Dalam satu ayat, Allah menyebut, maksudnya: “Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang” (Ar Raad : 28). Memberi faham kepada kita, bila kita ingat dan terhubung dengan Allah, hati kita akan tenang. Namun, dalam ayat lain, Allah menceritakan bahawa: “Orang Mukmin itu bila disebut nama Allah, gementar hati mereka” (Al-Anfaal : 2). Pada kedua-dua ayat itu berlaku apa yang dikatakan sebagai “zikrullah”. Atau dalam ertikata lain, ada terhubung dengan Tuhan. Tetapi, walaupun kedua-duanya berlaku zikrullah, satu ayat sebut hati menjadi tenang dan satu ayat lagi sebut hati menjadi gementar. Bagaimana boleh menjadi begitu? Apakah bila kita dengan Allah, adakala hati menjadi tenang dan adakalanya hati menjadi gementar?
Jawapannya begini: Bukan maksud hati orang mukmin itu berubah-ubah bila terhubung dengan Tuhan. Hati mereka sebenarnya mempunyai dua keadaan pada masa yang sama. Iaitu berkeadaan tenang dan juga berkeadaan gementar. Yang dikatakan tenang itu ialah tenang dengan dunia. Atau lebih terperinci lagi tenang menghadapi perkara-perkara dunia yang melalaikan. Atau dengan perkara-perkara yang boleh memesongkan hati daripada Tuhan. Lebih tepat lagi, maksudnya di sini, hati mereka tenang daripada dipengaruhi cinta dunia. Cinta dunia adalah ibu segala kejahatan. Dari cinta dunia, timbul berbagai kejahatan lain seperti riyak, ujub, hasad dengki, bakhil dan pemarah. Dari cinta dunia, orang menjadi lalai dan melupakan Tuhan. Sehingga mereka sanggup meninggalkan suruhan Tuhan termasuk sembahyang. Tenang dari perkara dunia juga membawa pengertian bahawa hati mereka itu tidak tergugat dengan ujian kesusahan seperti kemiskinan, sakit dan cercaan manusia. Malah semua itu menjadi hiburan apabila hati sudah kuat terhubung dengan Tuhan serta memahami maksud ujian Tuhan tersebut.
Yang dikatakan gementar pula, ialah bila hati terhubung dengan Tuhan, timbul rasa takut dan cemas dengan Tuhan. Takut dengan Tuhan inilah yang membuatkan hati gementar. Mana tidaknya, orang mukmin itu sentiasa merasa berdosa. Rasa berdosa inilah yang membuatkan mereka takut sangat dengan Tuhan. Takut Tuhan murka. Takut taubat tidak diterima Tuhan. Takut Tuhan hukum di dunia lagi. Takut Tuhan hukum di Akhirat dengan mencampakkan ke Neraka. Rasa takut dan cemas inilah yang datang. Lebih-lebih lagi orang mukmin itu hatinya sentiasa mencintai Tuhan. Ketakutan bagi orang bercinta ialah putus cinta atau cinta tak berbalas. Tetapi dengan Tuhan, kita tidak boleh ambil ringan. Dengan Tuhan mesti sentiasa gementar dan bergelora. Orang yang beriman dan bertaqwa itu, hati-hati mereka sentiasa bergelora dengan Tuhan. Mereka kenal akan Tuhan. Justeru itu mereka rasa cinta dan takut dengan Tuhan. Mereka rasa hebat dan gerun dengan Tuhan. Mereka rasa sentiasa diawasi Tuhan. rasa-rasa ini sentiasa mencengkam hati-hati mereka. Mereka sentiasa merasa Tuhan melihat mereka. Mereka rasa Tuhan mengetahui segala-galanya apa yang ada pada diri lahir mereka dan segala yang ada dalam hati mereka. Mereka merasakan kekuasaan Tuhan. Gementar itu membuatkan hati mereka sentiasa berkata-kata:
“Maafkan aku, Tuhan”
“Jangan tinggalkan aku, Tuhan”
“Aku banyak dosa Tuhan”
Bila Tuhan kata: "Jadi........maka jadilah". Mereka rasa ALLAH boleh matikan mereka bila-bila masa sahaja. Azab dan siksa Tuhan sangat pedih. Itulah sebabnya hati orang mukmin menjadi gementar dengan Tuhan.
