akan memeliharanya. Sesiapa yang memberi pinjaman kepada Allah (menafkahkan hartanya), nescaya Dia akan membalasnya. Sesiapa yang mensyukuri nikmat-Nya, nescaya Dia akan menambahkannya lagi. Jadikanlah taqwa tertegak di kedua matamu dan memenangi hatimu.”

Umar bin Abdul Aziz radhiAllahu 'anhu pernah menulis sepucuk surat kepada seorang lelaki. Surat itu berbunyi:
“Aku berwasiat kepadamu supaya bertaqwa kepada Allah Azza wa Jalla yang mana Dia tidak akan menerima selainnya (taqwa) dan Dia tidak menurunkan rahmat melainkan kepada orang yang bertaqwa dan Dia tidak akan memberi pahala melainkan ke atas taqwa.”

Begitu juga, taqwa adalah wasiat sekalian para rasul 'alaihi salaam seperti yang diceritakan dalam Al Quranul Karim:

Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu menyeru Musa (dengan firman-Nya). Datangilah kaum yang zalim itu (iaitu) kaum Firaun: Mengapa mereka tidak bertaqwa?” (As Syu’ara: 10-11)

Maksudnya: “Kaum Nabi Nuh telah mendustakan para Rasul. Ketika saudara mereka, Nuh berkata kepada mereka: Mengapa kamu tidak bertaqwa?” (As Syu’ara: 105-106)

Maksudnya: “Kaum Aad telah mendustakan para rasul. Ketika saudara mereka, Hud berkata kepada mereka: Mengapa kamu tidak bertaqwa?” (As Syu’ara: 123-124)

Maksudnya: “Kaum Tsamud telah mendustakan para rasul. Ketika saudara mereka, Saleh berkata kepada mereka: Mengapa kamu tidak bertaqwa?” (As Syu’ara: 141-142)

Maksudnya: “Kaum Lut telah mendustakan para rasul. Ketika saudara mereka, Lut berkata kepada mereka: Mengapa kamu tidak bertaqwa?” (As Syu’ara: 160-161)

Maksudnya: “Penduduk Aikah telah mendustakan para rasul. Ketika Syuaib berkata kepada mereka: Mengapa kamu tidak bertaqwa?” (As Syu’ara: 176-177)

Demikianlah pentingnya taqwa dalam kehidupan manusia. Para rasul diutuskan untuk menyampaikannya kepada umat manusia di dunia ini. Orang yang tidak bertaqwa dikatakan zalim dan mendustakan para rasul. Ia menjadi sebab kaum Nabi Nuh, kaum Aad, kaum Tsamud dan kaum Nabi Lut dihancurkan dan dimusnahkan oleh Allah subhana hu wa ta'ala.

Pertolongan Allah s.w.t Buat Orang-Orang Yang Bertaqwa

1. Allah berserta dengan orang yang bertaqwa. Dia selalu menolong dan menjaga orang-orang yang bertaqwa. (surah Al-Baqarah 2: 194 )

2. Dijauhkan dari api neraka. (surah al-Zumar: 61)

3. Allah akan beri furqon (petunjuk yang dapat membezakan antara yg hak dan yang batil): pertolongan ketika berlaku musibah, kesulitan dan menghapuskan segala kesalahan serta mengampuni dosa-dosa org yang bertaqwa tersebut. Janji-Nya ini termaktub dalam al-Quran yg bermaksud;

“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kepadamu ‘furqon’ dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahan dan diampuni (dosa-dosa)mu. Dan Allah mempunyai kurnia yg besar.” (surah al-Anfal: 29)

4. Allah beri jalan keluar bagi kesulitan yang dihadapi oleh orang-orang yang bertaqwa, memberi rezeki yang tiada diduga dan pahala yg besar.

