Friday, August 14, 2009
Berfikir Tingkatkan Iman
Tuesday, August 11, 2009
Jawahirul Quran: Al-i-'Imran
Durarul Quran: Al-i-'Imran
Monday, August 10, 2009
Kelebihan Membaca Al-Quran dan Berzikir
Saturday, August 8, 2009
Jawahirul Quran: Al-Baqarah
Durarul Quran: Al-Baqarah
Friday, August 7, 2009
Takrif Iman
Thursday, August 6, 2009
Jawahirul Quran: Al-Fatihah
Tuesday, August 4, 2009
Pendahuluan: Jawahirul Quran & Durarul Quran
Kitab Jawahirul Quran, karya Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali r.a., akan menjelaskan pancaran inti-inti Al-Quran dan mengingatkan jangkauan dan tujuan utamanya. Ia mempertemukan kita pada permata ayat-ayat Al-Quran dengan untaian-untaian keindahannya bagi suatu upaya kebahagiaan dunia dan akhirat. Sebuah kitab yang memberi petunjuk macam dan ragam ayat-ayat Al-Quran, menurut keindahan termatik dan keagungan kandungannya serta keluhuran tujuannya.
Imam Ghazali telah menampilakan ayat-ayat yang merupakan permata dan mutiara (jawahir) Al-Quran, dan cahaya permata (durar).
1) Jawahirul Quran
Inti mutiara Al-Quran, dari samudera Al-Quran yang luas. Di dalam samudera tersebut terkandung mutiara-mutiara dan permata yang tiada taranya. Inti mutiara ayat-ayat suci Al-Quran lebih merupakan nur atau cahaya makrifat kepada Allah s.w.t. Ayat-ayat Jawahir yang merupakan ayat yang berkaitan langsung dengan makrifatullah, yakni Dzat Allah, sifat-sifatNya, af'al (perbuatan) dan asmaNya, yang merupakan eksisentisi Allah itu sendiri.
2) Durarul Quran
Permata-permata Al-Quran yang mengandung petunjuk implementasi hamba Allah dalam menenmpuh jalan yang lurus, melalui amaliahnya secara teguh (istiqamah). Ayat-ayat Durar, berkaitan dengan kehambaan makhluk Allah, khususnya manusia dengan segala perilaku amaliah dan ubudiyahnya kepada Allah s.w.t. Yang pertama bersifat 'ilmu' dan kedua bersifat 'amal'. Sedangkan dasar keimanan itu sendiri adalah ilmu dan amal.
Baik Al-Jawahir mahupun Ad-Durar, keduanya merupakan jiwa dan lubuk Al Quran yang masing-masing tidak dapat dipisahkan, seperti matahari dengan cahayanya. Jawahirul Quran terdiri dari 771 ayat manakala Durarul Quran terbagi dalam 740 ayat.
Semoga Allah s.w.t mencurahkan rahmatNya kepada beliau.
Sumber:
Kitab Permata Al-Quran
Imam Ghazali
Allah s.w.t Maha Awal
Allah s.w.t Maha Awal dalam segala-galanya. Maha Awal pada mengingat makhlukNya dengan kebaikan rahmatNya berupa nikmat-nikmatNya bersamaan dengan kehendakNya pada zaman azali menciptakan wujud makhlukNya.
Abu Yazid Al-Bustami berkata: Aku telah keliru pada permulaan fikiranku tentang 4 macam:
1) Aku mengira bahawa aku yang mengingatiNya, kemudian aku sedar bahawa Dialah yang jauh sebelumnya mengingatiku.
2) Aku mengira bahawa aku yang mengenalNya, kemudian aku sedar bahawa Dialah yang jauh sebelumnya mengenalku.
3) Aku mengira bahawa aku yang mencintaiNya, kemudian aku sedar bahawa Dialah yang jauh sebelumnya mencintaiku.