Allah s.w.t, berfirman mensifati sebaik-baik makhluk (Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam):
Sesungguhnya orang-orang yang sentiasa bimbang disebabkan takut kepada (kemurkaan) Tuhan mereka, dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Tuhan mereka, dan orang-orang yang tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhan mereka, dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka. (QS. Al-Mu'minuun: 57-60).
Dari 'Aisyah radhiyallahu 'anha, ia berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah tentang ayat ini, Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan dengan hati yang takut ..."'Aisyah berkata, "Apakah mereka orang-orang yang minum arak dan mencuri?"
Beliau menjawab, Tidak wahai puteri As-Shiddiq, tapi mereka adalah orang-orang yang berpuasa, melaksanakan shalat, dan bershadaqah, sedangkan mereka merasa takut amalan-amalan itu tidak diterima. Mereka itu adalah orang-orang yang bersegera dalam kebaikan.
Allah menyebutkan kaum mukminin yang bersegera dalam kebaikan dengan sifat yang paling baik, walaupun mereka sentiasa takut amalan mereka tidak diterima.
Rahasianya bukan karena khawatir Allah tidak memberikan pahala kepada mereka, sekali-kali tidak!! Karena Allah tidak pernah mengingkari janji-Nya.
"Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang shalih, maka Allah akan memberikan kepada mereka pahala amalan-amalan mereka dengan sempurna". (QS. Ali 'Imran: 57).
Bahkan Allah menambahkan untuk mereka karunia, kebaikan dan nikmat-Nya: "Agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya ..." (QS. Al-Fathir: 30).
Tapi, karena mereka merasa takut belum melaksanakan (amalan-amalan)nya sesuai dengan syarat-syarat ibadah sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah, maka mereka tidak dapat memastikan bahawa mereka telah melaksanakannya sesuai dengan keinginan Allah, tapi mereka mengira telah melakukan kekurangan dalam hal tersebut. Oleh karena itu mereka merasa takut amalan mereka tidak diterima, maka mereka pun berlomba-lomba dalam kebaikan dan amal shalih. Maka, hendaknya seorang hamba memperhatikan ini, mudah-mudahan dapat menambah semangat untuk memperbaiki ibadah dan meluruskan amalan dengan cara ikhlas semata-mata karena Allah dan mengikuti Rasulullah. Para sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam merasa khawatir amalan-amalan mereka batal tanpa disadari, hal ini termasuk bagian dari kesempurnaan iman mereka.
Firman Allah Ta'ala:
".. Tidaklah yang merasa aman dari adzab Allah, kecuali orang-orang yang merugi." (QS. Al-A'raaf: 99).
Begitulah hati orang mukmin yang sudah menghayati Tuhan. Hati mereka tidak tenang dengan Tuhan sebaliknya sentiasa bergelombang atau bergelora. Hanya sanya mereka itu tenang dalam menghadapi cabaran dan ujian perkara-perkara dunia. Sudahkah hati kita menjadi seperti itu? Moga-moga tulisan ini memberikan kita sedikit panduan cara untuk mengendalikan hati kita bila bersama Tuhan. Sekian.
Thursday, January 20, 2011
Hati Insan Mukmin
Tuesday, January 18, 2011
Bagaimana Rasa Lazat Beribadah
Seseorang itu kalau dia memperhambakan diri pada seseorang
Dia rasa senang, bahkan ada kalanya rasa bahagia
Kerana dia hambakan diri pada seseorang kerana hormat dan senang
Boleh jadi orang itu memberi kasih sayang
Timbul kasih dan sayang di dalam hatinya pula
Tapi kalau seseorang itu diperhamba kerana terpaksa
Jiwanya akan derita dan terseksa
Dia akan membuat kerja-kerja orang itu bukan dari hati
Tetapi keadaan memaksa
Mungkin padanya tidak ada jalan lain untuk hidup
Melainkan dengannya
Begitulah dengan Allah Taala, Tuhan manusia
Kalau dia menyembah Allah bukan dari pengenalan jiwanya
Terseksa beribadah