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.” (surah ath-Thalaaq: 2)

“…dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.” (suruh ath-Thalaaq: 3)

“..Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya.” (surah ath-Thalaaq: 4)

“…dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya dan akan melipatgandakan pahala baginya.” (surah ath-Thalaaq: 5)

5. Orang yang bertaqwa akan dapat kemulian di dunia mahupun akhirat. (surah al-Hujurat 49: 13)

Sunday, June 29, 2014

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan



Ahlan Wa Sahlan Marhaban
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan
Ahlan Wa Sahlan Marhaban
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Ramadhan menjelma lagi
Menghimpun rahmat dan maghfirah
Bertambah keberkatannya
Dengan amal ibadah
Diri tunduk keinsafan dan rasa berdosa

Bulan kemuliaan yang dikurniakan ini
Usah biarkan barokahnya
Berlalu sia-sia saja
Ia hadir bagai air bah
Membasuh daki dunia

Sambutlah Ramadhan dengan jiwa terbuka
Seperti ketibaan orang yang kita cinta
Dengan ucapan
Ahlan Wa Sahlan Marhaban Ya Ramadhan
Hati gembira pintu terbuka
Rahmat Allah Yang maha Besar

Kita beroleh mutiara hikmah Al-Qur`an
Lantas di belenggu nafsu dan syaitan
Didatangkan pula Lailatul Qadar
Pengorbanan yang dibuat balasannya syurga

(Rabbani)

Hadith Ramadhan

Bersabda Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallaam: “Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutupilah semua pintu-pintu neraka serta tidak dibuka satu pintu pun darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga serta tidak ditutuplah satu pintu pun darinya. Maka berserulah penyeru: Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirilah kamu, wahai orang yang melakukan kejahatan undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam (Ramadhan)“.
(Hadith riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah radhiAllahu 'anhu)

* * *

Abu Hurairah radhiAllahu 'anhu menyatakan: “Telah bersabda Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallaam yang bermaksud: Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan“.
(Hadith riwayat Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi)

* * * 

Daripada Abu Hurairah radhiAllahu 'anhu, Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallaam telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu“.

(Hadith riwayat Nasai', Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

* * *  

Abu Hurairah radhiAllahu 'anhu telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallaam bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: “Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu".
(Hadith riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e, Malik, Ahmad dan Baihaqi)

* * *

Daripada Abu Hurairah radhiAllahu 'anhu telah berkata: Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallaam telah bersabda yang bermaksud: “Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan (iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan: syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).

Telah berkata Abu Hurairah radhiAllahu 'anhu: Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! Adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda sollallahu 'alaihi wasallaam bersabda: Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah (Islam)“.
(Hadith riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi)

 * * *

Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah radhiAllahu 'anhu berkata: “Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallaam telah bersabda yang bermaksud: Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri (bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara. Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata: 'Sesungguhnya aku berpuasa', demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad di tanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya".
(Hadith riwayat Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Wednesday, June 25, 2014

Ramadhan


Khutbah Rasulullah Dalam Menyambut Bulan Ramadhan

Wahai manusia

Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah
dengan membawa berkah, rahmat dan maghfirah.
Bulan yang paling mulia di sisi Allah.
Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama.
Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama.
Jam demi jamnya adalah jam-jam paling utama.
Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi
tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya.
Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih,
tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah.
Bermohonlah kepada Allah Rabbmu
dengan niat yang tulus dan hati yang suci
agar Allah membimbingmu untuk
melakukan siyam dan membaca KitabNya.
Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah
di bulan yang agung ini.

Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu,
kelaparan dan kehausan di hari kiamat.
Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masaakin.
Muliakanlah orang-orang tuamu, sayangilah yang muda,
sambungkanlah tali persaudaraanmu,
jaga lidahmu, tahan pandanganmu
dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu
dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya.

Kasihilah anak yatim
nescaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.
Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu.
Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa
pada waktu-waktu solatmu
karena itulah saat-saat yang paling utama
ketika Allah 'Azza wa Jallaa memandang
hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih.
Dia menjawab mereka ketika mereka menyeruNya,
menyambut mereka ketika mereka memanggilNya
dan mengabulkan mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia!
Sesungguhnya diri-dirimu tergadai kerana amal-amalmu
maka bebaskanlah dengan istighfar.
Punggung-punggungmu berat
kerana beban dosamu maka ringankanlah
dengan memperpanjangkan sujudmu.

