Allah menguji hamba-Nya dengan pelbagai cara dan tahap. Sesungguhnya tanpa ujian daripada Allah, kehidupan ini sekadar satu perjalanan biasa.
Allah berfirman yang bermaksud:"Yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun" (Surah al-Mulk, ayat 2)
Serangan wabak penyakit, banjir, kemarau, gempa bumi atau ribut adalah sebahagian ujian Allah. Ujian itu terkena tanpa mengira taraf keimanan dan ketakwaan seseorang. Orang beriman turut menerima kesannya sebagai ujian.
Rasulullah S.A.W bersabda diriwayatkan Tarmizi bermaksud:" Apabila Allah mencintai sesuatu kaum, Dia menguji mereka. Sesiapa yang redha akan mendapat keredhaan Allah dan sesiapa yang marah, akan mendapat kemurkaan-Nya.
Rasulullah bersabda yang bermaksud :' Demi zat yang diriku ada ditangan-Nya, tiadalah Allah menentukan sesuatu keputusan kepada hamba-Nya yang mukmin melainkan akan membawa kebaikan kepadanya." (Hadis riwayat Muslim)
Oleh itu, apabila berdepan dengan sesuatu bencana, tindakan pertama ialah redha terhadap apa yang menimpa, kemudian dilakukan usaha sepatutnya untuk mengurangkan kesan musibah dan seterusnya memulihkannya kembali. Setiap musibah menimpa perlu diatasi untuk mendapat kembali apa yang diingini. Jika mengalami penyakit, usaha perlu dilakukan ialah ubat untuk kembali sihat. Begitulah dengan musibah lain yang perlu ditangani.
Anggapan mengatakan setiap cubaan daripada Allah hanya perlu dihadapi dengan redha dan berserah kepada takdir menentukan adalah satu fahaman salah. Allah menyuruh kita berusaha mendapatkan kembali keadaan asal, bahkan dengan sesuatu yang lebih baik lagi. Allah memberi kita akal untk memikirkan perkara kebaikan dan menyelesaikan permasalahan hidup yang menimpa diri, keluarga dan masyarakat. Berserah kepada Allah semata-mata tanpa berusaha bermakna tidak menggunakan keistimewaan akal dan kebolehan yang dikurniakan Allah.
Sekiranya kita menerima sesuatu musibah dengan redha dan tenang, Allah akan membuka rahmat-Nya dengan seluas-luasnya. Fikiran dalam keadaan tenang dan bijaksana biar pun berdepan saat mencemaskan. Tindakan yang dilakukan akan mendapat petunjuk daripada Allah dan lebih mudah untuk diselesaikan. Sebaliknya , perasaan tidak menentu, takut dan marah kepada apa yang menimpa akan menjadikan keadaan lebih kelam-kabut. Tanpa disedari diri kita lebih dikuasai oleh syaitan berbanding akal. Syaitan bukan sahaja menunjukkan jalan yang salah bahkan menjauhkan manusia daripada mengingati Allah.
Orang yang tidak dapat menerima hakikat apa yang menimpa dirinya mudah berputus asa dan mencampakkan diri dalam kebinasaan. Ramai orang berputus asa untuk terus berusaha mengubati penyakit yang dialami yang dianggap tidak mungkin dapat disembuhkan lagi. Sesungguhnya setiap usaha yang dilakukan untuk kebaikan akan mendapat balasan daripada Allah. biarpun mungkin usaha dilakukan tidak memberi apa-apa kesan positif, anggaplah itu sebahagian daripada menuruti tuntutan agama dan balasan kebaikan diterima di akhirat nanti. Sebagai muslim yang yakin dengan kuasa Allah , tidak ada apa yang mustahil bagi Allah. Banyak 'keajiaban' yang Allah kurniakan kepada sesiapa yang tidak mudah menyerah kalah dalam perjuangan hidup. Manusia hanya merancang, sedangkan Allah menentukannya.
Firman Allah bermaksud:" Apa saja nikmat yang kamu perolehi ialah daripada Allah dan apa saja bencana yang menimpa kamu , maka daripada (kesalahan) diri kamu sendiri " (Surah an-Nisa ayat 79)
salam wrt. syukran jazilan atas tazkirah yg cukup bermakna. :)
ReplyDeleteSalam wrt.
ReplyDeleteAfwan atas ziarah blog ana. :)
asslmlkum...
ReplyDeletesalam kenal buat sobat muslim disana
terimakasih postingannya, moga manfaat
Wa'alaikumussalam wr wb
ReplyDeleteSalam Ukhwah.
Shukran atas ziarah anta.
Semoga kita sentiasa baik sangka atas segala ujian Allah yang diterima.
Yang pasti setiap ujian ada hikmahnya.
Dan sebagai hamba, kita mesti redha atas kehendak Allah.