Hendak membuat kerja-kerja Tuhan macam terpaksa
Beribadah tanpa bahagia
Kerana itulah mengenal Tuhan itu wajib dan penting sekali
Hingga terasa Tuhan itu, kehendakNya, kuasaNya, ilmuNya, pendengarannya
Lebih-lebih lagi betapa kasih sayangNya
RahmatNya dan kurniaanNya, penjagaanNya, bijaksanaNya
JaminanNya kepada manusia
Diwaktu itu beribadah itu terasa rindu
Beribadah kepada Tuhan terasa lazatnya
Berkhidmat kepada Tuhan tidak terasa jemu
Bahkan boleh berkorban untukNya satu hiburan
Apabila kurang berkhidmat kepadaNya
Satu penyesalan
Oleh itu kenali Tuhan dengan sebaik-baiknya
Hingga terasa kasih sayangNya
Takut dan cinta kepadaNya
Barulah kita beribadah kepadaNya
Terasa lazatnya
Saturday, January 15, 2011
Rasulullah s.a.w dan Seorang Arab Badui
Friday, January 14, 2011
Kaya Hati Kaya Yang Hakiki
Thursday, January 13, 2011
Wali Allah Dan Karamah
Wednesday, January 12, 2011
Kesempurnaan Diri Muslim
Tuesday, January 11, 2011
Kasih Sufi
Monday, January 10, 2011
Rasulullah dan Seorang Pengemis
Sunday, January 9, 2011
Nasihat Hasan Al-Basri
Wednesday, January 5, 2011
Allah Suka Hamba Yang Bertaubat
Allah Taala sangat suka apabila seseorang membuat dosa,
menyesal dan memohon ampun;
Kemudian dosa-dosa ini tidak pernah digunakannya
seumur hidupnya,
Dia terasa terseksa dengan dosa-dosa yang telah berlaku,
Adakalanya mengenangkan dosa air matanya
menitis berguguran,
Begitu juga Tuhan sangat suka pada seseorang
apabila membuat kebaikan, dilupakan;
Dia merasakan tidak pernah berbuat dan melakukan
Yang dia anggap belum berbuat,
yang dia rasa adalah hamba yang berdosa;
Tuhan juga suka apabila orang membuat baik kepadanya, tidak dilupa
Ingin membalas jasanya atau mendoakan,
Juga kesalahannya kepada orang tidak pernah dilupakan,
Dia teringat sepanjang masa,
Bahkan dengan kesalahannya itu jiwanya terseksa dan menderita,
Dia memohon maaf kepada orang ini,
Kalau orang itu sudah tidak mungkin ditemuinya,
Dia doakan selalu, kalau dia membuat kebaikan
pahalanya dihadiahkan kepadanya,
Begitulah juga Tuhan sangat suka kepada seseorang hamba yang merasa dirinya hina,
Hina dengan kejadian, hina dengan kelemahan,
hina dengan kecuaian, hina dengan dosa-dosanya;
Hinggakan kebaikannya sudah tidak lagi dilihatnya,
Yang dilihat dosa-dosanya dan kesalahan-kesalahannya,
Yang dia lihat adalah kelemahan dan kelalaiannya,
Hingga tidak ada lagi ruang hatinya untuk bergembira,
Kerana hatinya telah dipenuhi dengan dukacita.
Monday, January 3, 2011
Tenang Dalam Ujian
Seorang sufi bertanya kepada seorang fakih, "Ada hamba Allah yang ketika mendapat ujian, ia sama sekali tidak merasa terganggu atau terancam."
Sang fakih menjawab,"Aku tidak mengerti, bagaimana ia boleh berbuat sedemikian?"
"Tentu sahaja. Perumpamaannya adalah seperti malaikat yang ditugaskan neraka. Ia berada di neraka namun panasnya api neraka sama sekali tidak membahayakan mereka."
Kalau kita membaca Al-Quran, kita akan mengetahui kisah Nabi Ibrahim a.s. ketika kaumnya berkata kepadanya, "Bakarlah dia dan belalah tuhan kalian!" Kemudian mereka melemparkan Nabi Ibrahim ke dalam api.
Baginda bertawakkal kepada Allah dan mengucapkan "Hasbunallah Wa Ni'mal Wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung)".
Kemudian turun perintah Allah, "Kami berkata, 'Wahai api, jadilah kau dingin dan aman bagi Ibrahim.'" Allah s.w.t menjaganya kerana baginda setia kepada Allah dalam segala perbuatan.
Siapa yang setia kepada Allah, bererti menjadikan Allah sebagai waliNya. Siapa yang menjadikan Allah sebagai waliNya dan menjalani hidup seperti Allah inginkan, tentu Allah akan menjaganya, Sehingga ketika berbagai fitnah menerpa, ia tidak dibahayakan. "Bukankah Allah mencukupi hambaNya?!"