Ketahuilah
Allah Ta'ala bersumpah dengan segala kebesaranNya
bahwa Dia tidak akan mengazab
orang-orang yang solat dan sujud,
dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka
pada hari manusia berdiri di hadapan Rabb al-'alamin.

Wahai manusia!

Barangsiapa diantaramu memberi buka
kepada orang-orang mu'minin yang berpuasa di bulan ini
maka di sisi Allah nilainya sama dengan
membebaskan seorang budak
dan ia diberi ampunan atas dosa-dosanya yang lalu.

Sahabat-sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Tidaklah kami
semua mampu berbuat demikian".

Rasulullah meneruskan:

Jagalah dirimu dari api neraka
walaupun hanya dengan sebiji kurma.
Jagalah dirimu dari api neraka
walaupun hanya dengan seteguk air.

Wahai manusia!

Siapa yang membaguskan akhlaqnya di bulan ini
ia akan berhasil melewati sirath
pada hari ketika kaki-kaki tergelincir.
siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang
yang dimiliki tangan kanannya
(pegawai atau pembantu) di bulan ini,
Allah akan meringankan pemeriksaanNya di hari Kiamat.
Barangsiapa menahan kejelekannya di bulan ini,
Allah akan menahan murkaNya pada hari ia berjumpa denganNya.

Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini,
Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa denganNya.

Barangsiapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturrahim) di bulan ini,
Allah akan menghubungkan dia dengan rahmatNya pada hari ia berjumpa denganNya.
Barangsiapa melakukan solat sunat di bulan ini,
Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka.

Barangsiapa melakukan solat fardhu
baginya ganjaran seperti melakukan 70 solat fardhu di bulan yang lain.

Barangsiapa memperbanyak selawat kepadaku di bulan ini,
Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan.

Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat al Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam al Quran pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia!

Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu.

Pintu-pintu neraka tertutup maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu.

Setan-setan terbelenggu maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.
Amirul Mukminin karamallahu wajha berkata,

"Aku berdiri dan berkata, 'Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama di bulan ini?' "

Jawab Nabi, 'Ya Abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah'."

Alhamdulillaahi rabbal 'aalamiin.

Wednesday, February 5, 2014

Surah Taha Membawa Umar Kepada Islam

KISAH Saidina Umar yang berdepan dengan adiknya, Fatimah yang telah memeluk Islam yang dikira sebagai satu penghinaan kepadanya amat diketahui umum.

Namun sebelum itu, dikisahkan bahawa Umar telah ditegur oleh lelaki dari Bani Zuhrah atau Makhzum, bernama Nu'aym bin Abdullah yang memecahkan rahsia mengenai adiknya yang telah memeluk Islam itu.

Dalam sesetengah riwayat yang lain, dikatakan Nu'aym sebenarnya terdiri dari kalangan kafir Quraisy, bukan yang telah memeluk Islam seperti yang disebutkan sebelum ini.

Maka Nu'aym bertujuan menyindir Umar mengenai Fatimah yang memeluk Islam ketika Umar tergesa-gesa dan beria-ia hendak membunuh Nabi Muhammad. Apapun niat sebenar Nu'aym itu, menyebabkan Umar mengamuk setiba di rumah adiknya itu.

Umum mengetahui bahawa Fatimah dan suaminya Saad adalah kalangan yang terawal memeluk Islam malah dikatakan kekuatan iman suaminya itu antara 10 orang yang dijamin memasuki syurga.

Ketika Umar sampai ke rumah adiknya itu, beliau terdengar suara yang sedang membaca al-Quran. Iaitu Fatimah dan suaminya sedang belajar membaca al-Quran dengan dibantu oleh seorang sahabat mereka, Khabbab bin Arat.

Khabbab dikatakan dihantar sendiri oleh Nabi Muhammad untuk membantu atau mengajar Fatimah dan Saad membaca al-Quran.

Apabila terdengar mereka membaca al-Quran, kemarahan Umar tidak boleh ditahan-tahan lagi lalu dia mengamuk di hadapan pintu rumah Fatimah.