4) Aku mengira bahawa aku yang menghendakiNya, kemudian aku sedar bahawa Dialah yang jauh sebelumnya menghendakiku.
Sunday, August 2, 2009
Bahagian 3: Ilmu Ikhlas
Ikhlas boleh rosak pada 3 kedudukan...
iaitu:
1. awal
2. pertengahan
3. akhir
KEROSAKAN AWAL
Contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata,"Inilah masanya nak jadi popular." "Aku akan jadi terkenal…" "Dengan ceramah ini dapatlah duit poket." Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.
KEROSAKAN PERTENGAHAN
Niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata,"Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis."
KEROSAKAN AKHIR
Niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata,"Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis." Waktu itu maka datanglah rasa ujub hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua.
Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah tiba-tiba siap sahaja rumah itu terus runtuh.
Orang ramai tidak juga berubah sebab hati sudah cacat. Orang ramai memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi.
Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhu, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak. "Sesungguhnya Allah tidak melihat amalan lahir kamu, tapi amalan hati kamu."
Apabila kita melakukan sesuatu niat kerana Allah semata-mata, tetapi ada orang mengkritik kita, kita melenting, hati tidak senang dengan orang itu, bermakna kita masih mempunyai niat lain selain dari Allah.
Dalam menghadapi keadaan dimana susahnya untuk mendapat ikhlas ini, kita berdoalah pada Allah dengan doa yang berikut:
Wahai Tuhan, rasanya kami belum berbuat apa-apa sebelum ini. Kalaupun ada berbuat sudah tentu ada kepentingan diri. Kalaulah bukan pimpinan dan bantuan Mu Tuhan, rasanya sebarang amalan kami mungkin tertolak semuanya. Berilah selalu hidayah dan taufiq Mu, ya Allah agar segala lahir dan batin menuju keredhoaan Mu, ya Allah….
3 CIRI-CIRI IKHLAS
1. Merasakan tidak ada DAYA kita,kuat kita,alim kita,rajin kita dll. Semuanya ada HIDAYAH dari Allah swt-barulah tak timbul riya dan ujub. Sebab bukan milik kita,tak malu ke nak tunjuk2 atau berasa bangga. Sebab itu milik Allah, sejadah, kopiah, baju, kain, tasbih, rumah, kipas, angin dll. Semuanya hak Allah swt. Tiba2 kita boleh solat, lepas itu dijanjikan syurga pulak. Daya hak Allah swt, syurga hak Allah swt. Jikalai sedar sebegitu, ada tanda-tanda ikhlas.
2. semua yang kita buat dan ibadat adalah kurnia dari Allah swt.
3. Sentiasa ingat keaapd Allah, semasa buat ibadat itu, sikit ke atau banyak ke. Jangan berkira2. Yang kita tahu dan sedar hanya keapda Allah swt, semasa ibadat dll itu. Kita hanya kagum dgn. :
a) wujud Allah
b) keagongan Allah
c) sempurna nya sifat-sifat Allah .
Itu saja, jadilah kita hanya TAMAK kpd Allah swt.
Insyallah, itulah ikhlas.
Ikhlas itu ialah Dari Allah, Dengan Allah, Kerana Allah, Kepada Allah....
Atas Keredhaan Allah, Dalam Rahmat Allah.....
Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah....
“Iblis menjawab: “Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis di antara mereka.” (Shaad: 82-83).
Orang yang tidak ikhlas adalah orang yang rugi karena hari kiamat kelak mereka tidak mendapatkan apa-apa dari amalan mereka selama di dunia, bahkan Allah –subahanahu wa ta’ala murka kepada mereka dan memberikan hukuman yang setimpal, “Dan (jelaslah) bagi mereka akibat buruk dari apa yang telah mereka perbuat dan mereka diliputi oleh pembalasan yang mereka dahulu selalu memperolok-olokkannya.” (QS. Az-Zumar: 48) . “Dan kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.” (Al-Furqaan: 23)
Wallahu'alam