Semua yang ada dalam rumah itu begitu terkejut dan wajah masing-masing pucat lesi. Namun Fatimah dengan segera menyembunyikan Khabbab dan membuka pintu untuk menghadapi apa juga kemungkinan yang akan berlaku apatah lagi abangnya itu terkenal dengan sikap kejam, tegas dan garang tanpa mengira sesiapa.

Tuesday, November 12, 2013

Hindari Perdebatan

Banyak persoalan pelik hidup ini muncul tanpa kita diberikan kekuatan untuk mengatasinya. Kemampuan kita hanya sebatas wacana, adu argumentasi dan penyampaian pendapat yang terkadang membesit semata-mata cuma bertujuan menonjolkan diri dan merasa puas atas kebenaran jalan fikirannya semata-mata tanpa mahu menghargai apalagi menerima serta mendukung pendapat orang lain. Maka timbullah polemik berpanjangan, perdebatan yang tiada habis-habisnya sehingga terkadang pula silang pendapat berubah menjadi silang sengketa.

Dalam suatu majelis, tempat di mana kita membawa suatu permasalahan untuk mendapatkan solusi atau jalan keluarnya, kita memang dianjurkan untuk menghindari perdebatan, sebagaimana sabda Rasulullah sollallahu 'alayhi wasallam, "Sesungguhnya orang yang paling dibenci oleh Allah ialah yang sangat gemar berdebat dengan gigih" (hadith riwayat Bukhari, Muslim, At-Tirmizi dan An-Nasaíi).

Perdebatan yang timbul tersebut bahkan tidak menemukan solusi terbaik malah terjebak dalam polemik yang berpanjangan dan membuat kabur permasalahannya. Seperti hadith Rasulullah sollallahu 'alayhi wasallam, "Suatu kaum menjadi tersesat setelah mendapatkan petunjuk akibat mereka terjebak dalam perdebatan".

Oleh karena itulah sebaiknya kita menghindari indikasi perdebatan dengan mengutamakan keutuhan musyawarah dan hati yang jernih dan ikhlas. Jalan musyawarah dengan menyatukan potensi positif lebih baik daripada terus-menerus memperlebarkan jurang perbezaan pendapat. Biasakanlah diri kepada hal-hal yang mampu menimbulkan sinergi positif dalam mengharungi kehidupan ini.

Salah satu fadhilah orang yang menghindari perdebatan ini adalah sebagaimana diungkap oleh salah satu hadith yang diriwayatkan oleh At-Tabarani dalam Al-Ausath dari hadith Ibnu Umar yang ertinya,

Rasulullah sollallahu 'alayhi wasallam bersabda, "Akulah yang menjamin sebuah rumah di sekitar syurga untuk orang yang menghindari perdebatan dalam keadaan dia benar, sebuah rumah di tengah syurga untuk orang yang meninggalkan dusta ketika dia bercanda dan sebuah rumah di ketinggian syurga untuk orang yang berperilaku baik."

Dalam hadith lain disebutkan dari Abu Umamah radhiAllahu 'anhu, ia berkata. "Rasulullah sollallahu 'alayhi wasallam bersabda, 'Barangsiapa yang menghindari perdebatan dalam keadaan dia bersalah nescaya Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di sekitar syurga. Barangsiapa yang menghindari perdebatan dalam keadaan dia benar niscaya Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga. Dan barangsiapa yang baik akhlaqnya nescaya Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di ketinggian syurga (hadith riwayat Abu Dawud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi).

Dengan demikian jelaslah bahawa upaya menghindari perdebatan dengan mengutamakan akhlaqul karimah lebih utama dalam upaya mengatasi setiap permasalahan yang ada. Akhlaqul karimah yakni seseorang yang berpegang teguh pada moral yang mulia, seperti santun, rendah hati, dermawan, menjaga kehormatan dan tidak mudah marah.

Berdoa kita sentiasa agar tetap diberikan kekuatan untuk tetap istiqamah dalam eksistensi hidup ini dengan mengutamakan musyawarah dalam bingkai akhlaqul karimah dan ukhuwah Islamiyah.

Bukhari dan Muslim pernah meriwayatkan sebuah hadith bahwa Nabi sollallahu 'alayhi wasallam mengutus Muadz bin Jabal dan Abu Musa ke Yaman seraya memberi nasihat:

Ertinya: Berikan khabar gembira dan janganlah kamu takut-takuti, permudahkanlah dan jangan kamu persulitkan, dan janganlah kamu saling keras kepala memegang pendapat dan janganlah berselisih.

Hadith ini memberi pesan agar kita tidak bersikap keras mempertahankan pendapat dan memaksanya kepada orang lain sehingga menimbulkan perpecahan atau pertentangan. Larangan ini bukan bererti kita tidak boleh berbeza pendapat kerana silang pendapat merupakan fitrah. Yang dilarang ialah silang pendapat yang bisa menimbulkan perpecahan dan permusuhan. Kalau perbezaan pendapat dilarang, berarti Islam telah membunuh kekreatifan berfikir manusia dan menutup rapat pintu ijtihad. 

"Barangsiapa yang meninggalkan perdebatan padahal dia benar, akan dibangunkan rumah untuknya di tengah syurga." (Hadith riwayat At-Tirmidzi dan Ibnu Majah dari Anas bin Malik)

Tuesday, July 2, 2013

Doa Supaya Allah Mencukupkan Keperluan Diri dan Keluarga

Dunia Dan Isinya, Tiada Nilainya Bagi Tuhan

Pada penilaian Tuhan, dunia dan isinya,
Maksud isi-isinya adalah khazanahnya,
Ada yang di langit, ada yang di bumi,
Ada di gunung, ada di lautan,
Ada di daratan, ada di hutan,
Ada di sungai,
Juga ada di perut bumi.

Intan berliannya, kayu-kayannya, ikan-ikannya,
Air dan minyaknya dan apa sahaja yang berharga
Bernilai dunia,
Bertambah lagi pangkat dan jawatan,
Sekalipun kekuasaan, pengikut-pengikut dan semua bentuk kesenangan,
Serta kebesaran,
Semuanya itu disisi Tuhan seperti
Sebelah sayap nyamuk tidak ada nilainya.

Kerana itulah para kekasih Tuhan
Seperti nabi-nabi dan rasul-rasul,
Walaupun lama berjuang
Tuhan tidak memberi mereka kesenangan bernilai dunia,
Seperti kekuasaan, seperti intan berlian,
Seperti kekayaan, seperti kesenangan yang berbentuk harta,
Makan minum, pakaian dan kenderaan,
Kerana pada Tuhan kalau itulah diberi kepada kekasihnya tidak padan,
Bahkan di dunia lagi mereka itu kekasih Tuhan disusah-susahkan,
Kerana kalau Tuhan balas di dunia lagi nikmat itu tidak berkekalan,
Di samping murahnya mengikut nilaian Tuhan.

Sebab itulah Tuhan simpan di Akhirat kelak sebagai balasan,
Kerana balasan Tuhan di Akhirat
Tidak ada tandingan,
Disamping kekal abadi tidak dapat dibayangkan keindahannya,
Sebab itulah kesenangan, kemewahan, kekayaan,
Dan keselesaan hidup, nama dan glamour,
Diberi oleh Tuhan kepada musuh-musuhNya,
Kerana yang Tuhan beri itu nilaiannya
Sebelah sayap nyamuk pun tidak ada.

Sebab itulah kesenangan di dunia ini
Tuhan bagi kepada orang yang berkuasa,
Kepada raja-raja, orang yang kaya-kaya
Agar di Akhirat kelak mereka papa kedana
Bahkan di azab berpanjangan di dalam Neraka
Yang azabnya patah lidah nak menceritakannya
Kerana itulah kalau Tuhan benci seseorang itu, dilebihkan dunianya.

Kalau seseorang itu disayangi oleh Tuhan
Dikurangkan dunianya, dilebihkan Akhiratnya,
Begitulah cara Tuhan kasih kepada seseorang,
Sebab itu seseorang itu di dunia ini serba ada, kuasa dan kekayaan,
Nama dan glamour dan entah apa lagi bentuk kemewahan dan kesenangan,
Janganlah berbangga,
Jangan-jangan orang itu di dalam kutukan Tuhan.

Ada juga kekasih Tuhan seperti sebahagian Rasul-Rasul
Diberi kekuasaan dan kekayaan itu,
Tujuannya Tuhan untuk memberi contoh
Kepada manusia yang berkuasa dan yang kaya,
Supaya mengikut suri teladan mereka itu,
Kalau tidak ada contoh susah nak melakukan kebaikan,
Seperti yang dikehendaki oleh Tuhan,
Itu adalah untuk menyelamatkan manusia sebagai rahmat Tuhan,
Tetapi itu bukan sebagai balasan Tuhan kepada kekasihNya,
Balasan Tuhan kepada kekasihNya adalah di Akhirat kelak,
Yang tidak ada tara dan tandingan.

Sunday, May 26, 2013

Janji Allah Untuk Orang yang Bertaqwa

Hasil mujahadah yang tinggi, serius serta istiqamah, Allah akan kurniakan kepada kita sifat taqwa. Bermacam-macam kebaikan yang Allah janjikan dalam Al Quran kepada mereka yang memiliki sifat taqwa ini.

Ini adalah janji Allah yang pasti tepat dan pasti ditunaikan-Nya. Ia tidak terhingga nilainya yang tidak dapat diukur dengan mana-mana mata wang di dunia ini. Di antara janji-janji Allah kepada mereka yang memiliki sifat taqwa ini ialah:

1. Terpimpin

Mereka mendapat pimpinan daripada Allah. Ini jelas sekali melalui firman Allah:

Maksudnya: "Allah menjadi (Pemimpin) Pembela bagi orang-orang yang bertaqwa." (Al Jasiyah: 19)

2. Terlepas dari kesusahan

Mereka dapat terlepas daripada kesusahan. Bukan ertinya mereka tidak mendapat susah atau tidak ditimpa ujian tetapi selepas kesusahan dan ujian, mereka akan terselamat. Walaupun ada pelbagai rintangan dalam ujian itu, ia sementara waktu sahaja. Selepas itu Allah akan lepaskan dari ujian dan rintangan itu dengan menghadiahkan pelbagai macam nikmat pula. Ini jelas dalam firman Allah:

Maksudnya: "Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan lepaskan dia dari masalah hidup." (At Thalaq: 2)

3. Rezeki

Di dunia lagi akan diberi rezeki yang tidak tahu dari mana sumber datangnya. Diberi rezeki yang tidak terduga dan dirancang. Ini jelas dalam sambungan ayat tadi:

Maksudnya: "Dan akan diberi rezeki sekira-kira tidak diketahui dari mana sumbernya." (At Thalaq: 3)

Inilah jaminan daripada Allah SWT bagi mereka yang bertaqwa. Sesiapa yang bertaqwa, rezekinya ada sekadar yang perlu. Makan minumnya yang perlu tetap ada walaupun dia tidak berusaha. Walaupun dia tidak ada kerja, tetap ada jaminan daripada Allah. Ini diakui sendiri oleh Imam Ghazali, mungkin ianya dari pengalaman beliau sendiri. Imam Ghazali pernah berkata: "Kalau sekalipun orang bertaqwa itu tidak ada kerja, keperluan-keperluan nya tetap diperolehinya."

Waktu makan akan diberi makanan. Jika patut dapat pakaian, akan diberi pakaian. Dia sendiri tidak tahu dari mana sumbernya kerana ianya bukan daripada usaha dan cariannya sendiri. Dia dapat rezeki bukan melalui sumber usahanya tetapi melalui sumber usaha orang lain. Kalau taqwanya secara jemaah, maka rezeki itu diberi secara berjemaah. Sekiranya taqwanya secara individu, maka secara individu jugalah pemberian Allah itu.

4. Kerja dipermudah

Kerja-kerja orang yang bertaqwa itu dipermudahkan Allah. Ini jelas Allah gambarkan di dalam sepotong ayat:

Maksudnya: "Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, dipermudahkan Allah segala urusannya." (At Thalaq: 4)

Allah memberi jaminan, kerja orang yang bertaqwa itu dipermudahkan. Mungkin juga di samping mudah, hasilnya banyak. Buat sedikit, hasilnya banyak. Jadi kalaulah kita buat kerja berhempas-pulas, di samping hempas-pulas banyak pula rintangan, kemudian hasilnya pula sedikit atau langsung tidak ada, itu menunjukkan kita belum mempunyai sifat taqwa hinggakan Allah tidak membantu.

Saturday, March 30, 2013

Cinta Tuhan dan orang-orang yang mencintai Tuhan

Berkata Ibnu 'Abbas radhiAllahu 'anhu bahawasanya Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:

Allah Ta'ala berfirman:

"Berkata Daud tatkala dia berkata-kata kepada Tuhannya: Ya Tuhanku! Siapakah di antara hamba-hambaMu yang paling Engkau cintai, supaya aku mencintainya dengan sebab cintaMu itu? Berfirman Tuhan: Wahai Daud! Orang yang paling Kucintai di antara hamba-hambaku ialah yang paling bertaqwa hatinya, suci kedua belah tangannya, tiada menyusahkan orang lain, dan tidak membuat fitnah ke sana ke mari. Gunung-ganang akan berubah, namun dia tetap begitu juga. Dia mencintaiku dan mencintai orang yang mencintaiKu serta menarik hamba-hambaKu untuk mencintaiKu.

"Berkata Daud: Ya Tuhanku! Sesungguhnya Engkau mengetahui bahawasanya aku ini mencintaiMu, dan mencintai orang yang mencintaiMu, tetapi bagaimana dapat aku menarik hamba-hambaMu untuk mencintaiMu? Berfirman Tuhan: Ingatkanlah mereka kepada segala macam nikmatKu, segala macam ujianKu, dan segala macam seksaanKu.

"Wahai Daud! Sesungguhnya tiada seseorang hamba yang menolong orang yang teraniaya, atau berusaha untuk melepaskannya dari penganiayaannya, melainkan Allah akan menetapkan kedua tapak kakinya pada hari semua tapak kaki akan tergelincir."

(Riwayat Baihaqi dan Ibnu Asakir)

Ujian dan Cubaan

Allah subhanahu wa ta'ala kadangkala melaksanakan hukuman di dunia ini dengan memberikan ujian dan cubaan dalam bermacam bentuk, seperti:

1) Cubaan badaniah dan rohaniah yang berupa penyakit, luka, cacat pandangan salah satu anggota tubuh, rasa susah, gelisah, resah, duka cita dan tidak aman

2) Cubaan melalui kekayaan, seperti kehilangan, kebakaran, kekurangan dan kerosakan

3) Cubaan melalui anak dan keluarga seperti sakit, gila dan lumpuh

Semua ujian dan cubaan tersebut mungkin terjadi kerana:

a) Hasil undangan dari kedurhakaan manusia sendiri, hasil usaha perbuatan dan kelakuannya sendiri yang dihukum di dunia oleh Allah sebagai pembalasan langsung dari dosa-dosanya itu. Kemungkinan ini terjadi sebagai tanda kasih sayangNya untuk menghapuskan dosa kedurhakaannya di dunia ini, dan dia akan keluar dari dunia ini dalam keadaan suci dah bersih. Kemungkinan lainnya ialah untuk meninggikan mertabatnya, baik di dunia mahu pun di akhirat, iaitu apabila dia tidak mempunyai dosa yang harus mendapat hukuman.

b) Takdir Allah sendiri untuk menguji hamba-hambanya secara terus-menerus dirundung malang, dan nantinya akan diganti di akhirat dengan rahmat dan juga keredhaanNya.

Apabila seseorang itu menghadapi segala cubaan, ujian dan rintangan dengan redha, ikhlas dan mencari jalan keluar dengan jalan yang sebaik-baiknya, tidak mengeluh, gelisah ataupun berputus asa, Allah akan Mempermudahkan jalanan hidupnya, Memudahkan hisab di akhirat nanti, dan Memberkati hidupnya.